Showing posts with label Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Nah ambik sapa suruh ko buat pasal dok tunjuk jari tengah...!!!

Isyarat lucah: Juruukur bahan dijel, denda RM8,000
13 Februari 2013
Leong Pei Koe
Leong Pei Koe
 
BALIK PULAU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.
  
Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini pada pukul 11.50 pagi kelmarin.
  
Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.
  
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   

Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
  
Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.
  
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan.
  
Pei Koe membayar denda itu.
  
Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan tertuduh bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Monday, December 10, 2012

Kes Aminulrasyid - Apa khabar Badan Kehakiman kita?

oleh Roslan SMS


Kes Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis di Shah Alam pada bulan April tahun 2010 kini bergelora kembali. Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menolak keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini mendapati Koporal Jenain Subi bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat apabila melepaskan 20 das tembakan terhadap kenderaan yang dipandu Allahyarham sehingga mengakibatkan beliau terbunuh. Beliau dihukum 5 tahun penjara.
Dengan keputusan tersebut Mahkamah Tinggi telah membebaskan Korporal Jenain.
Sudah pastilah keputusan ini membangkitkan kemarahan keluarga Allahyarham dan mereka yang marah dengan kejadian berkenaan. Apa pun pihak Peguam Negara masih boleh merayu terhadap pembebasan ini dan proses perundangan masih belum selesai.
Apa yang mahu saya bangkitkan di sini adalah penerimaan kita terhadap proses perundangan dan badan kehakiman dalam Negara. Saya tidak bermaksud mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana saya masih ingat ketika kes ini meletus saya turut berada di Balai Polis Shah Alam mengiringi pimpinan parti membuat laporan polis terhadap kejadian berkenaan.
Apa yang mahu dibangkitkan di sini adakah kita menganggap badan kehakiman itu adil apabila keputusan memihak kepada kita dan tidak apabila sebaliknya? Harus diingat dalam kes ini proses kehakiman masih belum muktamad kerana keputusan Mahkamah Tinggi masih boleh dicabar.
Sekadar mengambil kes ini sebagai contoh, tanpa merujuk kepadanya secara spesifik, saya rasa kita perlu meneliti hal ini, kerana seingat saya antara pemimpin politik yang mula-mula membangkitkan protesnya terhadap Badan Kehakiman adalah Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM.
Ini pernah ditegaskan oleh Tun Musa Hitam (apabila berhenti dari menjadi TPM) bahawa apabila sahaja mahkamah tidak memihak kepada kerajaan maka TDM akan menuduh bahawa hakim berkenaan anti kerajaan. Natijah kita telah lihat apabila TDM memecat Ketua Hakim Negara ketika itu dan beberapa hakim lain menjadikan beliau Perdana Menteri pertama bertindak ke atas hakim-hakim.
Tetapi itu kes 1988 iaitu lebih 20 tahun lalu. Ada diantara hakim yang dipecat telah pun meninggal dunia dan TDM pun bukan PM lagi hari ini.
Adakah badan kehakiman kita hari ini telah pulih atau masih ditakuk 20 tahun lalu atau bagaimana?
Adakah pihak kerajaan menguasai keputusan kehakiman atau tidak atau bagaimana?

Pasca krisis 20 tahun lalu kita melihat ramai muka-muka baru telah duduk di bangku institusi berkenaan. Memang sebagai manusia ada keputusan yang kita setuju dan ada juga yang kita tidak berpuas hati. Jadi dimanakah duduk kita sebenarnya?
Berbalik kepada kes ini saya merasakan pihak Peguam Negara wajib merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan. Kegagalan berbuat demikian akan membangkitkan protes ramai. Namun dalam waktu yang sama kiranya segala proses perundangan dan kehakiman telah mukatamad, semua piohak perlu berlapang hati dan menerimanya.
Jika tidak maka kita menghukum badan kehakiman kita sebagai curang dan tidak adil, benarkah begitu?

Monday, September 17, 2012

Mahkamah bebaskan geng sokong BERSIH 2008

Dua puluh satu orang, termasuk wakil rakyat, telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram dan tidak mematuhi perintah pegawai polis.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan polis gagal untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin dalam menyokong BERSIH pada tahun 2008.


