Saturday, June 30, 2012

Blogger UMNO Sound Ketua Pembangkang Kedah dalam Isu KUIN




Petikan dari blog Mummy Rokiah (blog pro UMNO tapi selalu kritik UMNO)

Ketua Pembangkang Kedah meludah ke langit.

Sejak YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengambil alih kepimpinan negeri Kedah perkara yang paling besar beliau lakukan ialah dengan memajukan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan menambahkan 47 program pengajian dalam pelbagai disiplin. Daripada Kulliyyah Usuluddin sehinggalah Kuliyah Hospitaliti dan Halal Services dan yang terkini ialah Fakulti Perubatan dan Kejuruteraan.

Semasa ditinggalkan oleh Mahadzir Khalid selaku Pengerusi KUIN, KUIN hanya menawarkan beberapa pengajian ‘pure Islamic Studies’ iaitu Pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Kini KUIN menawarkan pelbagai disiplin pengajian. (Rujuk Program-Program tawaran KUIN).

Akibat anjakan yang begitu besar KUIN telah menjadi sasaran hentaman dan cemburu yang begitu kuat oleh pihak pembangkang di Kedah iaitu UMNO/BN. Ketua Pembangkang DUN Kedah, mantan MB dan mantan Pengerusi KUIN DS Mahdzir Khalid menggesa supaya KUIN balik ke pangkal asal penubuhannya dengan hanya menawarkan pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Dalam lain perkataan berbalik kepada Sekolah Pondok. Cadangan ketua pembangkang ini ternyata sekali bertentangan dengan gagasan Islam Hadari yang diperjuangkan dan dilaung-laungkan beliau bagai naik rak bersama Bapa Islam Hadari Tun Abdulah Hj Ahmad Badawi semasa di Putrajaya.

Hasil agenda ini rakyat telah disedarkan dan menerima pakai bahawa Islam Is The Way of Life, dinamik dan progressif. Tiba-tiba hari ini dek kerana kemelut politik sempit serta rakus kuasa agenda dan dasar yang baik kepada rakyat telah ditungging terbalikkan oleh ketua pembangkang yang ketandusan modal politik. Rakyat menjadi pening.

DS Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa berucap dalam wacana intelektual untuk The Oxford Centre For Islamic Studies di Magdalen College, University Of Oxford pada 1 Oktober 2004 menyatakan bahawa The Ulul Al-Bab or men of understanding the Quran refers to are people of reason, of science, of philosophy and of technology. To me the verse (190 Surah Al Imran) represents a categorical imperative for Muslims to unshackle our minds and, to acquire and master the sciences and technology in order to stay relevant in the modern world.

Hari ini rakyat Kedah yang rata-rata Melayu dan Islam menerima KUIN, sebagai bukti seramai 8,000 permohonan yang memohon untuk mengikuti pengajian di KUIN dan KUIN hanya mampu menempatkan 2,000 pelajar sahaja. Berbanding dengan KUIN dahulu yang hanya mengambil 400 pelajar setahun.

Pendekatan mempolitikkan pendidikan bukanlah satu tindakan yang bijak. Ketua pembangkang harus berhujah di atas landasan intelektual untuk meraih sokongan rakyat kepada partinya yang hampir menjadi kain buruk selepas PRU12 dahulu. Beliau harus berwibawa walaupun bukan berkelulusan Oxford, Cambridge atau Harvard supaya tidak menurut gaya pembangkang PAS, DAP dan PKR yang hanya hentam keromo memutar belit rakyat demi kuasa politik.

Yang baik katakan baik.

Posted by MUMMY ROKIAH at 8:14 AM

Isu Roboh SAR di PERAK - Aduhai kenapa versi Utusan UMNO lain Versi Penduduk Taman Lain..???

oleh: Al-Husseyn @ Meruntuhkan Bangunan SAR – Fitnah Umno Semata- Mata

 
 
Ipoh, 30 Jun : Dalam satu sessi penerangan di sini, Ust Radzi Zainon telah memberikan penjelasan mengenai rentetan isu sekolah agama rakyat Taman Desa Aman. Menurutnya, beliau berasa kesal kerana telah dihalau oleh Hamidah Osman sewaktu beliau dan Ahli Parlimen, Dr Lee Boon Chye datang ke majlis Ramah Mesra dan Dialog Bersama Rakyat dan dituduh sebagai penceroboh sedangkan tujuan mereka ke majlis tersebut adalah untuk mencari titik tolak ke arah penyelesaian.
 
Beliau berharap, semua perkara dapat diselesaikan dan tidaklah timbul pandangan negatif antara satu sama lain setelah hari itu.Tetapi, 16 Jun itu, kami dihalang untuk mengambil bahagian, memberikan pandangan kepada pihak Yang Berhormat ( Adun Sungai Rapat).

Ust Radzi menjelaskan, “Secara prinsipnya, PAS mahupun PKR tidak pernah menentang atau menghalang mana-mana sekolah rakyat.Tidak pernah wujud dalam sejarah dimana PAS menentang, menghalang , lebih-lebih lagi mahu merobohkan.


Seruan ‘fi sabilillah’ mereka mengatakan kami nak robohkan, sebab itu pada 1 Julai ini mereka nak berkumpul . Bagi saya, ini adalah fitnah paling jahat . Surat fitnah diedar berleluasa di sekitar Parlimen Gopeng mengatakan saya, bersama Major (B) Yaakub dan Encik Megat Ikmal merupakan dalang-dalang dan penghasut kepada pembinaan sekolah agama rakyat ini” katanya dengan kesal.

Menurutnya lagi, kehadirannya dan Encik Megat Ikmal adalah untuk melahirkan rasa simpati kepada penduduk-penduduk yang terlibat yang majoritinya adalah berbangsa Cina; terutama yang menghadap bahagian – padang tersebut.

“Mereka telah menghantar satu memorandum kepada Datuk Hamidah Osman pada 4 Mei, 2012.Memorandum yang sama dihantar kepada Datuk Rashidi, Datuk Bandaraya Ipoh pada tarikh yang sama.

Mereka meminta diadakan dialog dan sessi taklimat dan mereka ingin bertanya berkenaan pembinaan suatu binaan diatas padang permainan Taman Desa Aman, tetapi tidak dihiraukan oleh Datuk Hamidah.” Terang Radzi.

Menurut Radzi, itulah perkara pertama yang mereka mahu tahu sebab mereka sendiri keliru dan tidak pasti kerana bangunan yang didirikan tidak ada ‘signboard’ memaklumkan mengenai projek tersebut dari segi nama projek, nama kontraktor , kelulusan dan sebagainya sebagaimana lazimnya.

Tiada tembok penghadang keselamatan kawasan Pembinaan secara
terbuka dan keadaan ini pasti membahayakan orang ramai.

Radzi memberi tahu, bahawa salah seorang penduduk yang prihatin, adalah bekas kakitangan MBI dan dia tahu prosedur-prosedur yang berkaitan.
 
“Jadi setelah 20 hari mereka bersabar setelah menghantar memo kepada DUN Sungai Rapat, yang merupakan Exco Kanan Negeri Perak,tapi malangnya, beliau tidak memberikan respon dan tidak ada maklum balas , barulah mereka memaklumkan kepada YB Dr Lee Boon Chye kerana mereka yang terlibat ini berbangsa Cina dan kurang faseh berbahasa Melayu dan merasakan lebih selesa berurusan dengan Ahli Parlimen Kawasan tersebut.

Setelah dipersetujui, maka satu pertemuan diaturkan untuk bersama mereka pada 24 Mei 2012.”

Jadi apa yang kita nampak bahawa kesilapan yang berlaku adalah kerana sikap Datuk Hamidah tidak mahu melayan dan tidak mahu bertanggung jawab keatas pembinaan tersebut.Ini merupakan punca kenapa mereka memanggil Dr Lee Boon Chye dan Ust Radzi Zainon berjumpa dengan mereka.

Jika Datuk Hamidah berjumpa mereka, selesaikan masalah, berbincang hati ke hati, berunding dengan mereka, perkara ini tidak akan sampai ke peringkat sebagaimana sekarang.

Radzi berkata, rentetan yang kedua ialah pada 29 Mei, 2012 dimana mereka mengajak kami bersama mengadakan untuk sidang akhbar di padang berkenaan kerana penghantaran memo pada 4 Mei yang lepas itu masih tidak memberi kesan apa-apa pun.

“Sewaktu mengadakan sidang akhbar tersebut mereka menaikan sepanduk dan sebagainya. Tetapi pada sepanduk-sepanduk tersebut hanya merupan tulisan ’Bangunan Tanpa Kelulusan’ dan ’Rampas Tanah Rakyat’.

Gambar yang kononnya mereka mengadakan demo waima mereka sekadar
mengadakan sidang akhbar bersama Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon

Tidak ada perkatan yang mengatakan membantah atau menghalang pembinaan sekolah rakyat kerana ketika itu mereka sendiri pun tidak tahu bahawa bangunan tersebut adalah sekolah agama rakyat atau pihak Umno mahu dirikan bangunan bilik gerakan Umno,” jelas Radzi.
 
(Umno/BN tuduh mereka mendakan demo menentang pembinaan sekolah agama rakyat walhal keadaan sebenarnya adalah satu sidang akhbar membantah projek membina satu bangunan tanpa kelulusan diatas tanah lapang yang di gazet sebagai padang permainan.)

