Showing posts with label RTM. Show all posts
Showing posts with label RTM. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

RTM takut nak siarkan Debat Lynas antara YB Kuantan dengan Pakar Atom

Debat Lynas di RTM tak muncul-muncul
 
NONESelepas tiga minggu, rakaman debat melibatkan anggota parlimen Kuantan daripada PKR Fuziah Salleh berhubung kontroversi pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan masih tidak disiarkan di televisyen.

Fuziah berkata, RTM tidak memberikan sebarang penjelasan kepadanya kepada debat dalam rancangan "Bicara Rakyat" yang dikendali oleh Syed Munawar Syed Mustar masih belum disiarkan.

Katanya, beliau hanya dapat berhubung dengan moderator yang berkata masih belum menerima sebarang arahan siaran setakat ini.

Ahli panel lain termasuk Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan dan Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang.

Rancangan itu dirakam pada 16 Mac dan dikatakan sepatutnya disiarkan pada 23 Mac. Rakaman audio rancangan itu kini dimuatkan di Internet.

Dengarkan Debat tersebut yg dirakam secara audio....

Tuesday, January 3, 2012

RTM tipu isu jalan Kubang Rotan

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvDXvMoBmHXbv__Vvy4EQ0uh-stTHtbABOaNgQcXGXS8ex76TtC8dLyU-wwtv50UzEjxYlTx8tz2x5hAtxh9VC4WuY_NDT4IlwxO3ToNCSFlkLLjJ3EOY-2bDC2ZY9f8npE3cMC-EnY046/s400/nasir_m.JPGSEMENTARA BN belum ditumbangkan di Pusat, RTM terus menjadi alat propaganda politik parti mereka. RTM adalah agensi kerajaan Pusat, kakitangannya mendapat gaji dari duit rakyat tetapi mereka tanpa malu dan segan bekerja seolaholah staf biro penerangan BN.

Wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sentiasa menjadi mangsa fitnah RTM. Terbaru, melalui rancangan Titik Sentuhan Segera Bertindak RTM, Adun PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa telah difitnah kononnya tidak pernah menangani masalah jalan rosak di Kampung Hilir, Teluk Talipon, Kubang Rotan.

RTM menemubual penduduk dengan jawapan yang telah disediakan skrip lebih awal.

Kononnya YB tidak pernah turun padang dan mereka tidak kenal pun siapa YB. Orang yang mengaku tidak kenal YB itu ialah orang yang sangat dikenali oleh Nasir sendiri, dan orang itu juga yang mengadu masalah mereka kepada Adun Kubang Rotan itu.

Maknanya orang kampung itu diajar berbohong di hadapan kamera RTM.

Apabila mendengar rungutan penduduk, beliau tidak putusputus turun padang meninjau masalah sebenar. Rupanya kerosakan itu berlaku sejak zaman BN tetapi tidak diambil peduli oleh kerajaan negeri yang memerintah pada masa itu.

Oleh kerana jalan terbabit adalah jalan MADA, maka Nasir menghubungi pihak berkuasa Perlaksanaan Koridor Ekonomi Utara (NCER) malangnya tidak dilayan.

Langkah yang diambil oleh Nasir seterusnya ialah menghubungi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Permohonan rasmi dibuat. UPEN mengajukan kepada Pejabat Daerah, lalu mengeluarkan tender. Kontraktor pun dilantik segera dan jalan sejauh lebih satu kilometer itu berjaya diturap sepenuhnya dengan menggunakan duit

peruntukan kerajaan negeri. Apabila jalan tersebut siap sepenuhnya, datanglah RTM membuat liputan dan tersiarlah dalam laporan mereka yang mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh kerajaan Pusat. Sudahlah berbohong kononnya Adun PAS tidak buat kerja, menipu pula bahawa bahawa jalan tersebut dibuat Pusat.

Ia mengingatkan kita kepada peristiwa wartawan RTM diherdik oleh Menteri Besar dalam isu banjir besar melanda Kedah dahulu. Menteri Besar yang siang malam meredah banjir untuk bersama mengharungi penderitaan rakyat dituduh hanya berpeluk tubuh.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang telah berbelanja sehingga RM2 juta untuk bantuan awal berupa makanan serta keperluan asas dituduh tidak menyumbang apa-apa, walhal Pusat tidak mengeluarkan 10 sen pun di peringkat awal.

Siapa yang tidak hilang sabar dengan tuduhan yang sangat jahat itu. Herdikan untuk wartawan pemutarbelit dari RTM dikira amat lunak kerana sepatutnya mereka “dipelempang” sahaja.

