| laporan sinar baru baru ini |
ALOR SETAR - Sudah dua tahun arahan pengosongan diberikan oleh Pejabat Tanah kepada pihak pengurusan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Kemas Kampung Tok Seron agar berpindah dari surau tersebut sebelum dirobohkan dan bukanlah mereka dihalau tanpa pebincangan seperti yang diwar-warkan sebelum ini.
Exco Kerajaan Negeri Kedah selaku Pengerusi Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO ), Sains& Inovasi Teknologi Maklumat & Komunikasi, YB Dr. Ismail Salleh berkata, proses pengambil alihan tanah tersebut dibuat mengikut prosedur dan pampasan sudah dibayar oleh pemaju.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu surau penempatan TABIKA Kemas di Kampung Tok Seron Alor Mengkudu yang dirobohkan tanpa budi bicara.
“TABIKA berkenaan menumpang di surau lama tersebut sudah berpuluh tahun sebelum ianya dirobohkan dan selepas itu, mereka juga turut berpindah ke surau baru yang dibina oleh pemaju.
“Surau lama yang dirobohkan tersebut adalah terletak di atas tanah wakaf dan terlibat dengan projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar.
Menurutnya, mereka menumpang disana sudah terlalu lama dan tanpa dikenakan sebarang bayaran sedangkan kementerian telah memberikan peruntukan untuk mereka membayar sewa premis untuk dijadikan kelas.
Pihak pengurusan surau sendiri juga sudah menasihatkan agar mereka mencari lokasi yang lebih sesuai untuk dijadikan kelas untuk kanak-kanak berkenaan belajar dengan selesa.
Beliau berharap pihak yang mempolitikkan isu ini agar tidak menggunkan kanak-kanak untuk berpolitik.
No comments:
Post a Comment