Showing posts with label SUK. Show all posts
Showing posts with label SUK. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

Sekretariat ahli-ahli majlis PBT Kedah sifatkan pemuda BN sebagai buta Akta 171


JITRA – Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah atau Kedah Local Councillors Secretariat (KLCS) menyifatkan pemuda BN Kedah buta undang-undang (Akta 171) dan tertinggal bas, apabila mengulas tentang tindakan ahli-ahli majlis PBT (lantikan politik) mendesak Datuk Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatannya. Menurut jurucakap KLCS, Basir Ismail bahawa pengerusi pemuda BN Kedah cuba nak menegakkan benang basah dalam hal ini semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan Datuk Rasli Basir yang kini mendapat desakan kuat dari ahli-ahli majlis PBT Kedah supaya meletakkan jawatan.

Di samping, UMNO/BN yang pernah menjadi kerajaan di Kedah sejak merdeka hingga 2008, seolah-olah tidak sedar bahawa Akta 171 yang menjadi undang-undang di dalam perjalanan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dijadikan asas di dalam hal ehwal perlantikan Yang DiPertua PBT di negeri ini”.

“Ini bermakna mereka (pemuda BN) bukan tidak tahu undang-undang tersebut, malah tidak tahu tentang risiko yang bakal dihadapi oleh PBT. Ia juga mengambarkan mereka (UMNO/BN) tidak tahu menggunakan kuasa untuk menguruskan kerajaan tempatan, katanya”.


Dalam hal ini, saya melihat pemuda BN Kedah mulai cemas dan rasa terancam apabila ahli-ahli majlis PBT meminta Pihak Berkuasa Negeri menggunakan haknya di dalam perlantikan Yang DiPertua PBT.

Barangkali mereka (UMNO/BN) amat bimbang jika Pihak Berkuasa Negeri akan melantik seseorang Yang DiPertua dikalangan individu yang beramanah, telus serta boleh berkerjasama dengan ahli-ahli majlis, sekali gus mendukung dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat. Ini kerana jawatan Yang DiPertua adalah jawatan terbuka, tidak terikat mesti dilantik dikalangan pegawai tadbir negeri (KCS) semata-mata.

Oleh itu, saya menanggapi kenyataan pengerusi pemuda BN Kedah sebagai mengambil maklumat tepi jalan, ia tidak merujuk kepada undang-undang (Akta 171), apabila mahu mempersoalkan tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah, kata Basir.

Tuduhan mengatakan ahli-ahli majlis mendesak Datuk Rasli adalah seperti mempertikaikan Al Sultan Kedah, Basir menjelaskan ia adalah usaha yang berterusan pihak UMNO/BN Kedah untuk mengalihkan isu sebenar yang berlaku.

“Pemuda BN Kedah, kalau nak campurtangan dalam isu ini, elok rasanya mereka bantu Datuk Rasli menafikan dakwaan salahlaku yang sudah mula terbongkar satu demi satu, katanya.

“Adakah pemuda BN bersedia menjadi pembantu Datuk Rasli menafikan penyalahgunaan kuasanya ke atas isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi dan projek rasuah ibu pejabat baru Majlis Perbandaran Sungai Petani yang bernilai RM 46 juta dan lain-lain penyalahgunaan kuasa, rasuah yang akan didedahkan sedikit masa lagi, soal Basir.

Oleh itu saya meminta supaya pemuda BN Kedah tidak lagi mengeksploitasi isu ini, lebih baik mereka (pemuda BN Kedah)buat keraja lain supaya rakyat nampak mereka masih releven untuk memimpin negeri ini di masa depan”.

Saturday, October 27, 2012

MB Kedah pertahan tindakan SUK Kedah

Rasli Basir
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir
 
ALOR SETAR - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir tidak mengamalkan nepotisme berkaitan projek di Pulau Bumbun Besar, Langkawi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia bukan bermaksud mempertahan Rasli, sebaliknya maklumat yang tidak tepat disebarkan hingga menjadi bualan panas dalam blog tempatan kebelakangan ini.

“Tak betul, saya bukan nak bela dia dalam perkara ini, tetapi ramai yang mendapat maklumat salah. Tambahan pula, Rasli tiada kuasa untuk luluskan perkara itu kerana ia perlu dibuat melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen),” katanya.

Beliau berkata, permohonan kelulusan tanah dan membangunkan projek di pulau itu dibuat oleh sebuah syarikat milik penuh Bumiputera beribu pejabat di Kuala Lumpur.

“Setiap pelabur di Kedah yang ingin membuat pelaburan hendaklah membuat permohonan melalui Upen, yang seterusnya membawa cadangan itu ke State Planning Comittee (SPC), di mana saya adalah pengerusinya,” katanya.

Menurutnya, secara kebetulan salah seorang anak saudara Rasli bekerja di syarikat terbabit menyebabkan tuduhan dilemparkan kononnya dia mengamalkan nepotisme.

“Jika begitu susahlah, ada sahaja pertalian saudara, dianggap amal nepotisme. Contohnya saya dengan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali, dia adik sepupu saya, takkan dia perlu berhenti kerja kerana dia naik pangkat sebelum saya jadi Menteri Besar lagi. Itu tanggapan yang tidak adil,” katanya.

Azizan berkata, semua pihak perlu bersikap adil dalam perkara ini dan beliau sudah pun membuat penjelasan kepada Ahli Majlis (Pas) berhubung perkara itu.

Isu mengenai Pulau Bumbun Besar mula diperkatakan apabila blogger tempatan mendedahkan penglibatan saudara Rasli dalam cadangan projek pembangunan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa terkemuka di Asia.

Berdasarkan dakwaan itu, Rasli berhasrat memiliki pulau itu bagi membangunkan projek mega bernilai RM1.2 bilion, melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik Kerajaan Negeri berkeluasan 64 hektar.

Bagaimana pun, difahamkan projek itu tidak menjadi kenyataan apabila permohonan ditolak Kerajaan Negeri. Ini menyebabkan pihak berkepentingan kecewa dan marah, khususnya terhadap Azizan sehingga timbul isu mengaitkan Rasli dan kroninya membuat onar dalam pentadbiran sebagai membalas dendam.

Laporan dari Pejabat Tanah Langkawi mendapati, sebelum permohonan syarikat terbabit, sudah ada pihak lain berminat ke atas tanah di pulau itu sejak 1991.

Pihak terbabit turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi namun tidak diproses kecuali diluluskan sebidang tanah (geran individu) berkeluasan antara 6.7-6.8  hektar di tengah-tengah pulau itu.

Mengulas kemungkinan satu lagi demonstrasi aman diadakan dalam masa terdekat bagi mendesak Rasli meletak jawatan, Azizan berkata, itu hak masing-masing untuk menyatakan pandangan mereka.

“Itu hak mereka, saya tak boleh halang. Masing-masing ada hujah tersendiri, saya bukan mahu pertahan Rasli tapi kedua-dua pihak ada alasan masing-masing kenapa mereka bertindak begitu,” katanya.

Monday, October 22, 2012

Nah ambik hang Azizan... sayang sangat puak UMNO yang dok buat dajal tuu..!!!

Patutlah UMNO pertahankan sangat 2R... nak hancurkan kerajaan negeri kedah dari dalam
Oleh: Pak Dee Jantan

Hang Ingat NAJIB nak biaq gitu saja...w/pon dia tak berapa nak serang Kedah..!!
Semakin dibuka lembaran kitab keperihalan politik pentadbiran Kedah maka semakin terserlahlah akan apa yang selama ini tersirat. Bagi Pak Dee inilah masa untuk memulang paku buah keras kepada Ustaz Azizan (maafkan Enggang Qadha dan Tok Senapi yang naif, kalau kita berbeza pandangan dalam isu ini). Sewaktu awal pemerintahan lagi Pak Dee dah jumpa Ustaz MB, ceritakan bahawa Datuk Rasli, Adzmi Din, Abdul Rahman Saad (dan bla bla bla) adalah individu yang akan digunakan oleh UMNO Kedah untuk sabotaj kerajaan negeri dari dalam. Pak Dee kena jerkah butaa jer tapi dalam hati Pak Dee yakin bahawa kebenaran akan terserlah suatu hari nanti.

Sekarang satu demi satu perancangan jahat mereka terselak. Sejak Rasli jadi SUK, Rahman Saad tidak pernah ditukar ke tempat lain sampai berakaq dekat bahagian perumahan. Semua tahu dia tak pernah beri kerjasama kepada Exco perumahan, ajak bincang tak mau, jemput nak jumpa buat tak tau. Cuba pikiag tengok ketua bahagian yang berkaitan dengan exco tapi tak boleh bagi kerjasama dengan Exco. Berkali perkara ini dibawa masuk meeting Exco, minta Rasli betulkan atau kalau tak boleh tegur pindahkan ke post lain tapi takkan Rasli nak buat macam tu pada Rahman depa satu tongkang, sama kefahaman dan sama tindakan.

