Friday, June 1, 2012

Koleksi gambar-gambar Himpunan Hijau @ KedahLanie

 

 
 
 
 
 
 
 

ini merupakan gambar2 yang kami ambil dari facebook.. kepada semua tuan empunya gambar2 ini kami mohon halalkan dunia hingga akhirat...semoga hasil tangkapan anda ini dapat ditatap oleh semua sahabat seluruh dunia....allah huakbar...






Nah!!!! 13 ribu sahaja yang pie stadium semalam.....

Rais Yatim kira kehadiran Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam cuma 13ribu?

Bagi yang hadir program Himpunan Hijau menuju Putrajaya semalam, semuanya berpuas hati dengan junlah kehadiran malah ramai yang terkejut dengan kehadiran yang cukup ramai.

Walaupun musim cuti sekolah tapi dengan tempoh promosi cuma 3 minggu dibuat pulak pada hari Jumaat dan tak kurang juga ramai yang terlibat dengan khenduri khendara hari ni, aku pun tak jangka kehadiran seramai tu.

Aku memang tak reti nak anggarkan kehadiran, ada member yang kata mungkin kehadiran melebihi 200,000 tapi aku lebih selesa kata kehadiran memang mencapai sasaran 100,000 orang macam penganjur harapkan.
Jangan terkejut dengan angka kehadiran yang Utusan dan media penchachai lain akan laporkan. Macam kata Sasterawan Negara A. Samad Said semalam, Rais Yatim mungkin akan kata kehadiran cuma sekitar 13ribu.

Blogger Umno pun tentu punya memperkecilkan angka kehadiran. Blogger BroJinggo yang juga seorang jurugambar tulis dalam blog dia kehadiran cuma 50ribu dan dia siap letak gambar macam kat bawah ni.

  

Tiga gambar kat atas tu gambar sebelum program bermula, belum mula solat hajat pun. Memang masa tu belum ramai yang masuk dalam stadium.

2 gambar kat bawah ni aku ambik waktu petang masa sessi bersama Ust Azhar Idrus.



Memang banyak kosong tengah padang. Bangku di teres pun banyak kosong. Tapi harus diingat masa tu hujan baru berhenti. Bangku yang kosong pasai basah air bertakung. Padang pulaak lecah teruk, kalau jalan atas padang kaki memang berselut. Jadi memang tak heran ada bangku kosong dan tengah padang pun tak penuh.

Lagi pun sound sistem memang ok, kat luar stadium pun dengar clear, ramai yang duduk dalam stadium sebelum tu basah kuyup kena hujan lebat, keluar stadium masa ni.

Jugak ramai yang masih beratur nak ambil air sembahyang untuk solat Asar. Tu tak termasuk lagi yang beratur nak masuk bilik air dan beratur tunggu meja kosong dan nak beli benda makan.

Gambar bawah ni pulak waktu program ceramah belah malam, masa tengah puncak, paling ramai orang dalam stadium.





Kalau ada ruang kosong tengah padang pun pasai orang dah tak boleh masuk, penat Hj Mahfuz suruh depa perapat pasai ramai yang tersangkut di dalam terowong tak boleh masuk atas padang tapi orang yang dah duduk tengah padang tu tak bangun. Mungkin depa malas nak bangun pasai payah, nak kena ubah lapik tempat duduk. Harus diingat padang tu memang lecah.

[Sumber: Facebook]
Aku masuk balik stadium masa tu dalam pukul 9.45 malam. Kat luar masa tu pun sesak, nak jalan pun tak boleh laju, kena ikut rentak kaki orang depan. Nak menyelit pun tak lepas. Terpijak selipar member depan pun banyak kali.

Sebelum masuk aku sempat 'tawaf' keliling stadium, memang sesak di sekeliling stadium. Yang baru sampai pun ramai lagi masa tu.

Ok, sekarang kita congak agak-agak berapa yang hadir [rogram Himpunan Hijau Menuju Putrajaya semalam.

