Showing posts with label Aris Awang. Show all posts
Showing posts with label Aris Awang. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Adakah kelaku pemimpin ARAB SAUDI 2X5 sahaja dengan yang dok ada di MALAYSIA..??

Pendapatan sepanjang musim haji sahaja tidak kurang dari USD30,000,000,000.00 (USD 30 BILLION) dan hasil minyak pula USD300,000,000,000.00 (USD 300 BILLION) setahun. Rakyat pula hanya 30 juta orang. Namun sekitar 2 juta keluarga hidup merempat di bawah paras kemiskinan.

Mana mungkin mereka yang bukan Islam, akan tertarik kepada Islam jika sikap ini ditunjuk oleh pemimpin negara Islam dan mengagih kekayaan negara berlaku begini !!!

Kebangkitan untuk kembali kepada ajaran dan kehidupan Muhammad saw perlu diteruskan oleh rakyat tertindas dimana sahaja penjuru dunia kamu berada.

Kita pula di Malaysia pasti bersama Himpunan Aman Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 bersama satu juta rakyat tertindas menghadapi pemimpin BN yang sama tamak dan haloba yang sekarang cuba meracuni rakyat dengan modal Islam pula yang mungkin ditiru ketika pergi mengejakan haji tahun lepas.

Saturday, September 15, 2012

Suratku sebagai seorang individu muslim yang telah dihantar kepada Presiden Majlis Kristian Malaysia.

Aris bin Awang
116E, Lorong Madrasah,
Jalan Kilang Tebu,
05400 Alor Setar,Kedah

Salam sejahtera,
Bishop Datuk Dr. Thomas Tsen
Presiden Majlis Kristian Malaysia
10 Jalan 11/9, 46200 Petaling Jaya
Selangor. 15 September 2012

Yang Dihormati Datuk,

PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD OLEH PENGANUT KRISTIAN, WARGA AMERIKA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama dan alamat di atas, amat kesal dan kecewa terhadap tindakan warga Amerika Syarikat yang didedahkan sebagai beragama Kristian telah mengeluarkan sebuah filem yang menghina dan mengaibkan nabi umat Islam iaitu Muhammad ketahap yang tidak boleh diterima oleh akal waras.

3. Sehubungan dengan provokasi itu, aksi demontrasi akibat dari penghinaan tersebut telah terjadi di seluruh dunia, tanpa dapat dibendung sehingga melibatkan kehilangan nyawa. Saya sebagai umat Islam, di Malaysia memohon kepada yang dihormati Datuk dan rakan-rakan Kristian di Malaysia agar tidak terikut-ikut seperti penganut Kristian warga Amerika Syarikat dalam melihat dan menggambar kan Islam kepada penganut Kristian.


4. Sebenarnya penganut Islam amat menghormati Jesus (salam sejahtera ke atasnya) dan sekali-kali tidak pernah menghina beliau dan begitu juga dalam ajaran Islam amat sekali ditegah menghina Jesus (salam sejahtera ke atasnya) atau mana-mana Tuhan kepercayaan agama lain. Oleh itu timbalbalas yang sama perlulah dilakukan oleh pihak Kristian terhadap Islam.

5. Sebenarnya Islam adalah agama perdamaian, namun filem itu terlalu salah dan berniat jahat apabila mengambarkan Nabi Muhammad sebagai ganas, gila seks dan sebagainya yang langsung tidak pernah ada dalam ajaran islam yang asli.

Semoga dengan surat ringkas ini akan menghubungkan keharmonian antara saya dan rakan-rakan sebagai penganut Islam dengan Datuk serta rakan-rakan beragama Kristian di Malaysia. Elakkan sengketa agama yang mungkin sedang giat diusahakan untuk mengadu domba antara Kristian dan Islam, oleh pihak ketiga yang mempunyai kepentingan tertentu terutama Zionis Yahudi.

Sekian. Terima kasih.

ARIS AWANG

Sunday, January 29, 2012

Amanah Ibarat Bola Api - Presiden PAS mengundur diri..!!!

oleh Aris Awang @ PakTeh



Ahli PAS (bukan untuk ahli parti lain) perlu faham mesej yang ingin disampaikan oleh Presiden. Ketika memegang jawatan sebagai Presiden pun masih merasa tidak layak untuk menjadi calon dan jika sudah pernah menjadi calon dan menang menjadi Wakil Rakyat pun menyerahkan soal itu kepada parti. Apakah pimpinan/ahli lain sudah merasa terlalu layak?

Pak Teh: Menjadi calon (menang atau kalah) adalah amanah Tuhan, amanah itu pula adalah umpama memegang bola api, jika ada orang dalam jamaah yang mahu merebut bola api tersebut, lebih baik kita beri kepadanya kerana dia merasa mampu mengawal bola api itu, dan akan terselamatlah tangan kita dari kepanasan bola api itu.

Namun jika bola api (amanah itu) tiada lagi anggota jamaah ingin memegangnya dan akan terlepas kepada UMNO memegangnya yang memang sejarah membuktikan mereka tidak tahu mengawalnya yang akan membakar seluruh manusia disekitarnya. Maka ketika itu wajib kita memikul bola api tersebut walaupun tangan hampir hangus menahan kepanasan bola api tersebut.

Sehingga sekarang mungkin masih ramai ahli yang mengidam bola api tersebut...


Thursday, September 8, 2011

Jadilah Seperti Mereka Dalam Kerenceman Bermazhab

Oleh Aris Awang

Sejukkan hati, dinginkan pemikiran, berbahasalah dengan lidah yang manis, menulislah dengan perkataan yang indah... InsyaAlla h, Ia tidak akan mengurangkan sedikit pun kepercayaan kita terhadap apa yang kita yakini! Contohilah mereka ini dalam menghadapi kerencaman bermazhab.

Ada dua tokoh besar, yang satu adalah faqih besar di zamannya dan marji tertinggi Syiah di masa itu, tokoh ulama yang jarang ada padanannya di era kontemporer ini, beliau adalah Ayatollah al-Udzma Boroujerdi Seorang lagi adalah faqih dan mufti besar Ahlussunnah, pemimpin al-Azhar yang berwawasan jauh dan dikenal berani, beliau adalah Allamah Sheikh Mahmoud Shaltut.

Kedua tokoh ini termasuk pendiri dan penganyam Darut Taqrib di Mesir, yaitu lembaga yang berusaha mendekatkan antara madzhab Islam. Usaha pendekatan adalah tanggung jawab seluruh ulama Syiah dan Sunni.

 Sejak lama antara Ayatollah al-Udzma Boroujerdi dan sejumlah ulama Sunni di Mesir ada satu pemikiran untuk menyelesaikan perselisihan yang ada.

Sunni tetap sebagai Sunni dan Syiah tetap sebagai Syiah.

Milikilah aqidah masing-masing, namun tetap bersama dan bergandengan tangan. Tekad dan semangat marji Syiah itu yang sejalan dengan keberanian dan kebebasan pandangan mufti besar Mesir ini telah menghasilkan langkah besar dan sesuai dengan keperluan zaman.

Hari ini, para tokoh, pemikir, ulama, cendekiawan, mufti dan politikus, semuanya memikul tanggung jawab besar di bahu berhubungkait masalah ini.

Sejak lebih dari setengah abad lalu, kedua ulama besar itu telah menyedari hakikat ini dengan benar dan mereka berusaha untuk mewujudkannya. Jika para tokoh keilmuan dan politik melanjutkan usaha kedua ulama tadi, tidak mustahil nescaya dunia Islam hari ini tidak akan menyaksikan tragedi perpecahan di antara kaum muslimin. Dan, mungkin juga derita Palestina dan keadaan menyedihkan dan yang sedemikian tragis tak akan terjadi di dunia Islam.

Seorang lagi yang patut kita contohi ialah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani, beliau adalah sosok figur yang tak tertandingi sepanjang sejarah kita dalam menyeru umat Islam kepada pernyatuan. Sayyid Jamal meyakini bahwa jika ingin mengembalikan kehidupan spiritual dan politiknya, tak ada jalan lain bagi dunia Islam kecuali dengan membina penyatuan.

Hal inilah yang selalu diungkap oleh Sayyid Jamaludin dalam semua perjalanan, permbicaraan dan perundingannya. Bagi kalangan Sunni, Sayyid Jamaludin adalah figur Sunni sementara Syiah meyakininya sebagai penganut madzhab Syiah. Jadi, kedua kelompok Islam tersebut sama-sama menerima pribadi besar ini. Sayyid Jamaluddin adalah seorang sayyid bermadzhab Syiah dan asal Iran.

Beliau satu pemikiran dengan Sheikh Mohammad Abduh, ulama dan mufti Sunni madzhab Syafi’i. Pekikan kedua tokoh ini didengar oleh seluruh dunia. Sayyid Jamaludin adalah figur yang mengangkat panji menghidupkan kembali Islam. Karena itu, dalam mengibarkan panji kehidupan kembali Islam tidak ada pembahasan soal Syiah dan Sunni bagi mereka.

Oleh itu, pemuda dan pemudiku, kurangkanlah sentimen dan gelora kepanasan hati dan fikiran kamu. Tumpukanlah kepada usaha mengembalikan Islam agar berada ditempat yang sewajarnya di muka bumi Allah ini.

Di Malaysia tugas utama kita ialah, nyahkan kejahatan dan kemungkaran pemimpin UMNO/BN dan di dunia antarabangsa nyahkan kejahatan Zionis Yahudi, kuncunya seperti Amerika Syarikat dan regim penindas rakyat di negara masing-masing serta keutamaan memikirkan pembebasan qiblat pertama para muslimin iaitu Baitul Maqdis.

Selamat berjuang...

Monday, June 27, 2011

MALAYSIA DI SAMBUTAN ULANG TAHUN BERSIH 2.0 KE 25

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir40lDmtvB_417HpblnIM8dj2Rqa4MJ5ElDaySbc98nrKe3k5bJ4xDV7XDZAEaXSosMjoQI5gY4cql4e-NRhT0dR8DT-gBdiukjmIA3-DCtWAiD070IgvpOp4Wv9wd3lI2wEGxZgi-YRlx/s1600/2011-06-28_130843.jpg
Kuala Lumpur, 9 Julai 2031: Encik Aris Awang, Perdana Menteri Malaysia, telah menyempurnakan majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun ke 25 memperingati BERSIH 2.0 di Dataran Bersih, Kuala Lumpur.

"Saya menzahirkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah swt yang telah melimpah keharmonian, kemakmuran serta penuh barakah kepada negara Malaysia yang kita cintai ini, hasil dari perjuangan mereka yang terdahulu dalam memulihkan demokrasi di Malaysia ini melalui perhimpunan aman BERSIH 2.0 dua puluh lima tahun yang lalu", ucapan Perdana Menteri ketika memulakan ucapannya.

Seramai sekitar 100,000 orang telah hadir di dalam sambutan ulang tahun ke 25 Bersih 2.0 dan tetap ditempat masing-masing dengan pakaian kuning dan ada antaranya berpayung kuning ketika ucapan perasmian oleh Perdana Menteri walaupun hujan gerimis turun seolah-olah merestui perhimpunan pagi itu.

Perdana Menteri juga mengingatkan agar rakyat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa mengingati tokoh-tokoh pejuang BERSIH 2.0 yang telah menabur jasa memulihkan demokrasi di Malaysia ini, sehingga menjadi Malaysia sebuah negara yang makmur seperti yang di nikmati hari ini.

"Biarlah pemimpin negara miskin, tetapi rakyat kaya dan jangan kita ulangi seperti pemerintahan BN dahulu biar rakyat miskin tetapi pemimpin mengaut kekayaan negara" tegas En Aris lagi.

Sebagai penghargaan kepada rakyat sempena sambutan ke 25 Bersih 2.0 Perdana Menteri telah mengumumkan keuntungan wang Petronas akan digunakan untuk membiayai bidang pendidikan secara percuma bermula dari pra-sekolah sehingga ke peringkat Ijazah pertama. Tepukan gemuruh dari seluruh peserta sambutan bergema sebaik sahaja pengumuman tersebut dilafazkan oleh Perdana Menteri,

"Keuntungan negara akan dijanakan pula melalui kepandaian dan kepakaran rakyat yang dapat menghasil kepakaran teknologi yang kita Malaysia sekarang ini sudah memintas negara Eropah dan Amerika dan mereka pula terpaksa mempelajari teknologi dalam Bahasa Malaysia" demikian tegas Perdana Menteri

Dihujung majlis perasmian sambutan, beberapa Anugerah telah diberikan kepada mereka yang terlibat dalam BERSIH 2.0 dan ada diantaranya diwakili oleh kaum keluarga masing-masing kerana sudah uzur dan meninggal dunia kerana sakit tua.

Tepukan gemuruh sekali lagi bergema, apabila Hj Mohamad Sabu muncul di atas kerusi roda ketika di jemput untuk menerima Penghargaan dari Perdana Menteri. Beliau melambai-lambaikan tangannya di atas kerusi roda dalam keadaan yang agak uzur kerana di tahan di bawah ISA beberapa tahun sebelum Malaysia berjaya di perintah oleh Pakatan Rakyat melalui perjuangan BERSIH 2.0 setelah mendapat pilihanraya yang adil dan bersih.

Perdana Menteri juga, melancarkan prototype Kereta Terbang yang di beri nama BERSIH 2.0 dalam gimik Pelancaran BERSIH 2.0 bagi tahun ke 25.

"Tidak dapat di bayangkan Malaysia berjaya menjadi pengeluar kereta terbang pertama di dunia yang menggunakan kuasa solar dan kuasa graviti negatif, inilah hasil kuasa rakyat betul-betul dijanakan selepas BERSIH 2.0, 25 tahun yang lalu", tegas Perdana Menteri.

Muhamad Salam Kamarudin, selaku pengarah program sambutan ke 25 tahun BERSIH 2.0 mengalukan-mengalukan kehadiran seluruh pengunjung yang belum lagi hadir ke program yang akan berlangsung selama 3 hari 3 malam bermula 9 Julai 2031 - 11 Julai 2031 di Dataran BERSIH 2.0, Kuala Lumpur. Berbagai acara dan sambutan di adakan seperti tayangan hologram BERSIH 2.0 seperti wujud depan mata, pancaran laser nama-nama dan gambar mereka yang terlibat dalam BERSIH 2.0, poster 25 tahun lalu yang masih disimpan dan sebagainya yang melibat seluruh rakyat Malaysia dan dibiayai oleh rakyat tanpa melibatkan wang negara.

NOTA:
1. Perdana Menteri sengaja masuk nama Pak Teh sendiri, buboh nama orang lain kut perasan pulak, biar Pak Teh perasan sorang-sorang cukup la, Pak Teh pun mati dah masa tu.... mungkin!
2. Dataran BERSIH 2.0 (25 tahun dahulu namanya dikenali sebagai Dataran Merdeka)

Aris Awang@PakTeh / www.kedahlanie.info