Tuesday, February 12, 2013

Manifesto PAS, Kedah berubah wajah

SETELAH hampir lima tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, sudah lebih 80 peratus Manisfesto Pilihan Raya Umum Ke-12 telah berjaya dilaksanakan antaranya:-

1.Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah.
Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pemimpin, pegawai atau kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah.

Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan sekiranya terdapat aduan.

2.Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.
Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri seperti buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta.

Kewanangan negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.

Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industri, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.


3.Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).
Menteri Besar dan Exco telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud.
Pengurangan elaun mesyuarat

Pemberian elaun di zaman Umno dan BN Kedah mencecah sehingga RM 7 juta setahun manakala pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahun

Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini

4.Melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.
Pemberian kontrak sesuatu projek telah dilaksanakan secara telus dan adil. Kerajaan telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi memastikan peningkatan hasil serta tidak berlaku penyelewengan.

Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan hasil kerajaan negeri sejak mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara (2009) menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205 peratus berbanding tahun 2007.

5.Memberi elaun kepada guru-guru agama dan guru-guru al-Quran persendirian

Pihak kerajaan telah memberi elaun tersebut melalui saguhati semasa bulan Ramadan dua tahun berturut-turut. Hal ini tidak pernah dilakukan sebelum ini.

6.Menjaga hak dan kepentingan bukan Islam
Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing.

Kerajaan telah mengadakan majlis dan memberi sumbangan bagi meraikan masyarakat Cina, India dan Siam seperti Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta khusus untuk aktiviti dan program pelbagai kaum di Kedah.

Sekolah-sekolah jenis kebangsaan (persendirian) juga turut diberi bantuan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah-sekolah tersebut

Menyediakan tanah seluas 3 ekar di Jalan Suka Menanti kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong.

Menyediakan tapak seluas 3 ekar di Sg. Tok Pawang, Bedong kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

Pemberian kewangan sebanyak RM 60,000 kepada SMJK(C) Keat Hwa untuk kegunaan pasukan pancaragam yang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Menyelesaikan pembayaran bil-bil yang tertunggak sejumlah hampir RM200,000

1 comment:

  1. Mana manifesto pasai insaniah...apa pencapaiannya nak tau la jugak...

    ReplyDelete