Sunday, April 1, 2012

Mahathir Yang Terus Terlupa Dan Nyanyuk

Sekonyang-konyang Mahathir Mohamad mulai sedar kesilapan demi kesilapan yang beliau lakukan sebelum ini.

Kesedaran itu beriringi dengan perjalanan usianya yang sedang menuju ke takah bongkok tujuh. Walaupun beliau tidak akan mengaku pernah melakukan kesilapan tetapi hakikatnya beliau tidak dapat lari dari itu.

Hari ini beliau meminta Umno membuka peluang untuk para profesional memimpin parti berkenaan. Katanya cawangan hendaklah memberi laluan kepada cendekiwan untuk menyertai parti itu dan seterusnya menjadi pemimpin.

Kenapa baru hari ini Mahathir merasai pentingnya golongan profesional perlu diterima untuk menjadi pemimpin parti itu. Apakah kerana hari ini parti itu sudah miskin pemimpin. Atau cendekiwan dan golongan profesional telah makin menjauhi Umno?

Dua perkara yang menyebabkan ini berlaku dan Mahathir kena akui tanpa prajudis. Nasib yang menimpa Umno hari ini ialah kerana diri beliau. Kerana perbuatan brutal beliau sendiri.

Bukankah yang menghalang para profesional menguasai Umno beliau sendiri. Yang mengajar Umno mencantas pemimpin bistari beliau sendiri. Yang mengkhianati bakal-bakal pemimpin beliau sendiri.

Siapa yang membunuh masa depan Musa Hitam dalam Umno? Siapa yang membunuh masa depan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Umno. Dan siapakah yang mengkhianati Awnar dan membuangnya dari Umno? Bukankah Mahathir?

Tidakkah mereka ini adalah tokoh profesional dan cendekiwan? Bukan itu saja sebahagian dari pemimpin Umno telah dimusnahkan oleh Mahathir kerana mereka tidak sedia menjadi Pandir kepadanya?

Betapa Umno kehilangan barisan kepimpinan yang terlatih gara-gara Mahathir bertindak kejam membunuh ketiga-tiga mereka itu. Membunuh Musa Hitam menjadi pegawai kerajaan yang kagum dengan Musa menjadi konfius. Membunuh Tengku Razaleigh menyebabkan rangkaian ekonomi dibina TEngku Razaleigh terputus.

Membuang Anwar menyebabkan barisan kepimpinan muda yang profesional, komited dan berwawasan dan Islamik mufarakah dari Umno?

Jadi kalau Umno kasih dengan pemimpin cerdik, berprinsip, bermaruah...salahnya salah siapa? Jawabnya Mahathir lah. Mahathri pula tidak sesekali membuang pemimpin yang huduh, jelek, moral buruk kerana mereka itu akan menjadi pandir dan upih politiknya. Mahathir sengaja mengekalkan mereka yang korup, ada skandal untuk dijadikan umpan dan aset bagi menjadi pengawal dan penjujung termasuk penjilat buntutnya.

Makanya Mahathri jangan kesal kalau Umno hari ini tiada pemimpin bertaraf tokoh seperti ketiga orang itu. Mahathir jangan kesal kalau golongan profesional tidak berminat dengan Umno. Seruan Mahathir itu sudah terlewat. Beliau cuba memanggil orang-orang cerdik dan berkualiti menyertai Umno setelah bakanya dibunuh sendiri olehnya.

Seruan itu juga sudah terlewat. Disaat Umno sudah penghujung baru Mahathir bingas dan tersedar untuk membawa pemimpin parti itu.

Hari ini untuk pengetahuan Mahathir orang layak untuk jadi pemimpin Umno adalah orang-orang seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohamad Nor, Hassan Akidah, Zul 9/10 dan sekalian orang sejenis dan sewaktu dengannya termasuk dua tiga ekor Keling dan seekor Cina. Hanya mereka ini sesuai dan layak berada dalam Umno.

Saya yakin kesedaran Mahathir dan ingin kepada golongan profesional itu tidak akan memecah liru mereka. Malahan mereka menganggap seruan Mahathir itu sebagai orang yang bercakap dalam mengigau setelah tidur saat hujan gerimis. [wm.kl.2:34 pm 29/03/12]

 Mohd Sayuti Omar

Punca Ketua Pemuda UMNO Penang dah tak keluar buletin utama malam tadi sudah di ketahui....



http://media1-cdn.malaysiakini.com/363/71db4002ce4f9488cda4eb3be24ee20b.jpg 
Ooo Pasal benda nie la mamat nie tak keluaq TV3 dah malam nie... 
Jika tidak tiap-tiap malam asyik dok dengaq dia merapu jeee....
 
NGO: Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno
 
NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.
"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi.

Gamis Sedia Anjur Sidang Meja Bulat Isu PTPTN


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHIBmNLk1OFIKaleMPXczH1EUainYa2akksV4e1HGAYwXHuuBU7zJ84N89u8a6YDKXGdsw1ROCJNSnXDkjfCKu-MAJXw_qs5IY-sxBwpw6Wfd7O0vM5tK1nBDUc0BrrR_zbLwaPkrGxDk/s400/gamis.jpgDalam kenyataan media pada 31 Mac 2012, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan serius berhubung isu pembiayaan pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
 

Melihat kepada respon yang amat positif, Gamis bertindak proaktif sedia menjadi penganjur sidang meja bulat isu pembiayaan pengajian mahasiswa khususnya dalam konteks semasa iaitu PTPTN sekiranya dipersetujui oleh pihak berkenaan. 

Gamis juga mempelawa tokoh akademik, Aspirasi, Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Aman Kampus dan parti komponen BN, PR turut serta dalam sidang meja bulat bagi membincangkan kaedah terbaik untuk membantu pembiayaan pengajian mahasiswa khususnya. Dan yang lebih utama, bagaimana negara dapat menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dan batalkan PTPTN 

Gamis amat yakin dengan penganjuran sidang meja bulat tersebut, akan mencapai satu solusi dalam isu ini. Ia juga menampakkan keterbukaan dan kematangan parti politik dan pihak lain dalam membincangkan dan menyelesaikan masalah negara. 

Kesungguhan Gamis dalam memperjuangkan isu kebajikan pembiayaan pengajian mahasiswa boleh dibuktikan dengan pelancaran Deklarasi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) pada 25 mac lalu. Inspirasi disepakati bersama 13 front mahasiswa seluruh negara untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. 

Akram Ikrami Taib Azamudden 
Presiden Gamis

Nalla Karupan mendedahkan identitinya sebagai 'BAPA AYAM'

Pecat Anwar: Nalla dedah dirinya 'bapa ayam'? [harakah]

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuGTUVab9Jy5UfjVFiy9gdiCI3qUvXN318C1HD7_SAuI6MBEZx8jUmzEEBGPxqMtL8-HJptSXOoTRfO4mCFfehs2KX0McEjVeCBkSMBgjfHv_7whwORA22blWpb7uw7erzB6PNQwtOgt8/s1600/Nallakarupan.bmpKUALA LUMPUR, 1 April: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad menempelak Senator S. Nallakarupan yang mahu mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sedangkan kata Dzulkefly, pengakuan Nalla mengenai aktivitinya yang kononnya 'menyusun segala kegiatan sumbang Anwar', tidak ubah seperti seorang "bapa ayam".

"Nalla sebelum ini mengakui dia yang menyusun segala kegiatan sumbang yang kononnya dilakukan oleh Anwar.

"Bermakna dia sendiri ialah bapa ayam yang tugasnya mengatur kegiatan-kegiatan sumbang," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut mempersoal BN yang melantik Nalla sebagai Ahli Dewan Negara yang disifatkan sebagai menjatuhkan imej Dewan Negara.

"Lebih malang lagi apabila Umno BN boleh melantik "bapa ayam" dalam Dewan Negara.

"Adakah BN sudah bankrap tokoh-tokoh akademik dan profesiaonal atau dalam bidang-bidang lain yang berwibawa dan berkelayakan? Dalam ramai-ramai tokoh di Malaysia, kenapa lantik orang seperti Nalla jadi senator?" soalnya.


Beliau menambah, tuduhan terbaru Nalla terhadap Anwar dan cadangan pelucutan jawatannya merupakan usaha berterusan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Mutakhir ini memang kita nampak usaha yang bertubi-tubi untuk terus menjatuhkan kredibiliti Anwar," katanya.

Justeru beliau menyeru semua pihak khususnya parti politik mengamalkan politik bersih dan matang serta mengutamakan persaingan polisi, prestasi, dan kepimpinan.

"Sudah sampai masanya negara kita mengamalkan politik bersih dan bebas daripada politik jatuh menjatuhkan melalui fitnah," katanya.

Hasrat Nalla dan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah itu bagaimanapun dilihat sukar dan mungkin mustahil kerana tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

Kedah nafi pemain import Hamidan disingkir

Kenari yakin julang Piala Emas Raja-Raja ALOR SETAR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini menafikan khabar angin bahawa penyerang import dari Ghana, Mohammed Hamidan telah disingkirkan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata, khabar angin kononnya KFA telah memberi surat penyingkiran kepada Hamidan seperti yang didakwa oleh segelintir penyokong Kedah dalam laman sosial facebook adalah tidak benar.

Beliau berkata, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak KFA akan meneliti laporan prestasi pemain import Kedah itu pada mesyuarat Rabu depan bagi menentukan nasib sama ada Hamidan akan kekal bersama Kedah.

Katanya, hanya Pengurus Pasukan Datuk Khazali Din dan Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berhak menentukan perkara itu kerana mereka yang lebih tahu dan arif tentang pemain dalam pasukan mereka.

"Setakat ini Hamidan telah dapat menyesuaikan diri dengan pasukan Kedah dan ini telah memberi keyakinan baru kepada Wan Jamak terhadapnya (Hamidan) dalam usaha memburu kemenangan selepas ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Hamidan sebelum ini dikritik banyak pihak berikutan gagal beraksi dengan baik dan dikatakan akan disingkirkan tetapi mula menunjukkan prestasi yang baik apabila Berjaya menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan terakhir.

Beliau meraih masing-masing dua gol dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA ketika mengalahkan T-Team 2-1 pada 27 Mac lepas dan ketika menumpaskan Perak 3-0 dalam saingan Liga Super Sabtu lepas.

Selain Hamidan, Kedah mempunyai seorang lagi pemain import iaitu pemain midfield Abd Elfatah Safi. – Bernama

Khalid Samad kata berita abang dia masuk PAS hanya April Fool



SHAH ALAM, 1 April: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.

(Gambar sidang media Shahril yang disiarkan oleh blog kononnya beliau keluar Umno dan menyertai PAS)

"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.

Beberapa blog hari ini melaporkan berita kononnnya Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.

Blog melaporkan, ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.

Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital, lapor blog itu.

Ia kemudian disuraikan oleh polis.

RM200 ribu diperuntuk jayakan kempen alam sekitar


ALOR SETAR– Sebanyak RM200,000 diperuntukkan melalui Jawatankuasa Alam Sekitar bagi menjayakan kempen alam sekitar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB. Tan Chow Kang berkata, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun penganjur boleh memohon untuk mendapatkan peruntukkan berkenaan.

“Mereka boleh memohon kepada saya untuk mendapatkan peruntukkan itu bagi menjayakan kempen alam sekitar di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis sempena Program Turun Padang Bersih dan Indah (Gotong-Royong Bersepadu) di Tanjung Chali, di sini.

Menurutnya, masyarakat perlu sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar dalam usaha menjadikan Alor Setar sebagai sebuah bandaraya yang bersih dan indah.

“Secara tidak langsung, ia mampu menarik lebih ramai pengunjung serta pelancong untuk datang ke Bandaraya Alor Setar” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darulaman, YB. Lee Guan Aik berkata, amalan gotong-royong bukan sahaja tertumpu di kampung-kampung tetapi juga di bandar-bandar.

“Tanjung Chali merupakan kawasan pelancongan yang mampu menarik ramai pelancong untuk datang ke sini,” ujarnya.

Tambahnya, Dato’ Bandaraya Alor Setar perlu memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap aspek kebersihan serta kemudahan yang terdapat di Tanjung Chali.