Showing posts with label Kuala Nerang. Show all posts
Showing posts with label Kuala Nerang. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Kesian kepada Adun Kuala Nerang nie..dah macam anak tiri saja dalam UMNO

Syed Sobri: ‘Saya masih Adun Kuala Nerang’
ROSLINDA HASHIM
9 April 2012
Syed Sobri Syed Hashim
ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim kecewa kerana ada pihak mendahului keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat.           
Katanya, ada pihak mendakwa beliau sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, malah ada ura-ura mengatakan tempatnya akan diambil alih Adun Angkat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya tidak terabai.

Syed Sobri ketika ditemui menegaskan, beliau masih Adun Kuala Nerang selagi Jabatan Insolvensi belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung status muflisnya itu.         

“Saya anggap saya masih wakil rakyat Dun Kuala Nerang. Saya tetap akan teruskan tugas sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana masih banyak perkara belum selesai, termasuk program yang sudah diatur,” katanya.         

Menurutnya, beliau bersedia berundur dengan syarat SPR memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Nerang perlu dikosongkan selepas Jabatan Insolvensi mengeluarkan laporan rasmi berhubung statusnya.         
“Sehingga keputusan SPR dikeluarkan untuk kosongkan kerusi Dun Kuala Nerang, selepas itu baru saya akur dan akan berundur,” katanya.         

Syed Sobri yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap berkata, walaupun dirinya diisytihar muflis tetapi selagi keputusan SPR belum dikeluarkan, beliau masih wakil rakyat.         

“Saya ikut prosedur, saya sudah maklumkan kepada Speaker Dun, Datuk Dr Abd Isa Ismail dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku ketua kerajaan, dan selebihnya kita tunggu laporan Jabatan Insolvensi dan SPR,” katanya.         

Syed Sobri mendakwa beliau seolah-olah berseorangan berdepan kemelut ini, apabila Umno Kedah mengumumkan akan menjadikan kerusi Dun Kuala Nerang sebagai kawasan angkat.         

“Saya berterima kasih kepada Umno yang banyak bantu saya sebelum ini tetapi saya juga banyak menyumbang kepada Umno. Pengorbanan saya kepada parti bermula sejak tahun 1995. Malah pada 1999, saya dipilih sebagai salah seorang calon PRU tetapi bagi laluan pada rakan, termasuk tahun 2004,” katanya.         

Menurutnya, beliau juga berkorban jawatan demi untuk melihat kesepakatan dalam Umno Bahagian apabila memberi laluan kepada Datuk Mahdzir Khalid untuk menjadi Ketua Umno Bahagian.         

“Ketika itu saya jadi timbalan, sekarang Datuk Ghazali Ibrahim jadi timbalan dan saya sebagai naib. Saya rela korban jawatan saya dan undur, tak ada dalam sejarah Umno, Padang Terap yang pertama buat macam itu. Tetapi dalam situasi ini, takkan biar saya keseorangan,” katanya dengan nada kecewa.         

Syed Sobri berkata, perjuangannya tetap bersama Umno kerana darah dagingnya terdiri daripada pejuang-pejuang Umno yang cukup dikenali di Kedah.

“Datuk saudara saya, Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah Shahabuddin adalah Menteri Besar Kedah ketiga; Menteri Besar Kedah keempat, Tun Syed Ahmah Syed Mahmud Shahabuddin dan Menteri Besar Kedah kelima, Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Shahabuddin bapa saudara saya. Generasi saya adalah pejuang Umno dan saya juga akan berjuang hingga ke akhir hayat,” katanya.

Sunday, March 27, 2011

Inilah jadinya bila mentality bantuan tala kat Kerajaan Negeri..

Syed Sobri sedia jumpa MB Kedah

KUALA NERANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim bersedia berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat bagi menuntut bantuan Kerajaan Negeri kepada kira-kira 80 warga emas, golongan miskin tegar dan pesakit kronik di kawasan sini.

Syed Sobri yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerang berkata, beliau tidak menetapkan tempat pertemuan, bagaimanapun menegaskan ia hanya tertumpu ke arah mendesak Azizan menghulurkan bantuan segera kepada kesemua golongan miskin tegar sebagaimana dijanjikan Kerajaan Negeri dalam janji manifestonya sebelum ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bawah Pakatan Rakyat (PR) dilihat seolah membiarkan usaha menjaga kebajikan rakyat terutama di kawasan luar bandar seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang dan Padang Terap diserah peranannya kepada agensi Kerajaan Pusat dan ADUN Barisan Nasional (BN).

“Selaku Kerajaan Negeri yang memperjuangkan slogan dan konsep negeri berkebajikan, mereka seharusnya menjadi tonggak utama mengenal pasti dan seterusnya memberi bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) atau anak yatim yang memerlukan.

“Prinsip pentingnya kebajikan dan keperluan rakyat harus didahulukan tanpa mengira fahaman politik,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

Syed Sobri berkata, program E-Sinar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri sebelum ini gagal menyelesaikan masalah kemiskinan, terutama di daerah Padang Terap.

“Kalau kita lihat, daerah Padang Terap mempunyai kadar kemiskinan paling tinggi di negeri ini dan sehingga kini, hanya wakil rakyat BN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang bertungkus lumus membantu golongan itu.

“Sekiranya dengan berjumpa Menteri Besar sahajalah baru penduduk kawasan saya dapat menerima bantuan kemiskinan melalui saluran Kerajaan Negeri, saya sedia berjumpa pada bila-bila masa,” katanya.

Sebelum ini, Syed Sobri mendesak JKM untuk mengkaji semula pemberhentian bantuan kepada beberapa penerima di kawasan Kuala Nerang, kerana alasan yang diberikan dianggap tidak munasabah.

admin - meh kawan nak jawab... fungsi kerajaan negeri sebenarnya telah menaikkan sumbangan bantuan dari peruntukan kerajaan negeri melalui JKM inilah yg semua rakyat tak nampak mereka mengharapkan dan mengandaikan bantuan mai dari KOTAK YG ADA GAMBAQ AZIZAN... ini salahnya mentality rakyat kita... kan sebelum nie manikumar dah cerita pengasingan kuasa antara kerajaan negeri, tuanku sultan dan KCS... Jika semua nak lunggok atas kepala Kerajaan Negeri habih intitusi KEBAJIKAN yg ada dalam negara duk nak buat apa..makan gaji buta....