Isu perumahan adalah antara yang banyak komplen sampai ke Exco tapi tak boleh selesai segera dan pelaksananya ialah pegawai di bawah SUK, bukannya Exco. Lebih 2,000 unit rumah awam yang sudah selesai bayaran tapi tidak dikeluarkan geran hakmilik, di Kuala Kedah saja ada 148 sampai ada yang dah angkat sepanduk, maki kerajaan negeri. Apa tujuan Rahman menangguhkannya kalau bukan untuk membusukkan imej kerajaan negeri?

Isu penduduk flet Seri Gemilang yang melantik lawyer menyaman kerajaan negeri kerana menerima notis perpindahan dari kerajaan negeri sepatutnya sudah membuka mata MB, siapa Rahman Saad. Exco perumahan terpinga-pinga apabila kerajaan PAS dituduh kerajaan Yahudi Zionis oleh blogger pecacai UMNO kerana mahu mengusir penghuni dengan notis yang sudah dikeluarkan. Rupanya inilah kerja Rahman tanpa sepatahpun memaklumkan kepada Exco terlebih dahulu. Apa tujuannya kalau bukan untuk membusukkan imej kerajaan negeri?

Rahman adalah UMNO kiang, bukan ahli biasa tapi aktivis parti. Dalam kerajaan buat kerja membusukkan imej kerajaan untuk hantar bola tanggung pada UMNO tibai kerajaan negeri. Pegawai macam nikah yang kerajaan nak simpan?

Isunya di sini bukan kerana dia UMNO tapi dia buat kerja sabotaj kerajaan, itu yang kita marah. Ramai KCS UMNO buat kerja secara professional. Md Suhaimi Abdul Rahman KPPD Tanah Kulim adalah aktivis UMNO kedekiang, pernah pegang jawatan bahagian dan pernah naik pentas ceramah. Tapi di Kulim dia buat kerja merelit, sampai pejabat tanah Kulim dapat anugerah 4Bintang... orang macam ni kita salute!! DO Zahari Ismail, Datuk Bandar Md Noh Ahmad pun berfikrah UMNO tapi mai tang kerja depa professional, cepat selesaikan masalah rakyat. Macam ni rakyat mau.

Orang macam Rasli dan Rahman Saad ni rakyat tak perlukan. Yang perlukan sangat Rasli sebagai SUK dan pertahan mati-matian ialah pemimpin UMNO seperti Mahadir Khalid dan Ahmad Bashah. Hujah depa buang Rasli derhaka Sultan, walhal Pak Dee percaya kalau Sultan tau peranan Rasli ni maka Rasli dah ghuyub dari tempat tu. Satu lagi isu yang nak dispin ialah PAS lawan KCS, tak ada kena mengena semua KCS dalam isu ini. Hanya KCS mcm 2R ini saja yang tidak diperlukan oleh PAS. Semua alasan itu diguna oleh UMNO Kedah untuk biarkan mereka jahanamkan kerajaan dari dalam.

Sekarang apabila Audit negara dedahkan penyelewengan RM2.55 juta semua media UMNO dan pemimpin UMNO ambil kesempatan tibai kerajaan PAS/Pakatan walhal yang patut bertanggungjawab sepenuhnya ialah 2R. Entah-entah itu projek untuk salurkan duit ke kantung UMNO. Kontraktor UMNO buleh makan sama, UMNO dapat sama tapi yang kena maki PAS.

Nak simpan lagi ka makhluk 2R ni? Jawab sat Ostad Azizan...

http://kedahla.blogspot.com/2012/10/patutlah-umno-pertahankan-sangat-2r-nak.html#more

Tu dia aihh rupanya ada musang berbulu ayam dalam Wisma Darul Aman..!!!

DATUK RASLI PERKAKAS UMNO/BN (PENDEDAHAN SIRI 2.0)
Oleh : MATA KCS

Pendedahan paling panas!!! Bilik Mesyuarat Pejabat SUK jadi bilik gerakan untuk serang Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah

Kira-kira seminggu lalu berlaku pertemuan sulit empat orang pemimpin tertinggi UMNO/BN Kedah (Kecuali Datuk Johari Baharom) dengan kroni datuk Rasli iaitu orang kuat SADA serta beberapa orang lain.

Pertemuan diadakan di rumah milik mantan pemimpin UMNO di sekitar Titi Gajah, Alor Setar. Antara isu dibincangkan ialah kebimbangan UMNO/BN kesan dari tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah yang bergabung tenaga mendesak Datuk Rasli meletakkan jawatan serta usaha ahli-ahli majlis membongkar penyelewengan wang GLC yang dilakukan oleh kroni-kroni datuk Rasli. Di mana sebahagian wang tersebut disalurkan kepada UMNO/BN untuk kerja-kerja awal menghadapi PRU 13.

Tentang butiran GLC manakah dan siapakah kroni Datuk Rasli yang terlibat dalam penyelewengan tersebut akan didedahkan kemudian. Harap rakyat Kedah dan para pembaca bersabar kerana penulis ingin memfokus isu berkaitan tajuk di atas terlebih dahulu.

Apa yang penulis mahu dedahkan ialah perancangan Datuk Rasli dan kroninya menggunakan kedudukan masing-masing bagi menjayakan Program Kasih Sayang Perdana Menteri (KSPM), Najib Tun Razak di Kedah. Di mana, matlamat program KSPM adalah (1)mensabotaj program E-Sinar dan Skim Kafalah yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah (2) meraih sokongan rakyat miskin kepada Perdana Menteri dan UMNO/BN dalam PRU 13 (3) menghasut rakyat miskin bahawa kerajaan UMNO/BN sahaja yang mampu memberi bantuan di Kedah (4) membina hubungan dengan Perdana Menteri dengan harapan beberapa pegawai KCS akan menjadi calon UMNO/BN, sekaligus dilantik sebagai MB bila UMNO/BN menang PRU 13 (5) barangkali ada agenda peribadi untuk mengisi poket melalui peruntukkan yang diberikan.

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Darul Aman yang dipengerusikan oleh Datuk Adzmi Bin Din, CEO SADA.

Di antara pegawai daerah dan pegawai tadbir negeri yang hadir ialah Datuk Abdul Aziz Bin Abdul Ghani, Nordin Bin Yahya dan Abdul Bari Bin Abdullah.

Melalui program KSPM tersebut, sejumlah dana disalurkan oleh Perdana Menteri terus kepada mereka yang berkenaan. Perbelanjaan ataupun penggunaan wang tersebut tidak perlu mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang biasa diamalkan. Difahamkan, wang yang disalurkan oleh Perdana Menteri berjumlah melebihi RM 400 ribu. Ke manakah wang itu dibelanjakan, bagaimanakah ia dibelanjakan tidak ada siapa yang tahu.

Ada pihak mengatakan, tidak mustahil wang tersebut akan masuk poket individu tertentu, sebahagian sahaja akan dibelanjakan untuk program KSPM.

Persoalannya ialah, adakah wang itu milik peribadi Perdana Menteri ? Jika bukan milik peribadi Najib Tun Razak, maka ia milik siapa ? Sekiranya wang tersebut adalah wang negara, mengapa ia tidak disalurkan melalui kerajaan negeri ? Bagaimana wang milik negara boleh disalurkan kepada pegawai tadbir negeri tidak mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan ?

Hubungan rapat Najib Tun Razak @ UMNO/BN dengan datuk Rasli serta kroni-kroninya umpama kentut dan tahi. Kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama lain. Datuk Rasli dan kroni seperti nama yang didedahkan adalah perkakas UMNO/BN yang berada di dalam kerajaan Kedah. Peranan mereka ialah menggunakan kedudukan masing-masing untuk menghura-hara dan mensabotaj pentadbiran dan kerajaan negeri Kedah.

Sesungguhnya, pengkhianatan datuk Rasli dan kroninya tidak boleh dimaafkan serta perlu ditentang habis-habisan. Kini bukan masanya buat pendukung Pakatan Rakyat menoleh ke belakang atau menuding jari kepada mana-mana kepimpinan parti maupun kerajaan di atas kemelut yang berlaku. Kita perlu bersatu melanyak dan menyingkirkan Datuk Rasli dan kroni-kroninya.

Percayalah, tindakan mereka adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi yang bersifat gila kuasa dan tamak harta benda serta mahu menjadi maharaja lela di Kedah. Pengkhianatan yang dilakukan akan membawa malapetaka bukan sahaja kepada kerajaan negeri, malah keseluruhan rakyat Kedah.

Kalau selama ini, mereka berjaya merahsiakan dari pengetahuan umum tentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, amalan kronisme, tetapi sekarang ia sukar untuk menutupnya. Pengkhianatan mereka (Datuk Rasli dan kroninya) kepada kerajaan negeri Kedah mula terbongkar satu persatu. Di antara pihak membantu membongkarkan pengkhianatan mereka ialah kakitangan di Wisma Darul Aman (KCS) sendiri yang sudah muak dan meluat dengan tingkah laku mereka.

Umum tahu bahawa ramai pegawai tadbir (KCS) yang bukan kroni telah diinayai di bawah pentadbiran datuk Rasli. Ada pegawai tadbir negeri yang dihalangkan kenaikan pangkat, anak kesayangannya dinaik pangkat dengan cara memintas lebih 38 orang pegawai tadbir negeri yang lebih senior, ada kes pegawai tadbir negeri di tukar tempat kerja kerana tidak bersetuju menjadi alat konspirasi denganya dan macam-macam lagi. Pendek kata, sokongan pegawai tadbir negeri kepada Datuk Rasli sudah merudum iaitu tidak sampai 20 peratus.

