Showing posts with label PERSADA. Show all posts
Showing posts with label PERSADA. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

PERSADA MENUNTUT MAHASISWA PRIHATIN TERHADAP PRU 13

Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) menyeru agar semua mahasiswa yang berumur 21 tahun keatas supaya prihatin dan bersedia bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Menurut presiden PERSADA SDR. Muhammad Muhyiddin bin Ishak (seperti gambar) mahasiswa yang belum berdaftar mengundi perlu bergerak aktif untuk membuat pendaftaran sebagai pemilih yang sah bagi menyahut saranan SPR.

Ini kerana, mahasiswa merupakan kuasa penentu (kuasa ketiga) yang akan menentukan parti manakah akan menjadi tonggak negara pada masa yang akan datang. Dan beliau mengingatkan juga didalam kekangan masa dan berbagai tugasan yang dihadapi oleh mahasiswa setiap hari, tidak bermakna mereka perlu mengabaikan masalah negara yang mana kesannya boleh memudaratkan dan menghancurkan negara yang tercinta ini tegas beliau. Jangan sampai dah hancur baru nak tepuk dahi.

Dalam pada itu, PERSADA juga mengucapkan tahniah kepada semua pimpinan kampus yang telah diberi kepercayaan oleh mahasiswa dan telah memenangi Pilihanraya Kampus (PRK) bagi sesi baru. Diharapkan juga mereka mampu membawa suara mahasiswa dalam meneruskan legasi perjuangan mahasiswa.

Oleh yang demikian, PERSADA mengharapkan sebagai mahasiswa perlu menimbangtara tugasan di kampus dan hak sebagai rakyat terutama turun mengundi. PERSADA juga turut memberi saranan kepada anak muda untuk sama-sama kita gegarkan dengan undian anak muda pada PRU 13.

saifol fairuz
setiausaha kerja persada.

Saturday, June 18, 2011

Laporan Polis PERSADA terhadap Karikatur Hina Islam oleh Utusan


Assalamualaikum wbh,

Kami dari sebuah NGO bebas, Persatuan Mahasiswa Darul Aman atau lebih dikenali sebagai PERSADA yang mewakili semua Rakyat Malaysia amnya, dan Khususnya semua Mahasiswa anak Negeri Kedah.

Kami sebulat suara bersetuju untuk menyatakan bantahan kami dengan membuat Laporan Polis terhadap Penyiaran Karikatur yang jelas menghina Islam oleh Utusan Malaysia.

Karikatur itu bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan pada 15 Jun 2011 yang lalu di halaman 15 di dalam akhbar berkenaan.

Didalam Karikatur ini, menampilkan seorang wanita yang ingin membuat aduan bahawa dirinya yang telah dirogol kepada dua orang atau dua institusi yang berbeza. Orang yang pertama dilaporkan adalah kepada Tok Penghulu atau juga difahami sebagai Institusi Agama manakala orang yang kedua yang adalah polis.

Perbezaan didalam 2 karikatur ini boleh menimbulkan keraguan dan kebimbangan terhadap hukum Islam ini bukan sahaja kepada mahasiswa malah juga kepada rakyat jelata.

Dengan penyiaran karikatur ini, kami berasa amat terhina dan teramat malu kerana akhbar yang selama ini yang kononnya mengatakan memperjuangkan bangsa melayu dan agama Islam akhirnya hari ini mereka juga mengikuti jejak langkah seorang ahli Parlimen Belanda, Greet Wilders dengan menyiarkan karikatur yang secara jelas boleh mengelirukan pandangan orang ramai terhadap Islam.

Prinsip dan hukum Islam adalah hendaklah berteraskan kepada AlQuran & Assunnah, yang mana didalam Surah Annur jelas menyebut

“Jika ada seseorang lelaki yang menuduh seorang perempuan berzina, @ seorang perempuan yang menuduh seorang lelaki berzina, hendaklah dikemukakan 4 orang saksi..”

Dalam ayat yang mudah difahami ini jelas menyebutkan soal ‘4 orang saksi’ ini tanpa perlu di tafsir perinciannya.

Oleh itu, semua pertuduhan-pertuduhan berbentuk zina perlu dikemukan 4 orang saksi. Dalam hal ini perlu fahami perbezaan diantara zina dan rogol. Rogol adalah aktiviti perlakuan sumbang itu yang berlaku tanpaan paksaan tetapi berlainan dengan zina yang ianya berlaku disebabkan suka sama suka.

Diatas sebab itulah, dizaman sekarang yang kian canggih ini, alat-alat perakam dan sebagainya ini tidak cukup kuat untuk dijadikan bukti kes zina dan rogol Kerana ia boleh jadi diselewengkan.

Saya membawa contoh, boleh jadi perempuan yang datang mendakwa dirogol itu sebenarnya berzina bukan dirogol. Ketika melakukan maksiat tersebut , mereka melakukan secara suka sama suka, tetapi setelah lelaki itu tidak menikahi perempuan tersebut ataupun atas sebab-sebab yang lain. Perempuan tersebut terdesak, lalu menipu dan mendakwa ia telah dirogol. Ini tidak benar, sebab itu didalam islam mengajar kita untuk mengemukakan 4 orang saksi.

Ini jelas, agama Islam dan hukumnya adalah kekal relevan sehingga kiamat. Oleh sebab itulah kami, amat tidak bersetuju dengan karikatur yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini dan memohon agar pihak polis berbuat sesuatu dan mendesak agar aaakhbar ini memohon maaf secara terbuka dengan kadar segera.

Sekian, Terima Kasih.

PERSADA.