Menurut mahkamah, terdapat jurang dalam kes pendakwaan ekoran testimoni saksi-saksi yang tidak konsisten. "Berikutan ini, tidak perlu untuk memanggil tertuduh untuk membela mereka. Mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada semua tuduhan," kata Hakim Hayatul Akmal.

Mereka yang didakwa termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng, paderi Katolik Paulino Francesco Miranda serta peguam S Ashok Kandiah. Yang lain adalah K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah, Ambrose Poh Teik Huat, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Thengaran, Ong Boon Keong, Mohd Fasya Mohd Tajudin, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil and Goh Chien Yee.

kesemua mereka berumur antara 29 dan 66 tahun, dengan majoritinya dari Lembah Kelang dan yang lainnya dari Alor Setar, George Town dan Tampin

Wednesday, August 29, 2012

Apa yang aku faham.. ROGOL orang sudah tak salah di BUMI MALAYSIA..!!!

Mahkamah perlu dipersalahkan kerana perogol bawah umur bebas, kata bekas menteri
Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyalahkan Mahkamah Rayuan kerana membiarkan seorang lagi perogol remaja bawah umur bebas dari penjara, dengan berkata mahakamah telah melepaskan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak.

Bekas menteri ‘de facto’ undang-undang itu merujuk kepada dua kes mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

“Saya menyalahkan Mahkamah Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah umur sebagai kesalahan yang tidak serius,” kata Zaid dalam kenyataannya yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.


Isu tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas Mahkamah Sesyen membebaskan Chuah Guan Jiu, 22 tahun dengan ikat jamin RM25,000 selama tiga tahun walaupun didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur di Pulau Pinang tahun lalu.

“Hakim, terutamanya di Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan budi bicara.

“Sesetengah lagi berdasarkan undang-undang yang sedia ada,” katanya dengan menambah bahawa hakim mempunyai kuasa untuk membebaskan pesalah pertama berdasarkan umur, kelakuan, kesihatan, keadaan mental dan sebagainya.

Undang-undang Malaysia menetapkan bahawa seks di bawah umur 16 tahun dikategorikan kes rogol bawah umur.

“Dengan keputusan sedemikian, itu adalah kesalahan yang serius.

“Kanak-kanak perempuan kini sudah tidak mempunyai perlindungan di mahkamah,” kata Zaid.

Pengasas kepada Zaid Ibrahim & Co, firma undang-undang swasta terbesar negara, memberi amaran bahawa keputusan sedemikian akan menyebabkan ramai lagi yang “tidak bertanggungjawab” untuk melakukan jenayah sedemikian.

“Saya merasakan adalah penting untuk Mahkamah Rayuan menimbang semula keputusan ini,” katanya lagi, dengan menambah bahawa ini adalah ujian kepada kerajan untuk melindungi kanak-kanak dan wanita.

Kedua pesalah, pemain bowling negara Noor Afizal Azizan mestilah dikelaskan sebagai pedofil, menurut standard kesihatan antarbangsa dan psikatri.

Keputusan mahkamah hari ini telah membebaskan penjenayah seks yang mungkin akan mengulangi jenayah mereka.

Badan dunia mengenai penklasifikasian penyakit (ICD) mengatakan pedofil merupakan “seks kanak-kanak, sama ada lelaki, perempuan atau keduanya, dari sebelum akil baligh atau di peringkat awal selepas akil baligh.”

Menurut Statistik dan Diagnosis untuk Penyakit Mental (DSM) yang digunakan oleh pakar professional kesihatan mental seluruh dunia, pedofil adalah mereka yang tertarik dengan hubungan seks antara kanak-kanak berusia 13 tahun atau lebih muda, dan pelaku mestilah berusia 16 tahun ke atas dengan pasangannya sekurang-kurangnya lima tahun lebih muda.

Noor Afizal berusia 19 tahun apabila dia melakukan kesalahan merogol gadis berusia 13 tahun, enam tahun lebih muda.

Dalam kes Chuah, beliau berusia 21 tahun apabila melakukan kesalahan, sementara mangsanya berusia 12 tahun — beza sembilan tahun.

