Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

Lebih 60% penonton TV3 dah angkat kaki... nampaknya akan ikut jejak Utusan tak lama lagi..!!!

TV3 akan hadapi nasib yang sama seperti Utusan?

TV3 sedang merudum ‘rating’nya. TV3 yang termasyur sebagai lidah UMNO dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat ‘rating’ yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60 peratus ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua. Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu.

Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.

Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku ke atas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang.



Ramai di antara pengiklan-pengiklan barangan dan perkhidmatan telah mula memikirkan untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka di saluran-saluran yang lain kerana TV3 tidak  menjadi saluran sukaramai rakyat lagi. Kejatuhan jumlah penonton untuk saluran ini masih menurun dan dijangkakan yang ia akan melewati bawah dari 1 juta penonton setiap hari.

Keadaan ini berlaku bukan kerana apa….tetapi kerana TV3 sudah menjadi alat pembohongan BN dan UMNO dan rakyat yang berfikiran ‘professional’ tidak menganggap saluran TV3 ini sebagai saluran untuk rakyat. Sikap ‘tidak professional’ TV3 ini menjadi persoalan ramai kerana orang ramai tidak gemar dengan sikap condong yang keterlaluan terhadap sesuatu pihak dalam politik ini adalah tindakan yang dianggap tidak jujur.

TV3 tidak yakin terhadap professionisma kewartawanan dan berita. Ia sudah menjadi seperti pentarama jabatan penerangan dan propaganda kerajaan di zaman peperangan melawan komunis dahulu. Rakyat sudah jemu dengan tingkah laku TV3 ini kerana menjadi penghasut bagi membenci setengah pihak dalam masyarakat secara keterlaluan dan ia amat menjijikkan ramai rakyat yang mahukan berita-berita yang seimbang dan professional dalam penyibaran maklumat kepada rakyat.

Saya sudah tidak membuka saluran ini sejak tujuh atau lapan tahun dahulu. Saya sendiri sudah tidak melanggan dan membaca Utusan Malaysia sejak sepuluh tahun dahulu kerana sebab yang sama. Hanya beberapa orang yang rapat dengan saya memberikan apa-apa keratan tulisan Utusan itu jika ia bersangkut dengan isu-isu panas yang dicetak oleh akhbar lidah rasmi UMNO itu.

Sebenarnya rakyat memahami yang mana-mana saluran TV dan akhbar itu mempunyai ‘inclination’ masing-masing  terhadap sesuatu pihak. Tetapi apa yang dilakukan oleh TV3 dan Utusan itu adalah keterlaluan sehinggakan membelakangkan professionalisma kewartawanan. Tidak bergunalah belajar bidang kewartawanan sehingga ke peringkat yang tinggi tetapi mentaliti dan  sikap tidak professional itu ditunjukkan dengan terlalu jelas kepada rakyat yang sudah pandai berfikir ini.

Kerana tindakan TV3 ini maka mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pihak terpanggil untuk memberikan sokongan kepada pihak yang dianiayai oleh saluran TV itu. Sesungguhnya apa yang disiarkan oleh TV3 ini merupakan satu yang ‘counter productive’ terhadap kerajaan itu sendiri dan pemantau-pemantau berkaitan dengan berita dari JPM itu tidak dapat merasakan rasa menyampah dan bosan penonton yang ramai-ramai balik ke rumah untuk bersantai dengan keluarga dipaparkan berita-berita yang berbentuk hasutan oleh media massa seperti saluran TV ini.

Bagi pembangkang yang menjadi korban fitnah ini, mereka sepatutnya berterima kasih kepada TV3 dan Utusan kerana kedua-dua saluran berita ini memberikan impak buruk terhadap BN dan tentulah PR yang mendapat keuntungan dari tindakan mereka itu. Sebahagian besar dari tanggungjawab pihak pembangkang untuk berkempen itu sudah pun di sempurnakan oleh Utusan dan TV3 ini. Seorang yang benci kepada saluran ini menambah seorang yang menyokong kepada pihak pembangkang. Matematiknya senang.

Sikap memecah belahkan rakyat oleh TV3 ini bertanggungjawab terhadap pembinaan kebencian rakyat kepada pihak yang berkuasa dan tidak adil jika dipersalahkan rakyat memberikan sokongan kepada pihak pembangkang kerana rakyat sentiasa berharap untuk hidup tenang di rumah setelah seharian bekerja kuat untuk keluarga masing-masing.

Apabila sampai di rumah rakyat mahu relaks dengan isteri dan anak-anak dan mereka tidak mahu berhadapan dengan hasutan pihak saluran TV3 sentiasa memaparkan keburukan pihak lain. Rakyat sudah merasakan yang ‘intensity’ pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh TV3 ini membuatkan ramai yang secara automatik membenci saluran itu dan seterusnya kepada pihak yang disokong oleh saluran itu.

