Tuesday, August 23, 2011

Baca akhbar Cina

Blog Laptop Lama



Pernahkah anda melihat bangsa lain, selain bangsa Cina di Malaysia ini membaca akhbar berbahasa Cina. Itupun kalau dia faham mungkin dia pernah bersekolah di sekolah kebangsaan jenis. Kita biasanya membaca jika kita mengerti maksud bacaan tersebut.



Saya bagi satu lagi contoh misalnya bahasa Jepun. Satu perkataan Jepun 私は本を読むのが大好き boleh dibaca secara fonetik "Watashi wa hon o yomu no ga daisuki". Rasanya semua orang boleh baca walaupun 'teelor'.



Baca sekadar tak tahu makna, mungkin membuat orang mengganggap serong kepada kita. Bayangkan kita baca dengan nada berlagu untuk huruf-huruf fonetik Jepun.



Tapi berbeza dengan al Quran dan bahasa arab yakni bahasa al Quran. Kita diajar cara tajwid membacanya. Kita juga baca dengan nada yang kuat, malah berlagu.



Jika di tanya secara rambang kepada 10 orang misalnya yang sedang bertadarus al Quran di masjid, rasanya kita boleh dapati dan tidak mustahil untuk kesepuluhnya tidak tahu bahasa arab, tidak tahu apa yang dibaca seolah-olah berlagak hebat dengan bacaan tersebut tanpa tahu apa maknanya.



Pelikkan. Tak ada pun orang kata mereka ini seperti orang sewel sebagaimana mereka yang membaca akhbar Jepun dengan nada kuat tapi tak fahampun bahasa Jepun.



Anda pernah berfikir sebegini? Kenapa ya?



II.



Barang sekadar pinjaman



Pernah anda melihat, seorang pekerja sebagai pemandu membawa kereta tuannya dan berlanggak seolah-olah barangan mewah macam miliknya kerana dia boleh membawa kereta itu ke mana sahaja, termasuk membawa anak dan isteri bersiar-siar kerana tuannya seorang "yang pemurah".



Begitu juga pekerja swasta sekarang yang banyak telah diberikan kenderaan syarikat atas dasar untuk penjimatan.



Guru pula dengan laptop PPSMI yang semacam harta dia sendiri. Banyak lagi kalau saya nak senaraikan di sini.



Hidup kita adalah pinjaman daripada Allah "Yang Maha Pemurah". Jangan kita leka seolah-olah hak kita dan kita berlanggak dengan pemberian ini.



Kita mungkin juis kepada pekerja pemandu yang berlanggak dengan kereta tuannya, tapi apa kurangnya dengan kita jika kita berlanggak dengan Allah s.w.t.



http://laptoplama.blogspot.com/

1 comment:

  1. sebenaqnya aku pun xpaham dengan org kampong aku..baca berdengung tapi xpaham maksud ayat,,nak jadi panduan kot mana?surah yaasin hafal tulisan semata2.aku suruh depa tengok tang ayat MUBIN yg keenam...maksudnya apa?ALLAH xajaq kt MUHAMMAD utk bersyair dan kepandaian syair memang xlayak utkNYA,yg ALLAH suruh,,terangkan ayat2 suci KU dengan terang dan NYATA...aku xmau ikut agama ISLAM nenek moyang,,main ikut macam lembu...baca dan paham apa yg ALLAH nak bukan buat bagi orang tengok..pahala dan syurga hak mutlak ALLAH,bukan ikut teori ustaz2 yg ligan duit,pahala,pahala,pahala,syurga,syurga,syurga,,,,tak payah dok ligan yg ni,,,buatlah semata2 kerna ALLAH.

    ReplyDelete