Dakwaan RTM bahawa jalan di Kubang Rotan itu diturap oleh kerajaan Pusat membuka persoalan lain, iaitu benarkah peruntukan Pusat telah digunakan? Jika ada pihak yang membuat tuntutan terhadap projek penurapan jalan tersebut sudah pasti ia adalah tuntutan palsu. Kontraktor serta pihak yang membenarkan tuntutan tersebut harus dipertanggungjawabkan kerana mereka menuntut ‘hasil bayaran kerja’ dari kerajaan Pusat sedangkan kerja dibuat oleh kerajaan Negeri. Kerajaan negeri pula telah menyempurnakan bayaran kepada kontraktor lantikan mereka sendiri.

Berasaskan laporan RTM itu juga Adun Kubang Rotan telah membuat laporan polis dan laporan SPRM. Sekarang pihak yang terbabit terpaksalah berhempas pulas berjawab dengan SPRM di atas penyelewengan yang kelihatan berlaku dalam isu tersebut. Mula-mula hendak mengenakan orang lain, diri sendiri pula yang terperangkap.

Apa yang berlaku di Kubang Rotan hanyalah satu kes dari beratus penipuan yang telah dan akan dibuat oleh RTM menjelang pilihan raya. Persoalan besarnya ialah RTM adalah agensi kerajaan. TV3 juga adalah jentera propaganda BN namun ia milik swasta justeru ia mungkin ada ‘hak’ untuk berpihak. Apa hak BN untuk berkempen bagi pihak BN?

Cuba bertanya, berhakkah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pusat hanya memberi bantuan untuk penyokong BN dan tidak kepada penyokong PAS?

Berhakkah sekolah atau universiti menyekat anak-anak ahli parti pembangkang dari mendapat pendidikan di institusi milik kerajaan, sedangkan pelajar tersebut memiliki syarat kelayakan? Jika kerajaan berbuat demikian tentu ada peguam yang akan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Peguam kita kena memikirkan juga untuk membawa satu kes ke mahkamah terhadap RTM yang boleh dijadikan teladan, agar selepas ini mereka tidak berhak (mengikut undang-undang) berpihak kepada mana-mana parti politik kerana mereka adalah agensi kerajaan yang sepatutnya melayan semua rakyat secara adil.

Akan muncul banyak lagi laporan bohong memburukkan Pakatan Rakyat – parti, kerajaan dan para pemimpinnya oleh RTM. Akan timbul lagi cerita palsu kononnya beribu-ribu ahli dan penyokong Pakatan keluar parti sertai parti komponen BN.

Akan muncul banyak lagi cerita fitnah ala video seks Anwar. Semua ini perlu ditangani oleh Pakatan jika mahu menjayakan misi menumbangkan BN di Pusat.

http://www.wartautara.com

Monday, December 19, 2011

Thursday, May 26, 2011

RTM sudah tua

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kini dalam proses memperhalusi penstrukturan semula stesen itu sebelum syor memperbadankan RTM dibentang kepada Kabinet.

Katanya, cadangan awal untuk memperbadankan RTM sudah dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan menghadapi era penyiaran digital sepenuhnya menjelang 2015.

RTM yang sebenarnya sudah hilang pengaruh dan di dalam proses ditelan zaman. Kaum remaja dan golongan muda langsung tidak mengenali RTM jauh sekali rancangan-rancangan RTM kerana mereka lebih tertumpu kepada media-media baru seperti Youtube dan TV swasta yang menampilkan wajah-wajah muda, jelita dan menawan.

Youtube telah melahirkan artis-artis antarabangsa seperti Yuna, Zee Avi, Justin Beeber dan ramai lagi dengan mempunyai pengikut yang ramai.

Bercakap tentang RTM, yang sebenarnya RTM telah melakukan berbagai-bagai perubahan seperti ‘rebranding’, kajian demi kajian, meremajakan program mereka sehingga ketahap tunduk kepada pendekatan Astro dan Media Prima dengan rancangan-rancangan realiti.

Hakikatnya semua itu masih gagal menegimbalikan kegemilangan RTM kerana mentaliti petugas-petugasnya masih lama. ‘Comradeship’ dalaman RTM sangat sukar digugat dan sukar menerima pembaharuan. Perubah pembaharuan dilihat seperti pelanduk menunggu masa untuk diratah serigala.

Malah pembaca beritanya asyik-asyik muka Farid Ismeth Amir dan RTM dengan bangganya melahirkan penyampai berita veteran, Harjit Singh Hullon, 57, sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai penyampai berita paling lama berkhidmat.

