Thursday, November 29, 2012

Berapa Maaf Daa!!!

oleh Ahmad Zawawi

Hari  ini  Presiden  UMNO  memohon  maaf  lagi.  Kita  tidak  tahu  kali  yang  keberapa.  Setidak-tidaknya  pada  Perhimpunan  yang  lepas  juga  beliau  ada  memohon  maaf.  Bagi  ahli-ahli  UMNO  setelah  menghayati  permohonan  maaf  yang  begitu  mendayu-dayu  ini  kita  percaya  mereka  telah  bersedia  memberikan  kemaafan.

Lagipun  sudah  empat  tahun  lebih  kesalahan  tersebut  berlalu.   Ahli-ahli  UMNO  pun  nampaknya  yakin  yang  pada  PRU  13  ini  “Kek  Besar”  itu  akan  dapat  dimenafaati  oleh  lebih  ramai  ahli.  Tidaklah  seperti  masa-masa  yang  lalu dimana   ia  hanya  berkisar  dikalangan  yang  rapat  dengan  pimpinan  sahaja.

  Yang  paling  lucu  dalam  Amanat Presiden pada Perhimpunan 2012 ini dimana  beliau  meminta  ahli-ahli  UMNO  kembali  kepada  rakyat -  disaat-saat  pilihanraya  menjelang  tiba  baru  orang-orang UMNO  mendapat  seru.   Apa saja  yang  Presiden sebut  ahli-ahli  akan  patuh  dan  percaya.


Itu  mungkin  apa  yang  ahli-ahli  UMNO  percaya  tetapi  bukan  keseluruhan  para  pengundi  yang  akan  menentukan  siapa  yang  sepatutnya  menjadi  Kerajaan.   Menunggu  sehingga  tempohnya  terhentak  kedinding baru  hendak  diadakan  Pilihanraya  itu  sendiri  telah   membuktikan  Parti  yang  sedang   memerintah  amat  takut  berdepan  dengan  rakyat.

Saya  percaya  para  pengundi  (Rakyat Malaysia)  yang  telah  membulatkan  tekat  dan  azam  bersama-sama  Pakatan  Rakyat  membentuk  Parlimen  Ke  13  tidak  akan  berganjar  setapakpun  kebelakang  walaupun  mendengar  guruh  yang  berdentum-dentum  itu.

Kesimpulannya,  masyarakat  UMNO/BN  mungkin  sudah  cukup  mewah  daripada  hasil  mahsul  negara  akan  tetapi  rakyat  terbanyak  masih  tertinggal  dibelakang.  Jika  benar  selama  50  tahun  lebih  UMNO/BN  telah  membela  nasib  rakyat  mengapa  masih  ramai  rakyat  dikalangan  yang  miskin.   Setelah  lima  dekad  memerintah  negara  masih  ada  rakyat  yang  menunggu  bantuan  rumah  PPRT?

Diakhiri coretan  ini  dengan  sepotong  kata-kata  hikmat:  Jangan   mudah  percaya  Hujan Sehari  boleh  menghapuskan  kemarau yang  sedang dihadapi  sejak  berpuloh  tahun.

 http://ahmadzawawi.wordpress.com

Pampasan RM207 bilion: Perwakilan #PAU2012 diminta bangkit isu ini..!!

IPOH: Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilion untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.

Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

"Kami sekali lagi mencabar perwakilan Umno untuk membangkitkan persoalan ini di dalam ucapan-ucapan mereka di dalam PAU 2012!" kata Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan mangsa atau waris yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut di Nong Pladuk di Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat di Burma (kini Myanmar).

Landasan itu dibina sepanjang tempoh 1942 hingga 1946 yang melibatkan rakyat Malaysia dan hampir 70 peratusnya adalah berbangsa Melayu masih belum mendapat pembelaan.

Landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dibina selepas penaklukan negara Jepun di Tanah Melayu dan Singapura dahulu.
Sebagai tanda kekesalan, kerajaan Jepun telah membayar wang itu sebagai pampasan kerana memaksa penduduk negara ini terlibat dalam pembinaan landasan itu.

Namun, walaupun diterima pada tahun 2004 lalu, sehingga kini wang itu tidak diserahkan kerajaan kepada mangsa atau waris.

