SHAH ALAM 28 MAC : Hujah bahawa cadangan pemansuhan tol oleh Pakatan Rakyat hanya akan mengurangkan jumlah dividen yang bakal diterima pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah rapuh dan tidak relevan sama sekali.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata jika diteliti imbangan kos yang ditanggung rakyat, golongan ini tidak mendapat apa- apa manfaat berikutan dividen yang kononnya dijanjikan hasil pelaburan KWSP dalam konsesi tol hanya akan 'dicairkan' untuk membayar kadar tol sehari- hari.
Tambahan pula, tidak semua rakyat dinegara ini mempunyai simpanan KWSP.
"Kalau dimansuhkan tol, kelebihan yang diterima rakyat lebih banyak daripada apa yang dibayar oleh KWSP. KWSP hanya dibayar oleh 5.4 juta rakyat saja, bukan semua pekerja Malaysia," ujar Charles.
Charles berkata, kerajaan persekutuan tidak boleh menafikan hakikat rakyat dibebankan dengan kos yang tinggi untuk satu- satu perjalanan dalam sehari.
" Apa yang kita fikir ialah tol ini merupakan satu kos yang besar kepada pekerja-pekerja dan juga pengusaha-pengusaha. Kalau kita lihat kalau kita ke Klang sekarang, untuk satu perjalanan sahaja lebih kurang RM4 sama ada kita menggunakan KESAS atau Lebuhraya Persekutuan," ujar Charles.
Charles berkata demikian mengulas editorial diportal berita Malaysiakini yang mengatakan cadangan pemansuhan tol dalam buku Jingga Pakatan Rakyat indah khabar dari rupa.
Editorial itu turut menyatakan jika cadangan itu dilaksanakan tidak mungkin KWSP mampu menjamin dividen untuk pencarum sebanyak 2.5 peratus dan ia katanya akan merugikan pencarum.
"Banyak wang daripada KWSP digunakan untuk menolong kroni UMNO BN. Itu macam mana pula ? Itu cara tolong kroni yang mana memiskinkan pencarum KWSP," tegas Charles lagi.
Editorial itu turut memetik kenyataan Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman yang mengatakan pendapatan pelaburan pertubuhan itu memberangsangkan pada tahun 2010 hasil pelaburan ekuiti.
KWSP melabur dalam beberapa syarikat konsesi tol antaranya Lebuhraya Plus, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua (Malaysia) Berhad (Linkedua), Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di bawah MTD Group, Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), Besraya (M) Sdn Bhd dan Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd (LEKAS) di bawah IJM.
"Kalau kita mansuhkan, kalau kita buat kajian kos faedah, kita dapati bahawa ia lebih baik untuk rakyat. Sebab itu akan mengurangkan kos. Itu yang penting. Itu yang menakutkan mereka dan berkata ia akan memiskinkan rakyat," ujar Charles.
Charles turut membidas hujah rapuh yang dibangkitkan dalam editorial itu yang megatakan Pakatan Rakyat tidak memikirkan nasib pekerja tol yang berdepan dengan risiko hilang mata pencarian.
"Ia bukan masalah, bukan beribu- ribu orang berkerja di tol. Ia masalah untuk menyerap mereka masuk ke industri lain yang sedia ada. Isunya adakah mereka dibayar dengan kadar yang patut ?," soal Charles.
Charles menegaskan sebelum cadangan ini dikemukakan, Pakatan Rakyat terlebih dahulu membuat kajian dan penyelidikan agar ia tidak memberi impak buruk kepada ekonomi negara.
Kenyataan ini sekaligus menempelak rekasi spontan beberapa ahli parlimen UMNO BN yang membayangkan negara akan bankrup jika tol dimansuhkan.
Beliau berkata, keyakinan pelabur dalam dan luar negara terhadap kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia yang akan menentukan samaada negara ini akan bankrup atau tidak.
"Lagi pula kita mendapati berbilion-bilion ringgit keluar dari bank Malaysia dan dana-dana kita pergi ke negara lain secara tidak sah. Secara haram. Ini sebenarnya yang akan menyebabkan negara bankrap."
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan semberono membayangkan negara akan muflis dalam tempoh 2 tahun jika Pakatan Rakyat diberi peluang menerajui Putrajaya.
Manakala, Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir berkata cadangan pemansuhan tol itu menjuruskan negara kearah hutang yang tidak terkawal.
Sementara Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mohktar berkata cadangan itu sekadar janji kosong gagasan Pakatan Rakyat untuk meraih undi rakyat menjelang pilihan raya umum ke- 13 akan datang.
Charles juga tidak menolak bahawa Barisan Nasional telah membaca Buku Jingga yang dihasilkan Pakatan Rakyat dan kini berada dalam keadaan ketakutan jika perjanjian yang dibuat ini mampu dilaksanakan.
Pakatan Rakayat memperkenalkan agnda mereka yang dikenali sebagai Buku ingga pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lalu.
Buku Jingga turut menggariskan agenda pada 100 hari pertama pentadbiran Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang menerajui negara.
Antara yang dicadangkan ialah mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan sistem pentadbiran kerajaan dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Turut dicadangkan ialah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

No comments:
Post a Comment