Apapun RTM sepatutnya sudah diperbadankan sebelum PRU12 lagi kerana itulah ‘turning point RTM’ apabila mesej Kerajaan melalui RTM sudah tidak sampai kepada rakyat dan pengundi muda lagi.

Kesan yang ketara ialah pengaruh Astro lebih gagah apabila pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agong UMNO disiar secara langsung di Astro sehingga UMNO menerima akibat dilabel sebagai rasis apabila perwakilan mereka berucap mempertahankan hak Melayu.

Thursday, April 28, 2011

ISU KELANTAN MERAMPAS TANAH PENDUDUK DI RTM1 - Dah tahu bohong nganga lagi saman je lah..!!

Media berbohong dakwa Kelantan rampas tanah
M Faqih

KUALA KRAI, 28 April: Mungkin ramai terpengaruh dengan laporan media yang mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah yang diteroka penduduk di Kampung Jeram Panjang, Mukim Manjor.

Lebih-lebih lagi apabila dipaparkan visual lelaki dan perempuan tua menangis seperti disiarkan RTM melalui slot berita perdana, baru-baru ini.

Tahukah anda, tidak pernah berlaku sebarang rampasan tanah seperti didakwa media massa, sebaliknya penduduk terbabit didakwa menceroboh hutan simpan kekal (HSK).

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, penduduk yang menceroboh HSK tersebut telah diberi beberapa kali peringatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, namun mereka tidak mengendahkan.

Katanya, HSK di mana-mana negeri sekali pun tidak boleh diceroboh kerana ia merupakan zon penampang.

“Jabatan Perhutanan Negeri sejak dari awal lagi melarang penduduk meroboh kawasan tersebut. Renjer Hutan sudah beberapa kali memberi amaran dan menghalang mereka namun tidak diendahkan.

”Sebaliknya seramai 18 penduduk berdegil dan menanam pokok getah di kawasan HSK di Mukim Manjor,” katanya di sini.

Menurutnya juga Jabatan Perhutanan melaksanakan program penanaman getah jenis klon di kawasan tersebut bagi tujuan melestari alam sekitar termasuk di kawasan yang diceroboh penduduk.

Kata beliau syarikat yang mendapat tender menanam getah jenis klon di kawasan tersebut telah menandakan kawasan yang akan dilaksanakan program berkenaan.

“Bagi menyelesaikan masalah dengan penduduk, Jabatan Perhutanan telah memanggil kesemua 18 orang yang menceroboh kawasan HSK terbabit.

“Perjumpaan itu diadakan awal tahun ini bertempat di Taman Tengku Anis, Cabang Tiga Sungai Syam yang mana saya juga hadir. Selain itu anggota polis dari Balai Polis Laloh, Renjer di Manek Urai dan Jabatan Perhutanan Negeri.

“Pada perjumpaan tersebut syarikat yang diberi tanggungjawab melaksanakan program menanam getah klon bersetuju membayar pampasan kepada penduduk mengikut batang getah yang ditanam.

“Penduduk yang hadir bersetuju dan telah menerima bayaran mengikut bilangan pokok getah yang ditanam. Namun hari ini mengapa pula media cuba membohongi perkara sebenar yang berlaku,” ujarnya.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan penduduk yang mengusahakan kebun getah dan dusun buah-buahan di Kampung Jeram Panjang mendakwa tanah diteroka sejak 40 tahun lalu dirampas kerajaan negeri.

Dilaporkan 30 penduduk berdepan dengan kerugian apabila pokok getah yang mereka tanam akan ditebang bila-bila masa sahaja bagi membolehkan pembangunan Ladang Rakyat dijalankan.

Oleh itu Arifabillah bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas media yang menyembunyikan fakta sebenar sehingga memperlihatkan kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

“Saya sungguh kecewa dengan laporan akhbar dan televisyen yang menyembunyikan cerita sebenar. Ini bukan pertama kali berlaku.

“Isu ini sengaja diputar belit oleh pihak ketiga yang mengharap mendapat imbalan politik secara tidak bermaruah,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, pihaknya tidak pernah melaksanakan projek perladangan di kawasan berkenaan.

Katanya, apa yang disiarkan media adalah tidak benar sama sekali dan perkara itu disahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri. [HarakahDaily]

Friday, February 11, 2011

Alahai BN/UMNO.. patut la takmau debat.. dengan Rafizi pun hangpa dah terkucil

Nama Rafizi Ramli mula dikenali umum secara dekat setelah beliau mengumumkan hasratnya bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tahun lalu.Ketika itu,ramai yang bertanya akan siapakah Rafizi ini memandangkan namanya sebelum itu tidaklah sebegitu dikenali berbanding Cikgu Badrul Hisham Shaharin mahupun Shamsul Iskandar Md Akin.

