Monday, February 11, 2013

Mahathir dihantui Arab Spring

oleh Subky Latif

SEOLAH-olah ada dalam pemikiran Dr. Mahathir, Arab Spring atau Arab Bingkas mungkin sampai ke Malaysia kiranya Putrajaya tidak dapat dicapai melalui peti undi. Ada orang yang setuju akan kebarangkalian itu.

Dan bukan pula tidak mungkin akan adanya anti-Arab Bingkas bagi menangkis Putrajaya diambil. Semuanya termasuk dalam teori kemungkinan. Teori kemungkinan itu ada selain dari sifat kemalat Allah Taala saja.

Pada Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim adalah individu paling berpotensi  mengimport Arab Spring itu berdasarkan apa yang dibuatnya  semasa menjadi ketua pelajar awal 70-an dulu, Baling Spring, gerakan RE-FOR-MA-SI dan siri unjukrasa Bersih serta kebangkitan rakyat 12 Januari di Stadium Merdeka.

 Saya tidak tidak kata Anwar tidak ada lintasan pemikiran itu, tetapi siapakah yang benar-benar bersih dari keinginan seperti itu?

Apakah Dr Mahathir sendiri budak yang sangat baik seperti Puteri Lilin, tak keluar rumah dan tak boleh terdedah kepada panas matahari?

Siapakah kalau bukan Dr. Mahathir yang minta jasa baik Anwar membenarkan pelajar-pelajar universiti mengadakan tunjuk perasaan anti-Tunku Abdul Rahman Putra semasa Mageran tahun 1970 dulu?

Anwar bukan orang yang mencetuskan demo anti-Tunku itu. Dia sekadar memberi ruang kepada Dr. Mahathir bertemu dengan pelajar. Bukan Mahathirkah yang mengajak pelajar ke padang dan ke jalanan bagi memalukan Tunku dan Perikatan yang dipimpinannya? [read more]

No comments:

Post a Comment