Oleh: JR
Masa kecil-kecil dulu dalam rumah saya ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya tak boleh mencarut (menyebut benda-benda yang ada dalam seluar dalam lelaki dan wanita), tak boleh menyebut beberapa perkataan yang "diharamkan" dalam rumah seperti "babi", "celaka" dan "haram jadah". Kerana peraturan itu, kami anak-anak bapa tak sekali pun pernah menyebut perkataan-perkataan yang "diharamkan" itu. Tak boleh dibayangkan jika anak-anak bapa menyebutnya, agaknya mungkin semua gigi akan tersepai keluar dari gusi kena penampar bapa kami yang sangat garang itu.
Tapi pagi tadi kira-kira jam 11.00 pagi (lebih tepatnya jam 11.18) ketika kebetulan sedang tertonton TV3 di sebuah klinik, saya terkejut bukan main kerana ucapan "haram jadah" itu keluar dari seorang "bapa". "Bapa" itu bukan menyebutnya dalam lakonan drama TV tapi dia menyebutnya dalam satu majlis yang dihadiri ramai orang yang disiarkan secara langsung oleh TV3.
"Haram jadah mereka!” kata "bapa" di hadapan orang ramai yang nampak seperti beribu-ribu orang itu. Kalau tak silap saya dua kali "bapa" mengucap perkataan "haram jadah" itu. Dan kata-kata "haram jadah" bapa itu menerima tepukan gemuruh dari khalayak di depannya.
Sebenarnya majlis yang diadakan dan dihadiri oleh beribu-ribu orang itu diadakan di Felda 8, Jerantut, Pahang. Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebahagian dari ucapannya banyak mengkritik segelintir generasi peneroka Felda dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tak habis-habis mempertikaikan penyenaraian saham FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bursa saham Malaysia.

Pada mulanya saya bukan beri perhatian sangat kepada apa yang ada dalam skrin TV, sebab perhatian saya lebih kepada nombor angka giliran di pintu bilik rawatan doktor. Tapi bila Datuk Seri Najib mengulang perkataan "haram jadah" itu dua kali kepada pengkritiknya, saya sangat-sangatlah terkejut.
Mana tak terkejut, Perdana Menteri adalah seperti "bapa" bukan saja kepada peneroka tapi juga kepada semua rakyat Malaysia. Memang kadang-kadang anak-anak nakal, anak mengkritik bapa biasalah, anak saya pun pernah menegur saya jika saya buat salah. Tapi saya tak pernah membalas teguran anak dengan muka menyinga dan suara kuat lagi lantang, "Haram jadah kamu!".
Perdana Menteri adalah umpama "bapa" kepada rakyat Malaysia. Mengapa Perdana Menteri sebagai "bapa" sanggup memaki hamun "haram jadah" kepada "anak-anaknya" sendiri? Jika anak nakal, wajarkah perkataan "haram jadah" itu dihamburkan? Sebagai "bapa" tidak adakah kata-kata lain yang lebih sesuai digunakan kerana bukankah orang Melayu selalu digambarkan sebagai bangsa yang "bersopan santun dan berbudi bahasa"?
Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa
Budi bahasa budaya Kita
Malang sungguh kerana kata-kata ucapan "haram jadah" Perdana Menteri kita itu disiarkan secara langsung oleh TV. Ramai rakyat yang menontonnya termasuk mereka yang bersama saya di klinik tadi. Malang sungguh kerana ada antara mereka merupakan pengundi berdaftar.
Nasib baik juga allayarham bapa saya sudah lama meninggal. Jika dia masih hidup dan menonton TV pagi tadi, pasti dia sudah pengsan kerana kata-kata yang "diharam"kannya itu diucap sendiri oleh pemimpin tertinggi kita yang sangat dihormatinya (allayarham bapa saya seumur hidupnya cuma memangkah kapal layar dan dacing dalam setiap pilihanraya yang disertainya).
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kata tunggulah pilihanraya
http://mycuteshoppe.blogspot.com

haramhadah punya bapak manusia munafik 1malaysia nih.Haramjadah betul la perdana menteri malaysia yang bernama najib razak.Haramjadah benar lah siapa yang melepaskan tanjung pagar pada singapura.Haramjadah sesangat la makluk yang pejamkan mata atas segala isu rasuah yang berlaku dalam pentadbiran negara malaysia.HOi najib,ko memang haramjadah!
ReplyDeleteTG hj najib memberi kuliah depan penaroka felda.
ReplyDelete