Friday, April 1, 2011

Ha ha ha ha.....Minyak Naik 20sen...

Petrol RON97 naik 20 sen, kuat kuasa tengah malam ini

April 01, 2011
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaGTZXZG38nHJ9qwp0JTaaFZ9tlf9wKekogAqcr2d9amt2X1TeuFXV_ttoGAPQS3Av_VDejCkVSOSGd2br6RjibAFmlzOLeXsC1QRoTUsb8ACjngxTxvKjrpIcTjLpCC-uwfRy3t_M4uFn/

KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

Nasib baik ADUN BN yang RASUAH.. Jika ADUN PR yang buat kompom 14hari 14 malam pakat dok bisingnya...

ADUN Lenggeng didenda RM20,000, 3 tahun penjara

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Bagaimanapun, Hakim Amran Jantan membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

NONEMustafa, 53, didakwa menerima suapan RM2,000 daripada M Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan berkaitan projek pasir di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini pada 5 petang, 31 Ogos 2008.

ADUN BN itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000.

Mustafa yang berpakaian kemas kelihatan sugul ketika hakim menjatuhi hukuman itu dalam mahkamah yang dipenuhi oleh kaum keluarga tertuduh dan pengadu kes itu, Manimaran yang turut.

Terdahulu, Amran menolak rayuan peguam bela tertuduh yang meminta supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan melalui jaminan bon dan syarat berkelakuan baik.

"Faktor utama dalam kes ini ialah kepentingan awam. Kesalahan ini sangat serius kerana ia dilakukan oleh orang yang berjawatan. Tidak wajar Orang Kena Tuduh (OKT) dilepaskan kerana kalau lepas, ia memberi gambaran mahkamah tidak serius," katanya.

Pada 3 Nov tahun lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan tertuduh membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Rayuan itu dikemukakan oleh pihak pendakwaan selepas tertuduh dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Seremban atas semua pertuduhan pada 14 April tahun lalu tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

Pada 4 Mac lalu, Amran memutuskan Mustafa didapati bersalah atas satu tuduhan rasuah iaitu menerima RM2,000 daripada Manimaran dan membebaskannya dari dua lagi pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan RM3,000 daripada pengadu melalui Mustafa Pendek di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008.

Tertuduh juga bebas dari dakwaan meminta suapan sebanyak RM2,000 daripada ontraktor yang sama di pejabat SPRM negeri di Jalan Datuk Klana Ma'amor di Seremban pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuan alaysia (SPRM) negeri, Feza Fazlin Fandi sementara Mustafa diwakili peguam eisal Mustapha dan Datuk Taqiyuddin Yahya.


Tiada p'raya kecil

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.

Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

Adakah Kerajaan 1Malaysia akan dengar cakap wartawan UTUSAN ini..!!

Kurangkanlah cukai pendapatan!

HARI ini kalau suri rumah pergi ke kedai runcit atau pasar, RM20 habis untuk belanja barang basah. Ayam atau ikan serta sayur cukup-cukup untuk hidangan makan tengah hari dan malam untuk perut lima orang satu keluarga.

Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu.

Untung orang yang tinggal berdekatan pasar borong sebab hari-hari dapat harga murah. Tapi yang berjauhan, ‘hari-hari marah.’ Belanja dapur sahaja sudah melambung berkali-kali ganda.

Apalah nasib golongan pertengahan, belanjawan harian meningkat. Tinggal sebulan lagi, golongan ini juga perlu mengisi borang cukai pendapatan.

Banyak dapat, banyaklah kena cukai. Ada yang mengeluh.

Kalau boleh kita mahu rakyat Malaysia dapat menikmati kembali barangan keperluan harian pada harga murah.

Tiga atau empat tahun lalu, harga seikat pucuk ubi baru 50 sen, sekarang RM1. Dahulu ayam daging baru RM3.80 sekilogram, sekarang melambung lebih RM7 sekilogram.