"Dewan Pemuda PAS  tertunggu ucapan di dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) Malaysia 2012 kali ini yang akan membangkitkan keluh kesah rakyat negara ini kerana yang pernah terlibat menjadi mangsa seramai 72,000 orang," kata Raja Iskandar (gambar).

Ini bermakna Umno yang dikatakan membawa slogan ‘Janji Diterpati’ perlu memastikan pampasan yang telah diberikan oleh kerajaan negara Jepun pada tahun 2004 perlu diberikan kepada mangsa ataupun waris keluarga yang terlibat.

"Kami mendesak Umno yang menjadikannya sebagai teras membela bangsa Melayu membawa isu besar ini yang masih tiada kesudahan jika benar-benar ingin mengotakan janji-janji mereka," katanya.

Apa yang telah didedahkan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Rakyat tempohari berkaitan sejumlah pampasan RM207 Bilion menjadi  persoalan sehingga kini yang masih tidak terjawab, tambah beliau.

"Persoalan kami, dimanakah ‘wang darah’ yang telah diserahkan oleh kerajaan negara Jepun tersebut sebagai pampasan kepada semua mangsa dan juga waris keluarga mereka yang terlibat sebagai buruh paksa ketika itu?

"Kenapakah Kerajaaan Malaysia tidak menjawab persoalan ini termasuk di dalam Dewan Rakyat sehingga kini?

"Kami mendesak mana-mana perwakilan Umno membangkitkan perkara ini," katanya.

Jesteru, jika tiada mana-mana perwakilan yang berani untuk membawa isu ini, terbukti Umno tidak mampu membela rakyat yang tertindas dan juga gagal menepati janji-janji mereka selama ini yang telah lebih 55 tahun memerintah negara, tegas beliau.

Sembang angkat presiden dalam blog dan rumah sendiri boleh laa.. berani sangat mai buat DEBAT depa dua laa..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com


Sembang dalam kubu boleh laa.. jika berani ayuh kita buat DEBAT antara NAJIB & ANWAR.. ada berani..?? macam nie jaa tulisan blog MediaTempurKedah... ingatkan hebat musing macam wau putuih ekoq sahaja... nie dia graf nak tunjuk kata mamat yang hangpa kutuk tu baguih ka tak baguih...

 amacam mai masuk gelanggang laaa... poster dah ada dah nie..


http://anakkedah007.blogspot.com/2012/11/sembang-angkat-presiden-dalam-blog-dan.html

Kelaku UMNO KEDAH - Dok dalam DUN semua lembek tengkok tak boleh panggung mai keluaq sembang macam jaguh..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com
 
Inilah perangai UMNO KEDAH... perangai BUSUK & HARAM JADAH... masa orang bagi peluang bertanya DALAM DEWAN dan orang buat PENJELASAN semua dah pakat ANGGUK tanda setuju... tapi bila keluaq DEWAN UNDANGAN NEGERI kepala pakat panggung balik...

Nak bongkar apa lagi... masa berhadapan dengan kerajaan negeri hangpa sampai lembek tengkok dibuatnya tak boleh nak kona dah sebab apa hangpa tanya depa jawab dan bagi sebab musababnya...

Habih mai tang mana yang hangpa dok canag di luaq kata gagal.... Kelaku jenis macam presiden dia jugak.. suka berkukuk sorang-sorang.. bila berdepan haram tak berani panggung kepala....

Umno Kedah bongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri

29 November 2012
KUALA LUMPUR - Umno Kedah akan membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri itu yang diterajui pakatan pembangkang bagi menyedarkan rakyat bahawa parti pembangkang gagal dalam melaksanakan tugas dan membuktikan hanya Barisan Nasional (BN) yang terbaik untuk mereka.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata kerajaan negeri itu yang ditunjangi Pas tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

Apa yang mereka buat hanyalah aktif memacak bendera dan berceramah mencaci dan mengajak rakyat membenci Umno dan BN, selain menyerang kepimpinan negara dan kerajaan sehingga mereka terlupa merekalah sepatutnya mengambil tugas membangunkan negeri, katanya.

" Ketika Kedah di bawah BN, apa yang dibuat semuanya tidak betul di mata mereka, tetapi apabila mereka membentuk kerajaan, mereka meneruskan usaha-usaha yang dibuat. Bagaimanapun kerana gaya pengurusan Pas dan pakatan pembangkang yang lemah, mereka berhadapan dengan bermacam-macam masalah," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, hari ini. [LAGI]

UMNO sekarang bersatu, tetapi hanya semasa menyanyikan lagu UMNO [Video]



Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.

Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.

TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.

Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.

Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahaja lah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan berbegar-gegar Presidennya itu.

Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.

UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.

Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini.

UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.

Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah ditentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil daripada perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.

Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa-apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu.

Ucapan Najib di #PAU2012 ibarat 'SIPUT'

Najib Harus Jadi Kelip-Kelip Bukan Siput

ULASAN UCAPAN NAJIB                                                                                              

Ha Najib Razak tampil di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Umno di PWTC dengan membuat kejutan awal membangkit semangat perwakilan agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Awal-awal lagi beliau melaungkan bahawa Umno sudah pulih dari segala kecederaan dan sedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa. Biasanya pembangkitan semangat sebegitu akan dibuat di penghujung ucapan, tetapi berlainan kali ini.
Najib: mengulangi perkara lama.
Mungkin Najib ingin membuat semakan sejauh mana perwakilan sedar atau terbangkit dengan laungan dan jaminan itu. Malangnya sikap para perwakilan tidak seghairah Najib. Perwakilan tidak memberi 'respon' sewajarnya. Ini boleh disimpulkan pengakuan Najib bahawa Umno suah pulih dan bersedia menghadapi pilihan raya itu kurang disetujui para perwakilan dan pemerhati.

Orang bawahanlah yang dapat menentukan apakah semangat Umno sudah pulih atau sedang menggeleter dan takut kehilangan kuasa dan kedudukan. Atau yang ada terlibat dengan jenayah sedang menghitung hari dan apakah bnetuk tuduhan ke atas mereka dan bila masa mereka akan ditangkap. Sebab itu ungkitan Najib itu tidak disambut meriah.

Mereka lebih arif dan mengerti sebab mereka berdepan dengan serangan dan kebangkitan semangat pembangkang. Mereka yang menyaksikan berbagai-bagai majlis dan himpunan Pakatan Rakyat yang penuh dengan manusia di semua peringkat. Jadi mereka tidak mahu berbohong kepada diri sendiri untuk bersetuju dengan Najb mengatakan Umno sudah pulih sedangkan apa yang disaksikan tidak menggambarkan keadaan itu bahkan Umno semakin parah dan pengarunya menirus macam ekor tikus di kalangan Melayu.
Jadi penegasan dan jeritan histeria Najib itu sia-sia saja. Tampak sekali perwakilan Umno dalam kebingungan dan semangat mereka tidak sedikit pun terbangkit.  Ini dapat disaksikan sepanjang ucapan Najib perwakilan hanya dingin dan sesekali saja kedengaran tepukan tangan persis tahi lembu jatuh dari punggung. Reaksi perwakilan dapat dilihat jelas sejauh mana mereka terkesan dengan upacan Najib.

Penyediaan stiker I love PM, jelas menunjukan kedinginan sambutan kepada amanat itu. Bahawa perwakilan kena dibekalkan dengan stiker khas untuk menzahirkan sokongan kepada Najib. Kalaulah tidak ada stiker itu yang diangkat dan didendingkan ke muka Najib bermakna Najib tidak mendapat apa-apa sanjungan hari ini. Secara psikologisnya bila ada stiker, perwkailan kena angkat untuk menandakan mereka sporting. Dalam hal ini perwakilan menipu diri sendiri dan Najib juga tertipu dengan sikap ahli sendiri.

Kejutan, henjutan semangat dari Najib untuk perwakilan khasnya dan ahli Umno amnya bagi menghadapi pilihan raya yang dinanti-natikan tidak ada apa-apa disepanjang ucapan Najib itu. Beliau hanya mengulang-ulangi perkara yang sama. Apa yang disebut oleh ketua-ketua sayap dan Udin anak Yassin semasa merasmikan persidangan serentak sayap parti, juga diulangi oleh Najib. Ucapan itu boleh diumpamakan empat dalam satu!

Tampak sangat ucapan Najib tidak mengambil idea menyeluruh daripada pakar-pakar politik Umno. Apakah tidak ada perkongsian idea dalam menyediakan teks ucapan itu. Najib hanya merujuk kepada Rosmah yang ikut sama membaiki titik dan koma. Dan beliau berpuas hati dengan pujian isterinya dan orang di sekeliling mengenai teks ucapan itu? Kerana itu jadilah teks ucapan itu seperti pembuat kueh dia sendiri yang menguji dan dimakannya.