Walaubagaimanapun, adalah menarik untuk mengenali Rafizi dengan lebih dekat,apatah lagi beliau dan pasukannya dilihat sebagai "dream team" kepada Anwar Ibrahim.Pun begitu, penarikan diri beliau pada saat-saat akhir masih lagi menjadi tanda tanya.

Jika dilihat secara kasar,kelihatannya Rafizi adalah seorang yang tidak berani mengambil risiko dan penakut. Apapun,tindakan itu khabarnya dibuat setelah Shamsul Iskandar membuat pusingan U bagi bertanding semula jawatan Ketua Pemuda pada saat-saat akhir.

Selepas itu,Rafizi seolah tenggelam begitu sahaja.Walaubagaimanapun,nama Rafizi diperkatakan semula apabila PKR menawarkan Rafizi untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin mengenai Buku Jingga yang telah dilancarkan oleh Pakatan Rakyat.Di peringkat parti,Rafizi adalah Pengarah Strategi PKR.Walaubagaimanapun,sehingga kini masih belum ada tanda-tanda bahawa debat dua penjuru Khairy-Rafizi menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Setelah isu cabar mencabar dalam debat yang mengaitkan beberapa nama seperti Anwar,Najib,Khairy, Nazri Aziz dan Ummi Hafilda, cabaran itu akhirnya reda begitu sahaja.

Walau bagaimanapun,pada minggu lepas RTM telah menyiarkan satu diskusi tiga penjuru antara wakil Barisan Nasional,Pakatan Rakyat dan wakil akademik untuk berdiskusi mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat dalam Bicara Rakyat yang menampilkan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan,Pengarah ISIS Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin dan Rafizi sendiri.

Ramai penonton berasa terkejut dengan usaha RTM itu yang sudah lama tidak menjemput wakil-wakil pembangkang ke studio terutamanya pada zaman Najib ini.Untuk rekod,pada satu masa dahulu RTM ada menyiarkan debat tiga penjuru selama satu jam yang menampilkan wakil kerajaan, pembangkang dan akademik.

Selain itu juga,siaran debat tersebut juga tidak mendapat hebahan yang menyeluruh sehingga ramai penonton yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan debat tersebut di TV1. Malah,penulis sendiri hanya sempat mendengar perbincangan lima minit yang terakhir pada malam itu.Walaubagaimanapun, para pembaca boleh menonton debat tersebut di youtube ataupun menerusi rakaman video di bawah ini:



Seawal diskusi tersebut berlangsung,Rafizi diserang tiga penjuru,bukan sahaja oleh wakil Barisan Nasional tetapi juga oleh wakil akademik yang sepatutnya berkecuali,malah moderator sebagai pengemudi majlis turut menyerang Rafizi Ramli.Selain itu,hanya dua pemanggil telefon yang tidak menghentam Rafizi selain komen terpilih di facebook juga turut sama memperlekehkan buku jingga.

Walaupun Rafizi diserang daripada banyak penjuru,beliau tetap cool dan mampu menjawab segala tuduhan demi tuduhan dengan baik dan membunuh segala hujah yang telah dibuat oleh lawannya.Seperti mana yang dinyatakan oleh seorang pemanggil yang bernama Sudin,"Hujah panel kedua masuk akal,panel ketiga masuk akal,tapi panel yang prtama,apa yang dia cerita saya tak paham".

Debat pada malam itu kelihatannya seolah-olah antara Dr.Mahani dan Rafizi,di mana Kamalanathan langsung tidak berwibawa untuk berbincang dalam soal ekonomi.Penulis sendiri berasa pelik,adakah pihak Barisan Nasional sudah tidak ada pakar ekonomi sehingga mereka hanya menghantar seorang wakil yang tidak berautoriti dalam ekonomi?

Apapun,hujah-hujah yang baik daripada Rafizi itu membawa penulis untuk meneliti lebih lanjut akan siapa sebenarnya Rafizi Ramli ini.

Klik imej untuk lebih jelas

Dilahirkan di Besut,Terengganu pada tahun 1977,Rafizi Ramli menerima pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tingkatan satu hingga lima.Ketika di MCKK,kepimpinan dan kebijaksanaan Rafizi terserlah apabila bergiat aktif dalam kokurikulum terutamanya dalam bahas selain sangat cemerlang dalam pendidikan sehingga mampu menjadi pelajar terbaik SRP dan SPM.Malah,pelbagai anugerah diberikan atas kecemerlangan beliau termasuk Anugerah Carey/Bolkiah dan Pingat Emas Kesatuan Pelajar.

