PAKATAN RAKYAT TIADA DENDAM PADA UMNO-BN MESKIPUN TERUK DIZALIMI
21 Jamadi al-Awwal 1433 bersamaan 13 April 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meyakini akan berlaku kejutan dan perubahan dalam pemerintahan negara selepas PRU ke 13 nanti. Ini dapat dilihat melalui petunjuk daripada mood serta sokongan rakyat akhir-akhir ini kepada Pakatan Rakyat yang semakin meningkat mendadak. Ini juga menandakan bahawa era pemerintahan UMNO-BN bakal berakhir tidak lama lagi.Justeru, DPPM meminta pemimpin UMNO-BN bersedia menerima kenyataan sekiranya rakyat menghukum dan menolak kepemimpinan mereka dalam Pru ke 13. Oleh itu, DPPM meminta supaya UMNO-BN tidak menggunakan taktik kotor dalam Pru ke 13 semata-mata mahu mengekalkan kuasa mereka. Bagi DPPM, cara ini adalah cara yang tidak beradab kerana menolak hak rakyat yang sebenar di negara ini. Pemimpin UMNO-BN juga diminta berlapang dada dan berjiwa besar dengan tidak menggunakan taktik ganas seperti mengugut, memukul atau mencederakan mana-mana aktivis atau pemimpin PR.
Bagi DPPM kezaliman UMNO-BN sudah berada di kemuncaknya. Selama berpuluh tahun rakyat bersabar di atas segala penindasan yang dilakukan seperti ISA, OSA, AUKU, fitnah pemimpin PR melalui media, akses media yang berat sebelah, serta ugutan-ugutan terhadap rakyat. Kini adalah masa rakyat meluahkan segala kemarahan mereka melalui Pru ke 13.
Dalam pada itu, DPPM menegaskan bahawa segala kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN tidak akan dibalas dengan bentuk kezaliman yang sama sekiranya Pakatan Rakyat menang Pru ke 13 nanti. Segala akta yang menjerut rakyat akan dihapuskan manakala rakyat akan dibantu semaksimum mungkin bagi meringankan beban hidup mereka. Hak rakyat yang diambil pula akan diberikan kepada mereka kembali. Lebih dari itu, pemimpin Pakatan Rakyat bersedia memaafkan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin UMNO-BN asalkan mereka sanggup mengaku salah terhadap kesalahan mereka terhadap rakyat.
DPPM yakin, Pakatan Rakyat akan memberikan contoh yang terbaik dalam pemerintahan nanti. Semua rakyat akan diperlakukan dengan adil dan saksama dan tidak akan insan yang akan menerima nasib sebagaimana yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:
Post a Comment