Showing posts with label Nukilan Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Sahabat. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Azizan dan PAS.....?????


http://media1.malaysiakini.com/151/29f979093e0e3c5b8d3db3eaf17b454a.gif

TAJUK TAJUK BERITA PANAS YANG ADA SEKARANG NI DI LAMAN LAMAN WEB

1. MAHASISWA BAKAL MENYERANG USTAZ AZIZAN
2. AZIZAN ANGGAP BUKU JINGGA BUKAN QURAN
3. USTAZ AZIZAN BERSEDIA DIPECAT ISU KUIN
4. ISU KUIN ANWAR JANGAN GANGGU- SELESAI MASALAH HANG DULU.
5. DAN BERATUS LAGI YANG NEGATIF NEGATIF BELAKA.

Kalau bab Dato Seri Anwar, orang pas lah yang terkehadapan dalam mempertahankan maruahnya..Apa dah jadi dengan orang Pas sekarang ni?? Apa kamu semua sudah tidak tahu nilai parti Pas itu dimana sekarang? Harakah pula dilihat sebagai lidah rasmi PKR. Kamu mempertahankan maruah orang lain dengan menggadaikan maruah kamu sendiri. PKR terutamanya di Kedah menang dengan sokongan 100% pengundi PAS.

Sekarang ni sudah tahun 2012, bukan zaman tok moyang kita yang gadai harta benda sebab nak tolong orang lain. Benda kecil macam ni pun takkan tak boleh nak pikiaq. PKR berusaha untuk mencapai cita-citanya begitu juga PAS dan DAP. Jadi masing-masing haruslah bantu membantu. Yang orang ramai pertikaikan sekarang ni adalah cara bantuan yang dihulurkan. Adakah sehingga menggadaikan maruah parti dan mengorbankan pimpinan-pimpinan parti?

Dalam bab Dato Seri setia Diraja Ustaz Azizan ( ustaz azizan )yang merupakan hardcore Pas, jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan Hassan Ali, apa bantuan yang dia dapat dari PKR atau partinya sendiri PAS? Sejak beliau menjadi MB, setiap isu yang ditimbulkan mamapu dipatahkan dengan hujah-hujah yang bernas.

Serangan demi serangan yang beliau terima namun dengan tenang beliau mematahkan hujah pihak lawan. Namun orang Pas tidak pandai menilai. Namun bagi saya yang bukan ahli mana mana parti, akan tetap mempertahankan ustaz azizan. Dan saya yakin orang ramai di Kedah tetap akan menyanjungi ustaz azizan sebagai MB Kedah yang terbaik yang pernah mereka terima.

Jika orang-orang Pas masih lagi berfikiran kolot, belajarlah dengan ustaz azizan cara-cara untuk membantu kawan-kawan di tahun 2012. Ini bukan zaman tok nenek moyang kita. Maruah parti haruslah dijaga bukan digadaikan. Islam mengajar kita untuk tegas di dalam sesuatu perkara. Kalau orang Pas tak Islam saya tak tau lah.

Tapi ketegasan yang ada pada ustaz azizan 100% menggambarkan kepada rakyat Malaysia seluruhnya bahawa PAS lah yang layak dan mampu mengambil alih pentadbiran negara Malaysia daripada UMNO BN.

Ayuh la semua bermuhasabah diri dan kembali kepada ajaran Islam yang sepatutnya. Islam tidak mengajar kita untuk berbudi sampai ke tahap itu. Ada mesej yang ingin disampaikan oleh ustaz azizan kepada seluruh ahli Pas, dan mesej ini akan muncul dengan jelas jika kita berfikir dengan tenang dan mengikuti setiap kronologi yang berlaku.

phaya thai

Monday, July 25, 2011

Senarai Hotel yang dapat Sijil Halal di seluruh Negara...!!

Assalamualaikum,

Menjelang bulan puasa, Ramadhan al Mubarak ni dah menjadi trend banyak orang nak berbuka puasa secara buffet di hotel2.

Tak salah. Tapi sebagai amalan ingat-mengingati sesama muslim, boleh check senarai hotel yang nak di kunjungi.

Takut2 juga makanan yang disediakan untuk buffett berbuka puasa nampak menyelerakan tapi menggunakan bahan2 di ragui.

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel

semoga ada manfaat, Insha ALLAH..