Diberi tahu, jamuan makan malam anjuran Datuk Rasli kepada kontinjen KCS di Temasya Sukan di Kuala Terengganu telah diboikot. Banyak makanan yang tidak habis dan kerusi kosong. Ia mesej jelas bahawa pegawai tadbir negeri (bukan kroni) datuk Rasli semakin berani menunjukkan sikap mereka. Ia adalah petanda baik buat sistem pentadbiran awam Kedah di masa depan. Harapan Datuk Rasli untuk mencucuk hidung pegawai tadbir negeri seperti kerbau tidak berjaya kecuali beberapa kerat (pegawai tadbir negeri) yang bersedia menjadi budak suruhannya dengan harapan mendapat keistimewaan dalam pentadbiran.

Pekung jahat datuk Rasli yang semakin membusuk dan bernanah tidak boleh dibendung lagi. Kekuatannya hanya bergantung kepada belas ehsan Al Sultan Negeri Kedah. Tanpa Al- Sultan Kedah, riwayatnya akan dikuburkan, bukan oleh ahli-ahli majlis tetapi pegawai tadbir negeri (KCS) sendiri. Namun, dipercayai Al Sultan Kedah sudah mengetahui tentang hal ini, barangkali mengambil sikap tunggu dan lihat sejauh mana isu ini akan berlaku.

Seorang pegawai (KCS) berkata, dia (Datuk Rasli) sepatutnya menjalankan tugas secara profesional….. pegawai kerajaan tidak boleh bertindak bagi pihak musuh parti memerintah kerana ia perbuatan mensabotaj dari dalam.

Katanya lagi, kalau dia nak berkonspirasi dengan parti (UMNO), elok letak jawatan dan bertanding dalam PRU 13. Lawan secara demokratik?”.

“Dia tunjukkan contoh tidak baik kepada orang bawahannya, kroni-kroninya yang masuk lokap (ditangkap) SPRM masih boleh duduk senang lenang. Tapi, jika KCS bukan kroninya, pasti dia kurung dalam peti ais atau kenakan tindakan tata tertib”, merungutnya lagi.

Hujahnya lagi, “pengamatnya datuk Rasli manusia pendendam, pentingkan kaum keluarga serta pandai menyembunyikan kesalahan yang dilakukan. Kebiasaannya orang lain akan menjadi kambing hitam bagi pihaknya”.

Muda-mudahan pendedahan ini akan membuka mata rakyat Kedah dan pendukong Pakatan Rakyat bahawa tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah melanyak dan ingin mengusir Datuk Rasli dari pentadbiran negeri adalah tindakan tepat dan berasas.

Sunday, October 21, 2012

Kerajaan Negeri gagal di perdaya oleh pihak untuk memiliki Pulau Bumbun Besar Langkawi

PENDEDAHAN 1.0 - DATUK RASLI (SUK) DAN KRONI GAGAL PERDAYA KERAJAAN NEGERI MILIKI PULAU BUMBUN BESAR, LANGKAWI

Oleh : MATA KCS

Kali ini, penulis akan mendedahkan penglibatan kaum keluarga terdekat datuk Rasli di dalam isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Kononnya, kaum keluarganya (Datuk Rasli) berhasrat untuk memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi bagi tujuan membangunkan projek mega iaitu sebuah Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa yang terkemuka di Asia.

Projek mega tersebut dianggarkan bernilai RM 1.2 billion dan melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik kerajaan negeri yang berkeluasan 160 ekar. Sekiranya, hasrat mereka dituruti oleh kerajaan negeri, maka kaum kerabat Datuk Rasli akan menjadi orang paling terkaya di Langkawi. Harta beliau yang sudah berlambak akan lebih berlambak-lambak lagi hingga boleh di makan oleh 14 generasinya di kemudian hari.

Hasil siasatan mendapati datuk Rasli secara langsung maupun tidak langsung telah bertindak membantu menjayakan urusan ini khususnya melibatkan di bahagian pentadbiran kerajaan, samada di peringakat daerah Langkawi maupun agensi-agensi di peringkat negeri.

Beliau juga bertindak sebagai orang penting untuk mempengaruhi kerajaan negeri bagi meluluskan permohonan tersebut. Bagi orang ramai yang mungkin kurang tahu, Datuk Rasli adalah merupakan salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang akan terlibat membuat keputusan di dalam projek ini. Kedudukannya sebagai ahli mesyuarat kerajaan tersebut, tidak mustahil beliau boleh mempengaruhi mana-mana exco menyokong permohonan kaum keluarganya tersebut.

Bagi memohon kelulusan tanah dan projek yang hendak dibangunkan tersebut ia telah di buat oleh sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Penulis juga difahamkan, jika permohonan tersebut diluluskan, mereka (syarikat) bersetuju membuat sedikit bayaran kepada kerajaan negeri. Pendapatan yang kerajaan negeri bakal perolehi umpan terlekat di celah gigi kuning mereka sahaja, sebaliknya mereka pula akan menjadi maharaja di pulau tersebut.

Dalam hal ini, adakah datuk Rasli mempunyai kepentingan secara langsung maupun tidak langsung ke atas tanah dan projek tersebut ataupun syarikat berkenaan adalah proksi kepadanya.

Pendedahan ini menuntut Datuk Rasli menjawab tentang kepentingan dan kedudukannya di dalam permohonan tanah dan projek tersebut. Seluruh rakyat di negeri Kedah ingin beliau tampil memberi penjelasan berhubung dengan pendedahan ini.

Kegagalan Datuk Rasli menjawap atau menafikan penglibatan dan kepentingannya di dalam permohonan tanah dan projek ini membolehkan orang ramai mengesyaki beliau sebagai telah menyalahgunakan kuasa di atas kedudukannya dan melakukan rasuah. Jika tidak ia membolehkan pihak SPRM menyiasat tentang hal ini. Jika sabit kesalahan, beliau perlu di hokum setimpal dengan perbuatannya yang mengkhianati amanah rakyat dan Al Sultan selaku Raja Pemerintah di negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, harapan mereka memiliki tanah di Pulau Bumbun Besar, Langkawi tidak kesampaian kerana permohonan tersebut telah ditolak oleh kerajaan negeri. Barangkali penolakan ini disebabkan pihak kerajaan negeri telah dapat mengesan permainan silap mata mereka yang terlibat.

Juga diberitahu bahawa penolakan permohonan tersebut menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam projek ini tersangat-sangat kecewa dan marah kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar negeri Kedah. Bermula dari isu inilah datuk Rasli dan konco-konconya membuat onar di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai membalas dendam di atas ketegasan kerajaan negeri membuat keputusan.

Menurut sumber dipercayai, asas penolakan permohonan ini adalah kerana kerajaan negeri mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan prosedur serta kaedah pemerosesan permohonan tersebut. Kecelaruan prosedur ini bukan tidak disengajakan, malah seperti telah dirancang dengan teliti supaya hasrat mereka tercapai.

Laporan Pejabat Tanah Langkawi, sebelum permohonan syarikat yang berhasrat memiliki Pulau Bumbun Besar untuk dibangunkan Pusat Peranginan dan Reakreasi Antarabangsa tersebut, sudah ada pihak-pihak lain yang berminat ke atas tanah di pulau tersebut sejak tahun 1991 lagi. Pihak berkenaan turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi seterusnya kerajaan negeri. Tetapi permohonan pihak berkenaan tidak ke mana-mana ataupun diproses (dilayan) kecuali telah diluluskan sebidang tanah yang mempunyai geran individu berkeluasan antara 16-17 ekar di tengah-tengah pulau tersebut.

Jadi, perkara ini menimbulkan persoalan. Bagaimana permohonan dari pihak lain, Pejabat Tanah Langkawi boleh diketepikan (fail ditutup) begitu saja, sebaliknya syarikat yang dikatakan ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan datuk Rasli seolah-olah diberi keistimewaan.

Apakah mungkin ada arahan yang kuat dari pihak pentadbiran atasan kepada Pejabat Tanah Langkawi untuk memproses serta memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan.

Penulis melihat berkemungkinan ia melibatkan sokongan orang dalam, demi mengaut keuntungan peribadi mereka. Tidak mustahil mereka yang terlibat telah dijanjikan bulan dan bintang serta mendapat habuan berjuta-juta ringgit dari pihak yang berkenaan.

Bagi penulis, keputusan kerajaan negeri menolak permohonan tersebut merupakan keputusan yang bijaksana serta kemenangan buat rakyat Kedah. Ia juga mencerminkan kewibawaan dan akauntabiliti kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat menjaga hak serta kepentingan rakyat dan negeri Kedah. Ia sekali gus, kerajaan negeri telah berjaya membenteras budaya kronisme yang berleluasa di bawah pentadbiran (kerajaan) Datuk Rasli.