Dihalau keluar dari dewan – anak-anak jadi mangsa Umno yang
kononnya prihatin terhadap SAR

Radzi berkata, “Anak-anak kita dikeluarkan dari dewan dibelakang surau Desa Aman tersebut dan terpaksa belajar di bawah khemah berpanas dan berhujan selama dua minggu itu adalah semata-mata bertujuan untuk memberikan laluan kepada Umno menggunakan dewan tersebut sebagai bilik Gerakan mereka dalam menghadapi Pilihanraya yang digembargemburkan ketika itu.
 
“Ini terbukti dengan pengakuan dalam blog Sungai Rapat Online mengenainya – Umno mahu menggunakan dewan tersebut sebagai bilik gerakan bagi persiapan pilihanraya (Sila klik di sini).

Lawatan kami secara mengejut ke khemah tempat anak-anak kita belajar itu menyebabkan pada hari yang sama di sebelah petang itu juga, Hamidah telah mengarahkan mereka supaya kembali semula ke dalam dewan seperti biasa,” terang Radzi.

Anwar Disambut 'Meriah' Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI - Pelbagai kejutan dilakukan ketika menyambut ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke sini malam tadi.

Sebaik tiba, penari yang meniru gaya bintang popular dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadhu, mendiang M G Ramachandran (MGR) menari dengan gaya dan lenggok ala selebriti itu.

Anwar secara spontan dilihat terus menggoyangkan badan mengikut alunan muzik, sama seperti penari yang meniru gaya dan perwatakan MGR.

Beliau kemudian terus diiringi ke pentas utama mengikut langkah tarian itu sehingga muzik itu berakhir.

Tiga wanita yang mewakili kaum ibu dari bangsa Melayu, Cina dan India kemudian diberi penghormatan menyatakan sokongan kepada Anwar dengan memakaikannya kalungan bunga.

Bagaimanapun, sebaik sahaja Anwar memulakan ucapan di pentas utama, kedengaran bunyi mercun yang dilepaskan bertubi-tubi ke udara, menimbulkan suasana riuh dan bising.

Gangguan itu berlaku dalam jarak kurang 100 meter dari pentas utama itu menyebabkan pengunjung yang hadir untuk mendengar ucapan pemimpin berkenaan tidak senang duduk dan naik marah.

Tiada pihak yang mengaku terlibat dalam insiden berkenaan sebelum berlaku pergaduhan kecil, yang berjaya dileraikan.
Anwar yang meneruskan ucapan walaupun diganggu berkata, beliau mahu menang dengan bersih dalam pilihan raya akan datang tanpa melibatkan politik kotor sama ada rasuah, zalim dan tindas-menindas antara satu sama lain.

Beliau turut menegaskanbahawA jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah dalam pilihan raya umum akan datang, wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dimansuhkan.

“Ini bukan mainan politik tetapi hasrat yang akan diusahakan jika kita menang,” katanya dalam Siri Jelajah DSAI ke Kedah di Taman Ria Jaya di sini.

Dalam pada itu, belum sempat Anwar melangkah turun untuk pulang, seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol terus meluru naik ke pentas dan menari bersama Anwar yang ketika itu dilihat mengikut alunan muzik MGR bersama pemimpin lain.

Bagaimanapun, tindakan pantas penganjur berjaya menghalang lelaki itu dari terus mendekati Anwar yang sedang bersalaman dengan penyokong sebelum bersurai.

UMNO Kedah tak ada isu atau tak reti cari isu..asyik tembak peluru kapoq jaa..!!

Boleh tak tukar pepatah kepada 'Bodoh macam blogger UMNO'?

Kalau dulu orang sering sebut 'Bodoh macam lembu', maka di zaman lembu sudah diternak dalam kondo ni maka pepatah tu nampaknya tak sesuai disebut. Lembu pun dah cerdik la ni.

Tapi ada satu makhluk yang rasanya kalau pepatah tu mahu mahu ditukar maka sesuai sangat dengan makhluk ni, iaitu 'Bodoh macam blogger UMNO'.. apa macam setuju?



(Foto dipetik dari sebuah blogger UMporNO)

Tak cerdik sungguh bila blogger UMNO Kedah menyerang kerajaan negeri kerana kononnya Pusat Pengumpulan Buah-buahan yang dibina di Sungai Petani gagal.. sebabnya tak ada buah yang dikutip.

Alahai blogger UMNO, tak ambik tau perkembangan dunia tapi gatai punkok nak tulis. Sewaktu pelancaran pusat pengumpulan tu dulu Menteri Besar dah habag, pusat tu bertujuan untuk atasi lambakan buah-buahan orang kampung. Kalau orang kampung nak jual takdak sapa nak beli dah sebab harga murah, mai tolak dekat Kedah Agro.

Menteri Besar habag juga... tapi kalau ada pihak nak beli lebih tinggi harganya tolak kat depa tu. Kedah Agro cuma nak atasi masalah lambakan. Pahammm... lambakan!?

Faktanya pada tahun ini.. hasil buah-buahan di Kedah ni merosot 50 peratus. Oleh kerana permintaan tinggi maka orang kampung boleh jual dengan harga yang tinggi, tiada lambakan maka orang kampung pun tak perlulah jual murah dekat Kedah Agro. Sebab tuulah Pusat Pengumpulan Buah-buahan tu tak sibuk untuk musim buah tahun nii. Faham?? Bodoh, baghal, unta, kelabu asap!!! (pinjam P.Ramlee).



ALOR SETAR – Pengeluaran hasil buah-buahan di seluruh negeri ini merosot sebanyak 50 peratus.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Encik Ismail Salleh (gambar atas) berkata, kemerosotan itu disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan yang lebih pada tahun ini.

“Rambutan, durian dan mempelam adalah antara buah-buahan yang banyak terjejas akibat faktor berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya, dijangkakan harga bagi buah-buahan tempatan lebih tinggi disebabkan bekalan yang terhad.

“Kita menjangkakan tidak akan berlaku lambakan buah-buahan pada tahun ini,” katanya.

Jib dan Ros makan angin ke negara final piala euro dengan duit rakyat...!!!

Najib perasan macam rakyat bagi mandat kat dia 2008 dahulu...!!!

Rakyat beri mandat kepada Abdullah, bukan Najib

KUALA LUMPUR: Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.

Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan.

"Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut.

"Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.


Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan.

Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu.

"Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen.

"Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini.

Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.

Adun UMNO Johor kata HUDUD nie hukuman untuk semua kaum..!!!

ADUN Umno cadang Johor laksana hudud

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

"Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya.



Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

'Sokong Umno kalau ikhlas'

Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.

Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

"Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama)," katanya.

Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar.

Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam

"Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya.

Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan.

Situasi sebenar politik Perlis : Oleh bekas Ketua Penerangan Umno Perlis

Oleh Hashim Suboh
 
Apabila saya membuat andaian bahawa Umno/BN bakal kalah di Perlis, sesetengah pihak mentafsirkan bahawa kata-kata ini dilontarkan dari perspektif kumpulan yang berkonflik dengan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu semata-mata.

Sebagai bekas orang media, saya tidak akan menyalahkan wartawan yang memetik respons saya kepada pertanyaan beliau yang kemudiannya ditafsir dan ditulis berdasarkan perspektif beliau sendiri. Sebenarnya pandangan, penilaian dan rumusan saya sama sekali tidak ada kaitan dengan kedudukan kononnya sebagai orang kuat kepada sesiapa.

Kepada yang mengenali saya, ‘pemimpin’ saya yang sebenar adalah ‘prinsip’.  Jika saya bersuara dan bertindak, saya pastinya didorong oleh isu prinsip yang meresahkan. Krisis politik Umno Perlis menjelang PRU 12 pada tahun 2008 berlaku kerana pucuk pimpinan khususnya Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)  melanggar prinsip, sistem dan amalan parti.

Senarai calon yang dikemukakan oleh Badan Perhubungan dan Bahagian-bahagian  diketepikan kerana campurtangan Ahli Parlimen Kangar yang pada ketika itu adalah juga Setiausaha Agong Umno/BN. Lebih ‘palat’ lagi, Pak Lah juga akhirnya menerima senarai calon yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kangar dan Padang Besar yang jika dirujuk kepada ‘sistem, amalan dan prinsip’ samasekali tidak berhak dibenarkan berbuat demikian.

Akibat perlanggaran ‘sistem, amalan dan prinsip’ ini,  hak dan suara Bahagian serta Badan Perhubungan telah dinafikan. Akibat pencabulan ini juga ‘tercantaslah’ Ketua Umno Bahagian  Padang Besar, Naib Ketua Umo  Padang Besar dan Allahyarham Ketua Pemuda Padang Besar, Timbalan Ketua Kangar,  Ketua Wanita Kangar, Naib Ketua  Arau serta Ketua Pemuda Arau yang sebenarnya telahpun dicalonkan oleh Bahagian masing-masing dan Badan Perhubungan Umno  Perlis.

Perlu diketahui bahawa sebilangan besar calon DUN dan Parlimen dari Umno yang bertanding dalam PRU 12 dulu adalah calon pintu belakang yang telah terpilih oleh muslihat mereka yang memperdaya dan mempergunakan Pak Lah.

Latarbelakang sebagai calon pintu belakang inilah yang menyebabkan majoriti ADUN akhirnya bertindak mengingkari keputusan Presiden Umno/Pengerusi BN yang telahpun bersetuju dan mengeluarkan watikah untuk Datuk Seri  Shahidan Kassim dilantik sebagai Menteri Pesar Perlis.

‘Produk politik haram’

Saya pernah menggelar MB Perlis selepas PRU 12 sebagai ‘produk politik haram’. Walaupun bunyinya agak kasar, saya yakin kebanyakan ahli Umno  Perlis memahaminya. DS Md Isa tidak pernah dicalonkan oleh Bahagian dan Perhubungan.

Samasekali beliau juga tidak pernah diiktiraf oleh Badan Perhubungan pada ketika itu. Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan berlaku adalah titik noda yang amat menghina sistem dan amalan parti.

Seorang AJK Bahagian yang tidak punya kehebatan luar biasa tiba-tiba saja boleh diangkat menjadi MB dengan membelakangkan parti adalah sejarah yang menunjukkan dakwaan bahawa parti menguasai kerajaan adalah suatu pembohongan besar.

Selepas lebih tiga tahun DS Md Isa menjadi MB dan Pengerusi Perhubungan serta diberikan pula laluan untuk menjadi Ketua Umno Kangar, ramai rakan mengharapkan beliau mengambil inisiatif untuk menyatukan semula Umno  Perlis. Malangnya tidak ada tindakan yang diambil beliau.

Kata-kata bahawa Umno/BN Perlis kuat dan bersatu adalah pembohongan fakta. Tanyalah DS Shahidan,  Datuk Zahidi, Datuk  Ismail Kassim,, Azihani Datuk Ali,  sebilangan sahabat-sahabat yang menjadi EXCO dan ADUN serta ramai lagi. Bilakah kita pernah duduk semeja untuk kita selesaikan masalah di antara kita?
Tinjaulah pandangan rakyat di gerai,  pasar tani, pasar  dan lain- lain tempat.

Benarkah rakyat selesa, yakin,  berpuashati dan ‘seronok’ dengan kepimpinan negeri? Saya menyebut bahawa Perlis di ambang kekalahan kerana realiti di bawah cukup membimbangkan dan amat memerlukan suatu ‘wake up call’.

Terus terang, saya amat tidak senang dengan sikap pucuk pimpinan khususnya TS Muhyuddin Yassin yang memandang enteng seolah-olah tidak ada masalah di Perlis.

Lebih parah, apabila mereka meremehkan masalah dengan menganggap krisis politik di Perlis hanyalah masalah  antara Shahidan – Radzi – Md Isa – Azmi Khalid semata-mata.

Apakah mereka menganggap Zahidi – Chu – Azam – Mastika -Hashim – Azihani – Azizan Sulaiman – Sulaiman Shafie – Ammar dan lain-lain hanyalah pak pacak politik yang bersedia untuk dipariahkan untuk kesekian kalinya?

Sejujurnya saya tidak ada masalah dengan majoriti EXCO dan wakil rakyat. Mereka masih kawan dan berkawan dengan saya tidak kira samada mereka wakil rakyat pintu depan atau pintu belakang. Pendirian bersyarat saya jelas … Yang sudah tu sudahlah  !! Ikhlaskan hati dan bersatulah kembali.

Biia saya katakan Perlis di ambang kekalahan bukanlah  bererti saya menyokong ‘kekalahan’ itu. Bila saya katakan DS Md Isa lemah dan tidak berkebolehan, ia adalah manifestasi kekecewaan saya terhadap kelemahan dan ketiadaan kebolehan beliau meraikan perpaduan dengan kawan-kawan saya yang lain.
Saya juga kecewa kerana momentum kemajuan rakyat dan negeri Perlis diganggu oleh api permusuhan politik dalaman yang tidak pernah dipadamkan sehingga pemimpin yang berpotensi disisih dan terus diketepikan.

Drama politik syok sendiri terus dilakonkan dan cerita lawak diterima sebagai cerita serius. Sambil itu, pandangan sinis diangkat sebagai pujian manakala kata-kata perli pula dianggap sebagai suatu pengiktirafan.
Akhirnya Pak Pandir,  Mak Andeh,  Lunchai dan Lebai Malang muncul di jalan untuk menentukan arah dan masa depan kita di Perlis.

Persoalannya : Wajarkah kita turut senada dengan Si Luncai yang membiarkan kepandiran politik dengan ungkapan : Biarkan! Biarkan! Biarkan!

Penulis adalah bekas Ketua Penerangan Umno Perlis.

-FMT

Nampak sangat Najib dok ketaq lutut bila nak bubar parlimen...

Memang nampak sangat Najib tak berani nak bubar parlimen

Najib boleh kata apa saja tapi dia silap besar kalau dia ingat orang nak percaya setiap apa yang dia cakap.

Kalau penyokong dan ahli Umno yang bangang mungkin kut akan percaya apa saja yang Najib kata tapinya tak nanti ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, ahli dan penyokong Umno BN yang celik politik pun payah nak percaya apa yang Najib cakap.

Realitinya, orang yang cerdik politik tentu dapat baca apa sebenarnya realiti sebenar dari ucapan Najib. Tambah-tambah pulak alasan yang Najib guna tu cukup lemah.
mStar melaporkan:

[Sumber: mStar]
Cara Najib jawab soalan pemberita tu langsung tak meyakinkan. Memang nampak sangat yang sebenarna Najib tak berani lagi nak bubar parlimen dan adakan RPU13.



Semua orang yang celik politik boleh baca tindakan Najib bagi 'gula-gula' kepada rakyat sebelum ni memang tujuan dia untuk tingkatkan sokongan rakyat kepada Umno BN.

Mula-mula Najib bagi RM100 kepada semua pelajar konon nak membantu ibubapa sediakan keperluan kepada pelajar. Kalau betul nak bantu Najib patutnya bagi cuma kepada pelajar yang perlukan bantuan tapi pasai apa dibagi kepada semua pelajar.

Bila Umno BN nampak pemberian tu macam takdak kesan, Najib bagi pulak BR1M, RM500 kepada semua ketua keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan.

Bila nampak sokongan dari masyarakat Felda yang selama ni jadi 'fix deposit' kepada Umno BN sedikit tergugat, Najib bagi pulak 'durian runtuh' kepada masyarkat peneroka Felda.

Cuma isunya sekarang ni berapa ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang celik politik dan berapa ramai pulak yang berani untuk bagi peluang kepada Pakatan Rakyat pulak untuk menerajui kerajaan pada PRU13 nanti.





Ambiga 'ayam tambatan' kepada transformasi pilihanraya negara

Oleh Aspan Alias

Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi bersama Bersih 3.0, sudah menjadi seorang yang paling popular dan beliau sudah pasti menjadi seorang yang ‘of consequence’ dalam politik negara kini. Ambiga bukan seorang ahli politik dan beliau tidak bercadang dan terfikir untuk  berkecimpung dalam arena yang beliau tidak pandai untuk turut serta.