Kalau ikut kapasiti, stadium Darulaman boleh muat 32.387 penonton. Kalau campur yang berdiri di laluan dan dalam terowong mungkin boleh cecah 40,000. Kat tengah padang pulak aku agak lebih kurang sama ramai atau mungkin lebih ramai lagi. Jadinya aku agak dalam stadium saja mungkin lebih 100,000

Kat luar dikeliling stadium yang tak boleh nak masuk termasuk jugak yang penuh di tempat makan sebelah stadium, takat 10,000 ada aku rasa pasai memang sesak, malah mungkin lebih lagi.

Jadinya aku anggarkan kehadiran semalam antara 100,000 ke 120,000 orang.

Kira ok la tu, dengan hujan yang cukup lebat sebelah petang. Kalau cuaca cerah aku yakin lebih ramai lagi orang Kedah yang akan hadir.

Jadinya, tak kira la berapa angka yang media penchachai nak bubuh tapi realitinya aku sangat-sangat yakin  sasaran 100,000 macam hasrat penganjur memang tercapai.


PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno


PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno
Sebahagian daripada ahli Pas yang hadir mendengar amanat presiden parti
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
.
 
ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.

Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.

"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan  Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.
"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.

"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.

Sehubungan itu,  Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.

Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu.

Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis.

"Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya.

Populariti Najib susut selepas Bersih 3.0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
 
SHAH ALAM - Paras populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sedikit penurunan daripada 69 peratus pada Februari lalu kepada 65 peratus bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.

Penurunan ini direkodkan dalam kajian yang diadakan dua minggu selepas perhimpunan Bersih 3.0, yang menuntut pendekatan tambahan bagi menjamin pilihan raya bebas dan adil sementara spekulasi menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri keenam, akan diadakan dalam waktu terdekat.


"Satu kajian terbaru dijalankan di Semenanjung Malaysia mendapati kadar sokongan kepada perdana menteri merosot sedikit kepada 65 peratus pada bulan Mei (bulan lalu) daripada 69 peratus pada Februari lalu," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sementara 65 peratus menyokong kepimpinan Najib, paras mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau adalah sebanyak 29 peratus.

Populariti itu sama paras dengan sokongan yang disaksikan Mei tahun lalu.

Berdasarkan kaum, populariti Najib tinggi di kalangan responden Melayu iaitu 79 peratus, India (72 peratus) dan Cina (37).
Kajian kali ini dikendalikan membabitkan 1,019 responden antara 10 hingga 18 Mei. Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan pada 28 April lalu.

Kajian Februari lalu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus Februari lalu sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.

Hasil kajian terbaru yang dikeluarkan hari ini juga menunjukkan bahawa kepuasan terhadap prestasi Najib selaku perdana menteri masih tinggi di kalangan responden berusia 50 tahun ke atas - sekitar 70 peratus tetapi paras kepuasan di kalangan mereka bawah 30 tahun hanya 61 peratus.

"Sebagaimana kajian sebelum ini, kepuasan di kalangan responden berpendapatan rendah (isi rumah dengan pendapatan bulanan RM1,500) adalah sangat tinggi.

"Kepuasan di kalangan responden-responden kalangan kumpulan berpendapatan pertengahan (isi rumah dengan pendapatan antara RM3,000 dan RM5,000) menunjukkan penurunan besar berbanding (kajian) bulan Februari lalu," kata beliau lagi.

Kajian terbaru menunjukkan sokongan ke atas populariti Najib di kalangan responden berpendapatan RM1,500 dan ke bawah meningkat daripada 78 peratus pada Februari 2012 kepada 82 peratus bulan lalu.

Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman

ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.

Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti  Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.

Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.

"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan  lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.

Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.

"Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.

Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.

"Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus.

Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan.

Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi.

Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya.

Malam ini, pampinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS.

Live HIMPUNAN HIJAU dari KEDAH DARUL AMAN




DARI http://webtv.pas.org.my