Sesungguhya, ketegasan pihak kerajaan negeri perlu diberi pujian oleh sekalian rakyat Kedah, di samping telah memberi pukulan ‘KO’ kepada Datuk Rasli dan kroni-kroninya. Sikapnya untuk bermaharaja lela di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan telah dapat disekat oleh kerajaan negeri. Pastinya, Datuk Rasli tersangat kecewa serta tercabar di atas tindakan tegas kerajaan negeri, seolah-olah mereka (kerajaan) telah menconteng arang ke mukanya.

Barangkali, kerana sebab itulah datuk Rasli kini telah menzahirkan sikap buruk dan keegoannya lalu bertindak memboikot dan mensabotaj pentadbiran kerajaan dengan apa cara sekalipun, sehinggakan keputusan exco tidak dilaksanakan ataupun tindakannya dilambat-lambatkan.

Mudah-mudahan pendedahan ini akan membuka mata khususnya buat kerajaan negeri dan rakyat Kedah, betapa datuk Rasli adalah manusia yang tamak dan gila kuasa serta tidak layak di beri muka lagi. Segala tindak tanduknya ibarat “harapkan pagar, pagar makan padi”.

Datuk Rasli adalah sejenis manusia yang apabila diberikan madu kepadanya, ia balas dengan tuba. Rakyat Kedah desak kerajaan negeri membuat tindakan drastik menamatkan perkhidmatan kontrak serta-merta, demi menjaga kepentingan rakyat, kerajaan dan negeri Kedah.

Insya allah, selepas ini penulis akan mendedahkan siapakah di pemilik dan syarikat yang dikatakan ada hubungan kekeluaragaan dengan datuk Rasli serta tersangat istimewa sehingga bercita-cita memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Tunggu dan bersabar…

Saturday, October 20, 2012

Inilah bahananya apabila MB KEDAH AZIZAN YANG CENGEI duk sayang sangat puak-puak tali barut nie..!!!

oleh DepaKata.co.cc



Depakata apa yang dok berlaku sekarang ini adalah paku buah keras oleh TALI BARUT UMNO dalam WISMA NEGERI.. Puak-puak nie dulu sampai sekarang MB KEDAH AZIZAN YANG CENGEI tu tak pernah sentuh atau jentik hidung pun..dia tatang depa nie bagai minyak yang penoh...sampai orang dia sendiri pun kekadang tu makan hati dek sayangnya MB KEDAH AZIZAN YANG CENGEI kepada golongan TALI BARUT UMNO nie....

Cuba tengok sekarang makin disayangi dan dibelai depa semakin naik lemak dan naik lemak tersebut dah sampai tahap boroi dah perut tu maka kini dah mula nak pecah dah perut tersebut..maka jadilah apa yang dok bising sekarang nie.....
Sebenaqnya dah lama dah kawan-kawan kat wisma tu suruh penerajang keluaq sahaja TALI BARUT nie dalam salasilah pentadbiran kerajaan... tapi dek kerana MB KEDAH AZIZAN YANG CENGEI sayang akan mereka maka tidak berlakulah semua itu

Jadi sekarang kita tengoklah KEPALA SIAPA NAK KENA LUKU... AZIZAN @ PUAK-PUAK TALI BARUT tuuuu...tunggu.............

Skandal penyelewengan RM2.55 juta di Bahagian Perumahan, Pejabat SUK Kedah tetap dibayangi UMNO Oleh SAIBURI SUDINSaya beranggapan bahawa pembaca telah meneliti laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung penyelewengan RM2.55 juta yang berlaku di Bahagian Perumahan, pejabat SUK Kerajaan Negeri Kedah.
Rasli ni barua UMNO? Lepas laporan Audit babitkan penyelewengan orang Rasli... pikiag ambiklah! Oleh ENGGANG QADHATindakan Utusan Meloya cuba mengheret KCS untuk berperang dengan PAS adalah percubaan yang tidak matang. Bunyi hasutan oleh akhbar racis itu dalam kolum Cuit Zaini Hassan ialah: "Bagi......
MB Kedah ko mai sini kejap. Yup.Gambar blur. Aku pun tatau macam mana nak cam dia neh. Kalau gambar macam neh ko bagi kat aku silap2 seme orang bermisai aku suspect sebagai dia.kah kah kahAku tertarik dengan penerangan yang diletakkan oleh blogger kedahlanie.

Friday, October 19, 2012

Isu SUK : Utusan Tembak Peluru Tabur..nie dia salahlaku SUK yang depa dok bisingkan tuu..!!!

Kalau UMNO nak pertahan Datuk Rasli, silakan! Kami nak dedahkan salahlakunya sampai UMNO pun akan mampoih sekali

Oleh : MATA KCS

Isu SUK : Utusan Tembak Peluru Tabur

Pada hari (kelmarin) giliran Utusan Malaysia(UM) milik UMNO pula memainkan peranannya mengeksploitasi isu desakan ahli-ahli majlis PBT Kedah supaya Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir meletakkan jawatannya.

UM mencipta isu baru kepada pembaca iaitu PAS lawan KCS.

Tujuan UM mencipta isu baru adalah untuk meraih simpati dikalangan pegawai tadbir negeri (KCS), ahli-ahli politik UMNO/BN maupun rakyat negeri Kedah kepada datuk Rasli. Di samping, rakyat akan menyokong UMNO/BN dalam PRU 13 akan datang. Adakah usahanya berjaya ataupun gagal, UM sendiri tidak pasti. Peranannya ialah menulis dan menyampaikan maklumat mengikut kehendak dan niatnya adalah penting.

Artikel yang ditulis tidak lebih seperti melepaskan tembakan peluru tabur, barangkali bertujuan untuk mengenakan sesiapa yang ada di lapang sasarnya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mobilasi Isu Pencabulan Akta 171, Basir Bin Ismail bahawa, sudah sekian lama rakyat tahu UM kerjanya adalah membuat fitnah, membuat laporan tidak tepat, provokatif serta menyelewengkan fakta.

Matlamatnya ialah memesong perhatian rakyat kepada tindakan ahli-ahli majlis, di waktu yang sama cuba menjadi batu api menghasut pegawai tadbir negeri (KCS) supaya bangun mempertahakan datuk Rasli yang semakin lemah dan tidak keruan.

Saya juga terfikir dari mana sumber penulis UM dapat maklumat yang mengatakan Pas lawan KCS. Apa guna Pas nak lawan KCS, sedangkan Pas tahu hampir 80 peratus KCS sokong tindakan ahli-ahli majlis melanyak bos (Setiausaha Kerajaan) mereka. Malah selepas ahli-ahli majlis mengadakan himpunan aman tersebut, ada pegawai tadbir negeri yang menjemput dan membelanja mereka minum di kantin Wisma Darul Aman sebagai tanda kepuasan dan kegembiraan amat sangat kerana bos mereka dilanyak.

Seorang pegawai tadbir negeri berkata, kalau boleh buat tiap-tiap minggu sampai Tok Li tersembang ke bumi. Memang patut buat macam tu, sebab terlalu ramai yang dia telah menginayai pegawai tadbir negeri yang bukan kroninya.

Basir menyelar UM,“kalau sekadar kutip maklumat di tepi longkang busuk ataupun di dalam parit, macam mana berita nak ada kualiti, buang masa pembaca saja. Lebih baik tulis perkara lain yang boleh memberi manfaat kepada para pembacanya”.

Katanya, matlamat ahli-ahli majlis mahu datuk Rasli meletakkan jawatannya. Selagi dia tidak letak jawatan, maka desakan akan kami teruskan dengan apajua cara dan pendekatan”.

Tindakan kami adalah berasas dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk penulis UM. Ahli-ahli majlis PBT Pakatan Rakyat tidak dungu seperti ahli-ahli majlis UMNO/BN Kedah. Kami faham tentang undang-undang PBT, sebab itu kami berani lawan datuk Rasli.

Kini kami telah mendapat pelbagai lagi salah laku datuk Rasli kepada rakyat, pegawai tadbir negeri (KCS) dan kerajaan negeri sejak ia menjawat sebagai SFO (Ketua Pegawai Kewangan) hinggalah menjadi Setiausaha Kerajaan (SS). Kesalahan yang dilakukan perlu dibayar dengan perletakkan jawatannya.

Sesungguhnya rakyat Kedah, KCS tidak akan membiarkan beliau bermaharajalela di dalam kerajaan negeri demi kepentingan peribadi, keluarga, kroni dan UMNO/BN. Di bawah dipaparkan di antara salah laku datuk Rasli yang akan didedahkan kepada umum sedikit masa lagi. Mudah-mudahan pendedahan tersebut akan membantu UM menutup mulut busuknya rapat-rapat dan memberi tumpuan kepada isu lain yang lebih menguntungkan UMNO/BN.

Antara Salah Laku Datuk Rasli Yang Tidak Boleh Dimaafkan Oleh Rakyat Kedah, Pegawai Tadbir Negeri (KCS) Dan Kerajaan Negeri Kedah Ialah :-

(1) Pada tahun 2008 Datuk Rasli terlibat dengan rasuah di dalam projek pembangunan ibu pejabat baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).

