Written by Editor Warta
APABILA Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih, antara pesanan awal Mneteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan kepada kerajaan negeri ialah supaya bekerja dengan penuh amanah dan beliau sama sekali tidak menghalang sesiapa pun untuk mempunyai ideologi politik yang berbeza dengan beliau.
Beliau tetap menghormati hak dan tidak berlaku, pemecatan tugas kakitangannya kerana berfahaman politik berbeza. Ustaz Azizan cukup arif antara tugas kerajaan negeri dan parti.Itu semua diterapkan kepada pasukan pimpinannya.
Ustaz Azizan juga menghormati Kedaulatan Raja dan tidak pernah berlaku sengketa antara beliau dengan pihak istana. Setiap kali Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Kedah berangkat pergi atau kembali, beliau akan setia menanti di lapangan terbang untuk menyambut baginda.
Setiap hari Rabu, sama ada di Kuala Lumpur atau di Kedah, Ustaz Azizan akan bertemu dengan Tuanku untuk memaklumkan perjalanan dan keadaan negeri.
Begitu juga tahap menghormati tinggi kepada Perdana Menteri yang sudah berulang kali datang ke Kedah sama ada bagi tujuan rasmi ataupun parti, Ustaz Azizan akan tetap menyambut kehadiran pemimpin negara itu.
Namun berlainan pula dengan sikap yang ditunjukkan oleh BN Kedah khususnya wakil-wakil rakyat yang adakalanya dilihat biadap kerana sentimen politik yang kesumat dan mempunyai agenda kepentingan tersendiri.
Kemuncak kebiadapan mereka ialah ketika Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada 29 Januari lalu yang mana Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Permaisuri Haminah.
Apa yang berlaku, kerana sentimen politik kesumat, tiada seorang wakil rakyat BN Kedah yang hadir kerana tidak mahu dilihat menunjukkan sokongan di atas kejayaan Pakatan Rakyat membina KUIN demi pendidikan masa depan generasi akan datang.
Lebih mendukacitakan media milik BN, cuba 'menggelapkan' majlis rasmi itu berbanding liputan meluas dan secara langsung program yang melibatkan BN sendiri.
Dalam konteks Kedah, ini bukan kali pertama BN Kedah menunjukkan keangkuhan dan kebiadapan mereka.
BN Kedah sebelum ini mempertikaikan Pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 dilihat seolah mahu mencabar kuasa Sultan yang merupakan Ketua Agama Islam Negeri Kedah.
Ini kerana setiap pindaan berkaitan isu agama Islam perlu mendapat perkenan Tuanku.
"Setakat ini baru lulus pindaan belum warta lagi. Tugas saya hanya bentang usul pindaan itu di Dewan Undangan Negeri (Dun) dan setelah tiada bantahan, usul diluluskan. Ia juga perlu perkenan Sultan," kata Ustaz Azizan.
Ustaz Azizan pernah mengingatkan pihak luar supaya tidak mempertikai pindaan yang dibuat dan membezakan bidang kuasa kehakiman dengan Jabatan Mufti.
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, antara tujuan pindaan dibuat ialah supaya fatwa yang diputuskan tidak diseret ke mahkamah bagi membolehkan hukum itu ditarik balik.
"Kita juga mahu pandangan jawatankuasa fatwa dan mufti, yang diberi autoriti oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Negeri Kedah dihormati,"katanya.
Kerajaan Pusat dilihat tidak menghormati bidang kuasa Sultan Kedah sebagai ketua agama Islam apabila melalui JAKIM telah memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah dalam satu majlis 4 April 2010 yang di rasmikan oleh Dato' Seri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Kerajaan Pusat.
Dalam pada itu Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak pernah dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai masjid hanya kerana sebab politik kepartian, seperti tuduhan yang dibuat oleh Adun Bakar Bata, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah baru-baru ini.
Adun Bakar Bata dalam laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 April 2010 bertajuk 'Pegawai Masjid Dipaksa Bersara' telah menghasut pegawai-pegawai masjid tertentu supaya tidak mengisi borang M4 seperti yang diminta oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Tindakan ini terang-terangan telah mencampuri bidang kuasa KDYMM Sultan.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedar bahawa pentadbiran agama adalah di bawah bidang kuasa Sultan, sebab itu mengambil sikap tidak campur tangan.
Dengan itu tuduhan bahawa pelantikan dan pemecatan imam adalah kerana 'arahan politik' Kerajaan Negeri adalah tidak benar dan berniat jahat.
Sebenarnya, sikap, watak dan tindakan BN Kedah ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana mereka sudah mempunyai sejarah 'terdidik' dalam soal mempertikaikan dan mengaibkan Raja-Raja Melayu pada 18 Januari 1993.
No comments:
Post a Comment