Oleh IZWAN ABDUL HALIM
Ketua Penerangannya, Ahmad Rizal Mohd Nor menegaskan, individu-individu berkenaan didapati telah menyamar sebagai ahli PAS apabila semakan mendapati tidak wujud keahlian mereka.
Menurutnya, ini bermakna semua individu tersebut telah melakukan kesalahan undang-undang kerana mengaku sebagai ahli sebuah parti berdaftar yang mungkin bertujuan mengelirukan awam hingga boleh menggugat keharmonian, keamanan dan mencetuskan huru hara.
Tegasnya, dakwaan beliau itu berasas apabila kumpulan berkenaan telah mengadakan satu bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah di Masjid Sungai Kob, Karangan pada 1 Februari lalu.
Perkara itu maklumnya, mendapat liputan media elektronik dan cetak sebagaimana keratan berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Februari yang dilampirkan beliau dalam laporan polis itu.
“Ini merupakan fitnah dianjurkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik jahat dengan menggunakan nama PAS bagi tujuan melakukan propaganda dan cubaan memecah belahkan kerjasama PAS, KeADILan dan DAP,” ujar Rizal.
Katanya, semua PAS Cawangan-cawangan yang disebut dalam akhbar itu berada dalam pentadbiran PAS Kawasan Padang Serai dan pengesahan semakan dari PAS Cawangan mendapati tidak wujud keahlian mereka.
Perbuatan kumpulan itu tegasnya, sangat serius kerana menjurus kepada hasutan, kerja fitnah, provokasi, propaganda dan penyamaran.
Oleh itu katanya, sebagai warga Malaysia yang cintakan keamanan, pihaknya menggesa siasatan telus dan profesional serta tindakan segera terhadap laporan tersebut. [Warta Utara]
No comments:
Post a Comment