Saya telah berjumpa dan bercakap dengan beberapa ketua syarikat yang saya kenali dan mereka memberitahu saya yang mereka sedang menimbang untuk memberhentikan pengiklanan barangan mereka melalui saluran ini jika saluran penyiaran ini meneruskan sikap buruk mereka itu. Jika hilang sokongan dari pihak industri ini TV3 akan hilang pendapatan syarikat yang berkurangan dan segala ‘glamour’ yang di alami oleh saluran TV3 yang terkenal itu.

Jika itu berlaku ia merupakan pengalaman yang sedang di alami oleh Utusan Malaysia yang tidak lagi mendapat sokongan dari pengiklanan yang besar-besar dan itu pun sebabnya Kumpulan Utusan Melayu itu telah kerugian sejak beberapa tahun yang lalu. Jangan terkejut jika TV3 akan menghadapi tindakan rakyat untuk memboikot saluran ini secara menyeluruh. Di zaman dunia tidak bersempadan ini rakyat boleh memilih saluran TV lain yang tidak membina kebencian di antara rakyat di negara ini.

Kita cuba untuk tidak menonton TV3  buat dua tiga hari ini... Saya yakin anda akan biasa dengan pemboikotan itu dan jiwa akan lebih tenteram dan aman tanpanya. Menjaga ketenteraman hati dan jiwa kita itu adalah satu ibadah kerana kita wajib menjauhi musuh-musuh secara baik, tanpa melakukan perkara-perkara yang ganas yang juga ditegah oleh agama dan juga adat kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Monday, January 2, 2012

TV3 hina Jawatankuasa Fatwa Kedah?

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Pemuda PAS melihat rancangan Aduan Rakyat TV3 yang setiap hari membawa isu Madrasah Salihiah, Alor Setar, Kedah membawa agenda tersirat untuk menghasut rakyat menolak peranan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dengan agenda politik tertentu.

Demikian kata naib ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenytataanya hari ini.

Kerajaan negeri baru-baru ini menjelaskan, perobohan surau ini tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam.

Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar.

Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu.

Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama.

Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!, jelas kerajaan negeri Kedah dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sehubungan Raja Ahmad (gambar) berpendapat, melihat kesungguhan TV3 membawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Kedah sebagai keterlaluan kerana membuat keputusan agar Madrasah Salihian boleh dirobohkan adalah tidak tepat.

Seolah-oleh TV3 memperjuangan hasrat keseluruhan rakyat Islam agar menolak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah di atas keputusan tersebut, katanya.

"Bagi kami, TV3 lupa pada bulan Julai 2004 tentang keputusan san Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membuat keputusan mengharamkan Konsert ‘Sure Heboh’ dahulu, tetapi TV3 masih meneruskan pengisian konsert seumpama ini sehingga kini.

"Jelas tindakan TV3 tersebut menolak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diputuskan oleh seluruh Mufti di Malaysia," katanya.

Raja Ahmad juga mengungkit, TV3 mungkin tidak ingat pada bulan November 2006 tentang Surau Kampung Berembang, Ampang, Selangor dahulu yang telah dirobohkan jika isu yang dimainkan oleh TV3 bahawa rumah ibadat menjadi isu yang sama ianya dirobohkan.

Tidak pula ketika itu, TV3 membawa perkara ini meminta agar Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mendapatkan keputusan status Surau tersebut?

"Di sini jelas bahawa TV3 sengaja membawa isu Madrasah Salihiah kepada pendekatan politik yang tidak sihat," katanya.

Thursday, August 25, 2011

TV3 buat dosa lagi dalam bulan Ramadhan

TV3 Kantoi! Surau Al-Musyrikin tidak wujud!

SEBELUM ini media propaganda, TV3 ada menyiarkan berita kononnya ada sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang lama yang menyebarkan agama Kristian kepada pelajarnya.


Tambah melucukan bercampur hairan, TV3 mendakwa sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (kafir) telah berhimpun di hadapan kelas tuisyen berkenaan kerana membantah tindakan kelas tuisyen itu yang didakwa kononnya menyebarkan agama Kristian kepada pelajar yang beragama Islam.


Saksikan video laporan media propaganda TV3 di bawah ini.




Oleh kerana tidak berpuas hati dengan laporan pelik dan melucukan dari TV3 ini, ReJaM© telah mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kebenarannya.


Selepas kira-kira setengah hari mencari, ReJaM© berjaya menemukan kelas tuisyen yang dilaporkan. Kelas tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti kaum Cina dan India serta pendatang asing termasuk warga Indonesia.




