


Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.
Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.
Kelemahan jentera
Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.
Kempen lambat
Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.
Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.
Terlalu yakin
Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.
Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.
BN terlalu kuat buat PAS
Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.
Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.
Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.
Kesetiaan Melayu
Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.
Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - dilihat menakutkan masyarakat Melayu.
http://kedahla.blogspot.com
Sunday, April 17, 2011
ReplyDeleteKENAPA CINA MENYOKONG DAP; ini jawapannya
Satu demi satu PRU/PRK dan terkini PRN Sarawak. Jelas sekali kaum pendatang Cina tidak berterima kasih kepada kepada kerajaan walaupun telah pelbagai kemudahan dan kebaikan yang ditunjukkan kepada kaum pendatang ini. Analisa demi analisa telah dilakukan,maka diantara jawapannya ada disini;
1. Pengundi Cina ini kita boleh diibaratkan sebagai sejenis makhluk yang lupa diri dan manusia seperti ini pun ada dalam masyarakat melayu samada dari golongan darah bangsawan, raja dan melayu baru. Contohnya RPK, dan seorang lagi kerabat diraja yang bersama DAP, lupa nama Tengku apa?
2. Kenapa ini terjadi adalah disebabkan kemakmuran dan kebaikan kerajaan BN selama ini yang memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan dan polisi yang kondusif dan dengan keadaan ini maka mereka mereka yang tersebut diatas sudah merasakan bahawa mereka sudah berada dalam garisan yang berbeza dimana kehendak dan keperluan mereka pun berbeza dan secara ringkasnya mereka sudah tidak begitu bergantung kepada kerajaan yang ada.
3. Jadi apa yang mereka cari? lumrah manusia adalah untuk mencari sesuatu kepuasan dalam kehidupan atau satu bentuk perjuangan dan matlamat yang baru iaitu ingin mempunyai kuasa atau ingin membentuk satu kuasa yang baru. Kerana pada mereka segala apa keperluan dan kemudahan terutama dibandar bandar sudah mencapai tahap dimana amat mencukupi. Samada BN atau DAP yang memerintah keadaannya tetap akan sama.
4. Pada pandangan mereka soal moral adalah tidak relevan ini adalah kerana, dalam barisan kepimpinan BN pun adal yang tidak bermoral, dan dalam kepimpinan BN ada yang rasuah dan dalam kepimpinan BN pun ada yang bodoh sombong. Mereka berpendapat semuanya adalah sama dan apa yang penting adalah mereka ingin mencuba satu bentuk kuasa yang baru yang menjanjikan satu perbezaan, kepuasan, kebebasan, dan kononnya keadilan kepada semua.
Untuk mereka mencapai cita cita ini, maka keadaan akan menjadi lebih mudah apabila mereka sudah mempunyai manusia munafik dan talam dua muka seperti Anwar & the gang yang bersedia untuk memporak porandakan segala 'tiang seri' yang dibina demi sebuah kuasa dan kepuasan mereka.
5. Keadaan dan perasaan sedemikian kurang berlaku dikalangan orang Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain lain. Ini adalah kerana mereka semua secara majoriti masih berada ditahap yang masih memerlukan pertolongan dan keprihatinan kerajaan.
6. Maka amatlah penting bagi kerajaan untuk memberikan penekanan yang lebih kepada golongan ini dan kalaupun ada diantara mereka yang lupa diri seperti golongan diatas tadi, saya yakin jumlahnya adalah amatlah berkurang dan ianya mampu diatasi kerana atas dasar kebangsaan dan agama.
"Susu lah anak dirumah sendiri dan biarlah kera yang sudah kenyang mencari makan sendiri apabila perlu, kerana walaupun keadaannya, anak kita tetap akan menjadi anak kita walaupun mereka kadang kadang lupa diri"
Posted by dzimba MMIM at 5:12 PM