Dalam kenyataan media pada 31 Mac 2012, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan serius berhubung isu pembiayaan pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Melihat kepada respon yang amat positif, Gamis bertindak proaktif sedia menjadi penganjur sidang meja bulat isu pembiayaan pengajian mahasiswa khususnya dalam konteks semasa iaitu PTPTN sekiranya dipersetujui oleh pihak berkenaan.
Gamis juga mempelawa tokoh akademik, Aspirasi, Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Aman Kampus dan parti komponen BN, PR turut serta dalam sidang meja bulat bagi membincangkan kaedah terbaik untuk membantu pembiayaan pengajian mahasiswa khususnya. Dan yang lebih utama, bagaimana negara dapat menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dan batalkan PTPTN
Gamis amat yakin dengan penganjuran sidang meja bulat tersebut, akan mencapai satu solusi dalam isu ini. Ia juga menampakkan keterbukaan dan kematangan parti politik dan pihak lain dalam membincangkan dan menyelesaikan masalah negara.
Kesungguhan Gamis dalam memperjuangkan isu kebajikan pembiayaan pengajian mahasiswa boleh dibuktikan dengan pelancaran Deklarasi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) pada 25 mac lalu. Inspirasi disepakati bersama 13 front mahasiswa seluruh negara untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gamis
No comments:
Post a Comment