Friday, December 21, 2012

PAS dah ajak MAJLIS FATWA bermuzakarah bab AMANAT nie dah lama dah..!!!

Pemuda Pas mahu muzakarah isu Amanat Hadi
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
21 Disember 2012

SHAH ALAM - Pemuda Pas Pusat mengajak Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah mengenai isu Amanat Hadi yang kembali dimainkan oleh pelbagai pihak.

Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, isu itu perlu diselesaikan segera kerana tidak mahu rakyat keliru dengan pelbagai dakwaan daripada pelbagai pihak khususnya Umno.

“Kita mahu Majlis Fatwa ambil peranan kerana isu Amanat Hadi ini kembali dimainkan walaupun sudah dijelaskan sebelum ini.

“Sehubungan itu Pemuda Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan Majlis Fatwa agar perkara itu dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Semalam, Pemuda Pas telah menghantar surat jemputan bermuzakarah dan diterima oleh wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya.

Menurut Khairul Faizi, parti pemerintah sengaja memainkan isu itu semula setiap kali menjelang pilihan raya umum.

“Bagaimanapun, pemuda Pas telah turun ke akar umbi bagi menjelaskan apa sebenarnya isi kandungan Amanat Hadi itu agar rakyat dapat memahami apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa pelbagai pihak untuk menarik balik amanat beliau pada tahun 1981 itu termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

No comments:

Post a Comment