Kita baca berita rintihan Mohd Zin Mohamed Penyelaras BN Selangor kepada DAP…
Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.
“Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.
“Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf,” katanya.
Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.
Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP,” katanya lagi. – Malaysiakini
Kita ingin bertanya kepada Mohd Zain, bagaimana isu Amanat Haji Hadi yang telah berlalu lebih 30 tahun diungkit hebat UMno BN ketika ini lebih-lebih lagi oleh akhbar balaci Utusan Malaysia dan TV3.
Ketika ini, hari-hari balaci Utusan Malaysia memainkan isu tersebut. Beberapa muka surat akhbar tersebut dikhaskan untuk Haji Hadi dibalun. Tak terperasankah Mohd Zin dengan akhbar tersebut. Mungkin Mohd Zin sendiri juga tak lalu membaca Utusan Malaysia.
Jadi di pihak PR, sama ada PKR dan DAP terutama di Selangor teruskan pembongkaran aktiviti terkutuk UMno BN sehingga PRU nanti. Jangan dilayan rintihan Mohd Zin. Negeri-negeri PR yang lain juga sepatutnya mendedahkan kerakusan UMno BN sebelum ini. Londehlah semahunya…
No comments:
Post a Comment