Di sebelah kelas tuisyen itu, tinggal seorang warga asing yang sudah mendapat taraf penduduk tetap. Beliau mendakwa tiada satu pun surau di kawasan tersebut, kerana ia merupakan kawasan yang didiami oleh Cina dan India. Malah masjid juga terletak jauh dari penempatan itu.


Di bawah ini rakaman perbualan yang sempat dirakamkan.




Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana TV3 tanpa rasa bersalah mencipta nama surau yang tidak wujud iaitu Surau Al-Musyrikin.


Sifirnya mudah, Jalan Klang Lama terletak di bawah Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Maka TV3 mahu rakyat percaya bahawa Teresa Kok cuba menyebarkan Kristian di kawasannya.


Sila gunakan akal anda sendiri, masuk akal atau tidak pelajar yang beragama Islam pergi ke kelas tuisyen di kawasan setinggan yang didiami oleh Cina, India dan warga asing untuk mempelajari agama Kristian?


Mana-mana ibu bapa beragama Islam yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen Kristian memang nak mampos! Kelas tuisyen itu sudah wujud di situ bertahun-tahun untuk anak orang-orang Cina dan India setempat yang beragama Kristian.


ReJaM© "Nak tipu pun agak-agaklah beb, kesian orang kampung kena kencing..."

Tuesday, August 16, 2011

Malam Nuzul Quran TV3 Disambut Dengan Temubual Ekslusif Saiful Bukhari Azlan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1AlOW9DCRW5h9Z-vkGWlWBsFFaiSFLbBWeQjpY5_n7U8z-PRSAWhJE9hnSX8MPCdW37Q77CPcwBNtA6oJnsUqd-YizQqaPDr3efAS_IP4hXFEReDZvuO9Y6E5Zwqtx61FUbl1Lb-6TuA/s1600/tv3logo.jpg

Melalui Buletin Utama TV3 sebentar tadi, TV3 menyambut Nuzul Quran dengan temubual Ekslusif Saiful Bukhari Azlan berkaitan kes liwat.


Dengan muzik yang begitu syahdu dan dengan rasa mengharapkan simpati pendengar Saiful menceritakan jerit perihnya menghadapi masyarakat setelah diliwat dan setelah bersumpah. Dia dituduh pelbagai perkara kononnya telah dimakan sumpah.


Kenapa dibuat temubual ekslusif berkenaan. Mungkin mengharapkan simpati dengan keputusan liwat yang akan dibuat dan mungkin nak menggambarkan dia dipihak yang benar setelah sumpahnya tak dipercayai orang. Pentingnya humban Anwar semahu-mahunya.


Malam esok siri kedua temubual ekslusif berkenaan. Selamat menyambut nuzul Quran untuk semua umat Islam.



http://www.ekele.net/2011/08/malam-nuzul-quran-tv3-disambut-dengan.html


Monday, May 2, 2011

Elakkan anak anda daripada menonton Buletin Utama TV3.. Buletin Sex..!!!

Nasihat kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak kecil atau remaja di bawah umur, elakkan anak anda daripada menonton Buletin Utama TV3, kerana media arus perdana milik kerajaan itu kini menjadi penyebar video lucah yang akan merosakkan minda dan akhlak anak-anak anda.

Di bawah ini salah satu rakaman yang membuktikan bahawa Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak di bawah slogan Sapu Malaysia kini sudah mula membawa anjakan paradigma baru kepada masyarakat. Kerajaan kini secara perlahan-lahan mahu rakyat menerima bahawa penyebaran video lucah adalah perkara biasa yang harus dihalalkan di Malaysia.

Barangkali industri video lucah akan mula berkembang di Malaysia selepas satu persatu usaha menghalalkan penyebaran video lucah dilakukan oleh kerajaan UMNO PORNO.

Usaha ini dilihat serupa dengann usaha yahudi menyelitkan unsur-unsur seks di dalam kartun-kartun untuk merosakkan minda anak-anak orang Islam, Yahudi sengaja menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri anak-anak orang Islam mendorong mereka kepada seks.

Malah usaha kerajaan Sapu Malaysia merosakkan minda masyarakat dilihat lebih exstreme lagi berbanding Yahudi. Dengan alasan mahu menegakkan kebenaran, Kerajaan Sapu Malaysia menggalakkan anak-anak kita untuk mencari video seks di internet sekaligus merosakkan minda mereka.



Kerajaan Sapu Malaysia yang menerima nasihat dari Yahudi APCO nampaknya jauh lebih jahat dari Yahudi itu sendiri. Apa pun alasannya, tujuan kerajaan adalah untuk menggalakkan anak-anak orang Islam menonton video lucah.

ReJaM© "Kerajaan ini mahu menghancurkan anak-anak anda. Inikah kerajaan yang harus anda sokong?"