Cukuplah dua contoh yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu.

Nampaknya tak ada usaha mana-mana pihak untuk memperlahankan kenaikan harga barang. Tak ada pihak peniaga yang hendak mengurangkan harga jualan mereka. Kalau boleh mereka mahu menaikkan harga jualan lagi.

Ini baru bab soal makan. Kalau masuk bab harga rumah, lagi menakutkan.

Dengan pergerakan dan kenaikan gaji bagi golongan pertengahan tidak naik mendadak seperti harga rumah dan barang keperluan, mereka kena pandai-pandai berjimat.

Wang gaji bulanan kadang kala tak cukup. Ansuran rumah sewa atau pinjaman rumah dan kereta sudah menelan tiga suku gaji bulanan. Tinggal suku lagi untuk belanja lain-lain.

Mengharapkan simpati peniaga turunkan harga barangan mungkin sukar, sebab mereka ada banyak alasan. Kerajaan pun sudah penat merayu.

Tinggal pada siapa lagi tempat mengadu!

Memandangkan setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri mengumumkan kejayaan mengutip berbilion cukai pendapatan, mungkin dalam pembentangan Belanjawan 2012 kerajaan boleh beri sedikit harapan baru.

Bagaimana kalau kerajaan menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu. Cukai pendapatan individu walaupun banyak dipotong tapi tidak sampai menjejaskan pendapatan negara.

Nampaknya cara ini dapat membantu golongan rakyat yang kena bayar cukai pendapatan. Kalau dicongak-congak hampir satu bulan gaji dipotong untuk cukai pendapatan sahaja. Jika cadangan ini dilaksanakan bermakna separuh sahaja dikenakan.

Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah...[Utusan Malaysia]

Jumlah Projek Rumah Rakyat Yang Sedang Di Bina Oleh K'jaan Negeri Kedah

Aduhai HISHAM.. Apa sudah berlaku di PULAPOL...

Hishamuddin Kena Lawan Tikus Dulu..

http://www.thestar.com.my/archives/2011/3/11/nation/n_pg12pulapol.jpg
KHABARNYA Menteri Dalam Negeri (KDN) Hishamuddin Hussein akan menyaman Anwar Ibrahim. Kesalahannya kerana Anwar dakwa beliau dan abang sepupunya Najib Razak terlibat dalam pembikinaan video lucah yang mengaitkan dirinya.

Saman menyaman itu hak Hishamuddin dan sesiapa saja. Kalau kita merasakan dianiaya maka mahkamahlah tempat mengadu. Adulah kepada mahkamah dan mahkamah akan menentukan apakah yang didakwa itu benar atau tidak.

Tindakan Hishamuddin itu satu keberanian untuk menafikan dia terlibat dengan pendedahan video itu. Tindakan Hishamuddin itu boleh dianggap berani kerana untuk berlawan dengan Anwar bukan calang-calang orang. Tenguklah hari ini dalam semua orang menghala muncung senjata, bedil, keris dan segala macam ke arahnysa, dia masih mendapat sokongan. Hanya orang yang memiliki kuasa ajaib sahaja boleh surivive bila diserang begitu rupa.

Pun begitu di sini saya nak sebut sikit kepada cucu Onn Jaafar itu, daripada dia sibuk hendak menyaman Anwar elok kalau dia jenguk ke Pulapo di Jalan Gurney melihat apa yang berlaku di situ sebaik mungkin. Kejadian di pusat latihan polis itu cukup membimbangkan dan sewajarnya diberikan perhatian serius.

Menurut laporan berita tv sekejap tadi setakat ini sudah tiga orang pelatih meninggal dunia di Pulapo kerana terkena air kencing tikus. Manakala empat orang lagi sedang dirawat di hospital dan sebanyak 59 orang pelatih pula diasingkan.

Ini kes berat ini. Seingat saya inilah pertama kali pelatih mati 'percuma' di dalam pusat latihan. Memalukan lagi bila mana kematian itu disebabkan air kencing tikus.

