Perkara tersebut terkandung dalam memorandum yang ditujukan kepada Pengarah JHEAINK yang dihantar oleh rombongan NGO tersebut di Bangunan Wan Mat Saman pagi ini.
Mengikut catatan memorandum tersebut, pada 5 Oktober 2011, kira-kira jam 8.00 malam, ADUN Bakar Bata iaitu Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah telah menyertai perarakan ‘Menghantar Pulang Tokong Sayur’ yang diadakan di Jalan Gangsa dan Jalan Putra, bersama-sama penganut agama Buddha.
“Memandangkan perayaan tersebut merupakan upacara keagamaan bukan Islam maka tindakan ADUN Bakar Bata itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kemurnian aqidah di samping tindakan beliau telah menjatuhkan maruah umat Islam.
“Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Sheikh Baderuddin Ahmad turut menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai upacara keagamaan bukan Islam berdasarkan kaedah “Redho akan kekufuran boleh membawa kufur”.
Sehubungan itu, katanya, mereka mendesak pihak JHEAINK yang mentadbir hal ehwal Islam supaya mengambil sesuatu tindakan terhadap ADUN Bakar Bata tersebut berdasarkan peruntukan yang ada.
Kumpulan tersebut juga turut menyerahkan satu salinan video sebagai bahan bukti.
No comments:
Post a Comment