Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Iskandar al- Hiss, berkata perjuangan PAS untuk menegakkan syariat Islam selama ini terhalang dengan sikap Umno yang berkuasa.
"Ketika ini, DAP tidak memerintah di peringkat pusat. Yang banyak menghalang kerja PAS untuk menegakkan Islam ini adalah Umno.
"Sejak kita merdeka 55 tahun, apa yang Umno tidak buat untuk menghalang PAS untuk tegakkan Islam?" soal beliau.
Tegas beliau lagi, halangan yang dilakukan Umno itu boleh dibuktikan ketika kerajaan Kelantan meluluskan enakmen undang-undang Islam negeri itu pada 1994.
"DAP tidak menghalang dengan kuasa. Mereka hanya mengeluarkan kenyataan yang bagi kami hanya sebagai satu pandangan yang berbeza. Yang mana perbezaan itu, Insya-Allah boleh diperbincangkan dari masa ke masa di dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau lagi.
Beliau juga memberitahu Pemuda PAS memulakan pecutan terakhir menjelang pilihan raya umum dengan melancarkan roadshow Selamatkan Malaysia ke seluruh negara, selain melancarkan janji-janji anak muda yang ditawarkan Pakatan Rakyat melalui manifestonya.
Tanpa memperincikan butiran janji-janji tersebut, beliau berkata dewan itu akan menumpukan kepada tiga kerangka besar, meliputi aspek ekonomi, sosial dan pendidikan.
"Butiran lanjutnya, akan kita fokuskan ketika pelancarannya nanti. Buat masa sekarang tiga kerangka itulah yang akan kita tekankan kepada anak-anak muda," tegas beliau pada sidang media Pemuda PAS, di Pejabat Agung PAS Pusat, hari ini.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan, Ustaz Ridhuan Mohd Nor, dan Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan.

Tiba2 kata Umno halang Enakmen Syariah Negeri Kelantan 1994. Kelakar sangat, sebab kami rakyat tak pernah dengar pun Pas ada pernah bawa usul untuk dibahaskan di DR.
ReplyDeleteKesungguhan Pas nak merealisasikan enakmen itu tak ada langsung. Setakat nak jadi modal untuk nak fitnah Umno kononnya tolak Hudud. Haa itu lah yang korang jaja sampai orang tua yang naik basikal cabuk pun boleh kata dalam kedai kopi " kita tak boleh sokong Umno sebab Umno ada kuasa tapi tak mahu buat Hudud ". Bagai nak termuntah bila aku dengar.
Kalau aku tanya balik dekat orang tua tu menatang apa Hudud tu, belum tentu dia dapat jawab.
Yang orang kampung tahu .. Hudud > Curi potong tangan. Berzina rejam sampai mati. Bunuh orang potong kepala.
Tapi dari segi perlaksaan, hapah pun mereka tak tahu. Aku kesian orang melayu dikampong2. Tahu cakap Hudud tapi tak tahu hapah ke bendanya Hudud tu. Tak habis2 kena bodoh dengan korang pemimpin2 Pas.
Kalau korang betul2 islam oroginal .. siarkan lah posting aku ni.