Showing posts with label KCS. Show all posts
Showing posts with label KCS. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Ahli PAS desak KCS UMNO yang menyeleweng di Bahagian Perumahan diseret ke muka keadilan


Ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Kedah membuat laporan polis dan SPRM terhadap isu penyelewengan yang dilakukan oleh seorang pegawai Bahagian Perumahan yang juga merupakan pemimpin UMNO Kedah, yang dikaitkan penyelewengan duit kerajaan negeri Kedah sebanyak RM2.55 juta seperti yasng terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Laporan dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, Encik Azizi Abdullah di IPD Kota Setar dan pejabat SPRM.

"Kami berharap satu siasatan yang menyeluruh dan tindakan segera diambil oleh pihak polis dan SPRM demi mengekang penyelewengan wang rakyat. Pihak-pihak yang terlibat serta bertanggungjawab dalam isu ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan," tegas Azizi.

Thursday, October 11, 2012

“Kami bukan serang KCS, kami cuma mahu Datuk Rasli berundur”


JITRA – Ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan tindakan mereka cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Kedah di dalam hal ehwal berkaitan perlantikan Yang Dipertua, Majlis Daerah Kubang Pasu.

Ketua Whip Ahli Majlis, Basir Ismail berkata, beliau begitu hairan apabila masih ada pihak yang mempertahankan tindakan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Basir, seolah-olah ianya sah dari segi undang-undang.

Barangkali mereka tidak baca undang-undang (Akta 171) ataupun buat-buat tidak paham ataupun sengaja mahu memutar belit isu ini supaya perkara berkaitan undang-undang tidak lagi menjadi asas untuk diberi perhatian di dalam penyelesaian isu ini, katanya.

Memetik laporan Bernama yang ditulis oleh Kamarul Ariffin Mohd Yassin, Basir berkata jelas maksud yang cuba disampaikan cuba mengelirukan orang ramai dan berunsur provokatif.

Sejak awal isu ini dibangkitkan, kami (ahli majlis) tidak pernah menyerang pegawai tadbir (KCS) Kedah, sebaliknya memberi fokus ke atas tindakan Setiausaha Kerajaan yang secara jelas membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, sekali gus tidak sah dan ultra vires.
Dalam hal ini saya difahamkan majoriti pegawai tadbir negeri yang menyokong tindakan kami. Tindakan membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri ataupun memanipulasi kuasa oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bukan perkara baru, malah ia telah diperhatikan sejak awal lagi.

Persoalan kami kepada mereka berkenaan, adakah usaha menegakkan hukum dan memastikan perlaksanaan di dalam hal ehwal perlantikan seseorang Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan mengikut Akta 171 ditafsirkan sebagai mencampuri urusan pentadbiran, ujarnya.

Dalam hal ini datuk Rasli kena buktikan dalam bentuk hitam dan putih yang mengatakan tindakanya adalah urusan pentadbiran dan mengikut undang-undang, katanya.

Kamipun bukan nak panjangkan isu ini, kalau ada bukti beliau tunjukkan saja. Kami akan tutup buku dan akur dengan keputusan tersebut. Saya fikir beliau tidak mampu menunjukkan bukti, sebaliknya seperti mengharapkan sesuatu dari isu ini yang menghura-harakan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Kedah.

Merujuk kepada penganalisis politik Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian yang mengatakan ahli majlis tidak sepatutnya campur tangan dalam perlantikan pegawai kerajaan, kerana ia melanggar norma dan mempunyai kepentingan sendiri, Basir berkata, pendapat beliau bersifat umum hanya di atas permukaan semata-mata dan tidak tahu dengan latar belakang isu yang dibangkitkan.

Kata Basir, peranan ahli-ahli majlis bagi memastikan perjalanan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan mengikut undang-undang bukan isu politik maupun berkepentingan sendiri. Ia adalah soal menegakkan hukum dan menjadi tanggugjawab yang tidak boleh dilepas tangan”.

Perlukah saya dedahkan di sini bahawa kelemahan amalan lazim sejak zaman kerajaan BN dalam perlantikan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Kedah ? Tunggulah masa yang sesuai untuk didedahkan.

Beliau (Dr. Sivamurugan) harus sedar bahawa amalan lazim sejak kerajaan BN memerintah bahawa mereka (BN) tidak pernah peduli tentang hal ini. Mereka tidak tahu tentang implikasi yang bakal ditanggung oleh Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya seseorang Yang Dipertua tidak sah menjalankan tugasnya.

Katanya, ramai yang tidak sedar bahawa jawatan seseorang Yang Dipertua adalah merupakan jawatan terbuka. Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik sesiapa jua, ia tidak terikat hanya dikalangan pegawai tadbir kerajaan semata-mata. Asalkan ia memenuhi syarat dan diluluskan oleh Exco maka layak menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua. Maksudnya ialah bukan hak prerogatif seorang Setiausaha kerajaan ataupun urusan pentadbiran seperti yang di dakwa oleh mereka.

Pihak pentadbiran hanya bertindak melaksanakan keputusan, bukan sesuka hati buat keputusan seperti kes yang berlaku ke atas Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu.

Basir menyoal, adakah beliau paham tentang undang-undang ini? Saya khuatir pandangannya akan menyebabkan orang ramai akan melabelkan beliau sebagai profesor kangkong.

Sehubungan itu Basir mencadangkan mereka yang mem-pertikaikan tindakan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu di masa akan datang memberi pendapat berlandas undang-undang, supaya kredebilitinya tidak dipertikaikan oleh orang lain. 
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/10/kami-bukan-serang-kcs-kami-cuma-mahu.html#more

Wednesday, October 10, 2012

Datuk Rasli Basir patut jadi Menteri Luar bukan SUK...

Oleh: ENGGANG QADHA


Tempoh hayat Datuk Rasli Basir sebagai penjawat awam ialah pada Jun 2011 (bersara wajib) namun kelicikan beliau berjaya minta Tuanku buat lantikan kontrak terhadapnya sehingga Jun 2012 dengan alasan Rasli perlu selesaikan segala program yang berkaitan pertabalan Tuanku menaiki takhta sebagai Yang DiPertuan Agong. Alasan itu cuma rekaan dan karut semata-mata kerana tanpa Rasli pun semua kerja boleh berjalan dan dilaksanakan oleh SUK baru.

