Wednesday, February 13, 2013

Exco Negeri Rasmi Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona

Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona dirasmikan pembukaannya

ALOR SETAR -  Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona yang terletak di Jalan Langgar, di sini yang dibuka dengan rasminya baru-baru ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan telinga serta pertuturan dengan lebih baik.

Majlis perasmian Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib.

Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona menyediakan penjagaan yang kompleks bagi individu-individu yang mempunyai masalah pendengaran kongenital, suara, pertuturan dan gangguan imbangan.
Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona adalah unik dan yang pertama milik penuh oleh pakar audiologi. Penubuhannya adalah penting bagi semua pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, suara dan pertuturan, serta untuk kegunaan pembangunan sains dan kaedah baru diagnostik dan rawatan kecacatan deria, terutamanya di wilayah utara.


Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona merupakan kepentingan besar untuk integrasi  dan dikhususkan pada yang memerlukan pengetahuan dan komunikasi interpersonal. Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona ini telah diwujudkan di bawah inisiatif dan selaras dengan idea oleh Encik Pakharuddin Mohamed dan rakan rakan beliau, Puan Noordiana Ismail, yang merupakan seorang ahli audiologi.

Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona adalah sebuah klinik moden yang menawarkan perkhidmatan perubatan di peringkat tertinggi, dilengkapi dengan peralatan perubatan yang unik dengan sokongan yang luas teknikal untuk pendengaran dan terapi pertuturan.

Penubuhan Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona juga adalah untuk kemudahan teknologi-teknologi  alat rawatan dan bantu pendengaran moden kepada hospital-hospital kerajaan dan pusat perubatan swasta.

Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona mempunyai  pasukan yang unik khusus untuk rawatan audiologi yang luas, aktiviti saintifik dan penyelidikan.  Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona ialah penilaian mendengar dan rundingan untuk kanak-kanak serta dewasa.

Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona turut menyediakan perkhidmatan lain iaitu ujian pendengaran, servis pengubahsuaian alat-alat bantuan pendengaran, pemulihan auditori, rawatan dan kaunseling, perundingan dan penilaian implant koklea serta program perlindungan pendengaran awam dan perindustrian.

Pusat Pendengaran dan Petuturan Persona mempunyai waktu penjadualan sistematik bagi setiap rawatan, yang akan memendekkan masa menunggu untuk pesakit. Bilik operasi di premis baru ini dilengkapi dengan peralatan canggih dan bersepadu.

Data pesakit akan didaftarkan dalam pangkalan data. Data-data yang disimpan melalui sistem ini akan memudahkan pesakit-pesakit dari Pusat Pendengaran dan Pertuturan Persona berhubung dengan hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan di seluruh Malaysia.

Pada majlis itu, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib turut menyampaikan sumbangan kepada Malaysia National Society of Audiologist (MANSA) berupa alat bantu pendengaran berjumlah RM61,600 serta bantuan berupa alat bantu pendengaran kepada enam penerima.

No comments:

Post a Comment