Wednesday, October 10, 2012

Hasil keputusan mesyuarat KFA berkenaan team Kedah tahun depan..

dari fb : Hijaukuning.Com

Selepas satu mesyuarat majlis eksekutif KFA sebentar tadi,satu sidang media oleh Timbalan Presiden KFA, YBHG DATO’ PADUKA HJ SYED UNAN MASHRI BIN SYED ABDULLAH mengumumkan beberapa maklumat berikut:

1. Tonggak utama yang telah sahkan terus bersama Kedah: Badrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen, Khairul Helmi Johari, Amar Rohidan, Sabree Abu, Fazliata Taib, Faizal Abu Bakar, Fiqkry Mat Isa, Abdul Hadi Hamid.

2. Pemain skuad Presiden yang diangkat ke skuad utama: Syamim Aliff, Wan Mohd Syukri, Hattapon, Redzuan Ramlee.

3. Masih dalam perbincangan dengan beberapa pemain luar. Akan diperinci sebelum tamat pendaftaram pemain awal Disember ini.

4. Pemain import yang sedia ada tidak disambung kembali khidmat mereka. Pemain import baru sedang dikenalpasti termasuk Nelson dan akan diperincikan oleh barisan kejurulatihan.

5. Marijo Tot akan terus kemudi skuad Kedah dan akan mendapat penolong jurulatih baru. Radhi Mat Din akan terus menjadi penolong jurulatih sehingga ada penolong jurulatih baru.

6. Bagi jawatan Pengurus dan Penolong Pengurus, KFA akan mengadakan perbincangan dengan Presiden KFA.

Pengumuman ini masih belum meyakinkan dan banyak tindakan masih dalam proses perbincangan dan perincian pengurusan. Diharapkan KFA dapat mengenalpasti dan menyelesaikan perkara berbangkit dengan segera agar pasukan 'tidak terlepas kapal' dan 'yang dikejar tidak keciciran lagi'.

Jika dilihat pada pengumuman tadi, apa komen anda?

No comments:

Post a Comment