Kecemerlangan Rafizi terbukti apabila belumpun diumumkan keputusan SPM,beliau telah mendapat biasiswa daripada Petronas dan Esso dalam Kejuruteraan Elektrik dan Geologi.Hasilnya,Rafizi menyambung pelajaran dalam A-level di Morrison's Academy,Scotland dan Ijazah dari Leeds University dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.


Selain itu,Rafizi juga telah memulakan kariernya di Jeffreys Henry Chartered Accountants, London sebelum bekerja sebagai pengurus di beberapa buah anak syarikat Petronas dan Pharmaniaga Bhd.Untuk rekod, jawatan terakhir Rafizi pada masa sekarang adalah menjadi Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermula pada tahun 2009.

Dalam bidang politik pula,Rafizi adalah Pengarah Strategik PKR dan Bendahari PKR Negeri Terengganu.Di peringkat cabang pula,Rafizi adalah Ketua Cabang PKR Kemaman.Oleh itu,pada pandangan penulis adalah wajar sekiranya Rafizi diangkat sebagai calon Pakatan Rakyat di Terengganu dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.Seperti yang diketahui umum,terdapat dua kerusi Parlimen buat PKR di Terengganu iaitu Kemaman dan Dungun.Secara autoritinya,mungkin Rafizi boleh menjadi calon PKR di Kemaman,namun itu bukanlah jalan selamat buat beliau memandangkan Kemaman adalah antara kubu Umno,malah Bahagian Umno yang mempunyai ahli teramai adalah di Bahagian Kemaman.

Oleh itu,kerusi terbaik buat Rafizi bagi penulis adalah di Parlimen Dungun sekiranya status quo PKR di Dungun masih dipersetujui oleh Pas.Dungun diketahui adalah antara satu kawasan terkuat Pas di Terengganu selepas Marang dan Kuala Terengganu,hampir sama kekuatannya dengan Parlimen Kuala Nerus.Untuk rekod,dalam Pilihanraya Umum yang lalu,Dungun ditandingi oleh calon luar iaitu Shamsul Iskandar manakala Kemaman ditandingi oleh Cikgu Faris Musa.Ataupun jika Rafizi hendak di bawa ke peringkat negeri pun, kerusi paling selamat buatnya mungkin adalah di Dun Bandar.

Apapun,penulis melihat bahawa kehadiran Rafizi dalam persada politik negara adalah sinar baru untuk politik negeri Terengganu.Sudah tiba masanya Terengganu menerima ahli parlimen yang berfungsi di Dewan Rakyat. Setakat dua penggal Umno menguasai banyak Parlimen di Terengganu,ternyata ahli Parlimen Terengganu sekadar menjadi pemenuh korum di Parlimen.Itupun mujurlah ada wakil Marang dan Kuala Terengganu,jika tidak senyap sunyilah suara Terengganu di Parlimen.

Semoga Rafizi Ramli terus cemerlang dalam karier politiknya.

Patut la Najib menikus..sebab dia tahu nanti dia yang akan demam..!!

Ceh! Bikin Malu Orang Hulu Selangor!!!



Ceh!!
Hujah dan soalan macam YB Kamalanathan ni..
Teman pun boleh bagi!
Soal pasal Tiang letrik di Hulu Selangor...
Kompom pasal Bukit Beruntung!
Teman pun tak pernah tahu berapa batang tiang..
Tapi teman taulah isunya..

Memang kegagalan Khir Toyo & the regime!
So, Kerajaan PR telah membanntu sedaya upaya hinggakan pernah Kerajaan PR melalui exconya Dr Hassan Ali bayarkan bil letrik yang mencecah jutaan ringgit ke ratusan ribu ke..
Jumlah sejak dari zaman BN dulu lagi!

Lepas tu YB ni meleret-leret hinggakan hal Kesultanan Selangor dan Perak laaa.
Adehhh!!

Heran gak.. Apa motif RTM jemput YB ni bercakap soal ekonomi?
Takde sebutir habuk pun pasal ekonomi yang dia cakap melampaui pengetahuan teman yang failed subjek Perdagangan Tingkatan 4 nih!

Teman tak kenal sangat wakil PR-PKR ni..
Tapi apa-apa pun, teman bangga kamu duk dalam PR..
Jangan melompat udahhhh!!!

wakakakaka!

Tahniah buat mangkuk-mangkuk di Hulu Selangor ni yang mengundi YB Kamalanathan masa PRK hari tu... Inilah hakikat kepala hotak dia.. No Class! wakakakaak!