Showing posts with label Ust Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ust Azhar Idrus. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

Biodata & Perjalanan Hidup Ustaz Azhar Idrus...



Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985 Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Nama :Ustaz Azhar Bin Idrus Tarikh Lahir:12 Februari 1964 Berasal:Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Hobi :Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan. Pendidikan : 1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah. 2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2) 3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6) 4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. 5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun Pengalaman : 1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau. 2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai. 3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya Isteri : 1. Rogayah Binti sulong (43 Tahun) 2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (27 Tahun) Anak : 1.Nur Madihah Asyiqin (22 tahun) 2.Nur Farhah (20 tahun) 3.Mohd Faqihuddin (19 Tahun) 4.Mohd Zuhaili (17 tahun) 5.Ikhwan Najmi (15 tahun) 6.Khairul Mukmin (8 tahun) 7.Rasydan (7 tahun) 8.Daniel (5 bulan )

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT. Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.

Wednesday, November 21, 2012

[Berdoa KO BN] UAI - TIDAK JADI MASALAH..dengan syarat orang yang berdoa tu adalah ORANG YANG DIZALIMI..!!

Aktivis Terengganu


Alhamdulillah diizinkan Allah mengikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Walaupun ketiadaan elektrik selama 10 minit (dipercayai disabotaj), kehadiran ramai umat Muhammad s.a.w. sedikit sebanyak mengubat kekecewaan. Dan ambe sempat tanya dua soalan kepada UAI :

1) Apakah hukum mendoakan keburukan Muslim lain seperti yang dibaca di Kelantan baru-baru ini?

2) Bolehkah menulis sesuatu yang baik tentang diri kita di laman FB? Contohnya cemerlang dalam exam. Bukankah ianya satu perbuatan riak?

Jawapan UAI :

1) "Ni cari baloh (bergaduh) belake ni. Berat nanang. Ok, jawapang dia BOLEH dan TIDAK JADI MASALAH. Sebab nabi dulu pun pernah doakan keburukan untuk Islam lain. Tetapi dengan syarat orang yang berdoa tu adalah ORANG YANG DIZALIMI. Kalau doa kepada orang yang buat baik terhadap dia, HARAM! Tapi kalau ada orang zalimkan dia, pastu doa bagi bala' contohnya curi duit ke, curi beskal buruk ke, tidak jadi masalah. Sebagai pengajaran kepada dia dan orang lain."

2) "HARUS jika kita tulis yang baik-baik di facebook kite. Boleh tulis untuk bagi contoh kat orang lain tetapi HARAM jika ada niat untuk berbangga-bangga dan riak."

Friday, September 14, 2012

Hebat!!! 40 ribu di Stadium Darul Aman malam ni... bersama Ustaz Azhar Idrus


Lagi catatan baru program ceramah besar di Kedah, kali ini di perkarangan Stadium Darul Aman. Santai Anak Muda sempena Karnival Gaya Hidup Sihat Pemadam mengundang Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Hairie Othman, Ali bekas rocker dll. Program ini bukan program politik... cuma ia memberi impak yang sangat besar terhadap politik kerajaan negeri Kedah yang menampakkan kesungguhan membanteras penagihan dadah termasuk jugaklah penagihan ayaq ketum yang menjadi minuman rasmi cyber trooper puak belah sana nun.

http://kedahla.blogspot.com/2012/09/40-ribu-di-stadium-darul-aman-malam-ni.html

Thursday, July 12, 2012

Antara Berita Harian dan Utusan serta Metro..!!!

Ustaz Azhar Idrus ( Original )


berita harian 42 muka surat..
utusan 46 muka surat..
metro 52 muka surat..
surah Al-Kahfi 11 muka surat..

"Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Saturday, June 16, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda negara...


http://muslimeen-united.blogspot.com


Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira di mana, ribuan yang hadir.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamour.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar di rumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Boleh tengok video ceramah kat bawah ni yang diambil dari salah satu kuliah beliau, Ustaz Azhar Idrus cerita sendiri sejarah dan riwayat hidupnya:



Lampiran:








S: Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ust:Kalu kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwin dulu.


S: Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ust: Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.


S: Ular dan Kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ust: Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.


S: Apa hukum besarkan payudara?
Ust: Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pun boleh..