Beliau merupakan ketua kepada sebuah NGO yang inginkan pilihanraya diadakan dan dilaksanakan secara bersih. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab,  beliau bersama rakan-rakan beliau dan disokong oleh majoriti rakyat yang inginkan satu pilihanraya bersih, secara tidak langsung beliau merupakan seorang yang paling berpengaruh dalam negara kita.
Perjuangan beliau di dalam NGO Bersih itu mendapat pengiktirafan antarabangsa dan beliau telah mendapat beberapa anugerah di atas peranan beliau dalam membina sebuah masyarakat yang ‘civil’. Beliau mendapat penghormatan untuk bertemu dengan Presiden Obama dari  Amerika Syarikat yang  tidak mudah di perolehi oleh ramai pemimpin negara kita. Dr Mahathir sendiri terpaksa menggunakan ‘lobbyist’ ternama dan terpaksa membayar ber‘million’ ringgit untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.
Tetapi oleh kerana Ambiga adalah rakyat Malaysia dan ditadbir oleh UMNO Baru pula, Ambiga menjadi sasaran dan kecaman dari pihak pemerintah negara kerana di Malaysia ini, sesiapa yang tidak sehaluan dengan tindakan kerajaan, berpotensi untuk dihina dan dinesta. Yang terakhir sekali, seorang ahli Legislatif UMNO Baru , Mohamad Aziz, telah meminta Ambiga digantung kerana bertindak mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 hb April yang lalu.
Di negara kita membuat tuntutan yang asas bagi membina demokrasi yang sebenarnya akan dianggap sebagai petualang. Pihak pemerintah telah melakukan banyak perkara yang  tidak senonoh tetapi mereka tidak boleh dipanggil petualang. ‘Superlatives’  yang buruk-buruk itu hanya untuk pemimpin pembangkang dan individu yang tidak bersetuju dengan kerajaan. ‘Saying right things is totally forbidden under BN rule’ kata seorang sahabat saya yang agak ‘learned’ orangnya.
Kenyataan seorang ahli Legislatif dari Sri Gading yang mahu Ambiga digantung dua hari yang lepas, mendapat reaksi yang hangat dari banyak pihak termasuk dari MIC, parti komponen BN sendiri. Presiden MIC sendiri telah membidas Mohamad Aziz kerana kenyataan beliau itu. Tingkah laku Mohamad Aziz itu amat buruk sekali dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang menjadi ahli kepada dewan legislatif yang mulia itu.
Tetapi di dalam Dewan Parlimen itu bukan Mohamad Aziz sahaja yang mempunyai moral rendah seperti beliau (Mohamad) tetapi memang kita nampak beberapa orang lain yang duduk di dalam Parlimen untuk menunjukkan ketololan mereka. Mereka-mereka ini mempunyai mulut yang terlalu cepat dari keupayaan berfikir. Sikap dan perangai mereka itu sedikit sebanyak telah merendahkan martabat ahli-ahli Legislatif dari BN itu sendiri kerana BN lah yang mencalunkan mereka untuk duduk dalam Dewan Parlimen itu dalam pilihanraya yang lalu.
Saya sendiri begitu ‘conclusive’ dalam memberikan persepsi yang agak ‘drastic’ tentang budaya dalam UMNO Baru itu. Di dalam UMNO Baru itu bukan tidak ramai yang bertaraf bijak pandai. Ada peguam yang bertaraf Phd dan ramai lagi yang setaraf dengannya. Tetapi jika kita lihat sepandai mana pun mereka atau setinggi mana pun kelulusan mereka itu mereka akan menjadi lesu dan kadangkala menjadi bodoh apabila bergiat di dalamnya.
Seorang yang berfikiran tajam akan bertukar menjadi seorang  yang mempunyai  daya pemikiran yang tumpul apabila menyertai UMNO Baru dan diberi pula jawatan-jawatan yang besar-besar di dalam kerajaan.
Tetapi pemikiran rakyat telah berkembang jauh kehadapan dari pemikiran ahli-ahli UMNO Baru lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin mereka. UMNO Baru selama ini tidak berusaha untuk mencari kepimpinan yang bersih kerana pimpinan yang bersih tidak akan membenarkan mereka melakukan perkara-perkara yang berbentuk jenayah terhadap rakyat yang terus-menerus berlaku sehingga kehari ini.
Di dalam sanubari rakyat sekarang mereka berkata-kata, ‘enough is enough. And let's go for a change, a complete change’ Rakyat dahagakan perubahan. Dalam rakyat mahu melihat perubahan maka adalah ‘natural’ seseorang yang telus dan berani seperti Ambiga itu akan menjadi termasyur dan menjadi contoh kepada mereka (yang inginkan perubahan).
Jika ada ketidakadilan yang dilakukan terhadap Ambiga,  penentangan rakyat terhadap pihak yang berkuasa akan terus bertambah dan bercambah. Selagi Ambiga masih bertegas untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan saksama, orang ramai akan tetap menyokong beliau

Friday, June 29, 2012

Kita Gantung Pembunuh, bukan Gantung yang Berbeza Pendapat!

Oleh sakmongkol AK47

Matnya- Kita gantung yang membunuh Altantuya. KIta gantung pengedar dadah. Kita gantung yang menjual Kad Pengenalan. Kita gantung yang menjual rahsia tentera laut. kita gantung yang menjual kerakyatan.

Kita tak gantung orang yang berbeza pendapat dan pandangan. Hanya untuk sekali sahaja- pemimpin UMNO gunalah otak kamu.

Pemimpin2 United Munafik National Organization( UMNO) bersikap macam burung ostrich yang menyorokkan kepala dalam lubang tanah. Dia ingat kalau dia tak nampak musuh pemangsa, maka musuh pemangsa atau binatang lain tidak nampak akan dia. Hendak kita ketawakan dan kritik mereka, kita serba salah- maklum sahajalah, mereka berotak burung. Kita jadi pandir jika melayan puak UMNO.

Tak setuju- tarik kerakyatan! Tak setuju- kita gantung. Tak setuju kita jel!. Inilah kualiti pemimpin UMNO. Hendakkah kita amanahkah negara kepada orang bermutu rendah dan selekeh otak macam ini?

Dr Mahathir sendiri yang kata- memang pemimpin UMNO yang sekarang ini orang2 bodoh dan half past six. Yang cerdik sudah masuk PAS, yang bijak sudah masuk PKR dan yang pandai dah masuk DAP. Yang tolol dan bahlul dan mengeluarkan bahan yang patut keluar dari dubur, di keluarkan ikut lubang mulut sahaja yang tinggal dalam UMNO. Sebab itu Dr Mahathir kata, UMNO sudah busuk sampai ke usus. Kalau kita hendak selamat, maka kita amanahkan negara kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya cakap, Dr Mahathir yang suruh.

Mahukah kita amanahkan pentadbiran negara kepada barisan pemimpin yang tolol lagi bahlul, perasuah dan pembuli? Bagaimana negara hendak maju dalam tangan orang UMNO yang tolol wa bahlul? Rosak dan punah negara kita.

Orang tolol dan kurang akal sahaja yang mengatakan kalau UMNO tidak ada, orang Melayu akan mati, kalau UMNO tidak ada, agama Islam akan hancur dan kalau UMNO tidak ada, Raja Melayu akan lenyap. Takde orang Melayu mati di Kelantan bila UMNO kalah. Tidak ada orang Melayu yang sengsara bila UMNO tewas di Pulau Pinang- bahkan orang Melayu lebih sengsara di bawah pemerintahan UMNO dan geng jahat nya Gerakan di Pulau Pinang dahulu. Islam tidak hancur ketika PAS memerintah Kelantan dan Kedah. Raja Melayu adalah raja keatas SEMUA rakyat bukan raja untuk UMNO sahaja. Jika Raja Melayu berlagak sebagai Raja untuk UMNO sahaja, maka nanti jika UMNO tiada, raja Melayu lenyaplah. Bersikaplah sebagai raja untuk SEMUA rakyat, baharulah Raja Melayu akan kekal. Bergantung kepada UMNO bererti pendek umur untuk semua orang Melayu.

Mari kita lihat lagak pemimpin berotak burung ostrich ini. pemimpin gerombolan UMNO rasa memadai dan mencukupi hanya dengan mengeluarkan penafian. Bila di tuduh ada skendal rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, maka pak menteri yang bertangung jawab merasakan cukup dan padan hanya dengan mengeluarkan kenyataan menafikan nya. Orang kata ya- dia kata tidak. Ini kualiti pemimpin UMNO yang mengatakan ‘come on give him some humanity’.

Yang terlebih bodoh antara pemimpin UMNO ialah mereka yang enggan menggunakan bahan yang ada antara dua telinga mereka. Dan saya tidak bercakap mengenai hidung mereka. Jadi apabila otak tidak di gunakan( sebab mungkin tidak ada lansung), pemimpin UMNO menganjurkan jalan pintas.

Bila Ambiga menjuarai suatu aliran yang menyusahkan UMNO, maka mereka berteriak tarik balik kerakyatan Ambiga. Habis Ambiga hendak di hantar di mana? Bukankah kerakyatan itu sesuatu yang di jamin dan di lindungi oleh undang undang negara bukan undang2 UMNO? Ambiga itu lahir di mana? Yang lebih dasyat, ada wakil rakyat UMNO yang terkurang cerdik di Malaysia menyarakan agar Ambiga di gantung. Bukankah ini suatu ugutan bunuh dan jika ugutan bunuh, polis kita nanti report di buat kah? Satu Malaysia dah baca ugutan bunuh ini, maka polis patut tangkap siapa yang bercakap mengenai perkara itu. Undang2 kita ini mob rule kah?

Apabila isiu demi isiu di timbulkan- pemimpin UMNO merasionalkan ia sebagai cubaan mencermarkan imej pemimpin negara? Hendak cemar apa jika sememang dan sebermula nya imej sudah tercemar? Jika isiu yang di timbulkan terhadap semua pemimpin UMNO adalah usaha memburukkan nama orang UMNO menjelang PRU, maka apa pula kita hendak klasifikasikan isiu2 yang di timbulkan terhadap pemimpin pembangkang? Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu jangan di perbodohkan oleh UMNO lagi. Jika kita bersedia mengutuk isiu2 yang di timbulkan terhadap UMNO sebagai mainan politik semata2- maka kesediaan serupa mesti di beri keatas segala isiu terhadap pemimpin parti pembangkang.

Semua isiu terhadap Anwar Ibrahim misalnya adalah gimik politik UMNO yang kian terdesak. Pengkudaan institusi Raja2 Melayu adalah gimik politik UMNO. Hanya kali ini sahaja UMNO menunjukkan merekalah yang menjuarai Raja2 Melayu terhebat dari orang lain. Di masa yang lain, UMNO lah yang hendak gantung raja2 Melayu.

Saya sarankan, kalau kita nak gantung, kita gantung semua pegawai imigresyen, pegawai jabatan pendaftaran yang membiarkan orang asing mendapat kad pengenalan dan kerakyatan segera. Ini terang2 pengkhianatan dan pengkhianatan terhadap Raja dan Negara di hukum gantung. Kita gantung orang yang menjual rahsia tentera laut Malaysia. Komisyen yang dia dan sahabat2 pengkhianat nya terima adalah hasil pengkhianatan dan pengkhianat semua nya mesti di gantung.

