Saturday, September 15, 2012

Suratku sebagai seorang individu muslim yang telah dihantar kepada Presiden Majlis Kristian Malaysia.

Aris bin Awang
116E, Lorong Madrasah,
Jalan Kilang Tebu,
05400 Alor Setar,Kedah

Salam sejahtera,
Bishop Datuk Dr. Thomas Tsen
Presiden Majlis Kristian Malaysia
10 Jalan 11/9, 46200 Petaling Jaya
Selangor. 15 September 2012

Yang Dihormati Datuk,

PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD OLEH PENGANUT KRISTIAN, WARGA AMERIKA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama dan alamat di atas, amat kesal dan kecewa terhadap tindakan warga Amerika Syarikat yang didedahkan sebagai beragama Kristian telah mengeluarkan sebuah filem yang menghina dan mengaibkan nabi umat Islam iaitu Muhammad ketahap yang tidak boleh diterima oleh akal waras.

3. Sehubungan dengan provokasi itu, aksi demontrasi akibat dari penghinaan tersebut telah terjadi di seluruh dunia, tanpa dapat dibendung sehingga melibatkan kehilangan nyawa. Saya sebagai umat Islam, di Malaysia memohon kepada yang dihormati Datuk dan rakan-rakan Kristian di Malaysia agar tidak terikut-ikut seperti penganut Kristian warga Amerika Syarikat dalam melihat dan menggambar kan Islam kepada penganut Kristian.


4. Sebenarnya penganut Islam amat menghormati Jesus (salam sejahtera ke atasnya) dan sekali-kali tidak pernah menghina beliau dan begitu juga dalam ajaran Islam amat sekali ditegah menghina Jesus (salam sejahtera ke atasnya) atau mana-mana Tuhan kepercayaan agama lain. Oleh itu timbalbalas yang sama perlulah dilakukan oleh pihak Kristian terhadap Islam.

5. Sebenarnya Islam adalah agama perdamaian, namun filem itu terlalu salah dan berniat jahat apabila mengambarkan Nabi Muhammad sebagai ganas, gila seks dan sebagainya yang langsung tidak pernah ada dalam ajaran islam yang asli.

Semoga dengan surat ringkas ini akan menghubungkan keharmonian antara saya dan rakan-rakan sebagai penganut Islam dengan Datuk serta rakan-rakan beragama Kristian di Malaysia. Elakkan sengketa agama yang mungkin sedang giat diusahakan untuk mengadu domba antara Kristian dan Islam, oleh pihak ketiga yang mempunyai kepentingan tertentu terutama Zionis Yahudi.

Sekian. Terima kasih.

ARIS AWANG

No comments:

Post a Comment