Sunday, May 20, 2012

Najib dah POLIS Melaka.. FAIL..!!

Samseng Bermaharajalela: Najib Butakah?

http://alhusseyn51.blogspot.com/

Ambiga Sreenevasan terpaksa membatalkan hasratnya untuk berucap di majlis High Tea anjuran Kelab Penyokong PAS di Merlimau , Melaka apabila pihak polis gagal untuk memberikan perlindungan keselamatan kepadanya.

Sekumpulan 200 samseng berpakain T-Shirt merah telah merusuh dan menganggu majlis tersebut.

Kumpulan tersebut dipercayai dari samseng Melayu, Perkasa, telah menghalang jalan masuk ke majlis tersebut menyebabkan hadhirin terpaksa menggunakan jalan kampung.

Ambiga membatalkan rancangannya apabila polis hanya mampu menasihatkannya supaya tidak menghadiri majlis tersebut tanpa berbuat apa-apa terhadap kumpulan samseng tersebut.



Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong telah diserang. Begitu juga Adun Bandar Hilir , Tey Kok , sewaktu mereka mahu meninggalkan majlis tersebut.

“Sebutir batu mengenai saya, dan beberapa biji telor mengenai kereta kami. Cermin tingkap kereta seorang ahli kami telah pecah,” katanya (lihat gambar atas)

Inikah yang dimegahkan? Kononnya Malaysia ini selamat? Apa polis kita buat? Nak kata duduk-duduk goyang telor pun tak mungkin, sebab polis kita ni nampaknya sudaah tidak ada telor!

Dan bertambah pelik lagi, para pemimpin Umno/BN senyap sepi seolah-olah mereka merestui kerja-kerja ganas samseng begini. SUMBER

1 comment:

  1. Orang ini menyebabkan berlakunya rusuhan terhadap polis, polis dibelasah, dimaki hamun di herdik dan diancam nyawanya. Maka apakah wajar dia pula dilindungi oleh orang orang itu. Dia yang memulakan kan dan itulah respon yang diterima. Malunya orang Islam apabila parti Islam mengangguk dan membesarkan dan memuliakan orang yang satu ketika dulu juga mendokong gerakan murtad.

    ReplyDelete