Kita gantung semua yang mencuri perbedaharaan negara. Yang membawa lari duit gelap sebanyak RM 1.3 trillion dalam tempoh 10 tahun, di tangkap semua dan di gantung.

http://sakmongkol.blogspot.com/

Tema Bajet 2013 : Kekalkanlah Saya Sebagai PM..

Oleh Shahbudin Husin+

Jika mahu dikatakan transformasi, barangkali inilah transformasi yang sebenarnya yang mahu dibawa oleh Najib. Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib ternyata paling banyak melakukan pelbagai perkara baru semata-mata untuk mendapatkan undi dan memastikan dirinya terus kekal berada di puncak kuasa.

Dari memberi wang kepada rakyat, budak sekolah, pelajar universiti, durian runtuh kepada peneroka Felda sehinggalah kepada memberi baucer tayar kepada pemandu teksi - adalah antara pembaharuan politik yang diperkenalkan Najib. Najib dilihat sebagai pemimpin yang pemurah dengan wang tunai dan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, jia ada pun pemberian tunai hanyalah pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan.

Kali ini beliau melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadikan sambutan Hari Merdeka sebagai medan kempen bagi UMNO dan BN pula melalui persetujuan kerajaan menggunakan ungkapan 1Malaysia Janji Ditepati sebagai tema sambutannya pada tahun ini.

Pengumuman tema ini diumumkan oleh Dr Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab terhadap sambutan hari kemerdekaan itu.

Sesiapa pun yang membaca tema itu dengan pantas menyedari bahawa ia bertemakan kempen politik, lebih-lebih lagi Program Janji Ditepati adalah sebuah program mendekati rakyat anjuran Media Prima yang sudah diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara dengan Najib sendiri hadir dan bercakap mengenai politik, pilihanraya dan mempertahankan kuasa di program-program tersebut.

Oleh itu, dengan menggunakan tema yang sama, tentulah ia juga bermotifkan politik dan seolah-olah mahu memberitahu rakyat bahawa UMNO dan BN adalah penunai janji terbaik yang mesti terus dikekalkan kuasanya.

Sambutan Hari Merdeka sepatutnya diraikan dengan mengajak rakyat menghargai kemerdekaan, kecintaan kepada negara, memupuk perpaduan dan lain-lain nilai baik yang meliputi semua kaum dan golongan kerana ia diraikan oleh semua lapisan rakyat. Ia seharusnya merentasi batas politik dan untuk semua orang.

Tetapi dengan Najib ingin melakukan transformasinya mahu menjadikan Hari Merdeka sebagai medan kempen politik, ia bukan saja menyerlahkan keghairahan yang terlampau terhadap kuasa dan kemenangan malahan di sisi lain menggambarkan kebimbangan Najib yang sedang berada di tahap maksima.

Tidak pernah mana-mana pemimpin sebelum ini menjadikan sambutan Hari Merdeka sebagai medan kempen, walau bagaimana gelora sekali pun kemelut politk yang sedang dihadapi. Mahathir sendiri ketika menghadapi tentangan sengit Semangat 46 pada pilihanraya 1990 dan selepas pemecatan Anwar pada piliharaya 1999, tidak tergamak menjadikan sambutan hari kemerdekaan di mana-mana tahun sekali pun sebagai medan untuk kempen politiknya.

Untuk renungan bersama, elok kita imbas kembali tema-tema sambutan Hari Merdeka sejak 1970 untuk melihat kematangan pemimpin sebelum itu berbanding Najib yang kelihatan cukup pendek akalnya. Tema sambutan kemerdekaan hanya diperkenalkan mulai tahun 1970 dan sebelum itu is tidak mempunyai tema dan lebih menjurus kepada erti kemerdekaan sahaja.

1970 - Muhibbah dan perpaduan
1971 - Masyarakat progresif
1972 - Masyarakat adil
1973 - Masyarakat berkebudayaan Malaysia
1974 - Sains dan teknologi alat perpaduan
1975 - Masyarakat berdikari
1976 - Ketahanan rakyat
1977 - Bersatu maju
1978 - Kebudayaan sendi perpaduan
1979 - Bersatu berdisiplin
1980 - Berdisiplin berbakti
1981 - Berdisiplin berharmoni
1982 - Berdisiplin giat maju
1983 - Bersama ke arah kemajuan
1984 - Amanah asas kejayaan
1985 - Nasionalisme teras perpaduan
1986 - Bangsa tegas negara teguh
1987 - Setia bersatu berusaha maju
1988/1989 - Bersatu
1990 - Berjaya
1991 - Wawasan 2020
1992 - Wawasan asas kemajuan
1993 - Bersatu menuju wawasan
1994 - Nilai murni jayakan wawasan
1995 - Jatidiri penggerak wawasan
1996 - Budaya penentu kecapaian
1997 - Akhlak mulia masyarakat jaya
1998 - Negara kita, tanggungjawab kita
1999 - Bersatu ke alaf baru
2000 - 2006 - Keranamu Malaysia
2007 - Malaysiaku gemilang
2008 - Perpaduan teras kejayaan
2009 - 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
2010 - 1Malaysia menjana transformasi
2011 - 1Malaysia, transformasi berjaya, rakyat sejahtera
2012 - 1Malaysia janji ditepati

Jelas dapat dilihat bahawa tema-tema hari kemerdekaan sebelum ini adalah bersifat menyeluruh dan mengajak kepada kebaikan untuk semua orang serta tidak pernah digunakan untuk matlamat politik.

Bagaimanapun sejak Najib menjadi Perdana Menteri, kecenderungan kepada mempromosi pendekatan politiknya mulai terserlah melalui tema yang digunakan sejak 2009 itu.

Tetapi buat pertama kalinya tahun ini ia jelas bersifat politik, untuk memenangi piihanraya dan untuk kepentingan Najib mempertahankan kuasa. Sambutan hari kemerdekaan tahun ini juga buat pertama kali juga akan diadakan sambutan malam yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tentunya akan disiarkan secara langsung melalui tv ke seluruh negara.

Sekali lagi, Najib pastinya akan menggunakan acara itu untuk berkempen politik dan menyerang pembangkang. Sambutan Hari Merdeka tahun ini akan menjadi hari kempen yang meriah untuk Najib, UMNO dan BN.

Dan selepas 31 Ogos ini akan diadakan pula sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Sarawak. Najib tentunya juga tidak mahu melepaskan peluang menggunakan acara itu sekali lagi sebagai medan kempen politiknya, tambahan pula Sabah dan Sarawak yang dulunya dikenali sebagai "fixed deposit" untuk BN, kini sudah mula ditembusi oleh Pakatan Rakyat.

Jika pilihanraya tidak diadakan lagi selepas sambutan Hari Malaysia itu, Najib mempunyai satu lagi peluang untuk berkempen iaitu melalui pembentangan Bajet 2013 yang sudah ditetapkan pada 28 September depan. Najib pastinya juga akan menggunakan peluang dalam pembentangan Bajet 2013 itu untuk menawarkan pelbagai habuan, gula-gula dan janji politiknya. Seperti biasa, oleh kerana ia disiarkan secara langsung melalui tv, Najib tentunya akan mengggunakan kesempatan itu untuk menyerang Anwar dan pembangkang melalui pembentangan bajet itu nanti.

Oleh kerana Najib sudah begitu jauh menyimpang dari landasan berpolitik yang sewajarnya sehingga sanggup menjadikan sambutan hari kemerdekaan sekali pun untuk kepentingan politiknya, janganlah terkejut jika Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Najib nanti bertemakan "Kekalkanlah Saya Sebagai Perdana Menteri".

Duduk kira puak FELDA jaa.. nie depa yang jadi penanam padi apa cerita..??

KUALA LUMPUR Sekumpulan pesawah Malaysia, pada 26 Jun lalu, menggesa kerajaan menaikkan harga padi dan subsidi kepada petani.

Harakahdaily melaporkan, Pengerusi Badan Bertindak Pesawah Malaysia, Mohamad Fuad Yaakob berkata, kerajaan harus mengkaji harga padi terkini yang disifatkan tidak lagi relevan pada masa kini.

Pendapatan 140,000 keluarga pengusaha tanaman padi dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan keluasan 240,000 hektar hanya berpendapatan RM480 sebulan iaitu di bawah paras miskin tegar.

"Kos pengeluaran makin hari makin meningkat. Walaupun input diberi kepada kami untuk mengurangkan bebanan, tapi bermula musim satu tahun 2010 hasil padi makin mengurang sedangkan kos semakin meningkat.

"Kami mendesak kerajaan mempertimbang hasrat kami kerana kami menyumbang keringat dan peluh kami ke arah menjaga keselamatan beras negara.

"Hari-hari rakyat, sama ada orang kaya atau miskin, kita makan nasi sedangkan Felda dapat imbuhan tapi pesawah tetap menghadapi masalah besar," kata beliau pada sidang media bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen.


Menurutnya juga, perbandingan harga beras dan padi di pasaran kini yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu harga beras RM2.60 sekilogram manakala harga padi RM0.75 sekilogram dan subsidi RM0.24 sekilogram.

"Kos pengurusan dalam mengusaha sawah padi secara purata sehektar berjumlah RM5,814.55 manakala pendapatan purata sehektar dengan hasil 6.0 tan berjumlah RM6,198.60," katanya.

