Sunday, March 27, 2011

Nasib baik UMNO kata mereka tiada kaitan dengan video lucah..

UMNO tiada kaitan pendedahan video lucah

ALOR JANGGUS - Pembangkang diingatkan supaya tidak mengaitkan UMNO dengan pendedahan rakaman video seks membabitkan pemimpin pembangkang yang didedahkan kumpulan Trio, terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata, ini kerana ketiga-tiga individu terbabit bukan ahli majlis tertinggi parti mahupun menjawat jawatan politik dalam UMNO.

“Mereka buat pendedahan itu bukan kerana UMNO, sebaliknya atas kesedaran dan bersifat peribadi. Jangan pula ada pihak mahu libatkan pemimpin UMNO dalam hal ini, ianya tiada kaitan,” katanya, selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada 222 sukarelawan banjir 2010 bagi zon Alor Janggus di Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun, Kuar Jawa, semalam.

Latt Shariman yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengaitkan perbuatan mendedahkan video terbabit amat memalukan kerana dilakukan tiga individu bergelar, dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri selain menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bermoral.

Menurutnya, sepatutnya pembangkang perlu mendapatkan penjelasan itu daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri memandangkan Shazryl Eskay adalah kawan rapatnya sebelum ini.

“Apa motif Shazryl Eskay sebenarnya kerana dedahkan perkara ini? Atas dasar apa perkara ini dibongkar kenalah tanya dia. Mereka berkawan rapat sebelum ini, mungkin ia bersifat peribadi tapi yang pasti, dia bukan disuruh UMNO,” katanya.

Pada majlis itu, Latt Shariman turut melahirkan rasa kecewa terhadap sumbangan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap mangsa banjir dan sukarelawan yang terbabit banjir November lalu.

“Saya tidak berpuas hati terhadap sumbangan dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menyalurkan bantuan banjir lalu. UMNO Bahagian Kuala Kedah sendiri terpaksa mengeluarkan peruntukan RM200,000 untuk membeli bekalan makanan yang tidak mencukupi di 19 pusat penempatan kawasan Kuala Kedah untuk lebih 50,000 mangsa,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menghargai jasa sukarelawan banjir yang bertungkus lumus membantu memantau pusat penempatan banjir dengan memberi sijil penghargaan, setakat ini 1250 sukarelawan telah menerima sijil masing-masing.

Bagi zon Alor Janggus, lima sekolah dijadikan pusat penempatan banjir sementara yang menempatkan hampir 10,000 orang, iaitu Sekolah Menengah Alor Janggus, Sekolah Kebangsaan Alor Janggus, Sekolah Kebangsaan Permatang Gunong, Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Cheng Yu.

Admin - awat gatai hidung tak tau...resdung kaaa....he he he

1 comment:

  1. Mentaliti budak sekolah mamat nie...
    kalau dah kata tak ada kena mengena kenapa masih terbang bebas tak kena tangkap pun...dah terbukti bersalah menyiarkan,menyimpan dan mengaku sendiri video lucah ini...

    ReplyDelete