Dari konteks orang luar dan rakyat biasa banyak hal yang terlupa oleh Najib. Dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai menyokong Umno Najib terlupa membuat ajakan yang rasional dan bebas dari bersifat 'keUmnoan'. Mengenai orang Cina dan India langsung tidak disentuh. Tidak ada jaminan atau harapan baru khusus oleh Najib kepada mereka sekiranya menyokong Umno.

Keterlupaan ini boleh dianggap Najib juga rasis, tidak lagi mengharapkan kepada sokongan orang bukan Melayu. Kerterlupaan atau pengabaian ini tidak menguntungkan Umno. Orang bukan Melayu tidak melihat Umno mengambil kira peranan mereka. Najib sepatutnya mengikhtiraf undi bukan Melayu untuk perubahan ke atas negara ini dan juga memberi kesedaran kepada Umno sendiri. Sikap dan pendirian demikian baru ia sejajar dengan kata-kata Najib bahawa Umno berjuang untuk semua bangsa dan tidak 'temooh' kepada Melayu saja.

Isu-isu pembangunan atau jasa bakti yang dibuat Umno disebut Najib sudah tidak penting lagi sebab orang sudah tahu. Ia bukan pembaharuan yang mempesonakan. Kerana perkara itu setiap hari disebut ia memualkan seperti mana mualnya terhadap iklan sabun dalam televisyen. Kerana orang tahu Najib baru empat tahun menjadi PM, apalah sangat jasa-jasa yang dibuatnya. Orang faham antara Umno - pemimpin terdahulu dengan apa yang dibuat dan dicapai Najib untuk negara. Najib tidak boleh membualkan bahawa pembangunan hari ini adalah atas usaha beliau.

Seperkara lagi rakyat akan melihat juga sejauh mana kemampuan, wawasan dan idealisme Najib. Sedang ini tidak cuba diterapkan dalam ucapan itu. Ucapan dasar tidak melambangkan atau Najib tidak cuba menunjukkan dia hebat sebagai seorang negarawan dan pemimpin berpotensi besar. Dia patut berlawan dan cuba menandingi kehebatan Anwar Ibrahim yang dipamirkan dalam masa perdebatan di parlimen atau pun di pentas-pentas politik.

Misalnya kalau pun Najib tidak berani berdebat dengan Anwar tetapi beliau harus menjawab segala persoalan dibangkitkan Anwar dalam apa jua majlis dan prgoramnya. Misalnya orang akan kaji dan membuat ukuran sejauh mana ketelusan dan keberanian Najib dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tidak payah pergi jauh, apa yang berlaku dalam parlimen sudah cukup. Macam mana Najib absen dari hadir sidang parlimen tatkala Anwar hendak membahas bajetnya baru-baru ini. Sikap Najib melarikan diri dan tidak sedia mendengar ucapan Anwar membuktikan beliau pengecut dan hanya berani berkokok di luar gelanggang.

Beberapa hujah politik yang diberikan Anwar tidak cuba dijawab oleh Najib. Kelemahan dalam sistem pilihan raya, skandal-skandal yang berlaku yang masih membelit kepala orang ramai tidak dihurai dengan tuntas. Masalah sosial dialami anak-anak muda, masalah pengganguran, keruntuhan moral, ataupun isu dihadapi pegawai kerajaan yang tertekan dengan beban kerja kerana pertukaran sistem dan polisi tidak dibangkit. Najib lebih bernafsu menghentam dan mengkritik Anwar dengan mempersoalkan Islam liberal atau pluralisme di dalam agama yang beliau sendiri tidak begitu mengarifinya.

Sebagai pemimpin Najib jangan hanya tahu menyebut dan membaca teks ucapan penuh retorik atau istilah-istilah yang terkandung dalam teks, tetapi juga perlu memahami apa yang hendak disampai dan diluar teks itu sendiri.

Ucapan Najib juga tadi tidak menyentuh perasaan dan menggetarkan jiwa. Saya sebagai orang Melayu tidak pun berdiri bulu roma apabila beliau menjerit histeria membangkitkan soal kepentingan Melayu, soal ancaman ke atas Melayu kalau Umno tidak lagi menjadi kerajaan. Mengenai hal ini beliau harus menghurai secara fakta dan persejarahan (historika) menegnai nasib malang negara dan Melayu sekiranya ia telah terlepas dari tanbgan Umno.