Di mana, ketika itu datuk Rasli sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Perolehan Negeri Kedah dengan menaikkan harga pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah yang ditawarkan oleh kontraktor dengan harga RM40 juta kepada RM46 juta (kenaikan RM6 juta) tanpa persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ketika meluluskan pelantikan kontraktor pembinaan kompleks tersebut bersetuju dengan jumlah RM40 juta sebagai harga siling.

Tindakan Rasli ini tidak bersandarkan kepada mana-mana peraturan kewangan dan ia dilakukan sebelum projek dimulakan lagi.

Bagi menutup kesnya di siasat oleh SPRM, pada tahun 2010, datuk Rasli telah mengambil tindakannya meletak anak saudaranya, Puan Rozaina Binti Datuk Paduka Mohd Radzi sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani bertujuan untuk menghalang fail berkaitan projek pembanguan ibu pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani dari diserahkan kepada pihak SPRM.

Berdasarkan perilaku tersebut SPRM berhak menyiasat dan mendakwa Rasli di atas perbuatan rasuah.

(2) Datuk Rasli dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah telah bertindak tidak membahagi-bahagikan wang zakat kepada asnaf yang layak selama 3 tahun berturut-turut. Di mana, wang zakat terkumpul sebanyak RM 107 juta seolah-olah dihalang dari diserahkan kepada asnaf yang layak kerana bimbang penerima zakat akan mendapat nikmat di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Walaupun wang zakat tidak agihkan kepada asnaf yang layak, datuk Rasli telah mengambil kesempatan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah 2012 mengeluarkan bonus Hari Raya Aidil Fitri sebanyak RM 1,000 dari wang zakat tersebut kepada setiap AJK Zakat Negeri.

Satu laporan telah disediakan oleh pihak tertentu untuk diserahkan kepada Seri Paduka Yang DiPertuan Agong selepas Baginda Tuanku berangkat pulang dari tanah suci Makkah Al Mukarramah.

(3) Datuk Rasli adalah satu-satunya Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertindak menghalang kenaikan pangkat pegawai tinggi tadbir negeri. Di mana, beliau telah menghalang kenaikan pangkat Datuk Pengarah UPEN dan Datuk Ketua Pen. Setiausaha (Pentadbiran) ke Gred JUSA C. Sepatutnya kedua-dua pegawai tadbir negeri tersebut telah menikmati kenaikan pangkat sejak lapan bulan lalu.

Kejahatanya menyebabkan pegawai tadbir negeri yang lain tidak berpeluang naik pangkat dan mengisi gred N54, N52, N48 dan N44. Tindakannya dalah taktiknya untuk memberi peluang kepada anak, keluarga serta kroninya mengisi kekosongan jawatan tersebut apabila pihak yang berkenaan pencen.

Dipahamkan bahawa SPA akan membawa perkara ini ke pengetahuan Seri Paduka baginda DiPertua Agong.

Berdasarkan salah laku di atas, datuk Rasli tidak layak menjawat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Perbuatannya amat memalukan sistem perkhidmatan awam negeri Kedah. Lain-lain salah laku akan dipaparkan di masa yang sesuai.

http://kedahla.blogspot.com/2012/10/kalau-umno-nak-pertahan-datuk-rasli.html

SUK nak kencing Kerajaan Negeri macam nie pun MB boleh nak simpan lagi kaa..??

PENDEDAHAN SIRI 1 : DATUK RASLI (SUK) DAN KRONI MAHU PERDAYA KERAJAAN NEGERI MEMILIKI PULAU BUMBUN, LANGKAWI

Oleh : MATA KCS

Artikel ini ialah Pendedahan Siri 1 tentang salahlaku dan amalan kronisme oleh Datuk Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri yang menjadi penyebab kebangkitan penentangan ahli-ahli majlis PBT seluruh Kedah.

Pendedahan ini di buat bertujuan rakyat Kedah dan Malaysia memahami tentang sikap dan tindakan Datuk Rasli yang tidak mahu memberi kerjasama dengan Exco dan Menteri Besar Kedah, sehingga menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri terganggu.

Ia berkaitan dengan isu penglibatan kroni, mungkin juga proksi kepada Datuk Rasli telah membuat permohonan di anugerah tanah di Pulau Bumbun, Langkawi bagi tujuan pembangunan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa.

Namun, harapan mereka memiliki tanah di Pulau Bumbun, Langkawi dengan sedikit bayaran kepada pihak kerajaan negeri telah dapat dipatahkan. Ia menyebabkan Datuk Rasli dan kroninya kecewa, sekali gus mereka telah membuat ‘grand design’ di peringkat pentadbiran untuk menghura-harakan pentadbiran dan menjatuhkan Menteri Besar Kedah.

Sumber dipercayai memberitahu, permohonan tanah seluas 160 ekar di Pulau Bumbun, Langkawi tersebut telah di buat oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. yang berpengkalan di Megan Evenue II, Kala Lumpur. Pemilik Tirai Sutera tersebut ialah tiga individu, di mana salah seorang darinya mempunyai pertalian kekeluargaan yang rapat dengan datuk Rasli.

Penulis dimaklumkan, pemilik dari kalangan Datuk Rasli ialah Ramizi Bin Datuk Paduka Haji Radzi iaitu adik kepada Puan Rozaina Binti Datuk Padu Radzi, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, di mana kedua-dua mereka (Ramizi dan Rozaina) adalah anak saudara Datuk Rasli sendiri.

Walau baimanapun, kerajaan negeri telah menolak permohonan tersebut kerana mendapati ada sesuatu yang tidak berapa kena dengan prosedur serta kaedah pemerosesan permohonan tersebut.

Lagi pula syarikat yang bercita-cita membuat pelaburan membangunkan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa yang dianggarkan bernilai RM 1.2 billion tersebut didapati tidak aktif.

Lebih mencurigakan lagi sebelum itu syarikat Tirai Sutera juga telah memohon sebidang tanah berkeluasan lebih kurang 20 ribu kaki persegi bagi tujuan tapak kediaman kakitangan syarikat berkenaan di kawasan Bandar Kuah, Langkawi. Di mana, status tanah tersebut adalah tanah Bandar, luar simpanan Melayu.

Siasatan penulis, laporan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Langkawi, sebelum ini terdapat jga pihak lain yang memohon tanah di pulau tersebut, tetapi ia tidak diproses (dilayan). Di sini menimbulkan persoalan, bagaimana permohonan pihak lain diketepikan, sebaliknya syarikat Tirai Sutera seolah-olah diberi keistimewaan.

Bagi penulis, keputusan kerajaan negeri menolak permohonan ini adalah merupakan keputusan bijak serta memberi kemenangan buat rakyat Kedah, sekali gus telah dapat membenteras budaya kronisme yang mahu disuburkan di bawah pentadbiran (kerajaan) Datuk Rasli. Ia juga telah memberi tamparan buat Datuk rasli dan kroni-kroninya yang mahu bermaharaja lela di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Insya Allah, selepas ini penulis akan mendedahkan pula isu berkaitan The Lanai Langkawi Beach Resort, bagaimana Datuk Rasli telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi SSI (State Secretary Incorporated).

http://kedahla.blogspot.com/2012/10/pendedahan-isu-pulau-bumbun-langkawi.html

[Bongkar - Audit] Isu penyelewengan RM2.55juta.. Siapa Bersalah.. MB @ HANTU UMNO..??

Skandal penyelewengan RM2.55 juta di Bahagian Perumahan, Pejabat SUK Kedah tetap dibayangi UMNO

Oleh SAIBURI SUDIN

Saya beranggapan bahawa pembaca telah meneliti laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung penyelewengan RM2.55 juta yang berlaku di Bahagian Perumahan, pejabat SUK Kerajaan Negeri Kedah. Saya juga beranggapan bahawa pembaca telah mengikuti pendedahan oleh rakan sekerja SS iaitu Enggang Qadha bahawa orang penting di Bahagian Perumahan sendiri adalah individu yang terbabit, pernah ditahan reman oleh SPRM terhadap kes tersebut serta menunggu masa untuk didakwa di mahkamah. Tiga fakta penting yang dikaitkan dengan individu berkenaan ialah:

1) Dia adalah orang kuat UMNO peringkat Bahagian dan Negeri
2) Dia adalah sekutu rapat rapat SUK Kedah Dato' Rasli Basir

3) Dia adalah orang kepercayaan dan kroni kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Dia ialah Abd Rahman bin Mohd Saad, Ketua PSU di Bahagian Perumahan.

Dengan pendedahan ini maka ternafilah segala fitnah jahat dan dakyah media maya UMNO Be End bahawa penyelewengan dilakukan oleh 'Kerajaan PAS Kedah', sama ada anggota Exco, jauh sekali dilakukan oleh Menteri Besar.
Kesalahan MB tetap ada, iaitu terlalu mempercayai SUK bernama Rasli Basir dengan alasan tidak mahu mengganggu pentadbiran negeri oleh pegawai. Rupanya harapkan pagar, pagar khekah kepala tuan!

Abd Rahman Mohd Saad memegang dua watak penting, sebagai KCS dan ahli politik UMNO. Semasa BN, Mahdzir Khalid selaku MB telah memberi kepercayaan kepada Rahman dengan melantiknya sebagai Pengarah Urusan Permodalan Kedah Berhad.

