Saturday, May 19, 2012

Ustazah Yang Nakal....!!!

Awkward Agama : Ustazah Yang Nakal

Ustazah Hamidah masuk ke dalam bilik kuliah. Semua pelajar sudahpun siap sedia di dalam menunggu beliau. Untuk 3 minggu akan datang, dia perlu menggantikan seorang pensyarah wanita lain yang sepatutnya mengajar kelas Pengajian Malaysia itu, akibat daripada kecereaan lutut yang dialami oleh pensyarah asal.

Mujurlah subjek Pengajian Malaysia, tak perlu dia menelaah banyak kerana kebanyakan nota masih lagi tersemat di minda beliau.

"Ustazah,Ustazah ganti Puan Zaleha ke?" tanya seorang pelajar wanita.

"Buat sementara. 3 minggu aje.." jawab Ustazah sambil tersenyum. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera, I will be taking over the class for a while as your lecturer has been injured in a sports related accident."

"Err...jadi, we will see you 2 times la Ustazah?" tanya seorang pelajar lelaki.

"Yes. Twice. Hopefully you like it!" jawab Ustazah Hamidah.
Panas hari itu akibat daripada sinaran matahari yang agak terik. Bilik kuliah yang menghadap matahari sedikit mengurangkan kesejukan penghawa dingin membuatkan ada antara pelajar yang mengipas tubuh menggunakan buku.

"So, where do you stop last week?" tanya Ustazah sambil menyalakan projektor. Skrin menyala terang memaparkan nota kuliah dalam bentuk persembahan Power Point.

"We stopped at Chapter 4...but only halfway done, as the session ran out of time. We actually have a discussion session with Puan Zaleha about the importance of maintaining the current system of governing in Malaysia.." beritahu seorang pelajar lain.

"It got a bit overboard...biasalah, pembangkang nak membangkang!" gelak seorang pelajar lain.

Beberapa orang pelajar memalingkan kepala memandang siapa yang bercakap. Ada yang menggelengkan kepala. Ustazah Hamidah senyum, tidak mahu dicampuri perbincangan politik selagi waktu bekerja dia di IPTS itu berjalan. Politik, lain. Kerja, lain.

"Before we start...saya nak tunjukkan anda semua satu video dulu," kata Ustazah. Jarinya laju mencari folder di dalam komputernya.

"Video apa Ustazah? Jangan video lucah pembangkang dah la sebab kitorang semua dah tengok, anak buah saya pun dah tengok, baru darjah dua! Tanya saya pasal liwat-liwat ni," gurau seorang pelajar lelaki.

" Just watch the video first, then I want to hear your feedback.." jelas Ustazah. Dia kemudian menekan butang "play" membuatkan semua mata terpaku ke skrin layar projektor. "Ini adalah video mengenai kekejaman tentera US di Iraq."

Semua pelajar tekun menyaksikan video itu. Ada yang mengucap panjang, ada yang hanya ketawa, ada juga yang sedikit mendengus bila adegan-adegan yang memaparkan kejahatan tentera US dipaparkan. Selang beberapa minit, video itu tamat dan Ustazah berdiri di situ menunggu reaksi pelajar di depannya.

"Anybody?" tanya Ustazah.

" Kejamnya! Sedih saya tengok when they shoot the children and woman," beritahu seorang.

"Saya rasa Amerika memang takut dengan Saddam Hussein sebab tu diorang create bermacam-macam cara nak gulingkan dia," beritahu seorang lagi.

"Ada lagi?" Ustazah merenung pelajar-pelajar di depannya.

"I feel so mad when they harassed the woman, tarik-tarik tudung dia, raba dia, masya Allah!" beritahu seorang pelajar perempuan yang berdiri di hadapan sekali. Ustazah Hamidah senyum.

" Wasn't there suppose to be some kind of ethics in war...tak boleh sentuh perempuan, kanak-kanak dan orang tua. Kenapa US berani buat macam tu?" marah seorang pelajar lelaki lain.

" Ustazah..." Ustazah Hamidah berpaling ke arah suara itu. Seorang pelajar perempuan mengangkat tangannya. " Part askar US tu paksa sekumpulan perempuan tadi tu bukak tudung tu...takkan la takde apa-apa tindakan sebab itu dah seolah-olah sexual harrasment? Mana Muslim Leaders? Takkan diorang senyap aje? "

Ustazah Hamidah diam. Dia memandang skrin lalu kembali memandang pelajarnya. "Askar US berani buat begitu kerana mereka tahu mereka kuat. Mereka tahu takkan ada orang berani tentang mereka, sebab itu mereka berani bunuh kanak-kanak, berani arah wanita Islam bukak hijab, harass diorang.." Ustazah Hamidah berhenti sejenak, menghela nafas.

" Tapi kita ni hanya sekadar tahu marah...marah bila nampak penindasan berlaku. Tapi diri sendiri tak berani berbuat apa-apa," jelas Ustazah Hamidah.

"Takkanlah nak kitorang pegi berperang dengan US, Ustazah....." keluh seorang pelajar lelaki.

"Kau mesti kena harass la bro! Muka jambu sangat!" bergelak ketawa sekumpulan pelajar lelaki di bahagian belakang.

" Ustazah! Apa kaitannya video tadi dengan kelas Pengajian Malaysia?" tanya seorang pelajar perempuan. Ustazah Hamidah sengih. Dia mengeluarkan marker pen dari bekasnya.

" Bila saya ajar awak kelas Pengajian Islam...semua datang sopan. Yang tak bertudung pakai selendang, baju kurung......yang lelaki tak pakai seluar pendek tu...seluar "se-teng" awak panggil," jelas Ustazah Hamidah.

"Tapi bila kelas Pengajian Malaysia ni...lain pulak pemandangan saya daripada biasa. Kenapa ada perubahan?" Ramai yang tunduk tak berani memandang tepat Ustazah yang sedang menulis di papan putih.

" Ada askar US ke depan pintu kelas Pengajian Malaysia ni? " tenang saja Ustazah Hamidah bertanya sambil matanya terus menatap papan putih di depannya. Satu kelas senyap.

Ustazah Hamidah berpusing memandang mereka semua.

"Mari kita mula. Dah sedia nak sambung bab 4?"

No comments:

Post a Comment