Friday, April 13, 2012

Peminat kecewa Kedah tumpas lagi malam tadi...

Terimalah hakikat bahawa permainan malam ini pada satu ketika sememangnya dibawah prestasi sebenar Kedah. Tiada siapa yang nafikan. Kekalahan kali kedua selepas Felda United menang keatas kita tiba pula malam tadi kita tumpas di tangan Sarawak 2-0.

Peminat kecewa? Ramai yang telah luahkan secara zahir pada malam ini dengan seawal minit ke 80 kebanyakan penyokong kelihatan telah mula meninggalkan stadium. itu belum lagi pekikan selepas perlawanan dan provokasi yang dihidangkan ke atas pemain dan jurulatih Manifestasi ini adalah lumrah sebagai seorang peminat. Tiada siapa yang senang hati dengan prestasi yang dipamerkan malam ini lebih-lebih lagi pada separuh masa kedua.

Tapi ingat, Pasukan Kedah berhak mendapat yang terbaik dari peminatnya. Pasukan Kedah adalah lebih besar dari individu itu sendiri. Betapa kita tidak suka akan apa yang berlaku, jauh disudut hati pasukan Kedah tetap dihati. Pandang ke hadapan dan jadikan pedoman apa yang berlaku malam ini dan hikmah disebaliknya cukup besar.
Satu kesan gaya permainan yang amat perit kita saksikan malam ini. Yang perlu kita titik beratkan adalah sistem bolasepak diakar umbi itu sendiri. Jika anda seorang pemain bolasepak atau ayah kepada seorang anak bakal pemain bolasepak, hindarkan apa yang kita tidak mahu terjadi seperti yang dipamerkan malam ini. Jika kita serius mahu merubah permainan bolasepak yang kita gilai, jawapannya adalah diakar umbi. Tanamkan falsafah bolasepak itu sendiri kepada anak-anak kita. Jika kita dihidangkan dengan aksi-aksi bolasepak moden La Liga, Premier League dan sebagainya, sistem permainan pantas, cipta ruang dan bergerak ke ruang dan itu yang kita mahukan. Gaya bolasepak yang dihidangkan kini masih boleh dibaiki. Kita ubah dari akar umbi moga kehadapan satu generasi yang punyai falsafah bolasepak moden kini.

Masa hadapan bolasepak Kedah terletak ditangan kita. The future of Kedah football is YOU!!!

Kedah, Tanah Tumpahnya Darahku!

Sokongan kami sepanjang zaman..

@ www.hijaukuning.com

No comments:

Post a Comment