Tambahnya, keuntungan bersih RM384.05 dan jika diicampur dengan projek NKEA, subsidi dan Skim Insentif seperti SBKPKP, SIPP dan PDJBMN keseluruhannya berjumlah RM2,884.05.

Jika dibahagikan enam bulan pendapatan pengusaha tanaman padi mendapat untung kasar RM480 sehektar.

Oleh itu, pihaknya mencadangkan harga padi dinaikkan kepada RM1.25 sekilogram dan subsidi pula RM0.50 sekilogram.

"Dengan kenaikan ini hasil pendapatan pengusaha padi lebih kurang RM1,080 sebulan. Ini amat bersesuaian dengan kos sara hidup buat masa sekarang," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

'Seolah-olah PM takut kepada Singapura'



ULASAN Semenjak Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, sehingga hari ini, hubungan kedua-dua negara tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

Tanah yang berkongsi sejarah dan kebudayaan terpisah menjadi dua negara yang berbeza oleh kerana penjajahan dan kemudiannya akibat daripada politik.

NONEPada 22 Jun, Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra berhubung dakwaan penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan BERSIH 3.0.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau memanggil Ong ke pejabatnya untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penglibatan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan itu.

Sebagai reaksi kepada isu ini, kumpulan pendesak Melayu PERKASA, membawa lebih kurang 500 orang berhimpun di hadapan kedutaan Singapura.

Perhimpunan yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali itu, mendesak agar ketiga-tiga diplomat yang menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu dihantar pulang segera.



NONEBayangkanlah jika diplomat Malaysia diketahui terlibat dengan perhimpunan anti-pemerintah Singapura. Sudah pasti mereka akan diterajang keluar serta-merta.

Oleh kerana Malaysia bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut kepada Singapura, seolah-olah ada sesuatu rahsia, maka undang-undang tidak berani dikuatkuasakan terhadap ketiga-tiga diplomat republik kecil itu.

Penglibatan Amerika, Britain, China?


Pejabat kedutaan atau konsulat seharusnya bersikap neutral dan tidak melibatkan diri dalam politik sesuatu negara yang mereka bertugas.

Kalaupun ketiga-tiga diplomat Singapura bersimpati dengan perjuangan BERSIH 2.0, tidak perlulah sehingga mereka turun ke lapangan dan memakai pakaian kuning (dakwaan PERKASA).

Jika berani, pihak Cawangan Khas Malaysia harus mendedahkan lagi penglibatan diplomat dari kedutaan-kedutaan lain dalam perhimpunan BERSIH, seperti kedutaan Amerika Syarikat, Britain, Australia, China dan Rusia kalau ada.

NONEJangan hanya dedahkan penglibatan kedutaan Singapura kerana menganggap ia mudah menarik simpati dari rakyat Malaysia terutamanya penyokong Umno.

Penglibatan diplomat kedutaan berbeza dengan pemerhati asing yang dijemput. Pemerhati asing diundang oleh pejabat ketua pembangkang untuk menyaksikan proses sebelum pilihan raya ke-13. Ini termasuklah menyaksikan kebangkitan rakyat menuntut reformasi pilihan raya diadakan.

Pemerhati yang hadir terdiri dari senator, ahli akademik dan pengamal media dari Australia, Pakistan, India dan Indonesia.

Sebelum pulang, sidang akhbar diadakan bagi menyampaikan cadangan kepada kerajaan Malaysia mengenai penambahbaikan perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Kerajaan Malaysia pula boleh mengambil kira cadangan yang diberi atau tidak mempedulikannya. Ini peranan pemerhati asing yang langsung tidak menggugat kedaulatan negara.

Berbeza dengan diplomat. Ini harus kita fahami agar tidak menyokong apa sahaja yang sehaluan dan membenci apa sahaja yang bertentangan.
500,000 relawan bantu SPR
Kerajaan Malaysia tidak seharusnya takut dengan tuntutan BERSIH 2.0.

Bagi yang pernah melihat perjalanan pilihan raya di banyak negara, tuntutan BERSIH untuk reformasi pilihan raya adalah terlalu kecil berbanding dengan tuntutan kumpulan-kumpulan lain di negara-negara yang lebih maju demokrasinya.

bersih 3 rally 180512 04Di sesetengah negara, permintaan untuk reformasi pilihan raya adalah ekstrem sehingga meminta agar sistem pilihan raya diganti.

Di Malaysia, BERSIH 2.0 tidak meminta agar kerajaan menggantikan sistem sedia ada "First Past The Post" (FPTP) kepada sistem "Single Non Transferable Vote" (SNTV).

Tuntutan BERSIH 2.0 hanya berkisar kepada perubahan dalam beberapa aspek dalam sistem yang sedia ada seperti pembersihan daftar pemilih.

Jika SPR dan BERSIH 2.0 berbesar hati, mereka harus duduk semeja bagi membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan daftar pemilih.

azlanUmum tahu, untuk membersihkan daftar pemilih, belanjanya besar. Bayangkanlah audit SPR perlu dilakukan kepada setiap nama yang ada dalam daftar pemilih untuk memuaskan hati semua pihak.

Untuk menjimatkan kos, BERSIH 2.0 boleh menawarkan sukarelawan kepada SPR untuk melakukan audit.

Untuk mempercepatkan audit daftar pemilih sebelum pilihan raya umum ke 13, BERSIH 2.0 perlu menggembleng seramai sekurang-kurangnya 500,000 sukarelawan bagi membantu SPR membersihkan daftar pengundi seluruh negara.

SPR pula perlu meminta kemudahan dari kerajaan Malaysia seperti kerjasama dari Jabatan Pendaftaran Negara, polis dan segala fasiliti bagi membantu mempercepatkan kerja.

Jika ini berjaya dilakukan, ratusan juta ringgit dapat dijimatkan. Dan ini menjadi permulaan baik bagi memulakan tradisi kerjasama antara NGO dan kerajaan.

NGO pula harus mengubah sikap. Selain dari mengkritik, berikan juga jalan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan. Tidak ada masalah untuk BERSIH 2.0 menyediakan 500,000 tenaga sukarelawan.

Jika perhimpunan pada 28 April 2012 berjaya menghimpunkan lebih 250,000 orang dengan risiko ditangkap dan ditembak gas pemedih mata, apa masalahnya untuk menghimpunkan 500,000 orang bagi membuat audit daftar pemilih?

Syarat utama untuk kerjasama baik kerajaan-NGO adalah kedua-dua pihak harus ikhlas dan bukan hanya mementingkan kepentingan politik masing-masing.

AMIN ISKANDAR menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) sesi 2009-10 daripada Yayasan Nippon untuk untuk menjalankan kajian sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Fomca kemuka 8 tuntutan pengguna kepada semua parti politik


FOMCA
PETALING JAYA - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini mengemukakan lapan tuntutan pengguna kepada semua parti politik yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Presiden Fomca Datuk N. Marimuthu berkata Barisan Nasional (BN) dan pembangkang kini rancak membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan sudah pasti masing-masing sedang memikirkan manifesto terbaik bagi meraih pengundi kelak.

"Fomca yang mewakili golongan pengguna juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyertai suasana pilihan raya ini dengan menyediakan sebuah buku berkaitan tuntutan pengguna iaitu 'Manifesto Tuntutan Pengguna' untuk diambil perhatian oleh semua ahli politik," katanya pada sidang akhbar mengenai buku 'Manifesto Tuntutan Pengguna bagi PRU-13' di sini, hari ini.


Lapan tuntutan yang membabitkan makanan, pengangkutan awam, kesihatan, air, tenaga elektrik, keselamatan, alam sekitar dan perbankan itu diperjelas secara terperinci dalam buku itu.

"Lapan isu ini perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh semua ahli politik sebelum dan selepas berlangsungnya pilihan raya ke-13 nanti kerana isu-isu berkaitan hak-hak pengguna seringkali tidak ambil tindakan sewajarnya," katanya.

Selain dalam bentuk buku, Fomca juga akan menerbitkan manifesto itu di laman web Fomca di www.fomca.org.my dan orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai buku itu boleh menghubungi Fomca di talian 03-78762009 atau 03-78756370.- Bernama

Pas nafi guna artis tarik pengundi muda

ROSLINDA HASHIM
29 Jun 2012
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Kehadiran artis dalam parti politik bagaikan trend apabila seorang demi seorang menyatakan sokongan terhadap sesebuah parti politik. Terbaru, Hairie Othman menjadi ahli Pas dan Abby Abadi sebagai penyokong Pas.

Walaupun agak janggal mengaitkan artis dengan Pas, namun ia bukanlah sesuatu yang baru, ekoran sebelum ini beberapa nama sudah dikaitkan dengan Pas, antaranya, Yassin Brothers, Ringgo Arrow, Bob Lokman, Azmil Mustafa dan Akhil Hayy.

Ketika ditanya trend artis sertai parti politik, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia suatu perkembangan yang baik kerana Pas adalah sebuah parti politik yang terbuka untuk semua.

“Artis sekarang lebih berfikiran terbuka dan tidak takut hilang peminat gara-gara mereka memilih Pas sebagai parti pilihan, malah kita juga ada selebriti politik yang diibaratkan sebagai orang ternama dalam politik yang disenangi ramai iaitu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.


