Mahkamah: Mkini sepatutnya dapat permit penerbitan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) hari ini membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tidak memberikan permit penerbitan kepada Mkini Dotcom Sdn Bhd yang mengendalikan portal berita Malaysiakini.
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan "ia tidak wajar dan tidak rasional" dan keputusan Menteri Dalam Negeri tersebut sebagai salah arahan kerana ia melebihi had bidangkuasanya.
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan "ia tidak wajar dan tidak rasional" dan keputusan Menteri Dalam Negeri tersebut sebagai salah arahan kerana ia melebihi had bidangkuasanya.
"Keputusan menjejaskan hak plaintif kepada hak bagi kebebasan bersuara yang juga termasuk hak untuk permit, dan ia adalah kebebasan asas yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.
"Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan certiorari (membatalkan) keputusan responden (KDN) dan pemohon perlu mengemukakan suratnya kepada kementerian."
"Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan certiorari (membatalkan) keputusan responden (KDN) dan pemohon perlu mengemukakan suratnya kepada kementerian."
Hakim Abang Iskandar berkata kebebasan bersuara (melalui penerbitan) adalah hak semula jadi dan termaktub di dalam Perkara 10 perlembagaan persekutuan.
Beliau juga mengakui hakikat bahawa portal tersebut telah memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa, dan ini tidak seharusnya menghalang pihak berkuasa daripada tidak memberinya permit.Hakim Abang Iskandar juga mengarahkan KDN membayar RM5,000 kos.
Peguam K Shanmuga dan Edmund Bon mewakili Mkini Dotcom.
Besok kita boleh dengar dan baca di utusan meloya spin keputusan hakim denga berita malaysiakini.com pro pembangkang.
ReplyDelete