Wednesday, October 12, 2011

BOLEHKAH TANGKAP POLIS YANG CURI TULANG DI CERAMAH PAKATAN?

Kita selalu mendengar ceramah Pakatan yang mendapat permit diganggu oleh parti yang rasa tergugat. Mereka telah melakukannya melalui PERKASA. Apabila terbongkar rahsia bahawa yang menyertai PERKASA itu termasuk beberapa orang pemimpin UMNO/APCO, mereka mengubah taktik. Mat Rempit pula diupah untuk buat kacau. Ini merupakan satu tindakan yang benar-benar primitif. Hanya orang yang tidak bertamadun sahaja melakukannya. Orang yang bertamadun akan mengambil sikap gentleman.

Dalam sebuah negara demokrasi, rakyatnya diberi hak untuk menyampaikan pendapat, maklumat, dan sebagainya kepada khalayak. Khalayak yang hadir tidak boleh dipersalahkan. Rasa dengki terhadap kehadiran begitu ramai khalayak tidak boleh dijadikan alasan untuk rasa gentar atau iri hati. Yang perlu mereka lakukan adalah melawannya dengan hujah-hujah mantap dalam ceramah juga, bukannya melalui provokasi.

Satu hal lagi yang sering dibising-bisingkan ialah keengganan pihak polis mengambil tindakan terhadap pengacau-pengacau itu sehingga Pakatan terpaksa kerah ahli-ahli mereka membuat kawalan. Tindakan polis ini ternyata bercanggah dengan tanggungjawab mereka. Sanggup mereka tunggu sehingga hampir-hampir tercetus pergaduhan baharu hendak bertindak.

Pengamal undang-undang dalam Pakatan perlu meneliti hal ini sedalam-dalamnya. Bolehkah tangkapan awam dibuat terhadap polis yang enggan melaksanakan tugas mereka dalam situasi yang sering berlaku ini? Jika boleh, patuhi semua syarat yang perlu, tangkap saja polis tu bawa ke muka pengadilan.

No comments:

Post a Comment