Menurutnya, kebanyakan artis yang menyatakan sokongan pada Pas menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ikon mereka dan menyanjung keperibadian beliau.

Bagaimana pun, Mahfuz menafikan Pas mempergunakan golongan artis untuk menarik golongan belia, khususnya pengundi muda untuk mendekati parti itu, terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Apa yang berlaku ialah selebriti politik (Nik Abdul Aziz) berjaya tarik golongan artis untuk mendekati Pas. Selain timbul kesedaran politik yang tinggi dalam diri masing-masing, ia bukan paksaan tetapi mereka lakukan secara sukarela,” katanya.

Mahfuz berkata, pembabitan beberapa artis sebelum ini dalam parti politik membuktikan kerjaya mereka tidak terjejas, sebaliknya pendekatan mereka berubah kepada lebih Islamik.

“Artis sekarang tak takut umum mereka sokong siapa, mereka tak bimbang peluang dalam industri hiburan terjejas. Memang ramai yang sertai atau sokong Pas dan peminat tetap minat mereka,” katanya.

Menurutnya, Pas mendekati semua golongan dalam kempennya, termasuk artis.

Malah diwujudkan lajnah kebudayaan dan keseniaan untuk mendekati golongan itu secara berkesan.

“Kita tidak sekat hiburan dalam Pas. Artis yang cenderung dengan Pas boleh berdakwah dan giat dalam seni secara Islamik. Mereka sering dijemput memeriahkan ceramah untuk berkongsi penghijrahan selain membuat persembahan berlandaskan Islam,” katanya.

Mahfuz berkata, industri hiburan dan politik saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain, dengan cara tersendiri berlandaskan pendekatan Islamik

MKK & JKKKP..hangpa nganga lagi tak pie tolong kakak nie..???

Bingung kena keluar rumah
Wartawan Sinar Harian
29 Jun 2012
Bingung kena keluar rumah
Ahli keluarga Som berharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
 
BUKIT SELAMBAU – Seorang ibu tunggal serta lima anggota keluarga lain bingung memikirkan ke mana hala tuju seterusnya setelah pemilik rumah sewa meminta supaya mengosongkan rumah diduduki mereka sehingga hujung bulan ini.

Som Abdul Rahman, 53, berkata, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh yang diberikan tuan rumah supaya berpindah tetapi dia masih belum tahu ke mana hala tuju mereka.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali merayu supaya membenarkan enam beranak itu berteduh di bawah rumah berkenaan yang disewa RM50 sebulan.

“Bagi menampung perbelanjaan, saya dan anak sulung, Norasidah, 24, mengambil upah menoreh getah dan menerima pendapatan kira-kira RM40 seminggu setiap seorang.

“Setiap kali bayar sewa bulanan, tuan rumah pasti bertanya bila lagi nak keluar kerana sudah terlalu lama membenarkan kami menetap di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Som yang berstatus ibu tunggal sejak 10 tahun lalu berkata, Norasidah juga sudah berpisah dengan bekas suami dan memiliki seorang anak berusia dua tahun yang tinggal bersama.

“Anak kedua, Mohd Izwan, 19, pula sedang mengikuti kelas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bukit Selambau kerana tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU) sementara
anak ketiga, Nurul Naemah kini berada di tingkatan lima.

“Nurul Naemah juga mengalami masalah sama dengan Mohd Izwan iaitu berdepan masalah pembelajaran sejak kecil,” katanya.

Som berkata, walaupun dia adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi wang terbabit tidak mampu untuk menampung perbelanjaan harian dan persekolahan Nurul Naemah serta anak bongsu, Mohd Faizul, 12.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah sewa mereka menemui Som, Mohd Izwan dan Norasidah serta cucu Som berusia dua tahun manakala dua lagi anaknya sedang bersekolah.

“Baru-baru ini, tuan rumah sudah bagi tempoh sehingga akhir bulan Jun sahaja dan meminta kami semua mengosongkan rumah. Saya tidak tahu ke mana harus bawa anak serta cucu tinggal sedangkan tiada tempat berteduh,” katanya.

Som berkata, dia juga berusaha beberapa kali untuk mendapatkan bantuan melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) namun masih belum mendapat reaksi positif.

Dia memohon pihak berkenaan memberi kelonggaran kepada keluarganya sehingga menemui jalan penyelesaian terhadap masalah itu.

Barack Obama mentelaah buku "Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat" karangan penulis muslim..!!

Di saat obama turun dari kapal terbang, jurugambar sempat memfokuskan lensnya ke arah buku yang di pegang oleh Obama, buku tersebut betajuk (The Post- American World) yang dikarang Oleh seorang Muslim bernama Farid Rafiq Zakaria, berasal dari India dan berkerja sebagai wartawan di Newsweek International.

Buku Ini membincangkan tentang "Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat" yang mana di saat itu satu kuasa lain di TIMUR TENGAH mampu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel.


Negera-negara Islam tersebut bakal meranapkan segala usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika Syarikat ke atas negara-negara Islam setelah saki baki Pro- Amerika Syarikat di negara-negara Islam di kalahkan. 


Yang menariknya buku Ini diterbitkan pada tahun 2008 sebelum REVOLUSI timur Tengah berlaku dan nampaknya Obama sangt mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat...


---> berdasarkan keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang dimenangi Oleh Calon Pilhan Rakyat.Dr Muhammad Mursi tugasnya bukan sekadar merobah segala sistem peninggalan kerajaan terdahulu bahkan beliau bakal merobah kuasa dunia ke tangan umat Islam. 


Nasib umat Islam di seluruh negara bergantung pada bahu beliau dan pemimpin-pemimpin Islam di tanah Arab.


Moga apa yang di analisiskan oleh penulis tersebut menjadi Realiti dan kenyaataan.

http://greenboc.blogspot.com/2012/06/buku-apakah-yang-dipegang-oleh-barrack.html

TUN sound Marina..!!!

Awasi tindak tanduk, amaran Dr M kepada Marina
KUALA LUMPUR, 29 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti, berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.

Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih. Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir (gambar) merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir, yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer (MobTV).

“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak gadisnya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).

“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; tappi saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka, idea homoseks itu baijk, atau kahwin sesama lelaki itu baik.”

Najib dok Atuq Orang dia jadi MB jika tawan Kedah.. Bukan Mukriz.. Bukan Bashah..!!!

PEREBUTAN CALON MB KEDAH KIAN SENGIT! NAJIB DOK ATUR ORANG DIA?

UMNO KEDAH SEMAKIN LEMAH ????


Blogger dan PENCACAI UMNO kini sudah mula memainkan peranan untuk menengahkan DATUK SHAHLAN sebagai calun PRU13 di Negeri Kedah.Ada juga pencacai UMNO yang beritahu bahawa ia adalah untuk mengantikan BASHAH sebagai MB negeri KEDAH.

Ini adalah kerana ada beberapa pemimpin UMNO negeri Kedah yang sudah mula nampak bahawa BASHAH tidak berpelunag menjadi MB KEDAH jika UMNO menang.

Sebab utama ialah kerana

kependidikan BASHAH yang hanya setakat LCE. Ramai juga orang MELAYU KEDAH tertanya-tanya kenapa BASHAH tak beli sijil PHD macam MENTERI BESAR PERLIS ....

Boleh juga BASHAH tayang pada semua pencacai UMNO yang dia lebih hebat...Tetapi bila seorang demi seorang kantoi akibat beli SIJIL ... terpaksalah ramai pemimpin UMNO lupakan
cara-cara tersebur.

Kalau BASHAH adapun sijil PHD, rakyat dan orang UMNO tidak akan percaya. Ini membolehkan DATO SHAHLAN (S/U Politik NAJIB) melobi dirinya untuk salah satu kerusi di Negeri KEDAH.

Kesian DATO BASHAH dan PENCACAI-PENCACAI yang berangan BASHAH menjadi MB KEDAH .
 
 Sumber: Sory bro pencacai UMNO ... terima kasih kerana email anda. Bukankah anda dari TEAMMEDIAKEDAH???

Berita berkaiatan perebutan MB Kedah semakin sengit...walaupun belum tentu menang di Kedah.

Pelakon dan pelawak Osman Kering, 58, telah meninggal dunia sebentar tadi.

Osman Kering
Osman Kering
 Twitter Zed Zaidi
Twitter Zed Zaidi
 
SHAH ALAM - Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mengesahkan menerusi akaun Twitter bahawa pelakon dan pelawak Osman Kering, 58, telah meninggal dunia sebentar tadi.

Osman telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 3.45 petang.

Osman atau nama sebenarnya, Osman Kassim dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi paru-paru.

Sebelum dibawa ke hospital Allahyarham dikatakan telah rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras.

Allahyarham Osman dikatakan sudah lama menghidap penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

AL FATIHAH
 
AKAN MENYUSUL

Seandainya Guan Eng yang mahu roboh BB Plaza... Barulah pejuang-pejuang keris akan meraung..!!!

BB Plaza: Hilang satu lagi aset bumiputera

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa kesal dan kecewa dengan tindakan kerajaan yang ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, BB Plaza merupakan aset kepada UDA Holding yang rata-ratanya mempunyai 60 peratus penyewa di kalangan orang Melayu.

Apatah lagi, ujarnya UDA itu sendiri bertujuan untuk membantu golongan usahawan bumiputera.

