Wednesday, February 13, 2013

BONGKAR 403 : Laporan Pollis & SPRM dah dibuat namun tiada tindakan maka masa serah pada rakyat ...!!

Gesa pemimpin BN buat penjelasan
Wartawan Sinar Harian
11 Februari 2013
Gesa pemimpin BN buat penjelasan
Mohd Azam (kiri) ketika hadir memberi sokongan kepada jawatankuasa Bongkar 403 juta.
 
ALOR SETAR - Pemuda Pas Alor Setar menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) segera membuat penjelasan membabitkan 11 isu yang dikaitkan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu.

Ketuanya, Mohd Azam Awang berkata, rakyat wajar didedahkan dengan kepincangan pentadbiran terdahulu termasuk butiran terperinci ke mana hilangnya wang RM403 juta yang dibelanjakan.

“Mereka yang terlibat diminta tampil jelaskan ke mana wang itu dibelanjakan, apa berlaku pada semua projek itu sebelum Pakatan Rakyat (PR) ambil alih Kedah. Saya percaya kerajaan negeri sekarang ada bukti dan fakta, sebab itu ianya dibongkarkan,” katanya.

Selasa lalu, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar mendedahkan keseluruhan 11 projek sakit BN melibatkan kerugian RM403 juta, serta mendesak pemimpin BN membuat  penjelasan sebelum mereka turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Mohd Azam berkata, apa yang didedahkan Bongkar 403 juta bukan suatu tuduhan liar seperti didakwa Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, sebaliknya kerugian
projek-projek berkenaan direkodkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

“Buktinya kerajaan PR kena tanggung hutang itu dan terpaksa lunaskan sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan.

Malah bagi empat projek sebelum ini yang didedahkan Menteri Besar, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat namun tiada tindakan,” katanya.

Menurutnya, segala bukti dan fakta berkaitan akan didedahkan pada kempen jelajah yang akan diadakan di seluruh daerah.

“Kita akan bawa maklumat itu kepada rakyat, ini bukan fitnah. Kita ada bukti dan dedahkan supaya rakyat buat penilaian sendiri menjelang PRU13. Saya harap pemimpin BN jangan berhelah lagi, jika mereka tidak bersalah, buktikan,” katanya.

Rabu lalu, Ahmad Bashah menepis dakwaan berlaku penyelewengan semasa Kerajaan BN memerintah Kedah dan menyifatkan ia sebagai satu tuduhan liar terhadap parti itu.

Katanya, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan sengaja diadakan untuk memberi gambaran buruk tentang kerajaan BN berikutan PRU semakin dekat.

No comments:

Post a Comment