Rakyat Malaysia semakin hari semakin peka dalam mencari status halal bagi sesebuah premis. Walaupun kebanyakan premis didapati memiliki logo halal, tetapi para pengguna haruslah mengambil langkah berhati-hati dengan memeriksa status halal premis berkenaan dengan pihak JAKIM. Kini, bagi memudahkan pengguna, kami memberikan senarai hotel & resort yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, dan HDC.

pic_029

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0 : Penat juga rupanya berdemonstrasi aman!

Oleh 21Halim


SATU TEKAD, SATU AZAM, SATU PERJUANGAN. KINI TERBUKTI
Kaka~~Ada ke 6,000 ini. Lu fikir sendiri.....

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Demikian pepatah lama yang memotivasi kita ke arah agar mengumpul kudrat demi mencapai matlamat.

Manifetasi pepatah itu saya lihat secara 'live' di KL, semalam, 9 Julai. Orang ramai membelah halangan Polis demi sebuah perhimpunan aman. Namanya pun 'Walk for Democracy'. Ok, berapa jauh lu jalan kaki, balik rumah nanti lu kiralah sendiri.

Saya agak 'untung' kali ini. Dengan motosikal, saya menyelinap ke sana sini memainkan dua peranan - sebagai peserta dan sebagai pemerhati demonstrasi. Bunyi 'signal' arahan Polis sudah saya maklumi berkat mengambil pengalaman demonstrasi lalu.

Sebaik sahaja mereka akan tembak gas, saya belah, Saya tahu selepas ini mesti ada tangkapan! Pergi ke tempat parkir dan masuk kelompok lain pula.

Saya bermula di Bukit Bintang kemudian ke Puduraya. Kemudian ke Jalan Hang Tuah.... Sekejap melangkah agar tapak kasut basah. Sekejap bermotor meninggalkan udara kotor.

Golongan cina juga turut serta, siapa yg dok kata PAS sahaja yg joint..

Sebagai peserta sempat juga merasa pedih mata! Saya berjumpa lelaki China yang berjalan kaki dari hentian Central. Kami berbincang sebentar mengenai sambutan Polis terhadap orang ramai. Inikah jasa Polis kepada rakyat yang tidak bersenjata.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/381/8644ca63a380370efd3e3ab9965f7df3.jpghttp://media1-cdn.malaysiakini.com/381/a932dc8820d24fded157e1cd3b9fd34a.jpg

http://media1-cdn.malaysiakini.com/382/71667dabc189caac5a6e51857d6d198b.jpghttp://media1-cdn.malaysiakini.com/381/a59c1f0214f4e59e28a6307fb1cd5bb8.jpg

Gelihati tengok FRU membelasah geng patriot. Aktiviti itu berlangsung sebentar. Selepas tangkapan, geng patriot bubar... cepat sungguh mereka 'berjaya mencapai matlamat'.

Saya sempat bertemu dengan seorang sami Budha. Beliau hanya berkaki ayam! Polis pun serba salah hendak halau beliau yang duduk kepenatan. Saya juga terserempak dengan seorang YDP PAS Kawasan dari Johor. Beliau bawa sekali anak kecil. Mujur tidak kena gas dan mandi air kimia.

Sebagai pemerhati sempat berbual dengan pelancong. Ada seorang Turki, katanya sudah 7 hari beliau di KL, 6 hari berlalu cukup bosan. Hari ini, barulah syok. Meriah untuk rakyat. Beliau jalan tanpa berbaju untuk merasakan seronoknya bertemu muslim!

Di sekitar Jalan Imbi, bertemu mamat dari Kelantan. Wah, hari ini berkat sungguh. Puas hati dapat kena sembur air... Dari bawah (water canon) dan dari atas (hujan).

Di KLCC bertemu pemuda Mesir yang ketawa sambil menyatakan tugas Polis Malaysia sangat kecil berbanding Mesir baru-baru ini.

Sekitar jam 6 saya ke Puduraya semula, badan amat letih, dan baru sedar saya tidak makan seharian.... walhal tidak niat berpuasa... Saya menginap di Hotel bajet di situ. Ketika turun mencari makan selepas maghrib, saya terserempak dengan Setiausaha PAS Kawasan Mersing. Menurut beliau, En Safani, dari PAS Caw Belukar Juling, Endau ditahan Polis. Lama kami berbual aktiviti sepanjang hari ini.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/381/c8bb11a863f0e087bd4b9759ba89638a.jpghttp://media1-cdn.malaysiakini.com/381/3012ca43a8307971a15ea2e5b69013c4.jpg

Polis bermasalah mengenalpasti pendemo. Kelompok baju kuning tidak seperti BERSIH 1.0. Agak sukar membezakan di antara pemerhati dengan peserta demo. Itulah, siapa suruh rampas baju kuning?