Menruutnya, BB Plaza yang telah berusia 33 tahun ini juga bukan sahaja sebagai pusat beli belah yang berkedudukan strategik malahan menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun antarabangsa.

“DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini.

“Bagaimanakah nasib para peniaga ini nanti?,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tempoh pembinaan Stesen MRT di tapak BB Plaza itu pula memakan masa selama 5 tahun.


Katanya, walaupun terdapat cadangan usaha beberapa pihak untuk membangunkan semula BB Plaza, persoalannya ialah mampukah para peniaga Melayu menampung kos sewa yang mahal.

Sebelum ini, ujar beliau UDA telahpun menjual 2 asetnya paling bernilai iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore.

Aset-aset itu, tambah Kamaruzaman telah memberikan keuntungan kepada UDA yang menjaga golongan usahawan Melayu.

Kini, katanya BB Plaza pula ingin dilupuskan.

“Di manakah peranan kerajaan UMNO BN yang kononnya ingin menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu?” tanya beliau.

DPPWP, katanya difahamkan bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB Plaza.

Hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini dikambinghitamkan, ujarnya.

Justeru, kata beliau DPPWP mendesak agar kerajaan mengkaji semula dan menarik balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza demi survival pengusaha-pengusaha Melayu di Kuala Lumpur.

“Kita tidak menolak sebarang usaha untuk membangunkan dan memajukan bandar Kuala Lumpur ini tetapi janganlah sehingga menindas sesetengah pihak terutama peniaga-peniaga bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing dengan peniaga-peniaga lain,” katanya.

TUN Sokong MUKHRIZ jadi MB Kedah..!!!

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyokong jika anaknya, Datuk Mukhris Mahathir dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

(Anak bapak...Mukhris dan Mahathir)

Dalam wawancaranya dengan sebuah stesen TV internet, Mahathir berkata, beliau juga akan menolong anaknya itu.

Mahathir juga berkata, dia tahu anaknya itu berminat dalam politik dan akan menolong beliau.

"Tetapi untuk jawatan apa, terserahlah kepada parti membuat keputusan. Jika dia dicalonkan untuk jadi MB, saya akan sokong," kata Mahathir.

Desas-desus bertiup kencang di Kedah kononnya Mukhris, anak ketiga Mahathir itu akan bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya umum akan datang ini.
"Katanya dia akan bertanding di DUN Kota Seputeh," kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria kepada Harakahdaily.

Adun Kota Seputeh sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif (Umno - BN) sebelum ini didapati tidak layak menjadi Adun kerana gagal menghadiri sidang yang diadakan.

Menurut sumber lain pula, anggota Parlimen Jerlun itu tidak berapa berminat untuk bertanding peringkat DUN kerana takut kehilangan jawatannya yang ada sekarang.

Mukhris, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tahu bukan mudah untuk beliau menjadi MB kerana terpaksa bersaing dengan lain-lain pemimpin Umno Kedah yang lebih senior.

"Dia boleh menang kerusi DUN Kota Seputeh itu tetapi adakah BN akan menang Kedah? Jika BN menang pun, adakah Mahathir Khalid akan setuju dia jadi MB. Di mana pula kedudukan Datuk Ahmad Bashah, Pengerusi Umno Kedah sekarang," kata seorang pengkaji politik antarabangsa kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Menurut beliau, skala pertembungan dalaman Umno Kedah cukup tinggi iaitu 3.5 dari 5 markah penuh.

"Sebab itu, bagi saya, kalau Mukhris bertanding DUN pun bukan kerana dia yakin menang dan mahu sangat tetapi kerana tekanan ayahnya yang mahu legasi beliau diteruskan," kata pengkaji yang berasal dari Amerika itu.+

 http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11339-saya-akan-sokong-mukhris-jadi-mb-mahathir

Jangan Takut Laa TUN jika hang tak buat salah...!!!

Tun Mahathir tak perlu risau kalau tak buat salah

JENGKA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mohathir Mohamad tidak perlu bimbang beliau akan dipenjarakan jika Pakatan Rakyat memerintah, kata Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu.

Sebaliknya katanya, mereka yang melakukan kesalahan sahaja yang perlu bimbang kerana bakal diambil tindakan sewajarnya.

“Pakatan Rakyat bukanlah parti berasaskan dendam dan ingin membalas dendam kepada sesiapa,” katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika berucap kepada penduduk sekitar Jengka dalam majlis ceramah dan perasmian Ibu Pejabat PAS Kawasan Kuala Krau di Nadi Kota dekat sini.


Pakatan Rakyat ujarnya akan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum warna kulit dan agama.

Kata beliau kebimbangan Dr Mahathir akan dipenjara itu membayangkan bekas perdana menteri itu mulai gerun BN akan kalah dalam dalam pilihan umum ke-13 akan datang.

Sebelum ini, kata Mohamad belum pernah Dr Mahathir melahirkan kebimbangan sebegitu rupa.

Menurutnya lagi, jika Pakatan Rakyat menang dan memerintah beberapa isu besar yang menjadi tanda tanya dan persoal kepada rakyat seperti isu wanita Monggolia yang dibunuh dan di letupkan, Altantunya Saribu akan terjawab.

Isu berkenaan sehingga kini belum terjawab dan masih menjadi persoalan kepada masyarakat dunia kerana kematianya dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin ahli perniagaan dan politik Malaysia.

Thursday, June 28, 2012

Depa Kata Parlimen Akan Dibubarkan Hari Ini...!!!

Parlimen boleh bubar hari ini, kata Azmin
(Azmin Ali melakukan gimik pada Majlis Pelancaran Bahan Kempen PKR negeri Terengganu di Kuala Terengganu.)

KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali  tidak menolak kemungkinan Parlimen akan dibubarkan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini.

Ini kerana, katanya PM telah mengarahkan satu mesyuarat khas tergempar yang melibatkan semua Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada pagi ini.

Namun, ramai meragui pandangan beliau ini kerana jangkaan mereka pilihan raya tidak lagi akan diadakan dalam masa yang terdekat.



Namun, ekoran sambutan hari pertama IPO FGVH positif, kemungkinan itu tetap ada kerana ramai mengandaikan saham ini akan menjunam jatuh sebagaimana saham Facaebook selepas ini.

Untuk permulaan ini, ia boleh naik dengan sokongan pelbagai jentera kerajaan BN dan bantuan syarikat GLC terhadap IPO ini.

“Pecutan terakhir kita (PKR) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tarikh kita belum tahu tetapi nampaknya terlalu dekat.

“Esok (29 Jun) parti kita (PKR) akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat, dan pada masa yang sama Perdana Menteri (Najib) juga memanggil satu mesyuarat khas tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

“Hari esok (Jumaat) hari yang sama, tempat berbeza sebab parti berlainan. Sebab kita telah buat perkiraan, jika esok (29 Jun) Majlis Tertinggi BN bermesyuarat pagi, petang dia (PM) boleh bubar Parlimen.

“Sabtu (30 Jun) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat mesyuarat, dia terus umum tarikh penamaan calon dan pembuangan undi. Jika dia (BN) buat esok, masih ada kemungkinan (pilihan raya) sebelum Ramadan,” ujar Azmin dalam ceramahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 PKR Peringkat Negeri Terengganu, di sebuah hotel, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Rakyat bakal menamatkan kemarau berhubung pertindihan kerusi antara PKR, PAS dan DAP di seluruh negara.

Azmin menyifatkan, jumlah kerusi terbabit terlalu kecil dan yakin perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik selepas beberapa siri rundingan berlangsung sebelum ini.

“Insya’Allah, dalam masa satu minggu atau dua minggu lagi, kita (Pakatan Rakyat) akan bersidang sekali lagi untuk meneliti beberapa kerusi yang masih bertindih dan jumlahnya terlalu kecil untuk kita pertimbangkan,” jelasnya.

Apa yang penting, katanya persiapan yang teratur dan terancang perlu dilakukan bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Menurutnya, semua pimpinan PKR Terengganu mesti memberikan tumpuan dan fokus lebih bersungguh di peringkat Cabang, Ranting serta dareah mengundi.

“Insya’Allah, dengan persiapan ini kita (PKR) akan lebih teratur dan terancang menghadapi pilihan raya yang ke-13. Saya berharap pimpinan-pimpinan di negeri Terengganu memberikan tumpuan dan fokus khususnya di peringkat Cabang, Ranting dan daerah mengundi.

Sementara itu, dakwaan pihak tertentu mengenai hubungan dingin beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Gombak tersebut menafikan desas-desus berkenaan yang sengaja diperbesar-besarkan media.

“Baru hari Ahad lepas, Tan Sri Khalid memilih untuk turun ke Batu Caves dalam Parlimen Gombak. Saya selaku Ahli Parlimen, selaku Ketua Cabang menyambut dan meraikan kehadiran Tan Sri Khalid.

“Utusan (Malaysia) tidak melaporkan, TV3 tidak melaporkan. Jadi hubungan saya dengan Tan Sri Khalid baik, tak ada masalah” ujarnya.

Sehubungan itu, Azmin turut mengakui bukan mudah untuk memimpin negeri ini yang hingga kini, telah 12 orang pernah jadi Pengerusi PKR di negeri Terengganu.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail.