Wednesday, October 3, 2012

Akhirnya Be End yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menang PRU13


Tok Non


Tok Non sungguh teruja apabila terpandang senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang disiarkan oleh lidah rasmi Utusan Meloya. Rasanya dah lima tahun TN tak beli suratkhabar putar alam itu tapi bagi ini TN membazirkan duit beli jugak.

Soal siapa 'menteri' yang tersenarai itu tak penting, boleh jadi ada rasionalnya dan boleh jadi merapu tapi yang TN berbesar hati ialah; apabila pihak BN menyenaraikan kabinet bayangan seperti itu maka dari segi psikologinya mereka sudah meletakkan keyakinan bahawa Pakatan akan menang dan memerintah, ataupun sekurang-kurangnya dalam lubuk nurani mereka berkata, tidak mustahil Pakatan akan menang!
Penyeneraian itu adalah positif kepada rakyat Malaysia. Di negara dunia ketiga cara begitu jarang dipraktikkan tetapi di negara tertentu, parti yang bertanding menyiapkan sekali kabinet bayangan untuk tatapan rakyat. Ia sangat membantu meneguhkan keyakinan terhadap parti politik tertentu. 

No comments:

Post a Comment