Hampir jam 11, baru muncul En Safani yang dibebaskan Polis. Dia cerita pula pengalaman beliau di PULAPOL. Ada makan sedap, ada kemudahan untuk solat, bla bla.... layanan baik katanya.

Saya sempat mengingatkan beliau bahawa jika Polis mahu beri layanan baik, bukannya selepas kita ditahan, tetapi layanan baik sebenarnya ialah kita langsung tidak ditahan.... Jangan mudah percaya cakap Polis.

Saya beritahu beliau, pihak Polis sudah buat kira-kira yang kesemuanya menelan RM. Mereka sudah rancang untuk tangkap berapa ramai. Mereka tidak akan tangkap kurang atau lebih. Itu sebab makanan dan surau sementara sudah sedia!

Lewat malam baru mata terlelap..

http://bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/daily_picture/julai2011/bersih_afp.png

Thursday, July 7, 2011

dua cadangan kepada kerajaan negeri PAS kedah.

oleh insan tanpanama

oleh kerana PAS dah pegang kedah, sepetutnya adalah perubahan besar di dalam pemerintahan dan dasar kerajaan negeri.

Jadi dua cadangan ini mungkin patut pihak k'jaan negeri pertimbangkan :-

1. Umum mengetahui bahawa telah banyak tanah-2 kepunyaan melayu telah diambil alih samaada oleh kerajaan negeri atau pihak swasta untuk dibangunkan dgn pelbagai jenis projek terutama projek perumahan. kita juga sedia faham bahawa orang melayu berasal dari kampung dan suka hidup cara kampung. Mengapa tidak kerajaan negeri membenarkan tanah-tanah milik melayu dipermudahkan untuk dipecah kecil dan dijual kepada individu yang nak membina rumah kampung.

contohnya sipolan dibenarkan oleh kerajaan untuk memecah kecil tanahnya yang seluas 1 ekar menjadi 10 bahagian (1/4 relong setiap satu) dan dijual hanya kpd orang melayu yang berminat nak bina rumah . Dgn cara ini orang melayu dapat duduk selesa seperti bunglow diatas tanah hak milik melayu.dan tidak perlu berlumba dgn bangsa lain untuk membeli rumah teres taman yang langsung tidak selesa.

Biarkan bangsa lain sahaja yang duduk dirumah teres atau semi D. Berilah keistimewaan ini kepada org melayu kerana tanah ini tanah milik melayu. kerajaan mungkin boleh memberi bantuan dari segi cara pemecahan dan bantuan membina jalan masuk ketanah tersebut.
Dengan cara ini , kita dpt mengekalkan kampung melayu dan mengelakkan orang melayu di ratah keringat (duit) oleh pemaju cina yang membina rumah ratusan ribu ringgit, dan hanya beberapa kerat melayu shj yang dpt membelinya.

2. Pernahkah anda bertandang ke Langkawi? bagaimana rupa surau di jeti kuah? ya ianya hanya sebesar stor dan bersebelahan dgn tandas. Kenapa kita menghina syariat agama kita hingga sedemikian? kalau bertandang ketika masuk waktu, maka melimpahlah jemaah hingga ada yang terpaksa menunggu diluar.

Jadi, nama sahaja Parti Islam, tapi surau yang ada dijeti kuah pun tak mampu untuk di upgrade, mana petanda parti islam kita?. Kalau pelancong tengok, ohhh katanya , islam pun macam kita juga, letak tempat ibadat dipenjuru-2 bangunan shj dah tu ditepi tandas yang pelancong masuk keluar.

Kenapa tidak menggunakan ruang kosong depan jeti (tepi laut dekat bot berlabuh). Binakan surau yang cantik dan selesa. pelancong tengok pun baik dan dpt lihat mcmana syariat islam dan orang islam yang masuk keluar mengerjakan ibadah disurau berdekatan laluan. yang penting, macmana kita melayan syariat agama sebagai yang paling utama didalam pemerintahan. saya rasa x perlu sy hurai panjang2 kerana sesiapa shj terutama pemimpin PAS, jika mempunyai jiwa islam sejati, dah lama buat perkara ini, x perlu sesiapa mengesyorkannya.

Thursday, June 30, 2011

Apakah dosanya BERSIH..????

http://www.zulhaidah.com/wp-content/uploads/2011/06/BERSIH_Harakah.jpg
Yang tak hormati Undang2 adalah mereka yang menggunakan kuasa di luar batas kuasa mereka, undang2 mana yang tidak dihormati dalam kes ini, kita ambil BERSIH 2.0...di mana dalam klausa Undang2 Malaysia yang dikatakan melanggar Undang2?

Perlembagaan perkara 10(1a) (1b) membenarkan rakyat untuk berhimpun secara aman, konvensyen PBB 1948 juga tidak menyatakan berhimpun dgn aman mereupakan kesalahan, perkara yg sama dalam Persidangan Hak asasi Manusia juga tidak menunjukan berlaku 1 kesalahan, malahan konvensyen hak asasi juga menyatakan dgn jelas bahawa pihak berkuasa mestilah perhimpunan berjalan dgn aman dan tidak melanggar undang2..

Ini jelas dalam Perlembagaan Malaysia, yang mana semua rakyat malaysia berpegang kepada prinsip Rukun Negara iaiatu Keluhuran Perlembagaan...BERSIH bukan himpunan untuk menetang kerajaan, hanya untuk menyatakan bahawa rakyat mahu SPR lebih telus dalam menjalankan tugas yg di amanahkan, dan tidak timbul bahawa BERSIH 2.0 untuk menggulingkan kerajaan..

Adakah kerajaan melakukan kesalahan yg amat besar hingga takut kepada himpunan BERSIH 2.0 ini?yg takut adalah UMNO/BN bukan rakyat lain, himpunan bersih tidak adas kena mengena dgn nak gulingkan kerajaan secara demontrasi jalanan, ianya adalah hasil luahan isi hati rakyat terhasap ketidak adilan yg berlaku....ini bukan dibayar..tetapi rakyat yg semakin cerdik tahu hak2 mereka dicabuli secara tidak langsung..

Amin HM
Pengulas Tertinggi

Wednesday, June 29, 2011

Nak jadi Hang Tuah ka Hang Jebat?


Umum telah tahu bahawa himpunan aman Bersih 2 tetap akan dijalankan pada 9 julai 2011 nanti. Sokongan orang ramai terhadap himpunan ini amat menakjubkan sekali sehinggakan seluruh bilik- bilik hotel di sekitar Kuala Lumpur telah habis ditempah pada tarikh tersebut. Kesemuanya ini hadir dengan satu tujuan, iaitu pilihanraya yang telus dan adil. Kenapa mereka mahukan pilihanraya yang adil?. Kerana Kerajaan yang ada kini gagal mengurus duit rakyat. Kerajaan yang ada kini gagal menangani isu rasuah, kerajaan yang ada kini seperti hilang arah apabila sokongan kepada mereka semakin berkurangan.

Dengan kenaikan tol, harga barang, elektrik dan kenaikan harga caj perkhidmatan daripada syarikat- syarikat swasta amat membebankan rakyat. Dan seperti biasa tiada satu usaha pun yang dibuat bersungguh-sungguh oleh kerajaan untuk menyelesaikanya.
Tetapi dalam masa yang sama, media kerajaan memberikan liputan yang meluas kejayaan syarikat-syarikat di Malaysia yang mencatat keuntungan sehingga berbilion ringgit. Tak pernah ada syarikat yang rugi bila melabur di Malaysia. Semua untung. Rakyat Malaysia ni ada yang nak makan pun kena pilih dulu. Tak kira lah geng Pas ke, Umno ke, Perkasa ke, Tok guru silat pun bila bab makanan pun kena berjimat. Kalau makanan pun sampai kena fikirkan dulu, mcm mana dengan barang keperluan yang lain.

Jadi mcm mana kita nak percaya yang keadaan ekonomi Malaysia ini utuh?. Kalau di negara lain dah lama dah jadi revolusi dalam negara ni. Itu beza negara kita dengan negara luar. Ditindas lah mcm mana pun tetap akan bersabar. Kesabaran yang cukup tinggi ini dapat dilihat dengan adanya himpunan Bersih 2. Ahli Pas adalah yang paling ramai sekali akan hadir pada himpunan itu nanti. Ulama-ulama dalam Pas telah berjaya menerapkan rasa sabar di dalam diri ahli-ahli Pas dengan begitu baik sekali. Boleh dikatakan beribu himpunan anjuran Pas, tidak pernah ada satu hasutan pun untuk menggulingkan kerajaan melalui revolusi berdarah dan tidak bertamadun seperti berperang dan mencabar penyokong kerajaan untuk beradu kekuatan. Sistem inilah yang diguna pakai oleh Pas untuk mentarbiyah ahli-ahlinya.