Permodalan Kedah Berhad (PKB) diperbadankan pada 20 Januari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. PKB adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah. Kegiatan utama PKB ialah di bidang pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah. Ia mempunyai lima syarikat subsidiari dan enam syarikat bersekutu. Antara operasinya ialah pembinaan, pembangunan, hartanah, pegangan pelaburan dan pengurusan dana tabung amanah.
Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB yang lain ialah Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato’ Ghazali Ibrahim, Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad, Dato’ Mohd Akhir Shafie dan Dato’ Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin UMNO.

Sewaktu PRU12 PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk dana pilihanraya UMNO. Abdul Rahmanlah yang menguruskannya bagi pihak MB dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir dan Rahman yang menandatangani cek tunai & tandatangan untuk membukanya. RM200 ribu buat open cek, gilo ko apo? Gila kena kat hangpa..
Bayaran untuk kerja-kerja amal seluruh negeri Kedah, siasatan awal mendapati bahawa kerja amal tersebut kononnya peruntukan diagihkan kepada setiap daerah di Kedah. Apabila siasatan dibuat di semua pejabat daerah, tiada pejabat daerah yang menerima peruntukan tersebut.
Setelah siasatan dijalankan dengan lebih teliti (pakai lada picit ibu jari) maka termaklumlah bahawa duit tersebut diagihkan kepada bahagian-bahagian UMNO khusus untuk kerja pilihanraya BN!!! Angkut dengan kereta pi hantag tunai dekat bilik gerakan BN. takkan sampai semua kot, mesti ada tiris kot jalan... he he
Tarikh wang dikeluarkan ialah 4 Mac 2008 iaitu empat hari sebelum hari mengundi PRU12. Hai, takkan masa tu baru kalut nak buat sumbangan kerja amal. Kalau ada kerja amal pun patut ada baucer sokongan pihak yang menerimanya, malangnya baucer sokongan itu tidak dijumpai.
Badrudi adalah Penolong Pengurus Kewangan, manakala Abd Rahman adalah pengarah Urusan. Bagi membolehkan pengeluaran cek tunai sebanyak RM100 ribu, cek dipecahkan kepada RM10 ribu setiap satu. Ini bukan masa PRU, namun duit tersebut dilaporkan diagihkan untuk tujuan politik BN.
Tujuan laporan ini ialah untuk mengenali watak orang yang dikaitkan dengan skandal RM2.55 juta (yang tak pasai2 dikaitkan dengan PAS itu), bukan nak divert isu dengan mengungkit cerita lama. Bagaimanapun harap pembaca jangan buat apa-apa penilaian lagi setakat ini sebab laporan belum berakhir. Ada lagi laporan mengenai PKB.
Apa pulak kaitan dengan Rasli? Itu cerita lain pulak... tunggu selepas ini (Nota: cerita akan dihentikan serta merta kalau Rasli resign sebagai SUK)
http://kedahla.blogspot.com/2012/10/skandal-rm255-juta-di-bahagian.html#more

[Audit] Blogger UMNO Kedah sedang syok ganyang Kjaan Negeri sedangkan yang mentedarah tu puak 'depa'..!!

Rasli ni barua UMNO? Lepas laporan Audit babitkan penyelewengan orang Rasli... pikiag ambiklah!


Oleh ENGGANG QADHA

Tindakan Utusan Meloya cuba mengheret KCS untuk berperang dengan PAS adalah percubaan yang tidak matang. Bunyi hasutan oleh akhbar racis itu dalam kolum Cuit Zaini Hassan ialah: "Bagi UMNO negeri pula mengapa senyap sepi saja? Sokonglah KCS...!"

PAS dituduh lawan KCS? Jawapan bagi hasutan jahat media pecacai UMNO itu sangat mudah, kalau PAS (yang sepatutnya disebut ialah Ahli-ahli majlis kerajaan tempatan atau pihak pendesak) menentang KCS mengapa mereka mempertahankan Encik Ahmad Fisol Md Nor sebagai YDP MDKP? Bukankah beliau juga adalah KCS?

Yang ditentang oleh PAS (lantaklah nak sebut PAS pun..) ialah Dato' Rasli Basir. Rasli ada enam orang penting kelilingnya iaitu Mi, Man, Mat, Din, E dan Na (6 orang tapi bukan 6 jahanam), itu pun pihak pendesak tak mahu kacau buat masa ini.

Tak semena-mena beberapa hari terakhir ini media maya UMNO menyerang kerajaan PAS negeri Kedah kerana kononnya menyonglap duit sebanyak RM1.55 juta, ekoran Laporan oleh Ketua Audit Negara 2011.

(Semua media maya UMNO membelasah Kerajaan PAS kerana menyeleweng, walhal yg buat kerja tu orang kuat UMNO dalam KCS, juga orang kuat Rasli yang 'membiarkan' ianya berlaku)

 
EQ juga berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan maruah kerajaan negeri Kedah kerana ia sama sekali bukan penyelewengan oleh kerajaan PAS atau Pakatan Kedah tetapi penyelewengan seorang KCS dari kalangan 6 kroni rapat Rasli tadi. Kami tidak ada pilihan, melainkan mendedahkan siapa beliau dan kegiatan sumbangnya berkaitan kewangan semasa bersama MB Dato' Mahdzir Khalid dahulu.

Orang yang sepatutnya memantau atau membetulkan penyeleweng itu ialah Rasli SUK, tetapi di Kedah orang-orang Rasli itu langsung tidak boleh dijentik oleh kuasa MB dan Exco sekalipun. Keputusan mesyuarat Exco pun ditolaknya mentah2. Beberapa blog pro Pakatan membelasah kerajaan PAS kerana memberi muka kepada Rasli dan beberapa KCS, sepatutnya pecat mereka dari awal. Akibatnya ia memberi imej buruk kepada PAS.

Pasai apa MB tak pecat saja Rasli dari awai? Kira soalan mautla tu. Baru angkat sepanduk lawan Rasli, UMNO main isu derhaka raja masing2 tengok lip pok lip pok bukan nak mai tolong... macam nilah kalau kita tak yakin ada kekuatan untuk lawan toksah dok lawan dari awai tapi kalau sekali langkah masuk gelanggang nak lawan, biaq lawan sampai mampoih... bukan kita mampoih, lawan kitalah 'mampoih'.

Manakala blog pecacai UMNO pula menyerang kerajaan negeri kerana 'menyeleweng'. Penyelewengan dilakukan oleh orang kuat UMNO dengan 'keizinan' SUK yang dipertahankan oleh UMNO kononnya menentang SUK bermakna derhaka pada Agong. Jadi mudah saja nak faham permainan UMNO: Kekalkan Rasli talibarut UMNO supaya orang-orangnya timbulkan masalah dalam kerajaan untuk burukkan imej kerajaan negeri, bila dah buruk mudahlah UMNO menyerang kerajaan negeri. Bijak permainan UMNO... macam otak Yahudi.

(Ada yang sindir Kedah La siar foto KCS UMNO yang kena reman SPRM 9 hari tu blurr, jangan kalut sangat... ini strategi mengekalkan rasa ingin tahu pembaca. Mcm mana pun kita tahu limit setakat mana nak dedah maruah org yg belum dikenali umum, sekurang-kurang kena jaga perasaan ahli keluarganya yang tak bersalah apa-apa dlm isu berkaitan. Kalau dah dikenali umum mcm Rasli tu lainlaa pulak ceritenyer. Tak gitu...? Lepas ni Kedah La akan buktikan rangkaian penyelewengan itu hingga membabitkan para pemimpin UMNO Kedah dengan bukti yang sahih lagi nyata... pelan pelan buka laa bang, macam orang meniaga ubat buat pertunjukan ulaq... haktu pun nak kena habag.).
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/10/rasli-ni-barua-umno-ramai-tak-caya.html#more

Wednesday, October 17, 2012

Siapa penulis yang meminjam nama Zaini Hassan di Utusex... Dia bercita-cita besar dengan plotnya itu....

Oleh: Saiburi Sudin


Siapa penulis yang meminjam nama Zaini Hassan di Utusex... Dia bercita-cita besar dengan plotnya itu....

1. Dengan mendedahkan rekod perjalanan Puat ke luar negara, penulis plot di utusex mengharapkan ada pihak mendedahkan rekod perjalanan Rasli pula. Bila dua-dua terdedah... Dia punya harapan untuk mengambil tempat.

2. Dengan merangka plot Puat yang bermuka-muka dengan PAS Kedah untuk menjadi SS, mengeksploitasi hubungan sepupu dengan MB, dia mengharapkan kita melondeh plot Rasli pula... Bila keduanya sudah telanjang, dia saja yang berseluar.

3. Dengan membesar-besarkan kumpulan yang menentang Rasli, dan Puat digambarkan sedang mengaut laba dari penentangan itu, malah menjadi dalang dalam penentangan itu... Kedua-dua nombor 1 dan 2 itu akan terpelanting bila istana bersuara...dialah paling beruntung.

