Tuesday, March 29, 2011

SAR terus di perkukuhkan di Kedah

Kerajaan Kedah Perkukuhkan Sistem Pondok dan Sek Agama Rakyat

Alhamdulillah

Jam 3 , 28 Mac 2011 Kerajaan Kedah Sekali lagi memberi sumbangan bagi Sek Agama Rakyat dan Pondok Seluruh Kedah .

MB Ustaz Azizan menyampaikan ucapan di hadapan Tuan-taun Guru petang tadi beliau berkata " Saya akan jadikan Kedah pusat ilmu agama seperti Fattani dan Kelantan".

Selain itu beliau berkata " Kerajaan beliau wsangat titik beratkan pendidikan agama kerana untuk membentuk rakyat bertaqwa pada Allah ".

Beliau berjanji akan siapkan INSANIAH di Kuala Ketil selewat-lewatnya 2012 dan 2013 Insyallah dapat dimenafaatkan .

Selain itu MB akan menubuhkan Pusat Tahfiz Sains di Pulau Toba Langkawi .

Terdapat 23 buah Pondok di negeri Kedah dan 35 buah Sekolah Agama yang Alhamdulillah masih hidup aktif . Keseluruhan Tn Guru Setiap Pondok Kedah turun pada majlis kali ini .

Ini merupakan sumbangan kali kedua kerajaan Negeri pada Pondok dan Sek Agama Rakyat .









1 comment:

  1. Tahniah!tahniah!,,

    Kerajaan PAS(PR) dok sibok memperkasakan SAR,memperkukuhkan kedudukan Kewangan Negeri,sedangkan nasib rakyat yg.mengundi belum dapat melihat apa yg.di janji terlaksana hingga hari nie.

    UMNO(BN)sibuk memperkasakan Undi,dgn mendaftar pengundi baru dari kalangan pendatang,dan warga jiran.,Membelanjakan duit dgn memberi bantuan/ kemudahan pada warga Negeri.,.

    PRU13 ,Kedah akan dapat MB baru lagi.

    ReplyDelete