Najib sepatutnya menjawab persoalan, bahwa negara ini hak dan tanggungjawab rakyat semua kaum bukan hak sebuah parti bernama Umno. Apabila Najib meletakkan atau menegaskan hanya Umno yang mampu, ia menjelaskan betapa rasis dan asobiyahnya Najib dan kecuriagan kepada bangsa lain begitu tebal sekali. Sikap eksklusif Umno itu menjadikan bangsa lain akan menjauhinya.

Ringkasnnya bukan saja Melayu tidak terpanggil dengan ucapan Najib itu tetapi orang bukan Melayu juga semakin meragui Najib bertapa keikhlasan apa yang dinyatakan dalam ucapannya boleh dipertikaikan. Apa lagi dengan tawaran keadilan dan sikap liberal Pekatan Rakyat menjadikan orang bukan Melayu merasakan mereka sudah ada alternatif untuk pembentukan kerajaan akan datang.

Demikian juga huraian-huraian dan penjajaan Najib mengenai dapatan dan ujuran ekonomi negara di masa akan datang tidak lebih dari sihir dan gula-gula saja. Najib boleh bercakap di hadapan mereka yang cetek ilmu ekonomi dan jahil dengan situasi semasa, tetapi tidak di depan anak muda yang kritis dan berilmu. Manakala orang kampung yang mudah akur dengan orang bernama pemimpin bercakap pula tidak pun memahami mengenai apa itu pendapatan kasar (KDNK) negara itu dan juga percambahan ekonomi yang mampan. Mereka akan mengukur dengan apa yang ada di dapur mereka saja, misalnya kalau gula naik, bawang naik, sabun naik harganya bagi mereka itu menandakan negara makin parah.

Ucapan Najib bukan saja tidak membawa gagasan dan idea serta kejutan baru tetap gagal menjawab beberapa persoalan penting di dalam kepala rakyat umum ini yang sudah bersiap sedia melakukan perubahan. Yang terpenting bagi Najib dan ahli Umno semua sedar bahawa semangat untuk menumbangkan kerajaan UBN kini tinggi, melebihi dari ketinggian penghormat kepada Najib sebagai anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri.

Najib tidak boleh berpuas hati dengan kemilau masa lampau bapaknya tetapi dia perlu mengeluarkan sinar dari liang roma perjuangannya sendiri. Najib harus menjadi kelip-kelip yang mengeluarkan neonnya sendiri bukan seperti siput membalikkan cahaya bulan yang tertimpa di atas cengkerangnya ke dalam gelap malam. 

Orang juga sudah sedar bahawa kata-kata dan dakwaan hanya Umno saja yang layak dan mampu memimpin negara sementara kalau parti lain memerintah negara akan porak peranda adalah mitos bersifat kurafah dan bidaah semata-mata. Doktrin agama seperti itu tidak  mampu lagi menjamin kelangsungan sokongan membuta tuli orang Melayu kepada Umno. [wm.kl 1:02 t/hari 29/11/12]
 
http://msomelayu.blogspot.com/2012/11/kejutan-semangat-yang-tidak-terbangkit.html

HISHAMUDDIN dah strart KONA bila MUSA kata dia campur tangan siasatan polis..!!

Dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) semalam, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mendakwa Menteri Kabinet dan Ahli Politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu.

Tindakan Hishammuddin Hussein melanggar Sesyen 4(1) Akta Polis dimana arahan dan kawalan dalam Pasukan Polis adalah hak Ketua Polis Negara bukannya hak seorang Menteri - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Berikut adalah jawapan dari Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai dakwaan itu..
KUALA LUMPUR, 29 Nov — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

“Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.
“Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno),” kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

“KDN sudah jawab (isu tersebut),” katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

“Dalam BN kita nak lihat isu besar,” tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang “lemas” dan memerlukan “ranting” untuk berpaut.

“Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

“Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini,” kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lagi ~ The Malaysian Insider

Ada tak dia jawab tuduhan Musa Hassan tu??

Apa yang aku nampak ialah dia tidak menjawab langsung berkenaan tuduhan itu tetapi cuba mengalih isu sepertimana yang sering Pencacai UMNO lakukan bila tak boleh menepis tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/11/dituduh-campur-siasatan-polis-ini.html