4. Dia menulis skrip untuk SS mencaturkan kedudukan strategik dalam pentadbiran Kedah, dia juga membuka lorong penentangan Puat dan isteri... Pertembungan ini menimbulkan kecelauan pegawai KCS lain. Seorang yang dilihat berstrategi dan mampu memimpin mesti tampil mengambil alih tampuk kuasa tertinggi.

5. Masa yang Rasli ada hingga bulan Jun terlalu singkat untuk menjamin keselamatan mereka yang punya skandal besar, sedangkan pemburuan SPRM dan ancaman Puat tidak pernah berhenti. Tokoh yang mesti ditabalkan sebagai SS mesti mampu melaksanakan plan keselamatan yang berpanjangan.

6. Tiga tokoh dari KCS Kedah yang menerima Darjah Persekutuan sempena birthday YDP Agong tahun ini... Datuk Elmi Yusof, Datuk Azmi Din dan Datuk Rasli. Antara ketiga- tiga Darjah itu, siapa penerima darjah tertinggi? Dia dilaporkan dalam Sinar...

Darpada 6 analisa mudah ini, Dato' Azmi Din CEO SADA adalah tokoh yang paling berkepentingan, paling menonjol, paling beruntung, paling bermotif dan paling strategik.... Dialah orangnyaaaa....!

Bukan PAS lawan KCS Sobri Sudin woii... tetapi Pakatan dengan kerjasama 80% KCS lawan Rasli


Oleh Enggang Qadha

Lama dah dok tunggu Utusan Meloya dan TV3 sahut isu Dato’ Rasli Basir. Alhamdulillah hari ini muncullah sebuah artikel dari akhbar pemfitnah No 1 Malaysia iaitu Utusan Meloya bertajuk ‘PAS lwn KCS...’. Penulisnya Zaini Hassan tetapi idea dan mungkin tulisan keseluruhannya juga adalah nukilan Sobri Sudin bekas Setiausaha Akhbar seorang MB di zaman BN. Sobri Sudin adalah pemilik blog Padi Jantan, semua idea yang tertera dalam tulisan itu muncul dalam blognya dan penentangannya terhadap Dato’ Amiruddin Hamzah, Exco kerajaan negeri Kedah begitu konsisten dalam penyiaran fitnahnya saban waktu. (Nota: Isu Sobri Sudin lain kali kita cerita.. sekarang kita tumpu pada isu Rasli).
Kepada pembaca yang terbaca rencana merapu Utusan itu sukacita EQ menjelaskan bahawa Dato’ Amiruddin tiada kena mengena langsung dengan gerakan penentangan ini. Ia juga bukan perancangan rasmi PAS kerana tiada arahan dari Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap MB, cuma gerombolan penentang ini memegang ijtihad “...selagi Pesuruhjaya tak kata apa, kita lakukan dan teruskan kerja ini!”

Ia juga bukan isu ‘PAS lawan KCS’ kerana yang bangkit melawan ini bukannya PAS tetapi semua ahli majlis daerah dari DAP dan PKR. Yang dilawan pula bukannya KCS (keseluruhan) tetapi hanya Dato’ Rasli Basir seorang, iaitu 1 dari 157 KCS. Paling menariknya usaha menjatuhkan Rasli ini disokong oleh lebih 80 peratus KCS!

Majoriti KCS mahukan Rasli berundur atas banyak sebab. Antara sebab utamanya ialah pengunduran Rasli akan menyebabkan berlaku 1 kekosongan penting paling atas. Kekosongan itu jika diisi akan menyebabkan berlaku kenaikan pangkat kepada begitu ramai KCS, lebih-lebih lagi KCS yang akan bersara wajib. Sekurang-kurangnya mereka mahu makan pencen dengan gred yang paling tinggi.

Percaturan Rasli terhadap kenaikan pangkat KCS amat bercelaru, lebih mementingkan kroni dan kedudukannya. Dato’ Khazali Din (Tilong) Pengarah UPEN dan Dato’ Khairudin Zain Timbalan SUK (Pengurusan) sepatutnya sudah mendapat Jusa C dari N54 yang dimiliki sekarang berdasarkan kedudukan mereka. Malangnya sudah 8 bulan Rasli menahan kenaikan pangkat mereka dan mungkin akan terus ditahan selagi beliau masih SUK. Sebabnya bila dinaikkan ke Jusa C maka mereka sudah layak untuk mengisi kekosongan Ex Officio dalam Majlis Mesyuarat Exco. Jawatan Ex Officio tu pun bukan banyak cuma dua sahaja iaitu Pegawai Kewangan dan SUK tetapi yang penting ianya mesti diisi oleh orang Rasli.

Pilihan pertama ialah Dato’ Adzmi Din SADA tapi bagi Adzmi sendiri Pegawai Kewangan atau SUK jatuh nombor dua, yang nombor satunya ialah jawatan MB. Jadi tindakan membekukan gred Jusa C Tilong dan Dato’ K, dilihat sebagai tindakan sementara menunggu sama ada Adzmi dipilih atau tidak oleh Najib sebagai calon BN di Sungai Tiang. Puak-puak tu dah pukoi canang satu Kedah dah kalau BN menang, Dato’ Adzmi Din jadi MB sampai telinga pemimpin-pemimpin UMNO Kedah naik berbulu.

Kisah sekat, cantas, balas dendam berkaitan Rasli sangat banyak. Masa nilah baru muncul cerita-cerita oleh pegawai terbabit satu demi satu, sebelum ni depa hanya pendam maklumlah kena macam mana pun boss mereka tetap Rasli nak tunjuk berani lebih sikit takut kena rejam lagi teruk, sekarang pokok besaq dah senget nak tumbang. Kura-kura pun berani melata atas batang. Cuma atas permintaan kebanyakan pegawai mereka tak mahu cerita mereka didedahkan, tak apalah EQ menghormatinya.

Satu lagi perancangan dibuat Rasli untuk anaknya Rezal yang bermula dengan gred 41. Untuk menaikkan gred Rezal mengikut penilaian prestasi tak nampak jalan jadi Rasli bekukan peperiksaan PTK selama dua tahun. Lepas dua tahun dalam keadaan penilaian prestasi nampak ‘bercempera’ maka Rasli pun menaikkan gred anaknya ke 44 dengan memangku pula jawatan 48 sebagai Setiausaha MDKP. Bayangkan anaknya itu melangkah 38 senior di atasnya!

(Bersambung selepas ini... piilah mana-mana dulu pun, lepas tu mai balik baca sambungan)
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/10/bukan-pas-lawan-kcs-sobri-sudin-woii.html#more

Sunday, October 14, 2012

Ahli Majlis PBT desak SUK Kedah undur

ROSLINDA HASHIM

Ahli Majlis PBT desak SUK Kedah undur
Ahli Majlis Daerah Sik dan Ahli Majlis Daerah Bandar Baru memegang
 sepanduk masing-masing ketika tunjuk perasaan hari ini.
 
ALOR SETAR -  Ekoran tiada maklum balas susulan demonstrasi aman dan penyerahan memorandum mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Rasli Basir melepaskan jawatannya, 5 September lalu, satu lagi demonstrasi aman diadakan di hadapan Wisma Darul Aman, hari ini.

Protes aman kali ini disertai wakil semua Ahli Majlis seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah, masing-masing membawa sepanduk Desak SUK Kedah letak jawatan.
          
Tiga tuntutan dibangkitkan kerana mendakwa Rasli mencabuli undang-undang Seksyen 10 dan 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan hal ehwal perlantikan Yang Dipertua (YDP) PBT.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mobilasi Isu Akta Pencabulan Akta 171, Basir Ismail berkata, Ahli Majlis seluruh negeri Kedah sebulat suara mahu Rasli meletakkan jawatannya secara sukarela.
           

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk, tindakan mencabuli akta berkenaan menyebabkan imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah tercemar, menjatuhkan maruah Pegawai Tadbir Negeri (KCS) serta tidak menghormati bidang kuasa Menteri Besar dan Exco.
             
“Kami mahu sampaikan mesej yang jelas kepada Exco dan Menteri Besar. Kita sudah serahkan memorandum sebelum ini namun tiada tindakan diambil, kita tengok apa tindakan bersesuaian dan bincang,” katanya.
          
Basir yang juga Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) berkata, pihak yang mempertikai tindakan mereka disaran meneliti Seksyen 10 dan 11 akta itu supaya memahami situasi sebenar.
          
Pada 5 September lalu, lebih 50 terdiri daripada Ahli Majlis MDKP, Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan aman di hadapan Wisma Darul Aman, membantah pertukaran Pegawai Daerah, yang juga Yang Dipertua MDKP, Ahmad Fisol Mohd Nor, selain mendesak Rasli melepaskan jawatannya.

Thursday, October 11, 2012

“Kami bukan serang KCS, kami cuma mahu Datuk Rasli berundur”


JITRA – Ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan tindakan mereka cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Kedah di dalam hal ehwal berkaitan perlantikan Yang Dipertua, Majlis Daerah Kubang Pasu.

Ketua Whip Ahli Majlis, Basir Ismail berkata, beliau begitu hairan apabila masih ada pihak yang mempertahankan tindakan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Basir, seolah-olah ianya sah dari segi undang-undang.