Jadi adalah baik Hishamuddin selesaikan dulu masalah virus berkenaan daripada bercakap soal-soal politik yang lebih untuk menyembunyikan fakta. Rasanya tindakan menghalau tikus lebih afdal daripada menyaman Anwar.

Masalah yang berlaku itu melibatkan nyawa manusia dan maruah pasukan polis dan negara ini.

Kalau dunia dengar nanti macam mana nak jawab pelatih yang dalam kewalan begitu eksklusif pun boleh diserang tikus. Macam mana pula dengan rakyat yang berada di luar, lebih-lebih lagi terdedah dengan bahaya itu.

Kita tidak mahu dengar selepas ini kerana kelalaian dan pengabaian keselamatan dan kebersihan akan ada pula anggota polis atau bekas KPN yang mati kerana terpijak ekor tikus. He he he...[wm.kl. 9:00 pm 30/03/11]@Mohd Sayuti Omar....

Jika Selamat Apasal AUSTRALIA tak buat di negara dia..??

Radioaktif: Pahang perlu faham rakyat bimbang
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang menyatakan pembinaan kilang pemprosesan sisa radioaktif di Gebeng, Kuantan adalah selamat serta tidak menjejaskan keselamatan penduduk persekitaran.

Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Amidi Abd Manan menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengadakan dialog dengan wakil-wakil masyarakat setempat dan NGO-NGO yang membantah pembinaan kilang terbabit.

“Dialog ini amat perlu untuk mencari titik persefahaman di sebalik percanggahan serta perbezaan pandangan yang diutarakan kedua-dua belah pihak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Abim juga, katanya turut menyarankan kerajaan negeri memahami kerisauan dan kebimbangan rakyat terutama sekali di kawasan Perindustrian Gebeng dan sekitarnya.

Katanya, kerisauan itu sebenarnya tidak boleh diketepikan begitu sahaja terutama sekali setelah tragedi kebocoran radioaktif yang melanda Jepun baru-baru ini, dan suatu ketika dahulu di Tasik Bukit Merah, Perak.

“Merujuk konteks tragedi Bukit Merah, kita telah menyaksikan kesan-kesan yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat setempat meskipun pada suatu ketika telah menerima jaminan keselamatan daripada pihak-pihak berkenaan terutama sekali Kerajaan Negeri Perak,” ujarnya.

Beliau menambah, adalah menjadi harapan menerusi pertemuan itu nanti, kedua belah pihak akan sama-sama menemukan kebenaran untuk membolehkan keputusan akan diambil dapat menjamin kepentingan bersama dan yang paling utama kepentingan generasi akan depan.

Dalam hal ini, ujarnya Abim sedia menawarkan diri sebagai platform perantaraan dan perbincangan di antara kedua belah pihak.

Menurutnya lagi, kelestarian alam dan kelangsungan generasi bukanlah satu isu yang sewenangnya boleh dijadikan modal politik untuk pihak tertentu mengejar dan mempertahankan kepentingan pihak tertentu.

Justeru, katanya proses dialog dan perbincangan seharusnya dibudayakan agar sebarang perancangan serta perlaksanaan sesebuah dasar dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan pelbagai lapisan masyarakat.

Google Earth Telah Buktikan Beza Hutan Sarawak dengan Hutan Brunei & Kalimantan Indonesia..

Imej satelit buktikan hutan Sarawak ditebang- Malaysiakini

Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

Imej satelit Google Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain.

“(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.

Ketika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay.

Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik.

Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.

SUMBER : Malaysia Kini

Saksikan Gambar dibawah:

http://terkinidunia.com/wp-content/uploads/2011/04/sarawak-10.jpghttp://terkinidunia.com/wp-content/uploads/2011/04/sarawak-9.jpg

http://terkinidunia.com/wp-content/uploads/2011/04/sarawak-6.jpgsarawak 5