Tuesday, November 1, 2011

Ingatlah Wahai JKKKP, MKK, PENGHULU dan YB-YB sekelian... belambak lagi orang miskin kat Kedah nie..hgpa jangan nak berpolitik saja....

Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Golongan Ke-3

Weekend baru ni, saya dan sdra Aznee (AJK WARGAKILANG) dari kilang INTEL masuk ke kg-kg di kawasan Jeneri, Sik Kedah pi riki senarai keluarga untuk diagihkan daging korban, 14 ekor lembu raya kedua nanti.

Ustaz kata Daging KORBAN itu kena bahagi 3 BAHAGIAN – Tuan Punya Korban, Masyarakat Sekeliling dan Golongan Fakir Miskin.

Niat kami hari itu ialah nak pi cari golongan yang ke-3 ini, keluarga fakir dan miskin. Dalam pencarian itu, kami telah dibawa ke sebuah rumah yang agak daif, dihuni oleh seorang bapa dan 3 orang anak-anaknya yang masih kecil.


Sebelum itu kami singgah sebentar di kedai runcit berdekatan beli sedikit beras, gula, telor, sardin dan keropok serta minuman botol buat budak2 tu.


Seperti beberapa keluarga yang pernah kami kunjungi sebelum ini, kemiskinan yang melarat kadang-kadang boleh menjadi punca perceraian.

Ibu dan bapa budak-budak ini bercerai, dan semenjak itu ibunya sudah tidak kelihatan lagi; lalu tinggallah anak-anak ini yang masih belum mengerti apa-apa itu tinggal mengharung hidup dalam kedaifan bersama-sama ayah mereka yang bekerja kampong dan sesekali masuk jauh ke dalam hutan mencari hasil hutan untuk dijual.



Saya tak mau nak tulis panjang sebab rasa sebak sangat bila lihat si kecik yang berumur 2 tahun tu, bila dikejutkan kakaknya bangun dari tidur dalam buaian dalam rumah yg sempit tu, tatkala dia melangkah keluar, rasa sebak sangat sebab wajahnya seiras anak saya si Imran yang juga berusia hampir sebaya.

Tapi berbeza beliau dengan Imran, anak kecik ini bila bangun tidur tiada IBU di sisi untuk membelainya. Tangis atau laparnya hanyalah ada sang Kakak melayannya; itu pun nasib baiklah kakak ini sudah berhenti sekolah; kalau ikutkan waktu ini kakak masih di darjah 4 mentelaah buku bersama kawan-kawan di bangku sekolah.


Tanpa kakak di sisi, tiada siapa yang nak menjaga anak kecik ini bila ayahnya masuk hutan mencari rezeki. Tanpa sekolah, entah apalah nak jadi dengan masa depan kakaknya nanti.

Kilang kat tempat saya kerja ini pun, nak jadi Operator gaji RM600 sebulan paling kurang kena jugak ada sijil SPM.

Raya ke-2 nanti kami akan ke sana nanti nak bawa daging KORBAN buat mereka.

Sesiapa yang nak bagi sumbangan (dlm bentuk makanan, terutamanya susu Dutch Lady) sila contact sdra Aznee at 012-4323305, dia kata tat pa dia rela jadi coordinator untuk bantu budak2 ni walaupun asalnya kami di WARGAKILANG ini tiada sebarang projek khas untuk keluarga ini.

Dlm email Aznee kpd kawan2 terdekat, saya baca dia tulis...."Kalau stay lama sikit...mungkin aku dah menangis!!”.


moniermatdin@yahoo.com
1.11.11
http://www.moniermatdin.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment