Tuesday, November 22, 2011

SETUJU DENGAN NOH OMAR...Kata dia tak ada Akal..!!!

PILIHANRAYA BERASINGAN DI SELANGOR, KALI INI KENA BERSETUJU DENGAN NOH OMAR

Oleh: WFAUZDIN NS

KALI ini aku amat bersetuju dengan pandangan Noh Omar di dalam Malaysiakini, bahawasanya `tidak masuk akal' jika MB Selangor tidak mahu membubarkan Dun Selangor serentak dengan pembubaran Parlimen nanti.



Aku bersetuju sememangnya `tidak masuk akal' kepada Noh Omar kerana semenjak bila Noh Omar ada akal? Apabila akal sudah tiada, bagaimana mahu masuk? Bukti Noh Omar ini tidak mempunyai akal apabila beliau tidak mengetahui undang-undang atau Perlembagaan Negeri beliau sendiri iaitu boleh atau tidak Dun Selangor dibubarkan berasingan dengan Pembubaran Parlimen? Alasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid iaitu dengan menjadikan Sarawak sebagai contoh itu adalah untuk menunjukkan bahawa Negeri Sarawak juga tidak menyalahi undang-undang apabila Dun mereka dibubarkan secara berasingan dengan pembubaran Parlimen.

Mengapa Noh Omar bimbang sangat jika Selangor tidak serentak dengan Pusat untuk mengadakan Pilihanraya khususnya di kerusi Dun? Sudah tentu beliau bimbang sebab di dalam Bajet yang baru diumumkan oleh MB Selangor itu terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan untuk rakyat Selangor. Jika kesemua yang dijanjikan di dalam Bajet berkenaan dapat ditunaikan, ertinya hajat Umno untuk merampas Selangor pasti berkecai. Itu sebenarnya mimpi buruk yang dialami oleh Noh Omar yang sudah terbayang akan berkecainya harapan beliau untuk duduk di kerusi yang pernah diduduki oleh Khir Toyo itu.

Oleh yang demikian, aku amat-amat bersetuju dengan langkah MB Selangor itu kerana kebajikan rakyat perlu diutamakan. Pedulikan dengan pujuk rayu Pengerusi SPR yang mahu agar negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membubarkan Dun masing-masing serentak dengan pembubaran Parlimen. Alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR bahawa Pilihanraya yang berasingan akan menyebabkan kos pilihanraya menjadi tinggi. Memanglah kos tinggi, malahan sebelum ini pun kos sudah tinggi kerana pihak Umno/Bn sentiasa menggunakan segala jentera kerajaan malahan tenaga manusia di bawah setiap jabatan untuk berkempen. Ini lah salah satu faktor mengapa kos pilihanraya terlalu tinggi.

1 comment:

  1. Sejak kebelakangan ni ... aku nampak noh omar ni semakin menunjukkan kebodohan dia... mungkin tension sgt kot... Masa kamu perintah dulu.. sapu duit rakyat selagi boleh... skrg baru nak tunjuk hero.. Rakyat selangor dah tahu mana satu kerajaan yg tolong rakyat...

    ReplyDelete