Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

Ustaz Asri beri Tips nak mengundi dalam pilihanraya..!!!


 
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.

Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa. 

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).
Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. 

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).
Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. 

Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. 

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya)
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
Firman Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. 

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”. 

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).
Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. 

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w:
“Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

Rakyat Malaysia ada 28.3juta.. Islam pula ada 16.5juta bersamaan 60.4% penduduk negara... dimanakah ISLAM..??


Bismillah ArRahmaan ArRahiim...


Assalamualaikum. Terlebih dahulu, saya mohon maaf kalau apa yang akan saya tuliskan ini akan melukakan hati sesiapa.. bukan niat nak tunjuk pandai, cuma nak kongsi pendapat.. Juga 'for the record' saya setuju dengan saudara Fizal Jamel tentang ketiadaan pemimpin Islam sejati pada hari ini.. tapi itu pandangan saya.

Melalui research yang saya buat, mengikut laporan jabatan perangkaan Malaysia, negara kini mempunyai 28.3 juta rakyat sah. link:  


Daripada jumlah ini, dilaporkan sejumlah 16,581,000 adalah org Islam yang mewakili 60.4 peratus penduduk Malaysia. Kalau berdasarkan 'figures' tentang jumlah umat Islam di Malaysia, tiada lagi alasan untuk Malaysia supaya tidak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya (termasuk Hudud) di negara ini.

Memandangkan Bersih 3.0 baru- baru ini menuntut perubahan sistem pengundian yang lebih cekap dan adil, ingin saya bertanya kepada Dr. Maza dan saudara - saudari saya yang lebih arif tentang implikasi firman Allah Ta’ala to the Malaysian political scenario yang bermaksud:


“Dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari mengerjakan mungkar. Mereka mendirikan solah dan mengeluarkan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka ini akan dirahmati Allah Ta’ala, sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.”.

Sekiranya dalam diri kita masih ada rasa was-was tentang ketelusan EC dalam mengendalikan PRU kali ini bukankah lebih baik kita menjauhi secara total PRU ke 13 ini? Sejujurnya saya merasakan Malaysia kini amat memerlukan kepada sistem pemerintahan Islam (termasuk hudud) kerana telah terlalu banyak keburukan yang berlaku akhir2 ini.

Mmglah sebagai seorang Islam, saya yakin semua ini sudah berada dalam ketentuan Ilahi.. semua ini sememangnya sudah diizinkan Allah untuk berlaku. Tetapi sebagai Muslim juga, kita perlu yakin dan percaya ia adalah peringatan dari Allah untuk kita kembali kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Saya yakin, sekiranya semua umat Islam bersatu, syiar Islam yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah akan bangkit di Malaysia.

Demi Islam, saya mengajak saudara - saudari seIslamku untuk bersatu dan percaya janji Allah yang akan memberikan kejayaan total kepada sesiapa sahaja yang berjuang menghidupkan Syiar Islam.Saya yakin, sekiranya kita (Umat Islam) dapat bersatu hati, kejayaan akan menjadi milik kita. Ini kerana bedasarkan 'figures' yang ada, baki rakyat non Muslim di Malaysia tidak mungkin dapat memberikan 2/3 majoriti atau total majoriti kepada mana2 parti politik yang akan bertanding pada PRU 13.

Sekali lagi, mohon maaf sekiranya komen ini nampak jauh dari topic, cuma ingin mendapatkan pandangan pakar tentang idea saya ini..All I am saying/ asking is for all Muslims to come together as one dan menghidupkan ajaran Islam sebenar menurut Al Quran dan Sunnah (supaya kita tak terpesong, seperti pesan baginda Rasullullah) Yang buruk dari saya dan yang baik hanya milik Allah SWT.