Monday, October 10, 2011

BERSIH 2.0 : Alhamdulillah Cuma Seorang Ja Abang Polis langgaq SOP..!! Tapi Betoi kaa..???

Bersih: Hanya seorang anggota tak ikut SOP, kata polis

October 05, 2011

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Polis telah mengenal pasti anggota yang dipercayai telah mengambil tindakan di luar garis panduan operasi polis (SOP) ketika melaksanakan penguatkuasaan penyuraian perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan dalaman telah dijalankan dan anggota berkenaan sedang dalam proses untuk diambil tindakan disiplin.

“Kita telah mengenal pasti seorang anggota yang menutup mulut menggunakan sapu tangan di dalam video yang kita ambil dalam internet dan tindakan disiplin akan diambil terhadapnya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pada mulanya pihak polis Kuala Lumpur membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan telah memajukan kertas siasatan terbabit ke pihak pendakwa raya.

“Kita telah rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) tetapi DPP telah buat keputusan kepada NFA (tiada tindakan lanjut) kes itu memandangkan tiada saksi dan mangsa yang tampil ke hadapan,” katanya dipetik Bernama Online.

Bagaimanapun katanya kes itu kemudiannya telah dirujuk kepada bahagian disiplin dalaman untuk tindakan selanjutnya.

“Tindakan sedang dalam proses ... kerana kita telah siapkan siasatan pada Ogos dan sebulan kemudian kita mendapat keputusan daripada DPP dan kes itu kemudiannya dirujuk ke Jabatan Disiplin,” katanya.

Semalam, laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tidak berlaku tembakan gas pemedih mata oleh anggota polis ke dalam kawasan Hospital Tung Shin ketika perhimpunan itu.

Kementerian Kesihatan berkata mereka telah membawa ke perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota polis yang terlibat melakukan lontaran bom asap agar ia tidak berulang.

Semalam, Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam dalam kenyataannya berkata berdasarkan laporan itu wujud tindakan tidak beretika dan di luar garis SOP oleh anggotanya yang terbabit dalam menangani orang ramai yang menyertai perhimpunan yang secara salah menggunakan premis hospital berkenaan.













No comments:

Post a Comment