Fatwa itu disifatkan sebagai mempergunakan agama untuk kepentingan politik kerana ia jelas bercanggah dengan fatwa Presiden Ulama Dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi yang mengharuskan umat Islam menyertai demonstrasi aman.

Bagaimanapun, laporan putar belit Utusan Malaysia itu terbongkar di dewan parlimen hari ini apabila timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim mengesahkan bahawa tiada fatwa pengharaman perhimpunan Bersih dikeluarkan.
Sebaliknya, timbalan menteri itu mendakwa muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat berhubung hal itu [Sinar].

ReJaM© "Bersedia untuk Bersih 4.0... "
No comments:
Post a Comment