Ramai yang kecewa dengan lantikan kontrak Rasli sebagai SUK, terutamanya KCS yang kanan. Bila hampir berakhir tarikh Jun 2012, Rasli minta Tuanku sambung lagi kontraknya. Kali ini entah apa pula alasannya... maka bersambunglah kontrak sampai Jun 2013.

Jika tahun lalu cuma beberapa orang yang marahkan Rasli kerana 'sangkutkan' kenaikan pangkat mereka, kini ini jumlah KCS yang marahkan Rasli bertambah-tambah, dianggarkan 80 peratus!
Hebat sangatkah Rasli sehingga orang lain tidak layak jadi SUK? Sejak sign kontrak Jun 2012 sehingga kini (kira-kira 4 bulan) beliau asyik menghabiskan masa ke luar negara antaranya Timur Tengah, Helsinki, Acheh dan terbaru Korea. Kalau dia menteri kerajaan Pusat munasabah untuk keluar negara atas urusan kerajaan tapi kalau setakat SUK sebuah negeri mana ada urusan kerajaan yang berlambak-lambak kat luar negeri.

Kegemarannya untuk melancong keluar negara menghabiskan duit rakyat Kedah bukan baru. Sampai masa nanti EQ akan dedahkan senarai perjalanannya keluar negara... fuhh mengalahkan Menteri Luar. Kerja sendiri terbengkalai, asyik makan angin. Macam ni punya perangai kat Pekan Rabu pun berlunggok (pepatah orang Kedah).

Catatan ini masih panjang... kita mulakan dengan isu remeh temeh dulu, lepas tu barulah nanti kita masuk isu yang berat-berat. Antaranya isu yang boleh menyebabkan Rasli 'masuk dalam'. Nak tau cerita??? Rajin-rajinlah menziarahi blog ini....

(Nota: Catatan Rasli akan dihentikan serta-merta jika Rasli letak jawatan sebagai SUK)
 

KCS sendiri taja penentangan terhadap Datuk Rasli?

Oleh: Mata KCS


Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang juga ketua whip ahli majlis lantikan politik PR umumkan dalam akhbar New Straits Times hari Selasa kelmarin bahawa mereka telah mencetak 15,000 poster dan 500 banner untuk digantung seluruh negeri Kedah bagi mendesak Datuk Rasli Basir meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Baru kelmarin juga para penguatkuasa MBAS dan MBKP bertungkuslumus bekerja sehari suntuk membuat poster dan banner tersebut di kedua-dua daerah tersebut. Di Wisma Darul Aman, pusat pentadbiran kerajaan negeri Kedah, rumos bertiup kencang bahawa gerakan menjatuhkan Datuk Rasli ini sebenarnya ditaja oleh kumpulan KCS juga, yang tidak bersetuju dengan beliau. Benarkah?


Ada logiknya kerana empat sebab utama:

1) Apabila Rasli menyambung kontrak sebagai KCS sebanyak 2 kali, ia menyebabkan tidak berlaku kekosongan peringkat tertinggi, jadi tidak berlaku aliran kenaikan pangkat untuk banyak pegawai. Ada yang terpaksa menghitung hari pencen tanpa kenaikan pangkat, semuanya angkara Rasli.

2) Rasli sentiasa utamakan anaknya (juga KCS), sedara mara yang dalam KCS serta kroni terdekatnya dalam pelantikan dan kenaikan pangkat. Yang bukan kroni terabai walaupun senior dan layak.

3) Rasli banyak membebankan pegawai bawahannya, sedangkan kerja tersebut sepatutnya adalah tanggungjawabnya sendiri. Dia banyak relax dan makan gaji buta.

4) Campurtangan isteri dan anak dalam beberapa isu hingga ada yang diambil tindakan, ini sungguh merimaskan KCS.

Campurtangan KCS sendiri untuk jatuhkan Datuk Rasli menjawab bahawa tuduhan ahli MDKP mendesak Rasli letak jawatan bukanlah penentangan terhadap keseluruhan KCS. Majoriti KCS sendiri tidak suka kepada beliau yang sudah dua kali membaharui kontrak.

Sementara itu kumpulan penentang Rasli dalam KCS ini dilaporkan sedang menyalurkan maklumat yang banyak kepada beberapa ahli MDKP, guna membantu mempercepatkan kejatuhan Rasli jika beliau terus berdegil enggan letak jawatan.

Monday, July 30, 2012

Inilah Puncanya Awat UMNO KEDAH dah tak sebulu dengan KCS..!!!

Tahniah Dato' Mi... Najib dah tak percaya UMNO Kedah


Akhirnya terbongkar rahsia besar bahawa PM Datuk Seri Najib telah menyalurkan bantuan untuk rakyat miskin di Kedah sebanyak RM2.6 juta (ulang sekali lagi RM2.6 juta... biaq UMNO Kedah dengaq meleleh ayaq lioq) melalui Persatuan Pentadbir Awam Kedah a.k.a. KCS.

Apa pasai pulak yang Najib hulurkan melalui KCS? Mengapa tidak melalui JKKKP atau UMNO bahagian?

Menurut riwayat yang boleh dipercayai, sebabnya ialah kerana Najib sudah hilang kepercayaan terhadap rangkaian UMNO. Semuanya penyamun tarbus. Kalau 100 turun... tara nak sampai kat sasaran habih bocoq kot jalan tinggai 10 kat orang miskin. Rupanya isu Najib guna saluran KCS untuk hulog bantuan telah menimbulkan kemarahan UMNO.

Pertama sebab KCS guna rangkaian pejabat daerah, penghulu dan MKK.. walaupun bantuan dari PM (kononnya) tapi yang dapat nama (kata depa) puak PAS jugak. Pulak dahhh. Apa masalahnya sebab salur melalui KCS depa bagi kepada yang benar-benar layak berbanding guna saluran UMNO, hanya orang UMNO dan kroni puak yang ada jawatan sajalah yang dapat.

Punca kemarahan UMNO yang kedua ialah ia projek politik beberapa KCS yang ada hawa nafsu cuba nasib jadi calon BN. Depa guna kabel besaq terus dekat Najib. Sebab tu konon ceritanya sekurang-kurangnya ada tiga nama KCS dah tersenarai sebagai calon BN di Kedah, maka kepanasanlah ahli politik yang dok ada. Sapa dia tiga orang tu? salah sorang tu ialah Dato' Adzmi Din sendiri akan bertanding Sungai Tiang. Yang lain pelan-pelan cerita bang, kita bukak sangkaq ulaq sawa dulu. (style orang juai ubat)


ALOR STAR: Some 24,000 poor families in the state had benefited from the "Kasih Sayang Perdana Menteri" project, initiated by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. Project director Datuk Adzmi Din said the programme, which was being coordinated by the Kedah Civil Service Association, was the prime minister's idea to help the needy and underprivileged families to improve their welfare.
Adzmi, who is also the association's deputy president, said a total of RM2.6 million in financial aid had been distributed since the project was introduced in July last year.

"The prime minister was very concerned about the welfare and the challenges faced by the poor and less fortunate people in Kedah.

"As a way to show his love and commitment to help the needy, the prime minister together with the association, had created this project to lessen their burden.

"Underprivileged families, regardless of their religion and race, would be assisted under this project," he said at a breaking of fast ceremony with some 500 Rela volunteers and Civil Defence Department (JPAM) members in Pendang near here on Thursday.

Adzmi said recipients for the aid were identified by the association with the help of district offices in the state.

"After we have identified the recipients, members from the association will visit the families and hand out the aid at their door steps," he said.

Wednesday, July 4, 2012

Gempar... Ada KCS kena tahan oleh SPRM.....

Berita panas lagi gempaq!!! Seorang KCS UMNO ditahan SPRM, kes zaman BN



Oleh: Saiburi Sudin

Gempar satu Wisma Darul Aman kononnya seorang pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah telah dicekup SPRM dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan terhadap penyelewengan yang berlaku di zaman BN, melibatkan Permodalan Kedah Berhad PKB dan projek pembinaan Kompleks MPSP.

Bila SS dimaklumkan mengenai pegawai tersebut maka segeralah SS menyelak balik makalah lama yang tersimpan dalam arkib blog ini. Terjumpa artikel pendedahan yang dibuat oleh kolumnis Harakah, Zulkifli Yahaya yang dicopypastekan dalam blog Kedah La (baca kat bawah).

Maknanya lepas ni mungkin akan ada lagi pegawai-pegawai yang akan dicekup..? SS nak habag bagi, semua pegawai2 tu adalah rangkaian aktivis UMNO terkuat yang wujud dalam kerajaan negeri Kedah.

Tak apalah kita serahkan kes ini atas bijak laksamana SPRM menyiasat.
Penyelewengan dalam PKB di masa BN
Oleh: Zulkifli Yahaya

Saya sebenarnya tidak berminat untuk menulis apa yang akan ditulis ini jika pihak pembangkang Kedah tidak memulakan serangan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat dengan fakta-fakta fitnah melalui risalah haram bertajuk ‘Mai Kedah’ yang disebarkan hampir ke setiap pintu masjid di negeri ini. Oleh kerana mereka menjual, tiada masalah kita membeli – tunai!

Permodalan Kedah Berhad (PKB) diperbadankan pada 20 Januari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. PKB adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah. Kegiatan utama PKB ialah di bidang pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah. Ia mempunyai lima syarikat subsidiari dan enam syarikat bersekutu. Antara operasinya ialah pembinaan, pembangunan, hartanah, pegangan pelaburan dan pengurusan dana tabung amanah.

Di masa pemerintahan BN, elaun setiap orang Lembaga Pengarah PKB ialah sebanyak RM20-RM25 ribu setahun. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima bonus raya RM3,000 seorang.

Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato’ Ghazali Ibrahim, Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad, Dato’ Mohd Akhir Shafie dan Dato’ Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin Umno.

Keputusan memberi elaun RM20,000 seorang tercatat dalam minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/2006 bertarikh 10 Disember 2006. Ini bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 pada 30 Jun 2007 yang memutuskan tiada ganjaran pengarah dibayar bagi tahun berakhir 31 Disember 2006. Manakala pembayaran imbuhan raya bagi tahun 2007 tidak diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah.

Penetapan ganjaran kepada Ahli Lembaga Pengarah hendaklah berasaskan kepada prestasi keuntungan yang diperolehi syarikat pada tahun kewangan tersebut, tapi mereka sudah tetapkan ganjaran pada tahun 2006 lagi, sebelum tahun kewangan berakhir.

Pembinaan Sintok Sdn. Bhd. (PSSB) adalah anak syarikat PKB. Antara Ahli Lembaga Pengarah PSSB ialah Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad dan Dato’ Halim Said. Syarikat itu diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM46 juta.

Projek belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat ‘silap mata’ yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor kelas A untuk melakukan projek besar. Najwa Bina langsung tiada kemampuan untuk melakukan projek sebesar itu. PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan.
Bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Ia menjadi tandatanya. Transaksi berlaku pada 4 Mac 2008, sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12. Maka di sini tanda tanya mungkin berakhir, ke mana perginya wang itu? Sehingga kini Najwa Bina hanya mampu menyiapkan permulaan projek yang dianggarkan bernilai RM2 juta. Ia menimbulkan tandatanya sama ada wang tersebut ‘melencong ke tempat lain’ untuk projek pilihanraya BN. Kini kontraktor yang tidak menyiapkan kerja itu terpaksa ditukar dan kerajaan negeri yang menanggung kerugian.

PKB adalah syarikat perniagaan. Ia bukan badan kebajikan. Anehnya menjelang pilihanraya umum ke 12, PKB menjadi begitu pemurah berbelanja wang kononnya kepada fakir miskin, dalam program-program politik BN. PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk ‘sumbangan politik’ BN menghadapi pilihanraya umum.

Bagaimana sebuah syarikat korporat yang besar boleh membuat pemberian tunai tanpa sebarang dokumen sokongan mengenai pengesahan penerimaan dan pembayaran?

Sewaktu pilihanraya itu juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB.

Lagi penyelewengan dalam spesifikasi ‘kerja-kerja sosial’ itu ialah antaranya, membekalkan white board, peralatan alat tulis dan kayu ke peti undi BN dalam parlimen Kuala Kedah.

Tidak dinafikan peranan wartawan bagi media-media tali barut BN amat penting dalam pilihanraya. Media tersebutlah yang melakukan propaganda untuk ‘mencantikkan wajah hodoh BN’ dan memburukkan imej lawan mereka. Maka wartawan perlu diberi penghargaan.

Namun suatu tindakan yang tidak dapat diterima oleh oleh akal yang rasional ialah PKB telah membelanjakan sejumlah RM66,470.00 untuk memberi 50 batang pen bagi dijadikan hadiah oleh Menteri Besar kepada wartawan. 40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Seperti pembelian lainnya, ia tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam.

Saya mencari-cari rakan wartawan yang memiliki pen hadiah dari bekas Menteri Besar Kedah itu, namun setakat ini belum menjumpainya.

Banyak lagi penyelewengan dalam GLC di zaman BN. Bagaimanapun saya menunggu dulu, kalau ada serangan baru dari pembangkang di Kedah. Baru kita balas dengan ‘bom berangkai’ pula.

Sunday, June 17, 2012

Betoika ada KCS jadi pengkhianat dengan bocoq rahsia sulit kjaan negeri pada UMNO/BN..



Ya Allah..selamatkan Kedah Sejahtera negeriku dari di kucar-kacirkan oleh beberapa orang pengkhianat dalam pentadbiran atasan(KCS) yang membocorkan rahsia sulit kerajaan negeri kepada pihak musuh(UMNO/BN)...jom pakat solat hajat mintak Allah hancurkan perancangan jahat mereka.. ni salah seorang dari mereka..

Monday, April 23, 2012

Dari kacamata KCS - USTAZ AZIZAN YANG SAYA KENALI.......

28 Februari 2012
Putera Medical Centre..Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha

Antara keratan akhbar yang sempat saya kerat dan scan
menunjukkan betapa banyaknya ulasan-ulasan berkaitan
dengan isu dan krisis dengan YAB Ustaz Azizan...............
Kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.... itu adalah pepatah melayu yang memang tepat sekali kalau dikaitkan dengan penglibatan dengan orang politik.. 
 
Kalau tidak mahu dilanda gosip, kata mengata, tuduh menuduh, fitnah dan pelbagai perkara negatif.. janganlah cuba-cuba terjun masuk dalam bidang politik... buat dosapun banyak, buat pahalapun banyak. Tapi kalau tengok cara orang Malaysia berpolitik.. rasanya buat dosa lebih banyak dari buat pahala?...
Macam saya yang tahap stress agak tinggi... memang saya tidak mampu terlibat percaturan politik sebegini dan juga lain-lain isu yang melibatkan masalah-masalah yang agak berat......  Jadi sebab itulah bila membuat sesuatu menjadi kebiasaan saya  memikirkan segala implikasi yang mungkin berlaku atas tindakan yang dibuat itu... ini terbawa-bawa hingga kepada urusan kerja seharian... 
 
Bagus juga kerana saya perlu memastikan apa yang saya buat itu tidak menimbulkan masalah dikemudian hari... tak memberi masalah kepada jabatan, tidak meninggalkan masalah kepada rakan pengganti dan tidak memberi implikasi buruk kepada kerajaan. ... Jadi kalau tak 'perfect' pun sekurang-kurangnya hampir sempurna... Sebab itu kata pakar psikologi .. stress perlu ada juga pada  seseorang insan yang bernama manusia.... stress yang sederhana.. jangan stress yang terlampau kerana ianya akan memudaratkan pula... saya pernah menulis dalam blog berkenaan 'stress'.. berasaskan pengalaman yang pernah saya alami sendiri...  Sebab itu saya tidak kuasa memikirkan hal-hal yang diluarkebiasaan  dan mengambil tindakan tidak beretika seperti memikirkan cara mendapatkan wang tambahan melalui pendekatan tidak bermoral, membuat kerja sambil lewa.. dan sebagainya...  Kerana saya tidak kuasa untuk menghadapi stress yang 'terlampau'  bila berdepan dengan isu-isu seperti itu.... cukuplah dengan  apa yang saya ada dan miliki.... syukur sangat-sangat... 
Kalau berminat untuk mengetahui cara mengatasi stress cara saya .. boleh ikuti catatan saya dalam blog saya dengan klik sahaja alamat dibawah ini:
Sebenarnya pada hari ini saya nak cerita hal yang baik-baik belaka...  Kita cerita fasal kebaikan orang...cerita fasal kebaikan orang kita boleh dapat pahala.... 

Seminggu dua ini.. isu berkenaan Menteri Besar Kedah begitu menonjol sekali dalam banyak situasi. Malahan dimuka hadapan akhbar arus perdana kerap kali muncul menjadi tajuk utama dalam akhbar tersebut.. begitu juga di media TV.  Hebat sungguh MB Kedah ini...  Komen pula pelbagai macam...  ikut fahaman dan pegangan seseorang... segalanya berpunca tentang isu kepimpinan YAB Menteri Besar Kedah DA iaitu YAB Dato' Seri Di Raja Ustaz Azizan b. Abdul Razak.  Bagaimana hebatnya tekanan yang diberikan kepada Ustaz Azizan ini supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah... Ada yang menyokong dan ada yang menentang... Ada yang mengatakan Ustaz Azizan berlawan arus dengan kehendak kepimpinan pusat dan tidak selari tindakan dengan pendirian Pakatan Rakyat.. manakala ada pula yang mengatakan Ustaz Azizan perlu diganti dengan  tokoh Pas yang pro Anwar. Manakala pihak BN pula seolah-olah memberi kredit pula kepada Ustaz Azizan ini sehinggakan kalau dibaca komen-komen dan ulasan dalam akhbar Utusan Malaysia banyak menceritakan tentang perkara positif yang dibuat oleh Ustaz. Jarang sekali Utusan Malaysia memberi ulasan-ulasan yang baik-baik kepada pemimpin pembangkang.. tapi yang Ustaz Azizan ini lain sikit walaupun ada juga komen-komen negatif yang dibuat terutama berkenaan apa projek pembangunan yang dibawa oleh Ustaz Azizan ini..  Komen-komen positif yang diberikan ini membuatkan ada kalangan pembangkang mencadangkan  Ustaz Azizan masuk UMNO sahaja....

Waktu saya menulis blog ini, sepatutnya saya berada di Istana Anak Bukit menyaksikan Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah... tapi saya berada di Putra Medical Centre kerana urusan pembedahan anak yang terlibat kemalangan di sekolah hingga patah tulang bahu... Tak  taulah apa yang berlaku di Istana Anak Bukit.. dengar katanya ramai orang berkumpul kat luar Istana... isu pelantikan EXCO inipun menimbulkan pelbagai spekulasi hingga menganggui kelancaran pentadbiran negeri Kedah ini...

Sepertimana yang saya pernah tulis sebelum ini sebagai pegawai kerajaan.. saya perlu bersikap nutral dalam hal-hal politik ini. Siapa yang memerentah negeri akan diputuskan oleh rakyat melalui pilihanraya. Siapa yang rakyat pilih maka kita kenalah terima dan akur. Segala dasar dan arahan dikeluarkan kenalah dipatuhi oleh pegawai-pegawai kerajaan asalkan ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. Apa yang berlaku dalam pergolakan parti politik yang memerentah biarlah mereka selesaikan sendiri.. pegawai kerajaan tetap meneruskan tanggungjawab tanpa terganggu. Jangan kita dok  'joint' dengan isu mereka hinggakan urusan kerja harian terganggu...

Pada pandangan saya sepanjang masa pentadbiran Ustaz Azizan menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah ini lebih kurang 4 tahun yang.. secara peribadinya adalah terbaik kalau dibandingkan dengan lain-lain Menteri Besar sebelum ini. Saya pernah bertugas dibawah pentadbiran 5 orang Menteri Besar termasuk Ustaz Azizan dan saya boleh membuat penilaian peribadi sekadar pengetahuan dan pengalaman saya sepanjang 26 tahun saya bertugas sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah.

Saya tak taulah, dimanalah yang terok sangat fasal Ustaz Azizan ini..sampaikan orang PAS sendiri tidak suka akan kepimpinan ustaz ini. Kalau parti lain tu tak apalah juga... Seingat  dan setahu saya.. beliaulah satu-satunya MB Kedah yang amat mesra dengan semua Pegawai Tadbir Negeri hinggakan menimbulkan cemburu dikalangan tokoh-tokoh dalam Pakatan Rakyat sendiri. Namun kerana hubungan baik dengan KCS inilah yang menyebabkan segala perancangan dan pembangunan yang diatur berjalan lancar tanpa ada masalah samada disabotaj oleh KCS sendiri.. Tidak dapat dinafikan pada awal-awal pengambilalihan kerajaan  dari BN memang ada sedikit masalah kerana kecurigaan yang terlampau.. Biasalah,  sudah berpuluh tahun berada dalam pemerentahan BN tentunya ada kalangan KCS sendiri yang terlalu taksub dengan kerajaan dahulu sukar untuk menerima kenyataan bahawasanya Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini tidak lagi selari dengan Kerajaan Persekutuan...  malahan ada yang bergiat secara aktif  dalam UMNO dan telah adapun KCS yang menjadi ahli politik sebelum ini. Namun kebijaksanaan Ustaz dalam menangani isu dengan KCS ini telah membawa kebaikan kepada semua pihak. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa pembangkang ka , pemerintah ka sebenarnya mereka semua itu adalah rakyat Malaysia.. 

Cubalah imbas kembali sewaktu Kerajaan PAS mengambil alih pemerentahan dari BN di Terengganu dulu... Oleh kerana terlalu agresif MB baru telah mengambil pendekatan yang terlalu drastik hingga menjejaskan hubungan baik pegawai kerajaan dengan kerajaan yang memerentah.. PTN Terengganu dicap dengan pelbagai kata-kata sinis dan sindiran...  akhirnya membawa kecundang pada pilihanraya berikutnya. Perkara ini perlu diambil ikhtibar bagi mengelak situasi yang sama berlaku di Kedah. Penyokong Pakatan Rakyat perlu meelihat perkara ini secara serious jika inginkan kerajaan yang ada sekarang ini terus memerentah dalam pilihanraya akan datang.

Sebab itu saya dapati pendekatan yang diambil oleh  Ustaz Azizan amat tepat sesuai dengan suasana semasa. Ustaz Azizan ada kelebihan tersendiri dalam kepimpinannya. Setahu saya beliau adalah seorang amat sederhana. Mudah mesra dengan kakitangan kerajaan walaupun pada setengah orang dalam politik kata beliau 'cenge'..Ya dalam keadaan-keadaan tertentu beliau perlu 'cenge'.. kalau tidak orang naik tocang dan minta pelbagai macam tuntutan-tuntutan  yang tidak munasabah yang memang tidak boleh ditunaikan...

Beliau tidak mudah mengutuk Kerajaan Persekutuan dan menteri-menterinya .. malahan dalam ucapan-ucapannya saya selalu dengar beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah banyak membantu memberi sumbangan kewangan dan lain kemudahan infrstruktur yang diberikan oleh Kerajaan Persektuan. Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Persekutuan bukannya semua ditolak .. ada yang diterima dengan baik oleh Ustaz seperti Pengurusan Sisa Pepejal, Pengurusan Air dan sebagainya. Negeri Perak walaupun sealiran dengan Kerajaan Persekutuan masih lagi gagal mencapai persetujuan berkenaan Pengurusan Sisa  Pepejalnya. Kalau perkara baik dan elok maka kata baik dan elok. Kalau tak baik maka kata tak baik... jangan rangkum semua sekali sampaikan apa sahaja yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan  adalah tidak baik. Jadi pendekatan Ustaz dalam hal ini amat profesional. Ini yang buat puak BN mati akal untuk serang balik.. tak ada ruang untuk serangan peribadi.

Bagi saya secara peribadi dengan ustaz.. amat senang sekali berurusan dengan beliau. Saya tidak ada apa-apa  kepentingan peribadi dengan beliau. Beliau mudah mesra dengan semua pegawai-pegawai kerajaan termasuk KCS seperti saya ini. Bersembang dengan beliau sahaja sudah boleh menimbulkan rasa kemesraan .. mungkin itu kelebihan beliau... Saya sebenarnya tidak begitu mengenali Ustaz ini walaupun beliau mempunyai hubungan mesra dan rapat dengan keluarga saya iaitu bapa dan abang saya di Sungai Limau Dalam. Walaupun mereka berlainan fahaman politik. Kakak saya sendiri adalah satu kelas dengan Toh Puan Faekah di Sek Men Sultanah Asma, Alor Setar. Bapa saudara Ustaz iaitu Allahyarham Pak Teh Ahmad adalah orang kuat UMNO dan pernah 2 penggal  jadi wakil rakyat dikawasan yang sama dengan Ustaz  Azizan. Saya mengenali rapat dengan Pak Teh Ahmad ini kerana anak-anaknya pernah belajar satu kelas dengan saya di Sek Rendah Kebangsaan Sungai Limau Dalam. . Namun hubungan keluarga dan sahabat tetap kekal abadi tanpa ada apa-apa masalah.. Jangan jadi pada setengah orang yang sanggup putus hubungan keluarga dan rakan semata-mata fahaman politik yang berbeda... Ustaz  tidak begitu orangnya.. Ustaz mengenali sayapun hanyalah ketika saya bertugas di Langkawi . Bila saya perkenalkan siapa saya dan keluarga saya , terus hingga kini beliau ingat saya dan memanggil saya dengan nama 'Redzo' sahaja.. Satu panggilan yang jarang saya dengar lagi setelah kematian ibu dan bapa saya.  Sebab itu saya rasa macam bersembang antara bapa dengan anak pula..

Saya melihat YAB Ustaz telah menunjukkan kepimpinan yang terbaik dalam pentadbiran negeri Kedah. Beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan kakitangan Kerajaan Negeri. Majoriti rakyat sudah boleh menerima akan gaya kepimpinan beliau. Beliau juga tidak ada isu peribadi yang dikaitkan dengan kemewahan terlampau, penyalahgunaan kuasa, isu rasuah dan penyelewengan. Ini yang menyebabkan puak-puak BN mati akal dan tenggelam punca untuk mencari tang mana kesalahan dan kesilapan Ustaz ini. Kalau dah macam tu kenapalah pula ahli-ahli dalam pakatan sendiri dok kalut nak perjatuh Ustaz ini. Adalah lebih baik bersatu hati dikalangan ahli untuk menghadapi serangan-serangan dari parti lawan.  Jadi isu-isu dan masalah dalam pakatan perlu diselesaikan segera sebelum pilihanraya umum akan datang yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh terdekat ini. Kekalahan BN  dalam pilihanraya yang lalu salah satu puncanya ialah masalah dalaman parti itu sendiri...  Sabotaj sesama sendiri merupakan malapetaka besar  yang membawa kehancuran sesebuah organisasi...  Inilah yang perlu dijaga dan diperhatikan dengan sebaik mungkin oleh pemimpin-pemimpin mana-mana organisasi agar ianya tidak melarat menjadi kudis yang sukar diubati lagi..

Sewaktu nak mengakhiri catatan ini saya dengar khabar berita di TV bahawa hanya 8 orang sahaja Ahli MMK yang lama dilantik semula... 2 orang lagi tidak ada kepastian lagi samada dilantik semula dan diganti.. kita tunggu  dan lihat akan perkembangannya. Yang dilantik semula tahniah saya ucapkan.. jangan dok leka lagi.. cepat bertindak turun kepadang memberi perkhidmatan kepada rakyat... tak ada masa lagi nak khayal dengan kuasa yang ada... gunakanlah segala apa yang ada untuk bersama rakyat  jelata.. bekerjalah dengan penuh kreativiti, proaktif dan inovasi..   Jangan dok tunggu arahan sahaja baru nak buat....Kesian kepada Ustaz yang terpaksa menangkis segala tuduhan dah tohmahan kepada beliau.. Cukuplah parti lawan yang menyerang beliau.. jangan pula dalam kalangan parti sendiri timbulkan masalah pula...

Macam yang saya kata tadi.. kalau sapa tak dilantik  semula janganlah pula kecewa yang tak terhingga sehingga hilang segala pertimbangan dan kewarasan.. Terimalah seadanya ketentuan Allah SWT... perjuangan perlu diteruskan tanpa ada apa-apa kepentingan diri...dalam perjuangan ada masanya turun dan ada masanya naik... kita kena terima hakikat itu.. Apatah lagi dalam memperjuangkan keunggulan Islam... jangan cakap tidak serupa bikin .. bila melibatkan kepentingan diri hilang segala prinsip perjuangan... inilah yang banyak berlaku dalam dunia dunia politik diMalaysia.. Bila dah tak suka, tak dilantik semula, tak dicalun, habis segala yang baik-baik dulu jadi tidak baik.. segala-galanya  dibongkar dan didedahkan.. dulu kawan rapat  sekarang musuh ketat.  Dosa pahala dah tidak diambil kira lagi.. yang penting hati puas... Musuh politik sentiasa menanti-nanti kesilapan dibuat untuk diambil kesempatan bagi kepentingan masing-masing.

Bagi  Barisan Nasional / UMNO yang masih teringin untuk ke Wisma Darul Aman... sebenarnya tidak susah sangat untuk nak menarik perhatian rakyat atau mendapat sokongan rakyat supaya mengundi BN.. Saya sendiri sebelum ini pernah menulis dalam blog berkenaan faktor-faktor kekalahan BN dalam pilihanraya yang lalu. Apa yang penting dilakukan ialah semua pemimpin dan ahli BN/UMNO  kena turun ke padang buat kerja bersungguh-sungguh .. bukan dekat-dekat pilihanraya sahaja baru nak pulun.. sepatutnya habis sahaja pilihanraya yang lalu dah mula dah buat kerja sungguh-sungguh memahami keperluan rakyat dan mencari jalan penyelesaiannya... Tak ada masa lagi nak tonjol kehebatan dan kekuasaan serta kemewahan yang ada.. rakyat tak nak tengok benda-benda tu lagi..  tak payahlah lagi dok kalut nak cari kelemahan kerajaan negeri sekarang ni... semua orang tahu .. memang kerajaan negeri tak boleh  dan tak mampu nak buat projek pembangunan fizikal besar-besar.. nak cari duit tang mana.. sumber terhad... tak payah dok kutuk, dok perli2 dan mengaibkan parti lawan .... kerana kalau dah selalu sangat dok kutuk akhirnya akan timbul simpati pula oleh rakyat kepada orang yang dikutuk.. Pengalaman lalu patut menjadi pengajaran. jadi kena berhati-hati...

(boleh refer balik catatan terdahulu dengan klik saja kat bawah sini)
http://beritakcs.blogspot.com/2011/06/catatan-mohd-asri-redha-diedit-balik-14.html?utm_source=BP_recent
http://beritakcs.blogspot.com/2011/06/sambungan-siri-blog-terdahulu-macam.html?utm_source=BP_recent

Jadi ketua-ketua bahagian UMNO/BN yang ada hubungan baik dengan pemimpin pusat ..carilah sebanyak mungkin peruntukan  dan bawa mari ke Kedah.. buat projek pembangunan fizikal pdan embangunan sosial sebanyak mungkin untuk rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik.. Jangan dok kira kelompok sendiri.. kalau dok kira kelompok sendiri sahaja macam mana nak tambah pengundi yang menyokong UMNO..  Biar rakyat tahu keikhlasan dalam membantu kesejahteraan mereka...Mana tahu dengan cara itu rakyat yang dok tengah2 orat beralih sokong BN... Ini tidak .. kalau dah tahu tempat itu banyak orang PAS.. langsung tak buat apa-apa.. fasal kata depa.. orang yang membangkang... kalau macam tu.. macam manalah nak tambah penyokong..

Kerajaan PAS/Pakatan Rakyat pun sebenarnya ada juga cuba buat beberapa projek besar yang melibatkan swasta.. seperti projek  Sulih di Yan, Projek Aman Sentral di Alor Setar dan lain-lain lagi.. tapi macam2 halangan dihadapi.. saya adalah salah seorang yang terlibat secara langsung dalam menjayakan  Projek Aman  Sentral tersebut...  dah banyak saman saya terima untuk hadir ke Mahkamah Tinggi dalam  pelbagai kes yang dituntut... nasib badanlah...sehingga sekarang belum selesai...  pihak musuh politik sentiasa mencari peluang untuk ganggu pembangunan yang dirancang.. semuanya dirancang seolah-olah cuba menggagalkan pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, sedangkan BN sebelum ini gagal menyelesaikan  kemelut ini sejak lebih 20 tahun yang  lalu.. Itu baru satu.. ada banyak lagi sabotaj yang cuba dibuat yang tidak perlulah saya cerita kat sini...

Kolej Universiti Insaniah telah mula dilaksanakan di Kuala Ketil dengan pinjaman bank melebihi RM300 juta. Satu angka yang besar dan amat menggerunkan saya.. Nak harap bantuan kerajaan pusat agak sukar .. Dah kata kerajaan negeri tak buat projek.. itulah dibuat projek seperti ini. Saya harap Ustaz ada cara dan pendekatan tersendiri dalam mengatasi pembiayaan pinjaman bank ini kerana setiap bulan rasanya berjuta RM juga kena dikeluarkan. Nak harap peruntukan negeri rasanya tidak kecukupan lagi. Mungkin GLC negeri yang ada perlu ditingkatkan lagi prestasinya agar ianya mendapat untung yang banyak. Keuntungan ini bolehlah disumbangkan bagi membiayai bayaran balik pinjaman bank.. Isu pinjaman ini perlu ditangani dengan penuh strategik agar ianya tidak menjadi beban yang tidak mampu ditanggung jika silap percaturan. Musuh politik akan melihat perkara ini dan akan menjadi modal besar dalam menjatuhkan kerajaan jika hutang-hutang seperti ini gagal disempurnakan bayaran balik.... Saya berdoa agar Allah SWT perturunkan rezeki yang masih ada di muka bumi Kedah kepada rakyat dan  kerajaan negeri Kedah. 3 hari lagi saya akan pergi menyaksikan perasmian pengeluaran lombong besi di Gurun oleh YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan yang dilaksanakan oleh Permodalan Kedah Berhad... ini satu lagi bukti bahawa rezeki yang ada dibumi Kedah telah mula timbul.. Harap-harap akan banyak lagi sumber-sumber kekayaan akan dijumpai untuk rakyat Kedah ini.


Gambar terbaru pada 1.3.2012.. saya meng
.........hadiri Majlis Perasmian Pelancaran . 
..............Pengeluaran Bijih Besi Oleh YAB 
....................Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan
.........................b. Abdul Razak....di Gurun..
.......Gambar saya membelakangkan Mesin
....Memproses Batu Bijih Hingga Menjadi
Bijih Besi........................................................

Oklah.... saya mohon permisi dulu.. anakpun dah mula sedar dari bius pembedahan tadi... merengek-rengek kesakitan akibat pembedahan dan jahitan..  nak kena tumpu kat dia sat....

Sebelum mengakhiri coretan ini saya mohon ampun dan maaf jika ada apa-apa kata-kata yang kurang enak didengar dan menyinggong sesiapa yang membacanya.. .. seperti saya kata sebelum ini.. saya  hanyalah insan kerdil yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubah suasana.. hanya sekadar menyuarakan pandangan.. boleh pakai atau tidak pandangan saya ni tak taulah saya. Terpulanglah kepada penilaian pembaca maya sekalian .. Namun segalanya apa yang saya celotehkan ini rasanya untuk kebaikan semua pihak....... wassalam

Teratak Kasih
Alor Setar@KEDAHLANIE
 
  • http://beritakcs.blogspot.com/2012/02/ustaz-azizan-yang-saya-kenali.html

Tuesday, March 29, 2011

Apa yang dok kalut kat KCS La Ni..!!!

Dulu Hampu Pulun Jangan Sambung...La Ni???

http://dir.kedah.gov.my/images/wisma.jpg

Khabarnya seminggu dua ini Dato' Rasli dan sekutunya dalam Persatuan KCS sibuk melobi sana sini untuk sambung perkhidmatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kedah. Tak payah pergi jauh-jauh, pasang telinga di Cafe Wisma Darul Aman, kalau Man Lengkong, Armishah atau Ghani Hassan ada, itulah tajuk yang dibualkan. Atau pasang telinga di padang-padang golf. Apa lagi boleh dibuat untuk memastikan khidmat SS disambung lagi.

Bukan rahsia lagi kumpulan Dato' Rasli juga sedang memburukkan Dato' Fuad yang disebut-sebut juga akan bergerak ke posisi SS setelah kini menjawat jawatan Pegawai kewangan Negeri. Fuad dikatakan sepupu atau dua pupu dengan Ustaz Azizan dan terpalit kes-kes lama di Sungai Petani.

Dato' Rasli didakwa oleh sesetengah pihak masih setia kepada kerajaan lama Barisan Nasional, khususnya Dato' Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid. Bagi pegawai KCS berpangkat rendah yang lebih junior, Dato' Rasli diketahui mengamalkan kronisme. Pasukan Dato' Rasli terdiri daripada Dato' Azmi Din (SADA), Man Lengkong, Hj Nordin (Sumber manusia), Arminshah (Kerajaan tempatan), Ghani Hassan (PBT KHTP), Aziz Hasan, Hj Ishak UPEN, Dato' Basharudin, dan Rozaina MPSPk.

Masa Syed Unan jadi SS, kumpulan ini juga membuat macam-macam gerakan untuk menamatkan khidmat Syed Unan yang waktu itu disambung sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Sekarang lain pula jadinya, mereka pula minta Dato' rasli disambung khidmatnya. Tentu ada sebab-sebab tertentu hingga mereka bersungguh-sungguh mahu Dato' Rasli menjadi nombor satu. Antara sebab yang utama ialah kes pembinaan dewan dan pejabat MPSPk di Sungai Petani yang melibatkan skandal kewangan berjuta ringgit.

Dato' Rasli juga ingin pastikan anak saudaranya Rozaina (YDP MPSPk) dan anaknya yang masih junior dalam KCS terjamin kedudukan dan kenaikan pangkat. Baru-baru ini anak menantunya menerima pingat BCK (walaupun batu setahun agung berkhidmat) yang menimbulkan rasa tak puas hati pegawai sebaya anaknya. menantunya juga menerima pingat itu.

Kalau ada sesiapa yang tahu maklumat lanjut tentang berita ini, bolehlah panjang-panjangkan..... (Dato' Rasli tak dapat dihubungi untuk mengesahkan cerita yang tak perlu pengesahan ini...)

Sunday, March 27, 2011

Perkongsian kuasa Azizan faktor ‘Kedah Sejahtera’


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisrd4FzPy2vihzXzULiqkRU-ZLVfIlX9GqDQSdmt41ajmJAye75YwvUV_bL6eali2BHGd2y-9RGY-QnXSPvmMIaNk0ffG7Xko1lvJbqI07cBXYjnA50Tn7YtJQgN2tylGuByTaHSHVJbo9/s1600/kedah%2520sejahtera%25202.png
ALOR SETAR - Pendekatan perkongsian kuasa yang diamalkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam mentadbir Kerajaan Negeri dikenal pasti antara faktor utama Kedah dianggap sebagai lebih sejahtera dan aman.

Ahli Exco, S Manikumar berkata, pendekatan yang lebih dikenali ‘approach power sharing’ itu pada mulanya ditentang kebanyakan orang termasuk segelintir pemimpin dalam PR sendiri kerana ‘tersalah faham’ tetapi mereka mula menyedari hasil positif setelah tiga tahun diamalkan.

Menurutnya, pendekatan perkongsian kuasa merujuk kepada tiga entiti yang menerajui dan mentadbir Kedah iaitu institusi diraja, pembuat dasar iaitu Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai kerajaan dan pelaksana dasar iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai Kerajaan Negeri (KSC).

“Secara profesional, Azizan dapat meletakkan ketiga-tiga entiti ini secara berasingan dan menjadi peneraju ke arah hala tuju yang positif.

“Banyak orang pada mulanya menyalahkan Azizan dan mendakwa beliau terlalu berlembut dengan KCS sekiranya sesuatu isu timbul, sedangkan tindakannya adalah betul dan di bawah undang-undang negeri,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Manikumar berkata, Kerajaan Negeri ditunjangi Pakatan Rakyat (PR) perlu mewujudkan revolusi minda dalam kalangan rakyat Kedah bagi membolehkan mereka lebih profesional dalam menilai sesuatu tindakan atau isu yang timbul.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat sebahagian rakyat negeri ini yang terus menuding jari ke arah Menteri Besar dan Exco Negeri sekiranya terdapat masalah melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri.

“Saya ambil contoh penguatkuasaan sampah yang sebenarnya merupakan tugasan harian PBT melalui Akta Kerajaan Tempatan 171 dan 172.

“Bagaimanapun, sekiranya masalah melibatkan penguatkuasaan sampah, Menteri Besar perlu merujuk tindakan di bawah akta terbabit terlebih dahulu dan bukannya boleh ‘ketuk’ kepala PBT secara semberono. Inilah antara perkara penting yang ramai orang tidak tahu,” katanya.

Manikumar berkata, sehingga kini hubungan Kerajaan Negeri dengan KCS juga semakin baik dan pelbagai perancangan sudah dapat dilaksanakan hasil daripada sistem politik terbuka diamalkan Azizan.

“KCS kini sudah menyedari fungsi sebenar mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan Negeri dan saya yakin hubungan semakin intim ini mampu memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri hanya boleh bergerak apabila disokong tiga tulang belakang utama (institusi diraja, Kerajaan Negeri dan KCS) yang bergerak seiring. Kekalkan hubungan sedia ada, slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua bakal menjadi realiti suatu hari nanti,” katanya.