Disiplin yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Pas secara tak langsung menunjukkan kematangan berpolitik pihak pembangkang di dalam negara ini dan dicemburui oleh parti-parti politik luar negara. Keadaan yang aman walaupun terpaksa menghadapi berbagai dugaan. Di kedah ni , kalau penerapan roh Islam di dalam diri ahli tidak dilaksanakan, rasanya dah lama kami bakaq bangunan Umno mana yang dok hidup segan mati tak mahu tu.. Adakah prinsip seperti ini wujud di dalam diri ahli Umno? Sampai berarak 600 orang dan mengugut untuk bakaq bangunan Pkr baru- baru ini? Dan tidak lupa juga kepada Ibrahim Ali yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman bagi menghalang himpunan Bersih 2.

Saya melihat keadaan ini memang haru biru. Apabila parti Umno gagal menerapkan roh Islam di dalam diri ahli meraka, maka inilah kesannya. Tindakan yang memalukan Parti Melayu itu sendiri. Untuk mengekalkan kuasa, berbagai cara dilakukan oleh mereka tanpa mengambil kira kesannya pada masa akan datang. Jadi siapa yang nak buat huru-hara sebenarnya? Kepada ahli Umno yang belum karat lagi, cuba renungkan situasi yang sedang berlaku sekarang ni. Walaupun ahli Pas yang paling ramai dalam perhimpunan itu nanti tapi Bangunan Pkr yang jadi mangsa. Mcm mana nak tadbir negara sampai nak cari bangunan pun boleh tersilap. Tindakan yang mengikut hawa nafsu ini dan membelakangi akal adalah faktor kepada keruntuhan akhlak.

Bila runtuh akhlak, maka runtuhlah parti, dan bila runtuh parti maka runtuhlah negara. Dan mereka inilah yang akan mengadakan himpunan pada tarikh yang sama dengan himpunan Bersih 2 untuk menunjukkan sokongan kepada Kerajaan. Himpunan Bersih 2 adalah himpunan AMAN, bukan berhimpun untuk bakar bangunan, berperang salib atau nak buat huru-hara. Apabila rakyat berhimpun menutut pilhanraya yang telus dan adil, rakyat sebenarnya menolak tindakan keganasan dan lebih menjurus kepada menjaga keharmonian sesama kaum. Pihak Polis sepatutnya memastikan perhimpunan ini berjalan dengan lancar bukan dengan memberikan bermacam-macam ugutan dan menangkap mereka yang turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Himpunan Bersih 2 juga bukan himpunan Pahlawan Silat Semalaya. Rakyat yang turun pada hari tersebut bukan nak tengok silat. Daripada tengok silat lebih baik tengok geng Fru dengan water cannon mereka tu. Siap ada helicopter lagi. Sejarah persilatan ini di samping membekalkan kepada kita ilmu pertahanan diri, ia juga mengajar kita untuk bersabar. Penerapan nilai Islam di dalam persilatan cukup kuat, malahan kita disuruh beramal dengan ayat-ayat Al-Quran untuk menjadi sorang pendekar yang hebat. Apabila Mahaguru Omar Mauju memberikan amaran akan berperang jika di adakan juga Himpunan Bersih 2, nilai pertubuhan seni silat lincah Malaysia menjadi begitu rendah sekali. Kerana itulah (Mahaguru) Cikgu Majid yang memang terkenal di Kedah dan pengasas kepada Silat Pusaka Gayong membuat teguran kepada kenyataan Mahaguru Tan Sri Omar Mauju.

" Pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara. Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah".

“Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu".

“Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya".

“Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini".

“Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya".

Inilah wajah sebenar seorang pendekar yang tersohor di Kedah. Kata- katanya yang mencerminkan perasaan rendah diri dan bertawakkal kepada Allah. Inilah dia ilmu persilatan yang sebenar. Gunakanlah sebagai perangsang dan janganlah kita berundur walau selangkah. Semakin banyak rintangan semakin semakin banyak sokongan yang akan kita terima. Niat kita satu, untuk menuntut Pilihanraya yang adil. Kalau darah kita Hang Tuah tetaplah kita sebagai Tuah, dan kalau darah kita Hang Jebat tetaplah kita sebagai Jebat. Tuah hilang tanpa dikesan, semangat Jebat hidup sepanjang zaman.

nukilan...
Kiyai Al Marpokeh