PENDANG – Pemuda UMNO Pendang merancang mengadakan kursus pemantapan ceramah yang disertai golongan anak muda bagi melahirkan pelapis baru yang dapat menggalas tanggungjawab mereka terhadap perjuangan parti seperti beberapa penceramah yang kini sudah terkenal.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pendang, Akrom Abdul Hamid berkata, kursus itu dijangka akan diadakan pada Februari nanti yang akan disertai seramai 40 peserta yang akan menjadi pelapis ceramah terdiri daripada golongan pemuda.
Menurutnya, kursus itu akan melatih golongan terbabit untuk menjadi penceramah dengan mengupas isu-isu semasa serta menjawab isu-isu yang dibangkitkan parti pembangkang.
“Saya sudah mengenal pasti pemuda-pemuda yang layak dan berpotensi menjadi penceramah yang akan diasah bakat mereka melalui kursus yang diajar.
“Saya akan cuba mengeluarkan sijil penyertaan bahawa mereka (peserta) selesai menyertai kursus ini. Semua peserta akan diminta mengadakan ceramah sebagai ujian dan melihat tahap keupayaan mereka berceramah di hadapan orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment