Monday, October 8, 2012

Malangnya Malaysia bila ada TPM & MENTERI PELAJARAN yang tak reti kira-kira....

Muhyiddin tak pandai baca angka, kata Khalid

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor terpaksa bekerja keras menyelesaikan masalah yang ditinggakan semasa BN memerintah di negeri itu.

Katanya, ia termasuk berjaya memungut kembali hutang Talam Corporation sebanyak RM1 bilion yang gagal dipungut semasa zaman BN.

Selain itu, kerajaan negeri juga terpaksa menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai yang juga ditinggal semasa zaman pemerintahan BN.

Kejayaan Pakatan Rakyat itu katanya sekaligus menyangkal kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pentadbiran BN lebih baik dari Pakatan Rakyat.

"Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.

"Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita," kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok Kuala Selangor semalam.

Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.

Selain hutang kejayaana menyelesaikan hutang Talam dan rumah terbengkalai, kerajaan negeri juga berjaya meningkatkan simpanan rizab negeri setiap tahun dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.

Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.

"Pada 2005 hingga 2007, harta Selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang Talam dan projek perumahan terbengkalai.

"Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik," katanya.

Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak menyumbang kepada pendapatan negara.

"Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.

"Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kini, negara lima peratus, Selangor tujuh peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah," katanya.

Sebelum ini Muhyiddin berkata bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan BN.

Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh Pakatan Rakyat di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan.

No comments:

Post a Comment