Saturday, October 8, 2011

Generasi facebook, twitter bakal tumbangkan Umno-BN

Oleh KHAIRU AZLAM MOHAMAD

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIfUS6Fm-Wh5EMtd7RQXsVoGz5b5yvwwZHCw7TUti-P1gZHpSHkIoHTGyXEViAqjprCAgVoFMR92dZS9I10VqHTaZ6iqoTTBvwNs_0Ty3jxLAGhz4waWFC48A38_y1h5Mk54OQ5Yhdop8/s1600/Blogger-Facebook-Twitter-post.pngKUALA TERENGGANU: PAS mendakwa Umno-BN bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang di tangan anak-anak muda facebook, twitter dan blogger.Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata anak-anak muda sekarang ini maklumatnya hanya dihujung jari.

Malah katanya, 80 pera tus golongan tersebut telah menolak hujah Umno dan BN kerana mereka men dapat maklumat first hand.

“Anak-anak muda sekarang ini maklumat di hujung jari. Jangan lupa generasi baru sekarang generasi facebook, generasi twitter, gene rasi bloggers dan generasi internet.

“Mereka ini mendapat maklumat first hand dan 80 peratus golongan ini telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional.

ìIngat golongan anak muda facebook inilah yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak dan anak muda inilah yang akan mengguling kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya di hadapan 4000 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai salah seorang ahli panel Forum Rakyat Sempena Merdeka di Markas Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 25 September lalu.

Menurutnya, Umno-BN melakukan pelbagai cara fitnah terutama melalui media Utusan Malaysia bagi memenangi hati rakyat.

Bahkan katanya, Umno dan BN berkempen seolah-olah ala tahun 60-an dengan menggunakan akhbar berkenaan.

Menurutnya, rakyat di negara ini terutama daripada kalangan kaum Cina dan India semakin kuat menolak kerajaan BN. “Rakyat telah berubah tetapi pemerintah belum lagi berubah. Dia masih berkempen ala tahun 60-an.

“Kajian yang dibuat orang Tionghoa 80 peratus tidak mengundi BN. Orang India sedang meningkat sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Oleh itu kata Mohamad, kekuatan Umno-BN hanya kepada orang Melayu terutama yang berada di luar bandar.

Menurutnya, Umno-BN berusaha menambahkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu dengan diputar-belit kenyataan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Forum tersebut turut mengundang dua ahli panel iaitu Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Profesor Dr Mohamad Abu Bakar dan Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai moderatornya

2 comments:

  1. PR jangan terlalu yakin bahawa blog dan fb banyak yang pro PR. Ada banyak blog dan fb di luar sana yang pro pemerintah. Sila semak..

    ReplyDelete
  2. Berkatalah ikhlas lah walaupun pahit.

    Aku hadir di Majlis MB Kedah bersama rakan FB pada 3/10/2011.
    Waktu aku salam dengan Ustaz Azizan,aku nampak dia perhati sat,mungkin dia pikiak apa orang tua ni buat di sini.Maklumlah mungkin jumlah orang tua macam aku tak banyak malam tu,aku anggar 15% saja dari jumlah kedatangan.
    Aku perhati jumlah anak anak muda malam tu.Ramai sungguh,tapi yang ramai tu mai dari mana.Aku tau depa mai dari kelompok dan jalan yang sama.Aku tak dengaq pun depa bincang masaalah membantu parti tapi yang dibincang berapa ekoq kambing bakaq malam tu.Dan memang betoi,waktu makan depa jadi macam tak pernah jumpa makan selama beberapa tahun.Soryy itu yang aku nampak.

    Aku teringat ucapan Dr Ismail.Kemana komen rakan FB dihalakan.Sesama rakan sendiri,berbincang kutuk orang lain sesama sendiri dan lepas tu masuk seorang dua macam HH sbagai budak umno,kita bancuh dia dan dia buat make do know saja.kadang kadang depa tibai balik apa yang dicatat dan ternyata apa yang depa tibai memang benar pasai kita silap buka tajuk.
    Lepas aku balik,aku jumpa rakan rakan termasuk budak budak kita yang ada akaun FB,apa dia tau tentang majlis tu.Depa tanya balik-Majlis apa?.
    So,andaian aku FB ini bukanlah satu alat utama menuju perubahan.Kita perlu akui,stail konvosional masih diperlukan dan diutamakan.Masuk bergaul muka ke muka( face to face) dengan masayarkat adalah alat yang tidak bolih ditinggalkan.

    Unit penerangan kita perlu fikir cara cara lebih berkesan kalau mahu FB digunakan secara efektif.Depa ada rakaian dan hubungan dengan Induk PAS.Bolih difikir bagiamana untuk menjadikan rakan FB sebagai wadah yang bolih digunakan untuk membantu parti dalam erti kata yang sebenar membantu.Buatlah apa yan Dr ismail sebut,luaskan rangkaian dan rangkaian itu tidak hanya rangkaian syok sendiri,membincang sesama kita.

    Sorry lah-nak kata juga ramai ADUN-MP yang tak aktif dengan FB-twitter.Manakala yang ada,harap guna secara sedar bahawa "martabat" depa lebih sikit,so bahasa yang guna dalam FB jangan sama dengan bahasa yang chokia macam aku guna.

    ReplyDelete