S: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ust: Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk di tengah-tengah.


S: Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ust: Ini soal hati, x berdosa sedangkan selipar jepun yang hilang pun kita teringat2


S: Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ust..
Ust: Nak kentut pun mintak tolong aku..Kentut kena tahan sendirilah.


S: Betul ke ustaz kata pakai tudung tu x wajib?
Ust: Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan x nampak..tapi tebuk sikit lubang untuk mata..


S: Di mana ustaz beli kopiah?
Ust: Mentang2 boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik x tanya kat mana aku beli underwear..

Monday, June 11, 2012

Fenomena Azhar Idrus...!! Ustazah UMNO mula keluar fatwa dengki..!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEig82GXrX0jeMy86r_LfP-_6V-qTGOOAvSZoyHbgB82y5WhmqjGKrmYIoeINe6MxUKQBTPIPzlGz2po-JAYkjalWAZxgtjWz66MjjjpJ6NCE7A5CgKr0G_iEWJWL1VzFDz2Em8r9ZT0d-PR/s1600/Ustaz.jpg
Bertauliah elak sindrom keliru

DR MASHITAH IBRAHIM
8 Jun 2012

Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab yang datang bersamanya.

Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama. Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.

Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru. Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku.

Lagi dahsyat akan berlaku.” Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?” Nabi berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada kemungkaran.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari itu.’ Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”

Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah, “apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin berlaku, ya Rasulullah begini? Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru.” Agama Islam dasarnya ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya dibina daripada wahyu. Bukan boleh cakap sembarangan atau guna akal semata-mata.

Perlu ada kepakaran dalam mentafsir al- Quran, hadis dan falsafah hukum. Bukan sekadar memetik ayat tertentu untuk kepentingan tertentu. Ceramah agama bukan tempat mengumpat dan mengaibkan saudara seagama. Untuk memartabatkan profesion berdakwah, seseorang pendakwah mestilah berkredibiliti.

Di Malaysia, syarat untuk mengajar agama dan berdakwah mestilah memiliki tauliah. Inilah asas keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat sebuah panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mengikat kepada semua mahkamah di negara ini, termasuk Mahkamah Syariah.

Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang Islam mengajar tanpa tauliah. Jika bersabit kesalahan, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah sah dan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Thursday, May 24, 2012

Antara Belia Layan K-POP dan Ust Azhar Idrus.. mana satu UMNO pilih..???

K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal



(Ini buktinya)

Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.



Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!

Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?

Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?

Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?

Tolong jangan jadi bodoh.

Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.

Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????
--------------------------------------------------------
Sumber http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html

Sunday, May 20, 2012

Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Ahar Idrus nih...

"Salam semua...Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Ahar Idrus nih... Pak Long suka cara dia pergunakan kelebihan yang Tuhan bagi kat dia, ikut jalan yang dia percaya untuk menegakkan Islam ngan cara dia...


Tak dinafikan la, kalau tengok ke gambaq yang Pak Long ambik kat sini, sampai ada yang kata anggarannya lebihkurang 30,000 orang yang mai dengaq kuliah ostad mesra audien nih... tahniah...

Ca tengok, lautan manusia sanggup berembun memenuhi Dataran Perwaja Gurun Sabtu malam lepaih...


Yang mai tercongok ni semua pakai duit sendiri... tak dak sapa-sapa yang gatai nak sogok ngan duit ringgit dan nasik bungkuih punya. Memasing yang mai insyaallah... tentu dah pasang niat semuanya kerana Allah s.w.t...

Tu la pasai kot sampai ada yang gerun tak ketahuan hala kat dia... ishh... ishh...

Parking yang penuh sesak...
Dengaq kata yang parking sampai 3 km panjang dan sanggup berjalan kaki ketempat ceramah...[Admin Tambah - Sepanjang jalan nie POLIS mai saman.. Terima Kasih Bapak POLIS... masa PM mai SP tempohari & Program well-well kat BEDONG tak ada pulak sapa nak saman nooo...]

Pak Long nak ambik kesempatan ni nak ucapkan syabas gak la pada pihak penganjur yang berusaha memberi ruang, sekurang-kurangnya sedikit usaha untuk menegakkan Islam dibumi tercinta nih....

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/