Perbezaan usia antara perogol dan mangsa dalam kes ini, merujuk kepada ICD dan DSM boleh dikategorikan sebagai pedofil.

Hukuman penjara yang lebih panjang seharusnya diberikan kepada pemain bowling Noor Afizal merogol kanak-kanak bawah umur berusia 13 tahun apabila dia berusia 19 tahun sekiranya beliau menggunakan kekerasan atau keganasan, kata mahkamah rayuan awal minggu ini dalam penghakiman bertulis mengapa mahkamah memutuskan untuk hanya mengenakan ikat jamin selama lima tahun.

Mahkamah bagaimanapun berkata, keputusan ini tidak seharusnya menjadi rujukan apabila berlakunya kes rogol bawah umur dan seharusnya dihakimi dengan keputusan sendiri.

Presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Raus Sharif berkata dalam penghakimannya, Noor Afizal, yang kini berusia 21 tahun adalah seorang “lelaki yang menyesali apa yang dia telah lakukan dengan mengaku kesalahannya.”

Raus, bersama Hakim K.N. Segara dan Azhar Ma’ah, telah memutuskan keputusan tersebut.

Noor Afizal telah dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 berbanding hukuman penjara selepas beliau mengaku bersalah atas melakukan rogol bawah umur, menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap mahkamah, serta menimbulkan persoalan terhadap Kanun Keseksaan dan undang-undang jenayah, terutamanya selepas perogol kanak-kanak kedua, Chuah, dibebaskan hari ini.

“Kami turut memutuskan bahawa pelakuan seks ini adalah kehendak bersama dan dia seorang yang tidak habis sekolah,” kata hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, mengikut laporan dari The Star terhadap Chuah, yang berusia 22 tahun, seorang juruelektrik, diikatjamin sebanyak RM25,000 selama tiga tahun.

Kemarahan orang awam semakin memuncak apabila penghakiman mahkamah rayuan hari ini berubah dari keputusan mahkamah tinggi daripada keputusan hukuman penjara terhadap pemain bowling tersebut kepada ikat jamin lima tahun — kerana masa depan pemain bowling tersebut sebagai tiket untuk tidak ke penjara.

Tetapi mahkamah rayuan memutuskan dalam penghakiman bertulis untuk melepaskan pemain bowling itu dengan ikat jamin, tidak bermakna melibatkan kes untuk sama untuk akan datang.

“Jika perayu (Noor Afizal) lebih tua, atau dia menggunakan kekerasan, paksaan atau keganasan ke atas mangsa, atau menggunakan penipuan, serta tidak bekerjasama dengan polis, dan tidak menunjukkan kekesalan di atas kesalahannya, atau tidak ada jaminan untuk dia tidak melakukan kesalahan yang sama, kami tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman, sepertimana kes yang sebelumnya,” kata Raus.

Di mahkamah sesyen Melaka, hakim telah mengarahkan Noor Afizal diikatjamin sebanyak RM25,000 selama lima tahun selepas beliau mengaku bersalah merogol kanak-kanak tersebut di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai 2010.

Bagaimanapun, pendakwa telah merayu kepada mahkamah tinggi pada 20 September tahun lalu untuk penjara mandatori minimum lima tahun, dibawah kesalahan merogol dalam Kanun Keseksaan.

Menurut kes tersebut berdasarkan penghakiman bertulis mahkamah rayuan hari ini, Noor Afizal telah menempah hotel di Melaka pada 5 Julai, 2010 bersama gadis yang pada ketika itu berusia 13 tahun empat bulan.

Keduanya berkata bahawa seks itu adalah seks sukarela. Keesokan paginya, Noor Afizal menghantar gadis itu ke rumah.

Gadis tersebut tidak bercakap apa-apa, dan insiden itu hanya diketahui bila ayahnya membaca diarinya.

Raus juga berpendapatan bahawa ikat jamin Noor Afizal ini adalah adil kerana dia mempunyai rekod sebagai seorang perogol.

Wednesday, June 20, 2012

Nallakaruppan kena bayar gantirugi kepada Anwar..!!

Fitnah: Anwar menang kes saman Datuk Nalla
 
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.

Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.


Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.

Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.