Barangkali mereka tidak baca undang-undang (Akta 171) ataupun buat-buat tidak paham ataupun sengaja mahu memutar belit isu ini supaya perkara berkaitan undang-undang tidak lagi menjadi asas untuk diberi perhatian di dalam penyelesaian isu ini, katanya.

Memetik laporan Bernama yang ditulis oleh Kamarul Ariffin Mohd Yassin, Basir berkata jelas maksud yang cuba disampaikan cuba mengelirukan orang ramai dan berunsur provokatif.

Sejak awal isu ini dibangkitkan, kami (ahli majlis) tidak pernah menyerang pegawai tadbir (KCS) Kedah, sebaliknya memberi fokus ke atas tindakan Setiausaha Kerajaan yang secara jelas membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, sekali gus tidak sah dan ultra vires.
Dalam hal ini saya difahamkan majoriti pegawai tadbir negeri yang menyokong tindakan kami. Tindakan membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri ataupun memanipulasi kuasa oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bukan perkara baru, malah ia telah diperhatikan sejak awal lagi.

Persoalan kami kepada mereka berkenaan, adakah usaha menegakkan hukum dan memastikan perlaksanaan di dalam hal ehwal perlantikan seseorang Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan mengikut Akta 171 ditafsirkan sebagai mencampuri urusan pentadbiran, ujarnya.

Dalam hal ini datuk Rasli kena buktikan dalam bentuk hitam dan putih yang mengatakan tindakanya adalah urusan pentadbiran dan mengikut undang-undang, katanya.

Kamipun bukan nak panjangkan isu ini, kalau ada bukti beliau tunjukkan saja. Kami akan tutup buku dan akur dengan keputusan tersebut. Saya fikir beliau tidak mampu menunjukkan bukti, sebaliknya seperti mengharapkan sesuatu dari isu ini yang menghura-harakan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Kedah.

Merujuk kepada penganalisis politik Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian yang mengatakan ahli majlis tidak sepatutnya campur tangan dalam perlantikan pegawai kerajaan, kerana ia melanggar norma dan mempunyai kepentingan sendiri, Basir berkata, pendapat beliau bersifat umum hanya di atas permukaan semata-mata dan tidak tahu dengan latar belakang isu yang dibangkitkan.

Kata Basir, peranan ahli-ahli majlis bagi memastikan perjalanan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan mengikut undang-undang bukan isu politik maupun berkepentingan sendiri. Ia adalah soal menegakkan hukum dan menjadi tanggugjawab yang tidak boleh dilepas tangan”.

Perlukah saya dedahkan di sini bahawa kelemahan amalan lazim sejak zaman kerajaan BN dalam perlantikan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Kedah ? Tunggulah masa yang sesuai untuk didedahkan.

Beliau (Dr. Sivamurugan) harus sedar bahawa amalan lazim sejak kerajaan BN memerintah bahawa mereka (BN) tidak pernah peduli tentang hal ini. Mereka tidak tahu tentang implikasi yang bakal ditanggung oleh Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya seseorang Yang Dipertua tidak sah menjalankan tugasnya.

Katanya, ramai yang tidak sedar bahawa jawatan seseorang Yang Dipertua adalah merupakan jawatan terbuka. Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik sesiapa jua, ia tidak terikat hanya dikalangan pegawai tadbir kerajaan semata-mata. Asalkan ia memenuhi syarat dan diluluskan oleh Exco maka layak menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua. Maksudnya ialah bukan hak prerogatif seorang Setiausaha kerajaan ataupun urusan pentadbiran seperti yang di dakwa oleh mereka.

Pihak pentadbiran hanya bertindak melaksanakan keputusan, bukan sesuka hati buat keputusan seperti kes yang berlaku ke atas Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu.

Basir menyoal, adakah beliau paham tentang undang-undang ini? Saya khuatir pandangannya akan menyebabkan orang ramai akan melabelkan beliau sebagai profesor kangkong.

Sehubungan itu Basir mencadangkan mereka yang mem-pertikaikan tindakan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu di masa akan datang memberi pendapat berlandas undang-undang, supaya kredebilitinya tidak dipertikaikan oleh orang lain. 
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/10/kami-bukan-serang-kcs-kami-cuma-mahu.html#more

Wednesday, October 10, 2012

Datuk Rasli Basir patut jadi Menteri Luar bukan SUK...

Oleh: ENGGANG QADHA


Tempoh hayat Datuk Rasli Basir sebagai penjawat awam ialah pada Jun 2011 (bersara wajib) namun kelicikan beliau berjaya minta Tuanku buat lantikan kontrak terhadapnya sehingga Jun 2012 dengan alasan Rasli perlu selesaikan segala program yang berkaitan pertabalan Tuanku menaiki takhta sebagai Yang DiPertuan Agong. Alasan itu cuma rekaan dan karut semata-mata kerana tanpa Rasli pun semua kerja boleh berjalan dan dilaksanakan oleh SUK baru.

Ramai yang kecewa dengan lantikan kontrak Rasli sebagai SUK, terutamanya KCS yang kanan. Bila hampir berakhir tarikh Jun 2012, Rasli minta Tuanku sambung lagi kontraknya. Kali ini entah apa pula alasannya... maka bersambunglah kontrak sampai Jun 2013.

Jika tahun lalu cuma beberapa orang yang marahkan Rasli kerana 'sangkutkan' kenaikan pangkat mereka, kini ini jumlah KCS yang marahkan Rasli bertambah-tambah, dianggarkan 80 peratus!
Hebat sangatkah Rasli sehingga orang lain tidak layak jadi SUK? Sejak sign kontrak Jun 2012 sehingga kini (kira-kira 4 bulan) beliau asyik menghabiskan masa ke luar negara antaranya Timur Tengah, Helsinki, Acheh dan terbaru Korea. Kalau dia menteri kerajaan Pusat munasabah untuk keluar negara atas urusan kerajaan tapi kalau setakat SUK sebuah negeri mana ada urusan kerajaan yang berlambak-lambak kat luar negeri.

Kegemarannya untuk melancong keluar negara menghabiskan duit rakyat Kedah bukan baru. Sampai masa nanti EQ akan dedahkan senarai perjalanannya keluar negara... fuhh mengalahkan Menteri Luar. Kerja sendiri terbengkalai, asyik makan angin. Macam ni punya perangai kat Pekan Rabu pun berlunggok (pepatah orang Kedah).

Catatan ini masih panjang... kita mulakan dengan isu remeh temeh dulu, lepas tu barulah nanti kita masuk isu yang berat-berat. Antaranya isu yang boleh menyebabkan Rasli 'masuk dalam'. Nak tau cerita??? Rajin-rajinlah menziarahi blog ini....

(Nota: Catatan Rasli akan dihentikan serta-merta jika Rasli letak jawatan sebagai SUK)
 

KCS sendiri taja penentangan terhadap Datuk Rasli?

Oleh: Mata KCS


Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang juga ketua whip ahli majlis lantikan politik PR umumkan dalam akhbar New Straits Times hari Selasa kelmarin bahawa mereka telah mencetak 15,000 poster dan 500 banner untuk digantung seluruh negeri Kedah bagi mendesak Datuk Rasli Basir meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Baru kelmarin juga para penguatkuasa MBAS dan MBKP bertungkuslumus bekerja sehari suntuk membuat poster dan banner tersebut di kedua-dua daerah tersebut. Di Wisma Darul Aman, pusat pentadbiran kerajaan negeri Kedah, rumos bertiup kencang bahawa gerakan menjatuhkan Datuk Rasli ini sebenarnya ditaja oleh kumpulan KCS juga, yang tidak bersetuju dengan beliau. Benarkah?


Ada logiknya kerana empat sebab utama:

1) Apabila Rasli menyambung kontrak sebagai KCS sebanyak 2 kali, ia menyebabkan tidak berlaku kekosongan peringkat tertinggi, jadi tidak berlaku aliran kenaikan pangkat untuk banyak pegawai. Ada yang terpaksa menghitung hari pencen tanpa kenaikan pangkat, semuanya angkara Rasli.

2) Rasli sentiasa utamakan anaknya (juga KCS), sedara mara yang dalam KCS serta kroni terdekatnya dalam pelantikan dan kenaikan pangkat. Yang bukan kroni terabai walaupun senior dan layak.

3) Rasli banyak membebankan pegawai bawahannya, sedangkan kerja tersebut sepatutnya adalah tanggungjawabnya sendiri. Dia banyak relax dan makan gaji buta.

4) Campurtangan isteri dan anak dalam beberapa isu hingga ada yang diambil tindakan, ini sungguh merimaskan KCS.

Campurtangan KCS sendiri untuk jatuhkan Datuk Rasli menjawab bahawa tuduhan ahli MDKP mendesak Rasli letak jawatan bukanlah penentangan terhadap keseluruhan KCS. Majoriti KCS sendiri tidak suka kepada beliau yang sudah dua kali membaharui kontrak.

Sementara itu kumpulan penentang Rasli dalam KCS ini dilaporkan sedang menyalurkan maklumat yang banyak kepada beberapa ahli MDKP, guna membantu mempercepatkan kejatuhan Rasli jika beliau terus berdegil enggan letak jawatan.